Friday, August 31, 2007

Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke 50


Hari ini tanggal 31 Ogos 2007 , tercatat sejarah ulangtahun kemerdekaan Malaysia Ke 50 . Tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang masih mempertahankan kemerdekaan mereka.
Namun cuba kita fikirkan,...
Merdekakah kita jika..

Kita tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan ..
Bahasa Melayu caca marba digunakan oleh pemimpin ketika berucap..
Pemimpin gemar berbahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu..
(lihat Bahasa Melayu ketika mereka Beri ucapan)

Pengajaran Matematik dan Sains tidak sesuai menggunakan Bahasa Melayu ...
(kerajaan mengistiharkan pembelajaran /peperiksaan guna Bahasa Inggeris)

Bendera Malaysia dikibar secara salah..( Karam Singh Walia melaporkan di Melaka)..

Bersama-sama USS Kitty Hawk yang membunuh saudara seagama kita di Afghanistan...
..di Iraq..puluhan ribu muslimin dan muslimat diratah , dirogol oles USA...

Calsberg , arak bersepah sana sini boleh dibeli di MAKRO , JUSCO , Seven Eleven..
Minah Dan Mat Rempit menunjukkan aksi lucah dan menganggu ketenteraman awam..

Pelbagai akta Rahsia diwujud agar rakyat tidak boleh bercakap mengenai penyelewengan
pemimpin atasan..

Pelbagai akta agar rakyat tidak boleh bersuara memberi pendapat..

pilihanraya diberikan masa kempen terpendek dalam sejarah..mengapa..?
supaya rakyat tak dapat menilai mana yang baik/ mana yang buruk..
supaya rakyat tertipu propaganda..kapitalis..

rasuah berlelusa..sana..sini..
jenayah bunuh...bakar...rogol culik...perkosa..hari-hari..

Apa itu merdeka..?

Laungan merdeka...kita merdeka..?
Kibar bendera...? kita jiwa merdeka...?
Apa asas jiwa , negara , rakyat merdeka..?
Apa acuan Islam Hadhari istilah merdeka ini..?
Cukai meninggi..
Cukai jalan..
Lesen Memandu...
Cukai tanah..
Terlalu banyak cukai untuk rakyat..?
Mana hasil petroleum dikongsi untuk rakayat...?
Projek Wilayah Pembangunan Iskandar untuk rakyat..?
Berfaedah Untuk rakyat..?
Rakyat akan menjadi tuannya..?
Projek Koridor Wilayah Utara untuk petani..?
Kaum Malayu di Bela..?
Projek Koridor Pantai Timur untuk rakyat seluruhnya..?
Tiada rakyat yang tidak merasa bahannya..?
Seikhlas hati untuk rakyat..untuk rakyat..untuk rakayat..?
Bukan sekadar omongan pilihanraya..?
Atau dikongsi untuk kroni pilihan..?
Pendapatan perkapita meningkat...?
Namun jurang antara rakyat..makin meninggi..?
Hasil merdeka...
Yang dapat hanyalah.....

UMNO-PUTRA , MCA-PUTRA , MIC-PUTRA.., PPP-PUTRA..

Yang Lain...
Pengkhianat Negara....?
Pembrontak Negara...?
Pengacau keamanan..?
Ektremis Agama...?
Pembuat BOM..?
Mana pembuat coktail..molotov..?

Kita bukan hasad , dengki...
Tapi fikirlah untuk SELAMATKAN NEGARA INI..

Thursday, August 30, 2007

BPR wajib siasat PKFFZ segera demi Kemerdekaan Kita Ke 50


BPR wajib menyiasat unsur rasuah dalam urusan pembelian tanah yang mencecah 1.1 bilion , yang mana harga asalnya 95 juta. Kelulusan penggunaan dana awam amatlah dikesali.
Kami sebagai pembayar cukai sekali-kali tidak mengizinkan pengambilan dana awam untuk kes ini.

Kes Jurulatih Indonesia Dipukul Polis




Berikutan tindakan bodoh , Kerajaan Malaysia sewajibnya memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Indonesia , atas alasan dikuatiri pelajar-pelajar kita di Indonesia diapa-apakan . Kerajaan Malaysia perlu bertindak segera memohon maaf , tidak jatuh maruah negara kalau buat sebegitu.
Jangan sesal tak sudah..
PM Pak Lah teliti laporan , selepas itu keluar pengumuman setelah berbincang dengan Peguam Negara ke..Polis ke..

