Tuesday, July 31, 2007

CAJ HOSPITAL PUTRAJAYA / SELAYANG

Diberitakan Dato Chua soi Lek mengumumkan bahawa Hospital Selayang dan Putrajaya sebagai perintis hospital sepenuhnya berbayar mulai Ogos ini. Ianya untuk menaikkan mutu perkhidmatan para-para doktor yang akan diberi bayaran gaji yang akan memuaskan semua pihak.
Persoalannya..
Siapa yang akan membayar sepenuhnya bayaran bil..?
Bagaimana orang miskin?
Bagaimana pula kakitangan luar biasa kerajaan? Mereka bayar atau separuh bayar atau kerajaan tanggung?
Bagaiman pula kakitangan bawahan kerajaan?
Sepenuhnya bayar? Separuh bayar? Kerajaan tanggung..?
Bagaiman kalau rujukan pesakit dari luar kawasan ..?
Rakyat biasa ?
Peniaga kecil yang untung tak seberapa?
Pemandu teksi?

PASTIKAN MUTU PERKHIDMATAN HOSPITAL INI TIP TOP..

KERAJAAN SUDAH MENCUBA UNTUK SWASTAKAN KHIDMAT KESIHATAN ?
KERAJAAN LEPAS TANGAN ?
HOSPITAL LAIN BAGAIMANA ?
APA TANGGUNGJAWAB KERAJAAN ?

Monday, July 30, 2007

MIKE TYSON VS RAJA PETRA


Tak payah le Mike Tyson (Muhamad Taib , ex Menteri Besar Selangor ) , ni nak publisiti murahan nak lawan Raja Petra tu, sebabnya banyak kes dia ni , cermin muka dulu:
Banyak kes juga dia ni :
Menconteng arang mula Sultan Selangor,
Mengambil anak dara Sultan,
Membawa duit ke Australia,

inilah contah ISLAM HADHARI

pengampu kerajaan lepas tu telan lah banyak komisen...
kayalah sehingga anak cucu cicit ,,
kita ni rakyat ..kerja hari-hari cover banyak benda

barang keperluan mahal,
kos rawatan mahal,
bil elektrik naik,
bil air naik,
kos sara hidup naik,
kos telefon naik,
diesel naik,
petrol naik,

kerajaan bukannya nak fikirkan hal rakyat cuma,

buat projrk untungkan kroni,
kroni pula belanja untuk kepentingan pemerintah,
rakyat tanggung kos yang meningkat,
itulah kerja kerajaan...

Friday, July 27, 2007

GAGAL ISYTIHAR HARTA RM 27 JUTA

Itulah tajuk berita Berita Harian , 27 Julai 2007 , muka hadapan.
Apa komen saudara?
Saya jawab: Inilah propaganda murahan kononnya Pihak kerajaan bersungguh-sungguh
menentang RASUAH.
Pilihanraya sudah dekat, media cuba mencari isu yang boleh menguntungkan BN.
Cerita pegawai polis Bukit Aman ni dah lama dah....
Mengapa masa baru kumpul sedikit juta tak korek...
Takkan duit terus jadi 27 juta...

Bayangkan polis kanan , 50 an , punya aset sebegitu besar.....
Andaikata mula kerja 18 tahun...hingga 55 tahun...
Masa yang ada cumalah 37 tahun...
Katakanlah gaji RM 4000 sebulan....
Setahun...48,000...
37 tahun.. 1,776,000....sahaja boleh dikumpul ..itu kalau tak belanja..tak kira gaji mula-mula mesti rendah....

Jadi polis kanan boleh buat PART TIME
Tak salah ke..?
Jadi persoalannya datang dari mana duit tu..?

RUMAH belum kira lagi,
ELEKTRIK belum kira lagi,
MAKAN belum kira lagi,
MINUM belum kira lagi,
BELANJA TUTION anak belum kira lagi ,
BARANG DAPOR belum kira lagi,
KERETA belum kira lagi,
dll

Kerajaan janganlah buat sandiwara lagi,
ERIC CHUA dah lepas , duit 76 juta syaitan yang telan ka ?
jangan perbodohkan rakyat.....
kami tau....
hangpa menang pilihanraya pun TIPU...
bukan tak tau..seorang boleh undi 2,3,4 kali undi..lain-lain tempat..

