Monday, April 30, 2007

LA TAHZAN ADA HIKMAHNYA.......

Kekalahan ini boleh dijangka berdasarkan faktor:
1. SPR, inilah institusi yang sengaja memberi ruang yang luas agar pilihanraya ini berlaku tidak bebas dan telus. Kita boleh melihat bagaimana banyak bas-bas luar memasuki Ijok , kononnya perayu undi, tetapi siapa yang dapat memantaunya. Mereka inilah yang mengundi untuk orang mati, orang yang dirasakan propembangkang , Pihak berkuasa tahu tapi mereka buat tak tahu , kata mereka tiada lapuran , alasan mereka jangan tahan orang salah, hak mengundi hak orang ramai. Jadi petugas BA nak halang pun kena caranya, teramat susah. Jadi andaikata berlaku pilihanraya kecil pihak BA BOIKOT , BOIKOT , BOIKOT , jangan buang masa dan tenaga konon nak tengok pengaruh ke , tengoh sentimen pengundi ke , buang masa tak payah bertanding , tambahan kalau kawasan itu bangsa Melayunya kurang 60 peratus . Bila tiba pilihanraya umum nanti kita bertanding . Yang penting dokumenkan senarai pengundi yang disyaki , pengundi mati , orang -orang dikaunter daftar untuk mengundi perlulah mereka yang bebas , bukan orang UMNO, MIC, ataupun MCA. Mereka inilah yang memberi peluang kedua , ketiga , keempat bagi pengundi untuk mengundi lagi. SPR sememangnya agensi kerajaan , oleh itu untuk mempercayai mereka telus memang mustahil . SPR pasti akan mengekalkan kalau boleh tuan-tuan mereka . Jadi andaikata lagi nakkan telus tak susah, PENGUNDI WAJIB CELUP JARI sesudah mengundi. Kalau SPR tak mahu memang mereka itu PEMBOHONG BESAR , PENIPU RAKYAT , MENIDAKKAN DEMOKRASI , tunggulah azab untuk mereka di akhirat nanti.

2. RASUAH PEMBANGUNAN , inilah senjata yang paling hebat digunakan parti pemerintah tatkala rakyat menagih pembangunan di suatu kawasan. Menurut akta pilihanraya perbelanjaan untuk pilihanraya tidaklah boleh melebihi RM 100,000.00 ringgit , namun BN telah mempergunakan agensi kerajaan untuk menabur pembangunan segera , melebihi nilai tersebut . Berjuta-juta wang rakyat diluluskan segera dalam masa tak sampai 2 minggu . Apakah tiada modal lain ingin diperkatakan. Rasuah tetap rasuah , andaikata BN ingin berperang di pertarungan yang adil , perkara ini sudah membuktikan mereka tidak adil. Wang rakyat digunakan secara berleluasa , dalam keadaan tertentu , untuk dirasuah rakyat ketika musim pilihanraya . Ini tidak adil , sepatutnya agihan wang rakyat perlu diagih secara betul , berhemah pemberian secara teratur .

3. MEDIA , Media yang banyak mempengaruhi sesuatu pemikiran manusia perlu memberi
maklumat yang tepat , adil , bermaruah , tanpa ada rancanagn propaganda tersembunyi jika
ingin mendapat gelaran media adil , seimbang ,neutral dan bernas. Pihak alternatif perlu diberi
ruang untuk meberi mesej arah tujuan parti , wawasan dan cita-cita . Barulah pertandingan
pilihanraya disebut BEBAS , ini tidak pembangkang dimomokkan dengan perbalahan , pergaduhan, tipu , siasatlah betul-betul baru keluar berita.

4. PROVOKASI BN , Ini diantara senjata yang dicanang oleh pihak pemerintah, ketika merasakan bahawa sesuatu kawasan itu 50:50 maka strategi ini digunakan agar pengundi propembangkang tidak keluar seterusnya merekalah sendiri yang mengundi bagi pihak. Provokasi ini dilakukan terancang dan pasti pihak pembangkang akan dikambing hitamkan setelah itu, apatah lagi banyak kenyataan daripada Polis sendiri menunjukkan seolah-olah pembangkang yang salah.

5. POLIS , Polis tetap polis , ada rakan kita polis , saudara kita polis , anak kita polis , teman kita polis , bapa kita polis , dan sebagainya . Yang memberi masalah selalunya yang berjawatan tinggi yang baik dengan pemimpin-pemimpin besar negara , segelintir sanggup mengorbankan prinsip undang-undang dan membiarkan salahlaku tersebut dimana mereka berkepentingan.Tengok sendirilah sahabat, rakan , keluarga kita ini.