Wednesday, August 29, 2007

Kes Bekas Jurulatih MSN dapat gaji walaupun kontrak sudah tamat


Ezam telahpun membuat laporan mengenai kes ini . MSN perlu bertindak memecat pegawai yang terlibat dalam penyelewengan wang rakyat ini. Bagaimana beliau berani membuat pembayaran gaji bagi jurulatih yang sudah berhenti , di samping itu mengambil separuh wang tersebut. Syabas jurulatih tersebut.
Ini kalau berjawatan besar lagi besarlah penyelewengannya.
Tolong siasat..Ini kerja BPR la..Polis...
Bye..2x

Tuesday, August 28, 2007

Kubur Di Sita Di Kemuning


Apa tindakan Ahli Parlimen Islam , Shah Alam..Tengok je..Negara Islam Hadhari....?
Islam dipinggir..
Cakap tak serupa bikin..

Orang Burma Daftar JPN Kelantan


Inilah ketikanya polis , BPR , KDN perlu turun padang menyiasat apa yang berlaku di Jabatan Pendaftaran Kota Bharu , Kelantan . Adakah mereka ini bakal pengundi sah ? Mereka bukan pengundi hantu ? Tapi layakkah mereka bergelar warganegara Malaysia semudah itu ?
Jangan RASUAH , RASUAH MUSUH NO 1 , dengan rasuah rosak negara.
Pihak berwajib pergilah serbu JPN Kelantan ..cari maklumat..jangan nak pau budak takde lesen je..pau la Pengarah ke ? Besar sikit saham ?...

Thailand Mendahului Malaysia Dalam Demokrasi


Semalam Apichart , Suruhanjaya Pilihanraya Thailand mengumumkan pilihanraya Thailand pada 23 Disember 2007 agar masa 4 bulan yang diberikan cukup untuk setiap parti politik untuk berkempen.
Persoalannya Malaysia , Negara Islam Hadhari bagaimana pula ? Thailand hanyalah sebuah negara sekular tetapi dalam soal memilih pimpinan pemerintah , mereka lebih Hadhari lagi. Malu kita , sebagai negara Islam tetapi tidak mengamalkan sikap adil dan saksama kepada rakyat.

Sila jawab Tan Sri Abdul Rashid..enta macamana ?

Monday, August 27, 2007

Zainuddin Maidin Perkecil Blogger



Apa yang diutarakan para blogger bukanlah fitnah , sekadar satu pandangan alternatif buat para pemerhati diluar , pemerhatian yang lebih saksama dan adil . Tugas blogger juga murni untuk memastikan negara bebas rasuah , agihan ekonomi adil , perbelanjaan kantung kerajaan berlandaskan keperluan rakyat , menaiktaraf pemikiran rakyat agar lebih kreatif , inovatif , progresif.
Kalau kerajaan dipihak benar usahlah digusarkan. Teruskan perkhidmatan , rakyat sedang memantau..

Tuntutan MCA tender terbuka




MCA tak perlulah bermain wayang memohon agar tender terbuka dilakukan. Pak Lah fikir lah baik-baik jangan terlena lagi. Tak kan semua tak tahu...

Kontraktor Melayu dapat projek , Kelas A pun , sub juga pada Cina , mana boleh buat sendiri , ada juga yang terus lum sump bagi kat Cina..tak tau lagi ke..tengoklah sekeliling..tanya orang sekitar..buat servey..dapatlah jawapannya. Ada setengah kontraktror tu , dia pun tengok jugak projek..tapi banyak yang kelas F sahaja. Kelas besar-besar ni..bagi je kat Cina..Bila sub kat Cina , depa beli barang pun hardware Cina juga..kalau kedai Melayu ada , boleh mati..harga mahal..ingat senang nak lawan harga kedai hardware Cina , depa beli besar , kongsi lagi..Melayu bila nak buat konsortium pasti gaduh..tak percaya sama sendiri..

KAUM CINA JANGAN TAKUT LE, HANGPA DAPAT 90 % KEK EKONOMI..
MELAYU CUMA DAPAT 10 % JE..
TERIMAKASIH LE KAT MELAYU ALIBABA..

MCA sasar 30,000 kempen LLL (Lifelong Learning ) , parti lain?