Wednesday, July 25, 2007

KECAMAN LIOW TIONG LAI KE ATAS UMNO STRATEGI POLITIK LAMA

Kecaman tentang negara Islam yang disebut oleh Liow Tiong Lai ke atas pimpinan pemuda UMNO hanyalah mainan politik, mewujudkan isu untuk mengalih perhatian rakyat daripada masalah sebenar rakyat iaitu , isu tol , isu kepimpinan Pak Lah yang serba tak tahu atau buat tak tahu , isu NURI besi buruk , ketidakhadiran Pak Lah ketika jenazah di jumpai, isu kenaikan minyak , isu kesusahan rakyat , isu Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Masa saya di universiti dulu ada ambil sains politik , inilah kaedah mereka-mereka yang ingin mendapatkan sokongan tertentu dengan tujuan tertentu maka ditimbulkan sesuatu isu untuk meraih sokongan rakyat , walhal mereka menzalimi rakyat secara terhormat.

Saturday, July 21, 2007

NURI JATUH LAGI

6 anggota TUDM , terkorban dalam nahas kali ini. Persoalannya mengapa kerajaan tidak membelanjakan wang dengan baik. Wang kerajaan banyak tapi cara pengurusannya amat malang sekali. Banyak projek yang dibuat tidak menguntungkan rakyat. Soal keselamatan penting ,maka kerajaan wajib memberi peruntukan besar untuk itu, dan pengurusannya betul, jangan pula kos rasuah menyebabkan wang rakyat digunakan hangus begitu saja.

Sebut negeri mana di dalam Malaysia ini pasti kita lihat banyak projek gajah mati merugikan rakyat,

Perak:

Projek limau bali, yang mulanya dibuat dibelakang sedikit daripada bangunan yang baru siap ini, ianya sudah dibuat dan akhirnya diruntuhkan kembali. Kerugian duit rakyat juga.

Kedah:
Projek Marina Harbour, kawasan cetek mana kapal nak masuk , takut sangkut.Diberitakan kos anggaran 30 juta. Banyak tu...kalau diberi pada rakyat miskin pasti ada kebaikannya.
Projek tanaman padi atas bumbung, apa dah jadi , kutip hasil berbilion ka?

Projek kampung buku..ramai ka orang pi...kalaudepa upgrade perpustakaan negeri atau perpustakaan bergerak lagi baik. Kita tau depa buat projek nak kayakan kroni, kemudian kroni dok kena derma untuk pilihanraya la..jawabnya..

Johor:
Pampasan jambatan bengkok 700 juta..Duit siapa ni.Ingat duit mak ayah korang.Ini duit rakyat.
Hangpa kami tak redo dunia akhirat mana-man duit rakyat yang diguna tak betul.


Saranan saya ,
Pak Lah, Dato' Najib , menteri kabinet gunalah NURI sebagai pengangkutan utama untuk berkempen kali ini. Baru aku respect kat hangpa. Jadi pemimpin contoh , kalau takut hangpa ni tak boleh lawan Tariq Bin Ziad , yang membakar kapal ketika menawan Andalusia.

Rakyat pun satu, hangpa betul-betul diperbodohkan dengan lakonan mereka Hadharilah..macam-macam slogan lagi. Ayuh tumbangkan BN, naikkan Barisan Alternatif....

Saturday, July 14, 2007

KENYATAAN SAKSI-SAKSI POLIS LAIN MENGELIRUKAN


Itulah sistem kehakiman Malaysia , dibayangi kepentingan politik pihak tertentu. Saksi-saksi dalam perbicaraan kes Altantuya semakin mengelirukan dan pendakwaan semakin lemah.
Inilah yang dikatakan membuat kerja setakat melepaskan batuk di tangga. Mereka buat untuk menjawab soalan yang akan dikemukakan oleh rakyat. Mereka sebenarnya membazirkan wang rakyat yang mahukan keadilan dilaksanakan.
Apabila hak hak tidak diberikan hak mereka, yang salah dilepaskan , tunggulah bala Allah yang akan menimpa kaum tersebut.
Kes Eric Chua , kita boleh lihat bagaimana keteranagn saksi utama dan penting tidak diambil kira.
Itulah kenyataan HAKIM. Sekurang-kurangnya beliau tidak bersekongkol dengan pihak pendusta kebenaran.
Tunggulah wahai pihak pemerintah , ketika suatu hari nanti Allah pasti akan menunjukkan kebenaranNya, ketika itu akan tiba sesuatu yang amat memalukan, merugikan andaikata kita tidak memperbaiki perkara-perkara ini.
Ahlifikir2 melihat bagaiman kesudahannya kesemuannya lepas daripada hukuman gantung.
2 orang polis tersebut kemungkinan besar hanyalah mendapat penjara 10 tahun , inilah ramalan ahlifikir2.
Abdul Razak Baginda akan dilepaskan, kaitan arahannya terputus...