Saturday, April 28, 2007

KEGANASAN PETUGAS BN

Umum mengetahui rata-rata kebanyakan petugas BN ini sememangnya samseng , tak pergi kuliah agama, kaki gaduh , mat rempit , kaki hisap dadah , bounzer , kaki gertak dan sebagainya.
Pengalaman saya semasa menghadiri satu majlis mesyuarat UMNO, ketika itu masukpun sebab Anwar Ibrahim , mereka selalu sahaja bertindak diluar batasan. Mereka ini selalu menggunakan kaki pukul dan gertak , menghalang orang lain daripada memasuki dewan ( kononnya orang luar ) tapi sebenarnya puak merekalah yang memindah ahli cawangan yang dikira tak sebulu, banyak kali berlaku dan bila ada pemilihan sentiasa kena mengikut citarasa ketua cawangan , kalau dia suka orang itu , perwakilan kenalah memilih orang tersebut, tiada kebebasan. Pihak berkuasa Polis bukan tak tahu ,tapi tak mahu kecoh-kecoh , itulah UMNO dulu, kini dan selamanya. Jadi apabila pilihanraya berlaku , memang petugas SPR itu terdiri daripada orang UMNO sendiri , bayangkanlah , apa yang berlaku. Kepala dan mata saya yang melihat, ketika mesyuarat kita sudah tahu , tapi mereka pun pandai diletaknya orang yang hardcore BN , macam saya ni tak lah , itu dulu tapi sekarang masa sudah berubah. Umur pun dah melewati jadi muhasabahlah diri. Propaganda BN ini memang membusukkan, kita tak berak dikata kita , di yang kata dikata kita juga, itulah pengalaman bersama parti yang membohongi rakyat, kononnya nakkan Islam tapi , pusat hiburan bersepah sana sini , joget sana sini , apa nak jadi , ulama tak diguna pakai ilmunya , pakai kepala otak sendiri , pulus dan wang matlamat hidup utama . Renungilah tempat saudara sekelian pasti bila diamati , mereka inilah , orang -orang BN buat masalah , pergi selalu ke pejabat Tanah bukan selesaikan masalah rakyat , tapi cari tanah kemudian jual , cari tanah kemudian taruk nama anak sendiri , macam macam taktik dibuat , aku tahu tapi aku tak join semua tu. Aku makan cari sendiri kais pagi makan pagi, kais petang makan petang , itulah kebobrokan Pemimpin BN , penipu , pengampu , pembohong rakyat. Rakyat perlu berubah , lihat nanti pasti ada insiden berdarah di Ijok , pasti dikambingkan hitam PKR, memang itulah propaganda UMNO . Mulai sekarang aku tak toleh belakang dah , PAS , PKR , DAP , BEBAS dan sebagainya pilihan hati. Ayuh rakyat buatlah gerakan mengikut paluan dan tari sendiri. Janganlah kita diperbodohkan dengan media berat sebelah , surat khabar kerajaan , lihatlah , bukalah mata ,besarkanlah telinga , fikirlah demi masa depan untuk anak cucu kita. UNDILAH BA ,UNDILAH BA , UNDILAH BA .

