Tuesday, February 9, 2010

MB Perak Yang Diputuskan Adalah Zambry Oneyy

Zambry adalah Mb yang akan diputuskan oleh Mahkamah berdasarkan penelitian dan pemerhatian...kerana Mahkamah seperti yang kita tahu adalah penjawat awam kerajaan Persekutuan...kerana jika Zambry kalah ia memalukan Najib , PM 1Malaysia....2 harga minyak...Mei nanti....kerana masanya lama hanya mengaburi rakyat kononnya ianya telah diteliti secara mendalam baik dan buruk...ianya bakal dijadikan alasan keputusan ini setelah penyelidikan mendalam dijalankan oleh hakim-hakim...
Semua lakonan dan sandiwara selama ini hanya melengahkan amarah rakyat dan meredakan gelombang penentangan rakyat terhadap kerajaan Kudeta...Zambry..
Ianya adalah taktik dan teknik berpolitik yang cukup tinggi oleh pemikir-pemikir Be End..Najib pun seakan membiarkan sahaja isu ini kerana beliau sudah pasti tahu akan kemenangannya...
Apapun Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan hak rakyat...Kemungkinan besar apabila Zambry menang beliau akan akur untuk membubarkan DUN kononnya menghormati hak rakyat...tapi mereka sudah bersedia segala jentera untuk memastikan Pakatan kalah...SPR adalah senjata utama...PDRM senjata kedua...dan ketiga media haprak senjata propaganda....

Saturday, February 6, 2010

Rakyat Di Jemput Ke Rumah MB Hareem...malam ni...

Ada le kawan-kawan bagitau jemputan rakyat ke rumah MB Hareem ..malam ni..dan dengor cerita ramai Pegawai Pejabat agama pun diarah turun...ini kira salahguna kuasa le...
Pakatan Rakyat kalau buat ceramah ke...tak de la nak mewajibkan kakitangannya...saya pun heran semenjak bila pula rumah MB tu terbuka...lainlah zaman Nizar dulu tu...dah menjadi kebiasaan memberi rakyat merasa pijak laman rumah MB Perak....
Buang tabiat ke Zambrey nih....kot-kot petanda le tu....mudah-mudahan...

Friday, February 5, 2010

DNA Boleh Dieksploitasi....Bagaimana Ye....

DNA wujud dalam setiap sel yang ada pada tubuh maka apabila seseorang mengambil contoh peluh maka terdapat sel DNAnya dalam peluh...kahak...ludah....semua ada DNA....Kuku...semualah...
Begitu juga air liur....bulu hidung....bulu kemaluan...bulu misai....bulu badan....bulu rambut...semua itu ada DNAnya maka ianya boleh disalahguna...
Pemeriksaan fizikal amat penting dalam kes seperti rogol....rogol rela ke...kekerasan...maka akan ada bukti kekerasan seperti....
CALAR-CALAR....LEBAM....TERUTAMA KAWASAN DAN TEMPAT DITEROBOS ITU....
Kalau tidak kira kes sukarelale....sama-sama nak....
semua ini perlu diambil kira jika anda berminat menjadi pegawai penyiasat kes rogol...liwat...secara paksa...
Fitnah yang berleluasa ini memberi gambaran hampirnya akan kiamat, semakin dekat dan semakin dekat...muhasabah lah...janganlah kita menjadi penolong-penolong syaitan yang membuat fitnah terhadap seseorang yang baik dan berakhlak...seperti DSAI...

Wednesday, February 3, 2010

Andai Anwar Dipenjara Sekali Lagi...?

Permainan yang baru bermula untuk memenjarakan Anwar buat kali kedua dengan cara yang hampir sama , skrip berbeza , watak ada yang otai , ada juga pemain baru memang mengjengkelkan bagi rakyat. Fitnah yang disajikan kepada rakyat dengan tiadanya bukti tusukan dan bersandarkan hanya kepada DNA yang kononnya ada pada dubur Saiifol maka ianya hanyalah mainan politik kotor untuk melengahkan tumpuan Anwar memerintah Malaysia.
Mahkamah boleh menerima kes yang bukti fizikalnya tiada seterusnya menggunakan teknik DNA yang sepatutnya hanya sandaran pengukuhan tetapi ia sebagai bukti besar tidak lain memalukan sistem kehakiman negara lebih teruk dan memalukan. Sudahlah ekonomi tidak menentu , malah kehakiman negara pula akan mempercepatkan proses kematian gah negara Malaysia di mata dunia. Inilah yang dikatakan percaturan politik berlebihan mengakibatkan porak peranda ekonomi negara. Khabaran berita mengatakan insiden bakar gereja sahaja sudah beberapa bilion wang pelabur asing menarik keluar wang mereka , kerana takut Malaysia akan turun tangga menjadi negara lebih teruk dari Bhutan...
maka permainan ini hanyalah memburukkan keadaan...Pemenjaraan Anwar akan menyebabkan gelombang reformasi tsunami lebih besar akan menguburkan Be End pada PRU ke 13 nanti....Kelantan ...Kedah...Selangor ...Pulau Pinang telah banyak menunjukkan kemampuan sebenar Pakatan Rakyat memerintah lebih baik daripada Be End...maka rakyat fikirlah sendiri..mahu menjerumuskan diri ke lembah busuk ataupun membawa Malaysia maju dan dapat dinikmati seluruh rakyat...