Thursday, July 12, 2007

SAKSI KES ALTANTUYA RILEKS BERSAHAJA

Ramai kelihatan saksi-saksi comel anggota polis memberikan pos istimewa dalam kes Altantuya. Banayak cerita pelik dan ajaib sentiasa berlaku dalam perkhidmatan polis ini. Ada saksi mendakwa tidak merekod keluar masuk bilangan peluru.Beginikah sistem polis kita?
Amat memalukan dan memeranjatkan. Ia membahayakan rakyat keseluruhannya. Peluru hidup boleh dibawa keluar dan disalahguna untuk tujuan yang lain. Apakah mereka tidak mempunyai sistem penyimpanan stok yang cekap dan bersih?
Yang sudah pergi (Altantuya ) memang sudah pergi , tidak kembali lagi untuk menerangkan kejadian sebenar yang berlaku. Tinggallah yang hidup memberi keterangan.

Tuesday, July 10, 2007

HARGA BERAS DI TURUN SERTA MERTA

Kami mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk menurunkan semula kenaikan harga beras, makanan ruji rakyat Malaysia, untuk semua golongan , bukan yang kaya, bukan yang miskin , semua pasti menggunakannya.
Para blogger wajib untuk kita semua mendesak kerajaan agar mengkaji semula polisi-polisi yang membebankan rakyat keseluruhannya, seperti tarif elektrik , air ,tol , minyak dan sebagainya.
Polisi penggunaan Bahasa Inggeris untuk pelajaran Sains dan Matematik perlu juga dikaji.
Ini akan memperbanyakkan keciciran anak bangsa terutama pelajar luar bandar.
Kerajaan wajib menjadi kerajaan berkebajikan...Jangan untuk helah politik semata-mata sahaja..Tapi bagi pihak Barisan Alternatif , kami menunggu keputusan yang MERAKYAT, MERAKYAT, MERAKYAT makna kata baik untuk rakyat keseluruhannya.

Monday, July 9, 2007

KPN Musa Hassan

Dia ni anak orang-orang baik, anak Haji Hassan , pakar mengaji Quran, mudah-mudahan insaflah kita wahai umat terdahulu..bergaullah dengan orang-orang baik..kita ini penguatkuasa perlu bertindak sebaiknya , adil saksama , segalanya akan ditanyai di alam kubur nanti..
Kalau andainya kita rasa dah terperangkap undur dirilah..tak payah kecoh-kecoh, andaikata semuanya fitnah , teruskan kerja, istigfar banyak-banyak mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita. Buatlah perubahan dalam PDRM , bersihkanlah segala yang kotor, ambil yang baik , sentiasalah berdamping dengan penasihat agama , ustaz 2 , ulama , tak kiralah parti mana , lambat laun ada faedahnya.
Dalam ayat al Quran ada berbunyai:

" Setiap yang hidup pasti menemui maut ."

Oleh itu waspadalah dengan godaan hawa nafsu, godaan syaitan

Saturday, July 7, 2007

PROJEK INCINERATOR DIBATALKAN

Projek incinerator di Broga dibatalkan. Ianya diputuskan oleh Hakim Suriyadi Halim Omar di Mahkamah Tinggi. Projek 1.5 bilion.
Diberitakan kebanyakan penduduk kawasan ini bukan Melayu.
Apa tindakan kalau kawasan ini kawasan berkependudukan Melayu.?
Bukan apa, kalau dilihat di kawasan bandar , kawasan Greentown Ipoh, ramai pengusaha sewenang-wenangnya meletak kerusi dan meja di kawasan jalanraya, saya nampak dan selalu pergi ke sana. Tiada tindakan dibuat?
MBI tak nampak atau buat-buat tak nampak, atau dah ada pasang ke?
Janganlah dengan mak cik 2 jual di pasar malam gertak macam singa lapar, rampas barang , dengan taiko Cina takut plak..tak leh macam tu..
Nanti bala turun, baru tau dahlah untung pun tarak...asyik rugi je MBI ni...
Kalau buat kerja biarlah adil, tak kita Melayu ka, Cina ka, India ka , kuli ka , taiko ka...

48% KES JENAYAH SELESAI DI KELANTAN

Menurut STAR , M5 , 7 Julai 2007 , Negeri Kelantan adalah kedua terbaik dalam menyelesaikan masalah jenayah di negara ini.
Fikirlah wahai sahabat 2 sekelian..
Petunjuk apakah ini?
Mungkin inilah penunjuk keikhlasan pimpinnan negeri yang cuba mendaulatkan Islam dalam kerangka yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Memang benar segala tindakan negeri mestilah tidak lari dari Kerajaan Pusat..
Jika kita mahukan Islam , pasti bantuan dariNya akan tiba tanpa disangka..