Friday, April 27, 2007

BESOK HARI MENGUNDI IJOK 28 APRIL 2007

Oh Ijok..Oh Ijok..Oh Ijok..Besok hari mengundi. Fikir-fikirlah sebaik baiknya wahai pengundi bestari sebelum memilih pimpinan kawasanmu. Ingin saya kongsi pengalaman saya bersama tua-tuan sekelian....Kawasan kami nak dikatakan membangun pesat pun tidak, tapi itulah wajahnya tetap akan sama juga baik sebelum ataupun selepas pilihanraya . Yang mendukacitakan kita masa hendakkan pengundi ataupun pemilihan Ketua Bahagian , ketika itulah saban minggu muncul wakil-wakil ini menunjukkan diri , akulah pemimpin sejati, sedia berkorban untuk rakyat. Adakalanya bila kita mendapat musibah masing-masing buat hal sendiri, rumah terbakarke , banjir ke, kecurian ke, kena kemalangan ke, kenduri kahwinke , ada ke dema tu jenguk kita , Kadang-kadang kita berasa hairan dan pelik, bilamana bangsa lain pinjam dengan ceti pun dia punya wakil rakyat boleh datang menolong memberi jaminan pertolongan , walhal kalau bangsa kita sendiri ada ke dijenguknya rakyat yang mengalami masalah seperti itu , lainlah waktu dekat mengundi. Zalim..sungguh zalim..Rakyat berfikirlah secara waras, pembangunan yang kerajan berikan itu sememangnya hak rakyat yang termaktub di dalam perlembagaan. Sebagai rakyat kita berhak mendapat perlindungan..jika rumah kita dicerobohi, hak kesihatan (mendapatkan rawatan ), hak membela diri, hak bersuara jika tidak berpuashati , hak seorang individu bebas. Jadilah rakyat yang berdaulat , bermaruah mulia , kita punya hak untuk memilih siapa pemimpin yang kita hormati. Harapan saya agar pengundi Malaysia nanti dapat memberikan suatu gambaran bahawa kita adalah rakyat yang dapat memilih pemimpin yang boleh berkhidmat untuk rakyat ..bukan pemimpin songlap duit rakyat..Tengok sajalah rupa dan imej pemimpin BN ketika hari penamaan calon , lagak Khairy seperti samseng jalanan , cakap tak serupa bikin konon Hadhari..rupanya..tak tahu nak cakap..Tengok pula Hishamuddin sebijik geng kaki ...p..k..l . Itulah MENTERI PELAJARAN yang menjaga pelajaran anak anak kita ...Nasihat budak sekolah suruh baik rupanya seperti ketam menyuruh anak jalan lurus , dia sendiri bengkok. Sudahlah Khiry...sudahlah Hishamuddin..muhasabahlah diri sebelum mengaku sebagai pimpinan contoh Islam Hadhari...
MENANG KEADILAN..MENANG KEADILAN..MENANG KEADILAN.

Thursday, April 26, 2007

DAULAT TUANKU

Inilah tarikh keramat, 26 April 2007 , pertabalan Yang DiPertuan Agong ke 13, Sultan Tengku Mizan dilantik secara sah. Daulat Tuanku , semoga pentadbiran dibawah Tuanku negara kita akan menjadi lebih makmur, maju, dan berdaulat mulia. Intipati titah baginda antara lain menyaran agar agihan ekonomi negara berlaku lebih adil untuk semua. Baginda juga meyeru agar modal insan ditekankan dalam pembangunan negara ini. Pembangunan fizikal dapatlah diseimbangkan dengan pembangunan modal insan membina insan kelas pertama. Syabas Tuanku, titah Tuanku amat bermakna buat rakyat keseluruhan. Kami semua bangga dengan perlantikan Baginda sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Wednesday, April 25, 2007

RAJA LAWAK TPM

Itulah muka sebenar pemimpin UMNO, mereka dari dulu memang begitu dulu, kini dan selamanya. Tak perlulah kita gusarkan sang isteri boleh menyentuh pipi silelaki artis Bollywood, sang suami pula raja lawak lelucahannya. Inilah wajah dan wadah realiti sebenar yang kadang-kadang susah nak dibendung, dek kerana ianya memang sifat manusia sebenarnya. Islam Hadhari jenama dibawa, kendung sana sini , rupa-rupanya anak bini habis entah kemana..inilah contoh pimpinan kita yang membawa motto cemerlang , gemilang , terbilang. Rakyat , lambat laun pasti akan merasa bahana kerosakan yang dilakukan pemimpin, Melayu akan makin terpinggir, Islam akan dicerca tiada siapa yang membela, maksiat didepan mata tiada yang kuasa menghalang inilah hak asasi dema kata, fikir-fikirlah sebelum terlambat..masih belum terlambat..

