Friday, June 29, 2007

PETRONAS UNTUNG 76.3 BILION , RAKYAT DAPAT APA ?

Hari ini Utusan Malaysia dengan berita besar , Petronas untung 76.3 bilion , terpampang megah. Saya sebagai rakyat Malaysia memang bangga bila ianya benar-benar berlaku. Namun..rakyat telah pun merasai kenikmatan amat menyeronokkan antaranya:

harga minyak yang takkan turun kecuali ada udang sebalik batu
harga barangan yang naik akibat kos minyak
tol Plus yang dinaikkan
menanggung kos penajaan pertandingan berskala besar
pembangunan tumpuan di kawasan bandar-bandar besar sahaja
kos pembangunan yang melampau melebihi kos sebenar

dan lain-lain lagi.

Thursday, June 28, 2007

KES ALKIL HAVY DITAHAN , PEMBELI NOMBOR EKOR DIBIAR

Inilah budaya Islam Hadhari yang diterajui Pak Lah, yang menghairankan pihak JAIS pun bengap jugak ,pandai-pandailah nak settle benda tu , buat-buatlah pergi ke tempat lokasi ceramah ,buatlah laporan mengatakan ianya tiada ceramah disitu , dan berilah nasihat pada ahli jawatankuasa mesjid supaya berhati-hati , takkanlah hangpa tak belajar dari kes mahkamah yang diterajui oleh pakar-pakar melepaskan penjenayah. Akil tu cuma beri ceramah , ceramah dia tu betul , cuma tak de tauliah, kome tak ngaji ke hadis nabi, " Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat " tak faham lagi pi balik Azhar ngaji lagi. JAIS tu namanya jabatan agama tapi didalamnya macam orang tak gi ngaji......PELIK DAN AJAIB..... kalauyepun sebab tugas tengoklah dulu, ada cara hikmahnya. Nasib baiklah aku tak kerja kat JAIS , kalau tak syubhat jugak le..Lain pulak halnya orang beli nombor ekor tu ..tak pernah pulak JAIS buat operasi, rasa-rasanya 90 % yang beli tu Melayu Islam. Pi lah mana-mana negeri kecuali Kelantan ramai orang beli , takde pulak penguatkuasa JAIS dok pantau. Benda-benda macam ni Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin perlu tegur kerajaanlah. Ada hadis Rasullullah S.A.W berbunyi :

" Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada kuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya . Jika sekiranya ia tiada kuasa juga , maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itu ( iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman " diriwayatkan oleh Muslim .

Rasa sayalah yang ngaji setakat sekolah rendah ni, beli nombor ekor tu HARAM , tapi Islam Hadhari bagi jugak lesen , beri peluang nak tambah saham di akhirat ...
Layarilah
http://www.ahlifikir2.blogspot.com

Luahan hati rakyat bawahan...

Wednesday, June 27, 2007

KES ERIC CHIA WAYANGAN SEMATA-MATA

Tidak mengejutkan kita Tan Sri Eric Chia dibebaskan, malah sebelum ini kes pembunuhan budak Cina Taiwan 3 suspek dibebaskan termasuk seorang Datuk , kes Norita melibatkan jurutera juga lepas , siapa harus disalahkan? Apabila melihat cerita CSI siaran Astro saluran 17, memang kes-kes serumit manapun mereka bersungguh-sungguh mencari jawapannya. Bagaiman kita ? Memalukan...nama Negara Islam Hadhari, tetapi banyak prasarana untuk memperbaiki prosedur dan teknologi yang perlu ditingkatkan tidak pula dibeli. Sebenarnya forensik jenayah perlu dicekapkan secekap CSI yang kita lihat dalam tontonan. Memang benarlah itu lakunan sahaja tetapi sekurang-kurangnya pihak polis janganlah membuat sesuatu siasatan seperti melepaskan batuk di tangga. Apatah lagi kes melibatkan Pengarah , Dato' , Tan Sri , pasti mereka semua lepas , faham-faham sajalah. Tiada usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kecekapan pihak polis kita. Wahai para pengundi Malaysia , fikirlah wayangan yang dilakukan pihak pemerintah, semua untuk niat menunjukkan bahawa negara ini bebas rasuah , tapi lihat sendirilah. Indek antarabangsa rasuah pun dah makin buruk. Orang luar memang boleh nampak , cuma kita didalam ni macam katak dibawah tempurung.