Friday, July 6, 2007

TERKENANG SUATU KETIKA 1998

Terkenang aku suatu ketika dulu,
ketika ambang kejatuhan mantan DSAI ,
tv, radio , surat khabar (kecuali harakah ) membalun bunyi,
gambar bohsia, pelacur , perosak akhlak semua keluar,
seolah-olah DSAI seorang penjenayah seantario dunia,
dialah agen KGB,
dialah agen CIA,
dia boneka Amerika,
segala-galanya dia,
bantai betina pun dia,
bantai pompuan pun dia,
bantai lelaki pun dia,
bantai bontot jantan pun dia,
semuanya dia,
banyak sungguh masa dia,
untuk membuat segala perkara ,
masa berlalu,
Mokhtar ****** koma,
Ristina ***** mati,
Azizan ***** kemalangan,
Rahim Noor ****** bermasalah,
semua nya hilang,
bila kun jadilah fayakun,
kuasa ALLAH,
kuasa ALLAH,
kuasa ALLAH,
ingatlah manusia,
ALLAH itu ada,
pusingannya akan tiba,
bak roda,
yang atas menurun,
yang bawah akan naik..
itu lumrah alam..
injit-injit semut sapa sakit naik atas,
injit-injit semut sapa sakit naik atas....

sekian.....

HARGA BERAS NAIK PULAK

Harga beras naik,
harga minyak naik,
tol naik,
bil air naik,
harga ikan naik,
harga daging naik ,
harga barang runcit naik,
harga lauk naik,
harga air minuman naik,
ranking bolasepak negara naik merosot,
ranking pasukan hoki naik,
indek rasuah naik merosot,
indek jenayah meningkat,
jenayah berleluasa,
bunuh sana sini,
pangkat Musa Hassan naik ke KPN,
wow Malaysia segala-galanya naik,
bangga sungguh semuanya naik,
tapi......................
bila lagi BULAN (PAS ) nak naik...

Thursday, July 5, 2007

LICIENCE TO KILL

Wah !!! Amat membahayakan. Itulah gambaran paparan Berita Harian yang menyebut; anggota UTK bebas untuk membawa bom dan senjata , dimana lebihan bom dipulang berdasarkan atas dasar percaya. Nah amat merbahaya...Awas rakyat sekelian hati-hatilah kerana anda mungkin boleh jadi sasaran bom yang terlepas kira.
Apakah insan anggota UTK ini amat berdisiplin dan betul perkiraan mereka dalam tindakan ?
Apakah tindakan yang diambil untuk kepentingan negara?
Atas dasar apakah kami patuh dan dengar arahan?
Adakah berdasarkan Al Quran atau Hadis pilihan atau Qias ulama' ?
Siapakah mereka ini yang sungguh bebas ?
Golongan malaikatkah?
Golongan jinkah?
Ataupun golongan syaitankah?

Atau apakah pandangan dan ulasan ini semata-mata ingin menutup angkara siapakah dalang pengebom Altantuya ini?

Itulah yang bermain di fikiran ahlifikir2 dalam melihat isu besar negara ini.

Wednesday, July 4, 2007

MAHKAMAH TINGGI SIVIL MENOLAK SAMAN MALU ANWAR

Diberitakan Mahkamah Tinggi Sivil menolak kes saman malu itu berdasarkan rayuan mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad , Hujah Tun:
Beliau menggunakan hujah mempunyai keistimewaan sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia,
dengan hujah itu terlepaslah namun persoalannya:
Bolehkah kita berdebat nanti dengan malaikat mungkar nangkir di akhirat nanti..?
Kalau boleh saya pun nak guna juga peguam handalan...

KES ALTANTUYA , POLIS BALUN POLIS

Ini cerita memang syok didengari , pahit ditelan , sukar dikunyah , tu lah ingatkan boleh settle habis cerita , rupanya roh Altantuya mencari siapa pembunuhnya. Memang sikit lagi meranalah siapa yang membuat onar, masa akan menentukan , Allah pasti akan menunjukkan kebenarannya , lambat laun.

Takkan kita tak pernah dengar cerita ,
rasa saya cerita dibawah ni bukan tipu..semua orang tahu..cuma nak recall takut kita lupa budi..
bagaimana tahanan ISA mendapat layanan polis, dengan brain toucer ,dan macam-macam lagi..
bagaimana tahanan ISA dibogelkan....
bagaimana lelaki India yang dikatakan mati terjun sungai dalam keadaan bergari....
bagaimana layanan FRU kepada demonstator di KLCC....
bagaimana layanan FRU di lebuhraya KESAS..suatu ketika dulu...
bagaimana layanan PO*** terhadap mantan DSAI ketika hendak menahannya di Damansara..