Masih lagi Sunday Star 26 Ogos 2007, N11 , melaporkan MCA mensasar 30000 belia untuk kempen pembelajaran Sepanjang Hidup. Antara kursus yang diadakan Skil Keibubapaan , Lukisan China, Pengurusan Kewangan ,Tarian , Persolekan.

PERSOALANNYA:

PARTI-PARTI LAIN SEPERTI UMNO , PKR , PAS ada buat ke..
ASYIK POLITIK , POLITIK , POLITIK JE..

BUKANKAH ILMU ITU PENYULUH HIDUP...?

Hospital Langkawi Kurang Peralatan


Sunday Star , 26 Ogos 2007 , N21 , menceritakan kejadian tragis berlaku kemalangan jalanraya di Jalan Ayer Langat dekat Kilim jam 6.40 pagi . Mangsa bernama Mohd Raimi Che Mansor , 18 tahun , di pindahkan melalui feri pada tengah malam , dan meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star pada jam 1.20 pagi.
Pegawai Daerah Langkawi , Mansor Ismail menyeru agar peralatan utama seperti CT Scan perlu ada di hospital ini.
Dalam kejadian kedua Mohd Yusuf , 24 tahun , mengalami kemalangan motosikal pada jam 9.27 malam meninggal dunia di Hospital Langkawi pada jam 4.45 pagi.

PENGAJARAN :

KERAJAAN MALAYSIA SEPATUTNYA MEMPERUNTUKKAN PERBELANJAAN KESIHATAN UNTUK RAKYAT DENGAN ADIL DAN SAKSAMA.

JANGAN MENUMPUKAN PERBELANJAAN DI KOTA BESAR SAHAJA.

KAWASAN LANGKAWI , KAWASAN BERPENDUDUK MELAYU..?
KERAJAAN ABAIKAN ORANG MELAYU..?
DATO' MENTERI KESIHATAN PERLU BUAT TINDAKAN UNTUK INSAN MELAYU INI..?
GAJI MENTERI ADALAH WANG RAKYAT KESELURUHAN..

Saturday, August 25, 2007

Kes Saman SSM ke atas Adun Pelabuhan Klang Dilepaskan




Tiada kes Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke atas Dato' Zakaria Md. Deros dan 6 pengarah lain ,
memang beginilah realiti orang besar dan rapat dengan orang atas pasti terlepas..Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskannya tanpa sebarang alasan.
Inilah Malaysia , patutlah indeks rasuah negara makin mencorot.

Thursday, August 23, 2007

Mengapa tiada tindakan , JAWI bertanggungjawab..?


Tolong ambil tindakan..Mana Islam Hadhari ?
Metro telah melaporkan..Ada insan sudah beri laporan..TINDAKAN ? TINDAKAN ? TINDAKAN ?

Pilihanraya Sudah Dekat

Terpanggil untuk memberitahu maklumat yang kita dapati , SPR telahpun memberi taklimat kepada petugas-petugas pilihanraya seminggu dua ini. Kemungkinan besar pilihanraya sudah hampir.
Mungkin sejurus selepas pembentangan bajet September ini.

Qari , Qariah Malaysia Johan Tilawah

Malaysia dinobatkan juara keseluruhan ..tahniah diucapakan..

Tapi bagaimana pula , dalam mempraktikkan ajaran di dalam Al Quran , adakah kita Malaysia dinobatkan No. 1 dalam pengamalan ISO standard Al Quran sebagai sebuah negara Islam Hadhari..
fikirkanlah..

Polis Oh Polis..


Kosmo 23 Ogos 2007 , mukasurat 6 , melapurkan:

" Kuala Lumpur , Dua kostabel yang ditahan di Setapak atas dakwaan mengurung dan merogol seorang gadis di sebuah rumah di Desa Rejang , Setapak , Isnin lalu tidak pernah mempunyai masalah kerja."

Inilah fenomena terbaru , harapkan pagar , pagar makan padi , apalah ertinya kemerdekaan ke 50 jika perkara sebegini berlaku di negara yang kononnya bebas , akhirnya remaja bermasalah ini dikurung dan didera seksualnya. Siasatan tegas , telus perlu dibuat agar perkara ini tidak berlaku lagi. Polis sebagai benteng untuk perlakuan jenayah sepatutnya suci dan bersih , mereka perlu dibersih sesuci dalam debu...

Kau bagai air yang jernih...
Lagu Saleem...