Menangani Budak Nakal Atau Budak Pintar?

Kemelut dihadapi oleh pelbagai parti samada Be End ataupun Pakatan Rakyat , perlulah ditangani dengan baik dan seimbang tidak nampak bias ataupun cenderung sebelah pihak.
Apabila keputusan yang diterjemah tidak mengambarkan kematangan pimpinan maka , lambat laun parti itu akan musnah.
Apakah boleh kita melabel dan menghukum mereka , kesemuanya berdasarkan bukti dan petunjuk yang kita dapat ataupun boleh kita menghurai prinsip dalaman seseorang untuk mengatakan beliau ini SB ataupun Trojan Horse ke...dan sebagainya...
Senario terbaru kita lihat bagaimana agen CIA yang juga agen sebuah negara lain , seorang doktor meletupkan diri membunuh 7 ataupun 8 agen CIA di Afghanistan cukup memeranjatkan bagi kuasa besar dunia.
Kita lihat bagaimana Najib akan bertindak terhadap Tengku Razaleigh yang dikatakan sebulu dengan prinsip Royalti pembangkang , lihat pula apa tindakan Anwar terhadap Zulkifli Nordin ekoran kelantangannya membuat laporan polis terhadap rakan Pakatan , dan terbaru bagaimana Khalid digantung 6 bulan dan Hassan Ali pula diberikan peringatan keras...
Fenomena menunjukkan kuasa adalah perlu untuk memperlihatkan ketegasan pemimpin namun perlu juga kita meneliti apakah isunya sehingga mereka semua itu digantung ataupun dipecat ataupun diberi amaran...gaya dan corak ketegasan perlu untuk menjadi pemimpin besar namun perlu diingat Rasullullah juga mengalami peristiwa serupa ketika perjanjian Hudaibiah , ada para shabat tak bersetuju digugurkan nama Rasullullah itu dalam perjanjian...maka perlulah kita mengikut Sirah perjalanan jika masih mahu mengaku umat Muhammad Rasullullah...

Monday, February 1, 2010

Isu Terbaru Jangan Tak Datang..?

Program terbaru di Ipoh...nantikannya...

3 FEBUARI 2010
KG MERAWAN INDAH
SIMPANG PULAI , PERAK
9.00 MALAM
PENCERAMAH:
YB NURUL IZZAH
YB DR. LEE BOON CHYE
YB CHANG LIH KANG
SDR. BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN...

ANJURAN PKR PERAK

Friday, January 29, 2010

Awas Pilihanraya Semakin Hampir..Pilihanraya Perak....

Menurut sumber dipercayai ...maka desusnya berbunyi DUN Perak bakal dibubar sebelum keputusan MB Sah oleh Mahkamah Persekutuan dilakukan demi maruah kononnya. Pada firasat saya kemungkinan besar memang ianya terpaksa dilakukan kerana jika keputusan keluar memihak kepada Nizar ianya memberi gambaran buruk psikologi terhadap Zambry.
Maka wajarlah Zambry membubarkan DUN demi menjaga maruah agar lebih baik daripada Nizar yang akan bubarkan DUN.
Apabila Nizar membubarkan DUN tatkala kemenangan diberikan kepada beliau maka ianya menambahkan merit politik buat Nizar yang berpegang kepada janji untuk mendapatkan perkenan Tuanku Sultan Perak seterusnya membubarkan DUN. Ketika ini Zambry tiada pilihan lain melainkan membubarkan DUN sebelun keputusan keluar.Andailah keputusan keluar dahulu maka saham politik Zambry menurun kerana tidak mempunyai firasat politik jauh yang bermaruah.
Nizar , walaupun mengetahui bahawa sokongan kaum Melayu sedikit merosot terhadap Pakatan namun atas dasar kepercayaan kepada demokrasi dan undang-undang akan tetap meneruskan hajat membubarkan DUN dan memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Inilah kelebihan Hj Nizar yang wajar dijadikan contoh oleh semua pihak tak kira Be End ataupun Pakatan Rakyat. Beliau berpegang pada janji....itulah kualiti pemimpin Rakyat...

Tuesday, January 26, 2010

Pendedahan TV3 Adalah Fitnah...