Tuesday, June 26, 2007

TAN SRI ERIC CHIA DIBEBASKAN TANPA SYARAT

Jam 1.30 tengahari tadi, TV3 menyatakan berita sensasi , Tan Sri Eric Chia dibebaskan tanpa syarat. Yah.....beliau tidak bersalah ...Eric Chia berkata.......Melayu kata ini fitnah...dengan senyum dan bangga. Habis duit rakyat berjuta-juta ringgit , siapa yang songlap, yang dituduh bukan bersalah pasti ada orang lain? Siapakah yang akan menyelesaikan kes ini? Duit hilang siapa nak cari? Rakyat juga yang rugi. Beginilah senario sekarang ini jenayah yang membabitkan Dato' , Tan Sri, orang-orang besar semuanya lepas, dibebaskan , tidak bersalah, itulah sistem kehakiman kita di Malaysia ini. Bagaimana orang luar ingin mempercayai negara kita ini ? Kerajaan Malaysia wajib mencari siapa dalang yang mencuri duit rakyat Malaysia ini..ITU DUIT RAKYAT , ITU DUIT RAKYAT , ITU DUIT RAKYAT...

ALTANTUYA , PERGINYA SEORANG USHAWANITA

Altantuya, seorang pemudi Mongolia ,telahpun mencipta nama , walaupun muda mentah telah berjaya berdampingan dengan tokoh-tokoh besar pemikir politik tanahair. Apakah rahsia beliau sehinggakan penganalisis politik tanahair kita begitu mempercayainya? Itulah yang boleh rakyat Malaysia keseluruhannya belajar bagaimana seorang model boleh menguasai pelbagai bahasa seterusnya menjadi rakan perniagaan yang hebat. Namun semuanya tinggal kenangan, beliau sudahpun meninggal dunia. Andaikata beliau hidup pasti kita dapat mendengar rahsia kejayaan beliau yang dapat mengalahkan berita Lady Diana yang terdahulu. Malaysia akan terkenal dengan cerita tersebut. Malaysia Boleh, BolehLand.

Saturday, June 23, 2007

SKIM INTERNET MENGASYIKKAN

Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia adalah diantara yang tertingginya peratusan mempercayai keuntungan daripada perniagaan internet yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda dan segera. Nah...disitu lah pemerintah menggunakan kelemahan rakyat Malaysia yang boleh dimomok dengan janji-janji manis ketika pilihanraya, namun setelah selesai kawasan tidak dijenguk langsung untuk masa yang lama. Alasan biasa sibuklah, namun hal sebenarnya memperluaskan kaedah dan lubang -lubang untuk mencari keuntungan segera. Wakil rakyat bukan lagi wakil rakyat, ia cuma mewakili diri dan keluarga, kalau ada can sapu sahaja, tak kiralah rakyat rugi ataupun tidak soalnya UNTUNG, UNTUNG , UNTUNG.

Tuesday, June 19, 2007

KISAH IMAM NAWAWI

Sukacita ingin diberitahu diketika zaman pemerintahan Sultan Al Malik Al Zahir yang memerintah negeri Damsyik suatu ketika dulu, Imam Nawawi telah dijemput untuk memberikan fatwa yang mengharuskan kerajaan memerintah untuk mengambil harta rakyat untuk digunakan sebagai perbelanjaan peperangan menghadapi tentera Mongul/ orang-orang tartar. Sultan Al Malik Al Zahir sebenarnya telahpun dapat fatwa daripada beberapa ulama lain namun beliau masih mahukan fatwa daripada Imam Nawawi. Imam Nawawi mengadap Sultan seterusnya menegaskan Aku tidak akan mengeluarkan fatwa tersebut. Sultan terkejut, dan bertanya mengapa begitu. Imam Nawawi menegaskan beliau tahu asalnya baginda adalah orang biasa dan menjadi kaya raya setelah menjadi pemerintah, beliau juga mengetahui baginda ada 1000 khadam lelaki yang setiapnya mempunyai beberapa ketul emas, manakala hamba perempuan pula seramai 200 orang setiapnya mempunyai perhiasan diri. Imam Nawawi menegaskan beliau hanya memberi fatwa setelah baginda membelanjakan keseluruhan hartanya dahulu sehingga habis . Atas sebab itu Imam Nawawi diusir keluar dari Damsyik. Itulah semangat ulama terdahulu yang sukar dicari sekarang. Kita disini bagaimana? Fikirkanlah...fikirkanlah