Wednesday, August 22, 2007

Banyak Kenderaan Bermasalah


Kerajaan sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang memberi kelebihan keselamatan untuk rakayt sebagai penumpang.
Kuatkuasa undang-undang terhadap STRUKTUR BAS , LESEN PEMANDU , PERMIT BAS , KES TERTUNGGAK , SAMAN PEMANDU agar penumpang tidak lagi ketakutan untuk menaiki bas , tambahan musim cuti sudahpun hampir tiba.
Gerakkan semua agensi LPKP , Polis , JPJ bersepadu dengan segera.
Perkara kemalangan bas ini perkara serius , perlu dibuat tindakan segera.

Tuesday, August 21, 2007

Kuman Seberang Laut Nampak Gajah Depan Mata Tak Nampak


BPR kini sibuk menyiasat Air Kelantan yang berkemungkinan wujudnya unsur rasuah , namun bagaimana pula kes lain , kes besar PERWAJA , bagaimana Eric Chia boleh dilepaskan ? , bagaimana saksi utama boleh tidak hadir ke mahkamah ? Bagaimana kes Rafidah Aziz dalam pemberian saham ? , Bagaimana pula kes dokumen yang dilapurkan oleh Lutfi , editor Harakah mengenai projek jalan kampung yang melibatkan Khir Toyo ?

Janganlah kita manusia yang nampak kesalahan orang lain sahaja..Siasatlah secara telus dan betul..Siasatlah kesemua pihak..Janganlah sebelah pihak..Semua kejadian diatas dunia ini akan dipertanggungjawab masing-masing..

Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara Hanif Omar Melukakan


Kenyataan Tan Sri Hanif Omar dalam Sunday Times , bahawa 40% pegawai tinggi polis boleh di dakwa atas cara hidup mewah melebihi pendapatan. Yang menghairankan BPR lebih suka menyiasat Air Kelantan samada berlakunya rasuah penyelewengan , namun perkara yang telah jelas dan mudah dilepaskan, apa maknanya?
Ezam telah menghantar bukti rasuah kepada Pak Lah , namun tiada tindakan susulan yang yang dibuat..apa ertinya semua ini.?
Laporan oleh pegawai polis sendiripun boleh ditolak oleh Peguam Negara , inikan laporan oleh rakyat yang tiada apa..
Sebenarnya kita sendiri boleh menilai pendapatan diperolehi dibandingkan perbelanjaan yang dibuat seperti kata Allahyarhan Tan Sri Harun Hasim , kalau diukur cara hidup bileh tahu rasuah ataupun tidak...

Saturday, August 18, 2007

Kes Allahyarhamah Adik Norwafiqah Liyana Rashman Tiada Pembelaan


Kes sebegini banyak berlaku namun kadangkala , disebabkan media lebih suka mencari berita sensasi , seksi , gossip , dan sebagainya , ianya terpinggir. Bahkan ada juga kes yang langsung tidak diketahui disebabkan tiadanya pendedahan oleh mangsa.
Berita Metro ada melaporkan mengenai dakwaan ayah Allahyarhamah Adik yang dimasukkan ke HKL pada 7 Julai 2007 ,disebabkan demam panas. Namun dakwanya setelah diberi ubat yang didakwa bius , anaknya koma dan terus meninggal 4 Ogos 2007.
Apa yang dipertikaikan....

MANA MENTERI KESIHATAN DATO CHUA SOI LEK @ TIM MENTERI KESIHATAN DATO DR ABD LATIF KETIKA INI ...LIHATLAH PERKARA INI SERIUS..

ANDAIKATA ANAK MENTERI YANG KENA BAGAIMANA..?
KOME DIBAYAR GAJI OLEH RAKYAT UNTUK APA..?
INILAH KERJANYA..
PERBAIKKAN MUTU PERKHIDMATAN..
KALAU TAK LEH LAGI BIAR PAS SAHAJA YANG PERINTAH NEGARA NI..
APA SEBAB DIA ANAK MELAYU KE...?
KALAU ANAK CINA..?
KALAU ANAK INDIA..?
KALAU ANAK-ANAK TUAN..?
BAGAIMANA..?..

NI YANG RAKYAT MARAH NI..
KERJA YANG SEPATUT DIBUAT TAK BUAT..
ASYIK NAK CARI POPULARITI SAHAJA..
BERI KOMEN PASAL LAGU NEGARAKU..