Saturday, April 21, 2007

HARAPAN PILIHANRAYA BEBAS

Ingin saya nyatakan disini , bahawasanya kita mengharapkan pilihanraya di negara ini bebas, betul-betul bebas tanpa sebarang unsur penipuan. Apabila berlakunya penipuan dan pembohongan maka pimpinan yang ada di atas muka bumi ini adalah pimpinan kerajaan HARAM. Kita lebih nampak isu VCD haram, Plat nombor palsu (haram), sindiket ubat tak daftar (haram ), skim cepat kaya ( haram ), pendatang tanpa izin (haram), baju tiruan (haram ), makanan haram, minuman haram , rupa-rupanya jika kita memenangi pilihanraya itu lagi BESAR HARAMNYA , sebab kita pimpinan haram . Terdengar saya siaran iklan radio IKIM selalu kedengaran 'Mencari yang halal itu fardu ...carialah ubat gigi Mukmin. Kita ni selalu sibuk kat gigi yang lain macammana ? Hidup kita macammana , sosial kiat macammana , hiburan kita macammana , ekonomi kita macammana, politik kita macammana.. jawablah di akhirat nanti wahai sahabat sekalian. Jadi muhasabahlah diri, buat yang terbaik, SPR nilailah diri , kerja yang kita jalankan itu sebenarnya amanah yang amat besar daripada Allah , ianya akan disoal kemudian hari, jadi apabila ada cadangan yang boleh mengurangkan penipuan seperti celup jari, apa alasan kamu nanti di akhirat, berdolak dalih kata orang ini tak mahu, bila kita tanya orang itu mereka tak kata pun, bahaya tu, janganlah kita membohongi diri sendiri, telanjangkan diri tenguklah diri sendiri apa kehebatan kamu..bila-bila masa Allah akan menariknya..Wassalam

Friday, April 20, 2007

SANDIWARA KETUA BAHAGIAN MIC KUALA SELANGOR

Sandiwara Ketua Bahagian Kuala Selangor ingin keluar parti adalah helah politik murahan pemimpin tersebut, ianya kerana apabila ada ura-ura Dato Nallakarupan akan bertanding untuk kawasan Ijok, MIC telah melancarkan perang saraf ke atas masyarakat India agar solid untuk memberi sokongan padu kepada calon muda mereka, K. Parthiban . Kaum India yang berjumlah 3475 orang merupakan antara faktor penentu kemenangan mana-mana calon. Parti PKR dan Barisan Alternatif mestilah dapat membuka mata pengundi agar dapat memberikan sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Isu yang diketengahkan mestilah relevan untuk masyarakat Ijok. Isu negeri Selangor perlulah ditumpukan antaranya Isu Kampung Berembang, isu rasuah Kerajaan pimpinan Khir Toyo, isu agihan ekonomi yang tidak adil dan sebagainya. Namun untuk pengetahuan penduduk Ijok, Ijok tetap Ijok, kitalah sendiri yang perlu memberi mesej kepada pimpinan Pak Lah agar melihat dengan serius kepincangan yang banyak berlaku di dalam barisan kepimpinan Negeri Selangor. Mesej perlu dihantar, pengundi Melayu janganlah hangpa punya undi semudah itu diramal oleh pihak kerajaan , sampai ada yang berkata 'taruk siapa saja calon, BN pasti menang, tak kira calon tu ada kualiti atau tak ', pandangan itu perlu diubah agar pengundi Melayu akan lebih dihormati seperti pengundi Cina..atau jadilah pengundi Melayu Kelantan yang lebih berani dan telus....

GANTI RUGI GPSB RM 257.4 JUTA

Itulah yang tertera di akhbar Berita Harian 18 April 2007 mukasurat B7, syarikat GPSB, Gerbang Perdana Selatan Bersepadu, kotrektor projrk jambatan bagi menggantikan Tambak Johor mendapat durian runtuh RM 257.4 juta hanya disebabkan pembatalan projek tersebit. Itulah keputusan kabinet yang amat merugikan pembayar-pembayar cukai di negara ini. Niali tersebut mungkin dianggap kecil, tetapi jika diberikan kepada 5140 usahawan masing-masing mendapat RM 50,000.00 , ia sudah cukup untuk membuat sedikit perubahan struktur ekonomi rakyat kita. Itulah nilainya pembatalan projek jambatan bengkok itu. Tak mengapa rakyat Malaysia semuanya baik-baik belaka, pada rakyat kalau itu kata kerajaan ikut sajalah, otak kerajaan kita memang first class. Apa kerajaan buat semuanya betul...kata siapa? Tak lah saya tahu....Rakyat perlu sedar perubahan perlu dibuat..