Saturday, June 16, 2007

PROJEK SMART BELUM BERFUNGSI LAGI

Itulah hakikatnya , belum boleh diguna lagi , kata Menteri kita Datuk Seri S Samy Veloo, 2 bilion telahpun digunakan namun tiada lagi manfaat yang diterima. Banyak pembangunan kerajaan curahkan ke tempat-tempat tumpuan tertentu dengan alasan -alasan tertentu , berbilion-bilion namun apabila janjiNya telah tiba, apakan daya pasrah dan terimalah sebagai suatu ujian. Kerajaan yang bermaruah wajib mengagihkan kantung negara dengan berhemah, adil dan bijaksana. Apabila amanah diberi dan kita mengabaikan amanah, menyelewengkan amanah tunggulah saat kebinasaannya. Menteri yang bertanggungjawab wajib memberi kata dua kepada kontraktor agar mempercepatkan agar ianya boleh berfungsi secepat mungkin. MANA MUNGKIN DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN BEGITU SAJA.

Friday, June 15, 2007

IMPIAN 2057

Tak tahulah apa nak jadi ketika waktu itu ? Samada orang Melayu masih ada bertahan di negara ini ataupun tidak. Manakan perasaan dirundung kerisauan memandangkan banyak juga milik kebanggaan negara satu persatu menyungkur ke bumi, Proton menghadapi jalan yang sukar, Maxis pula bila-bila masa sahaja boleh berpindah tangan, ini semua kesilapan pemimpin kita yang tidak tegas di dalam membuat keputusan. Ia akan menyebabkan ramai pihak yang mula mengambil kesempatan atas kealpaan pimpinan. Bagi yang berkepentingan inilah masanya aku membuat sebarang untung atas angin dan sebagainya. Oleh itu PM Pak Lah wajib bertindak segera dengan tegas dan berani untuk memperbetulkan keadaan. Mengakui kesilapan adalah lebih baik daripada negara tergadai. Ianya amanah daripada Allah, maka perbetulkanlah.

Sunday, June 10, 2007

PERKAHWINAN PAK LAH STRATEGI POLITIK LICIK

Tahniah Pak Lah diatas perkahwinan dengan Jeanne Abdullah. Semoga berbahagia ke anak cucu. Persoalannya ketika ini adakah strategi perkahwinan ketika ini dapat memikat kembali pengundi Cina yang sedikit lari daripada Barisan Nasional. Pastinya perkahwinan beliau dengan Jeanne berketurunan Cina dan Perancis ketika waktu ini adalah strategi politik untuk memikat pengundi wanita dan juga pengundi keturunan Cina. Rakyat Malaysia wajiblah memikirkan baik dan buruknya mengundi Barisan Nasional. Saya tetap sokong BARISAN ALTERNATIF.

Tuesday, June 5, 2007

KES ALTANTUYA, PEGUAM TUKAR LAGI

Sayugia diingatkan fenomena sebegini rupa , penukaran hakim ,penukaran peguam oleh kerana masalah kecil akan menyebabkan sistem kehakiman Malaysia diragui pihak luar. Sistem kehakiman negara kita akan dicurigai dipengaruhi pihak-pihak tertentu, itulah pandangan pihak luar negara. Ini pastinya memberi kesan terhadap pelabur asing yang ingin melabur di sini. Tiadakah pihak kerajaan terfikirkan masalah ini ?

National Geographic POD