POLIS , sebagai manusia biasa , berlaku adillah , dalam menjalankan tugas , ianya amanah, kita pasti ditanyai jika kita menjadi...

SAKSI PALSU...
PEMBUAT CERITA PALSU..
MENGADAKAN BUKTI PALSU...
MEMADAM BUKTI TULEN ..
MEMADAM BARANG KES..
MENGHILANG BARANG KES..
MENGUBAH FAKTA KEJADIAN..
MENGUBAH TARIKH KEJADIAN..
APA-APA UBAHANLAH..

JADILAH POLIS BAIK..

Terimakasih...

TAKTIK MULTIPE UNDI

Taktik ini memang diketahui namun untuk membuktikannya banyak pihak wajib terlibat seperti POLIS , BPR dan sebagainya. Ini kerana orang-orang yang terlibat didalam pengundian ini dapat mengundi beberapa kali di tempat berlainan pada suatu hari itu.
Bagaimana kita hendak memantaunya , silap haribulan silap tangkap kita dituduh menceroboh hak individu , mengganggu pengundian dan sebagainya. Perkara ini telah lama dikaji oleh para penguasa yang memerintah , kalau nak tahu lebih mendalam tanyalah orang Keadilan yang kebanyakannya bekas ahli Umno , ataupun bekas ahli Umno yang lain. Antara alasan yang digunakan untuk memujuk para pengundi terlibat :

" Sokonglah kami , negara kita aman nak apa lagi, jadi macam negara lain , macam Iraq ke, Palestin ke kucar-kacir kan susah, nak cari makan pun susah nak ke ? "

"Hangpa ni dah lah kerajaan bagi biasiswa , nak bangkang lagi , janganla , berdosa tau melawan orang yang bagi biasiswa kat kita "

"Hangpa tau ke.. kalau Umno tak menunjangi pemerintahan habis kome semua , tiada lagi hak istimewa Melayu , biasiswa kome tak dapat , bantuan basikal tak dapat , bantuan baja tak dapat ,macam-macam la tak dapat "

Itulah antaranya alasan mereka untuk orang Melayu menyokong UMNO Melayu..


Saudara sekelian fikirlah baik-baik,

BIASISWA ITU HAK INSAN YANG KURANG MAMPU , SEBAGAI KERAJAAN ITU TANGGUNGJAWAB KERAJAAN HENDAK BERI BIASISWA.
KALAU TIDAK JANGAN BERKERAJAANLAH.

KERAJAAN MENGUTIP HASIL NEGARA/NEGERI WAJIB MEMBUAT PERBELANJAAN SECARA BETUL DAN ADIL UNTUK SEMUA RAKYAT.
BUKAN MEMBUAT PROJEK YANG MENGUNTUNGKAN KONTRAKTOR SAHAJA, TETAPI PROJEK MENGUNTUNGKAN RAKYAT.

KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB MENGURUS HASIL NEGARA/ NEGERI DENGAN TELUS, KERANA ITU HASIL NEGARA BUKAN KUTIPAN DUIT PELABURAN INDIVIDU, IANYA HASIL KOLEKTIF NEGARA/NEGERI..

Sekian terimakasih....

Tuesday, July 3, 2007

PERANG SARAF

Umno kian terdesak melakukan perang saraf menentang para blogger alternatif , dengan perlantikan Menteri Belia Cik Azalina Osman.
Kami mengalu-alukan kerancakan penggunaan internet ini, paling kurang tm streamyx yang untung. Sememang nya kita wajib untuk meletakkan calon alternatif ketika pilihanraya nanti, ini kerana UMNO dan BN bukan lagi memikirkan hal ehwal rakyat jelata.
Memang nampak pembangunan rancak juga namun sebenarnya Malaysia punya hasil yang lebih lagi jika betul-betul digembleng rakyat banyak mendapat faedahnya.
Namun ia tidak kesampaian, setiap projek untuk rakyat RASUAH pasti ada, setiap projek yang direkomen oleh cawangan, 5% perlu diberi , kalau tak percaya tanyalah kontrakto2 yang banyak bersepah ni . Kalau peringkat kecil , kecillah komisennya, kalau peringkat besar jutalah jawabnya.
Cuba bayangkan kalau komisen juta-juta , jika diberi kepada rakyat ,contohnya: cukai jalan dikurangkan pasti rakyat yang untung.

National Geographic POD