Pendedahan TV3 kononnya Pembantu Khas Hj Nizar ditahan kes penyelewengan amatlah tidak bertanggungjawab.Berita seumpama ini sememangnya membantu kepada Be End yang telahpun semput memikirkan samada mereka yang menang ataupun tidak. Senario ini mendekatkan lagi desus-desus pilihanraya akan berlaku tak lama lagi.
Keputusan Mahkamah Persekutuan mestilah memihak kepada Nizar , jika tidak sistem kehakiman negara tiada nilai langsung buat dunia. Semakin lama imej negara Malaysia semakin menjunam , tida nilai politik , tiada nilai ekonomi dan bukanlah suatu destinasi baik buat pelabur asing...itulah realitinya.
Propaganda dan fitnah yang dibuat oleh TV3 ini memang mengesahkan hampirnya pilihanraya , Be End pula berasa senang dengan situasi kononnya Pakatan Rakyat sudah ditinggalkan...ya mungkin ...ataupun tidak...Namun Nizar sebagai anak jantan apabila memenangi jawatan maka beliau tidak teragak-agak akan membubarkan DUN. Mungkin sekarang SPR telahpun memasang perangkap begitu juga agensi lain yang sedang berusaha menjatuhkan Pakatan Rakyat ..biasale kerja golongan ini..namun disitu jangan lupa kita pada yang Maha Esa yang bakal menentukan segalanya .Apapun Pakatan Rakyat akan berusaha menurut saluran untuk mempertahankan hak rakyat Perak...
Undilah Pakatan Rakyat...lebih adil...lebih terbuka...lebih telus...Be End hanyalah berita gembira buat kroni dan sahabat....

Thursday, January 21, 2010

SPR Bercadang Perluas Undi Pos...

SPR yang bertuankan Kerajaan Pusat buat masa ini pastinya akan memberikan taat setia ,komitmen dan pengorbanan ,sumbangan agar Be End terus lagi memerintah negara ini. Cadangan memperluaskan undi pos bagi kakitangan penting...tak tahulah apa standard penting itu..agar mereka ini mengundi secara pos , menjurus kepada penyelewengan dan undur belakang terhadap demokrasi. SPR telahpun mengkaji pola pengundian secara undi pos yang pastinya memihak kepada Be End.
Kalau perkara ini berlaku tak perlulah parti-parti politik kita membazirkan wang dan tenaga , pasti semuanya akan tumbang kecuali satu dua untuk melegakan pihak Pakatan Rakyat. Kala itu pemboikotan terhadap pilihanraya adalah wajar....

Friday, January 15, 2010

Isu Nama Allah Untuk Melonjak Populariti UMNO...

Tatkala negara berdepan dengan kemungkinan berlaku sesuatu perkara buruk , ketika itulah PM dan TPM pergi meninggalkan negara dibawah kawalan Menteri KDN , Hishamuddin. Senario ini mengingatkan kita kembali bagaimana Tun Mahathir pergi ke China dan ketika itu Musa Hitam yang memangku jawatan , insiden Memali berlaku.
Kita tidak menuduh sesiapa namun apa logiknya pemergian Najib dan Muhyiddin ke luar negara dalam situasi begini. Atau apakah ada rancangan mereka untuk mengkambinghitamkan seseorang ataupun sekelompok rakyat?
Para polis dan tentera diingatkan waspada jangan terperangkap dalam permainan politik murahan yang boleh mengakibatkan kehancuran maha dahsyat yang mulanya kita anggap tidak akan terjadi. Inilah akibatnya apabila kita mencuba mencari formula untuk kepentingan sendiri yang akhirnya memakan diri. Mungkin perkara sebegini dirancang segelintir pihak yang akan mengaut labanya sedikit masa lagi? Api kemuncaknya apabila KDN mengeluarkan arahan larangan penggunaan nama Allah oleh pihak gereja , seterusnya Mahkamah Tinggi pula cepat sahaja mengeluarkan keputusannya seterusnya menaikkan api kemarahan umat Islam.
Kalau kerajaan serius mengapa tidak ditangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi ini sepertimana mereka menangguh keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu MB Perak yang sehingga kini tiada keputusannya?
Inilah yang dipersoalkan atau apabila mereka melihat keuntungan jika isu ini berlarutan maka , kita biarkanlah...
Keputusan biarkanlah itulah yang membahayakan buat rakyat. Rakyat pada hemat saya memahami situasi ini , cuma segelintir mereka yang ingin menangguk air keroh sahaja yang menimbulkan kekecohan baru-baru ini. UMNO sebuah parti kebangsaan bukanlah betul-betul ikhlas mempertahankan agama Allah , jikalau betul mereka perlulah menggubah undang-undang murtad ataupun membuat bendungan ke atas banyak program maksiat sana sini .Ini tidak ...cuma apabila adanya kepentingan tertentu maka barulah mereka muncul. Saya menjangkakan pilihanraya ke 13 tak lama lagi berdasarkan situasi begini dan juga kelihatan program pihak pemerintah seperti Juara Rakyat dan sebagainya. Kemungkinan awal tahun 2011 ataupun penghujung 2010 adalah masa sesuai buat mereka setelah mendapat hasil dan untung isu-isu berkaitan.

National Geographic POD

Brain Tuner

Wic Wac Woe