Wednesday, April 18, 2007

CALUN INDIA ATAU MELAYU

Parti Keadilan telahpun merwarwarkan profil Dato Khalid antara calun PKR untuk Ijok, adakah percaturan ini tepat buat kawasan Ijok , berkomposisi 51% kaum Melayu, 28% Kaum India dan juga 20 % Cina .Persoalan ini sangat menarik kerana di dalam situasi tertentu parti alternatif perlu berfikir sedalamnya perkiraan calun yang sesuai. Ada juga di sebut Dato Nallakaruppan bakal menjadi calunnya. Apapun kita akan mendengar pengumuman daripada Dato Seri Anwar Ibrahim besok. Apabila kita analisa kemengan calun tahun terdahulu iaitu tahun 2004, Dato Sivalingam memenangi dengan kelebihan undi 1649 ,manakal tahun 1999 majoriti yang diperolehi pula adalah 3166. Ini menunjukkan faktor Anwar ketika 1999 tidak memberi sebarang kesan terhadap penduduk Ijok, yang berkemungkinan tidak memberi apa-apa reaksi terhadap isu-isu nasional. Dalam tahun 1999 terdapat 3 calun daripada BN, DAP, dan juga Bebas. Calun BN Dato Siva mendapat 6567 undi , V Krishnan DAP mendapat 3401 undi , Mohd Yusuf calon Bebas pula mendapat 1245 undi. Kesepaduan parti alternatif membuat percaturan agar pertembungan satu lawan satu sedikit memberi kesan sukar bagi pihak Barisan Nasional untuk menang mudah. Syabas parti alternatif. Moga -moga perletakan calun Melayu Dato Khalid diharapkan dapat menarik undi semua kaum . Sememangnya perletakan calun PKR amatlah sesuai tambahan pula apabila peratus kaum Melayu kurang daripada 70% , calun PAS kurang sesuai.Moga-moga Calun PKR menang....

Tuesday, April 17, 2007

TNB UNTUNG BESAR

Ketika bersantai rehat di rumah sekali terdengar malam itu TNB, syarikat elektrik negara mencatat untung besar sekitar 2.18 bilion untuk tahun lepas...Wah besar sungguh angka tersebut, tapi apalah maknanya buat rakyat yang sekian lama tertekan dengan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Kerajaan perlulah sedar bahawa elektrik adalah hak asasi setiap rakyat untuk mendapatkannya. Sewajibnya kerajaan menilai semula dasar penswastaan yang sekarang ini langsung tidak memikirkan kebajikan untuk rakyat. Keuntungan yang mereka dapatpun bukannya dapat meningkatkan lagi kecekapan operasi, malah kedengaran kelewatan pembaikan dalam keadaan tertentu. Dasar penswastaan sememangnya dapat meningkatkan produktiviti dan banyak kebaikannya, namun ianya juga perlu diselaraskan dengan unsur Negara kita Islam Hadhari, yang matlamatnya negara baik dan Tuhan memberkatinya. Diharapkan Pak Lah , PM kita dapat kiranya tarif elektrik tidak dinaikkan demi untuk rakyat keseluruhannya..TNB perlu menilai tarif elektriknya..

Monday, April 16, 2007

SKIM CEPAT KAYA DALAM INTERNET

Salam sejahtera sahabat semua, Timb. Perdana Menteri baru-baru ini menasihati kita agar jangan rakus dan terpengaruh dengan skim yang pelbagai jenis ( cepat kaya )jika ingin kaya. Nasihatnya memanglah betul cuma yang terkilan di hati ialah apa kerajaan lakukan untuk mencergaskan ekonomi rakyat yang kian muram dan semakin parah. Kita lihat sekeliling, pasar harian, kedai-kedai di bandar, bagaimana keadaannya ...Adakah kerajaan sedar masalah tersebut...Setelah harga minyak dinaikkan banyak perkara yang sepatutnya kita nikmati telah terhapus yakni peruntukan ataupun bajet bagi sesebuah keluarga telah terpaksa dipotong dengan sendirinya. Ini menyebabkan rakyat tidak begitu berbelanja , dan situasi ini menyebabkan aliran pusingan kecairan wang menjadi perlahan seterusnya mengakibatkan perniagaan merosot. Sepatutnya dalam keadaan yang meruncing ini kerajaan perlulah berbelanja secara berhemah buatlah potongan gaji untuk sama-sama merasai keperitan hidup rakyat, tidak membeli jet yang harganya ratusan juta, menyelesaikan kes-kes rasuah yang menyebabkan kos projek melambung tinggi daripada kos sebenar, rasuah itu adalah kos..ianya menyebabkan duit rakyat hilang hanya untuk seorang dua individu sahaja.Janagnlah kerajaan berdolak dalih , buatlah sesuatu itu untuk kepentingan rakyat seluruhnya, bukan berdasarkan keuntungan kroni dan sahabat niaga sahaja.

National Geographic POD