LIHATLAH KES INI DENGAN KEPALA HATI..

Thursday, August 16, 2007

Cara Bagaimana Memilih Pemimpin Kawasan DUN / Parlimen


Kenyataan Tun Dr Mahathir , Melayu tidak pandai atau kata lain bodoh dalam memilih pemimpin adalah suatu kenyatan amat pedih.Ianya pahit sepahit hempedu bumi, tapi ia pasti berguna untuk meredakan kencing manis dan menurunkan tekanan darah.
Sesuatu kenyataan daripada TDM walaupun agak lewat tapi masih belum terlambat.Apa yang diutarakan oleh TDM adalah hasil pemerintahan beliau sebagai PM selama 22 tahun, mengujudkan Melayu yang tidak boleh memberi idea atau pandangan pada pucuk pimpinan.

Jangan terkejut jika ada ahli UMNO yang tidak bersetuju , mereka pimpinan cawangan atau bahagian akan mencantas / memotong nama ahli penderhaka ( ahli yang selalu membangkang ) lalu memindah ke cawangan lain atau hilang terus. Fenomena ini berlaku sekitar tahun 90 'an era pimpinan TDM. TDM tak tahu ke.. Siapa nak bagitau kat Che Det , memendam rasalah ahli parti.

Ruang tidak diberikan kepada mereka yang tidak bersetuju cara tindakan pimpinan UMNO untuk menghantar mesej ke atas. Mereka ini terus dipotong jalan ketika dibawah lagi.

Ketika dalam majlis mesyuarat tak kiralah kerajaan atau persatuan jarang ruang diberikan untuk mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pucuk pimpinan. Maka inilah hasilnya rakyat Melayu yang.......

Manusia yang mempunyai pandangan berbeza sering dianggap anasir luar yang cuba untuk merosakkan organisasi , pucuk pimpinan tidak mengambil inisiatif untuk berdampingan dengan mereka ini. Mereka akan menyisihkan diri seterusnya tidak terlibat didalam apa jua aktiviti..

Lagu Negaraku Rap


Menteri Kesihatan , Dato Chua Soi Lek tiba2 memberi kenyataan ucapan maaf untuk rakyat Malaysia dari pelajar kurang ajar dan biadap Wee Meng Chee, yang mempersendakan lagu negaraku menjadi rap.
Pegilah..Menteri Kesihatan tengoklah kes kecuaian hospital yang banyak berlaku..
Itu bidang kuasa hang..
Benda-benda ni sepatutnya Menteri Dalam Negeri ke..?
Menteri Penerangan ke?
INi Menteri Kesihatan...memang bengap cara ni..
Siapa Menteri Kesihatan boleh bercakap hal ini..andaikata budak Melayu , adakah pemimpin Melayu UMNO akan menelefon pelajar ini bertanyakan hal ini?
Fikirkanlah?
Ahlifikir2 sedang berfikir apa perlunya seorang budak ini dibela?
Sepatutnya Pemuda UMNO yang berkeris panjang wajib menghunus keris perintahkan budak ini agar buang negara...
Kalau kes Hattan menukar melodi pun disuruh buang laut....inikan menjadi rap..

MANA PEMUDA UMNO..HA.3x..?
TELOR DAH KENA MASAK..?
TAKUT TAK DAPAT KOMISEN..?
TAKUT TOKEH CINA JELING..?
HA..HA..HA..3x..?
MANA MARUAH PEMUDA MENGHUNUS KERIS...?

CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

Berita terbaru, sekitar jam 4.00 petang TV3 menjelaskan , Dato Nazri mengumumkan tindakan perlu diambil untuk pelajar ini. Kabinet telah memutuskannya. Tunggu dan lihat respon Peguam Negara Tan Sri Gani Patail memutuskannya..Barulah Kerajaan Malaysia ada maruah ini..baru betul..
Ikut sahaja Akta Lagu tu , kuatkuasakan..berikan hukuman agar tiada lagi kes sebegini..

Indek Komposit 1209.50 pada jam 12.01 tengahari

Pada ketika ini indeks komposit semakin menurun sehingga kini nilai mata 1209.50 pada jam 12.01 tengahari.
Untuk pelabur jangka panjang ketika ini masa sesuai untuk membuat pelaburan jangka panjang.
Nasihat ini cuma untuk pelabuaran unit amanah terpilih sahaja.

Bas Super Berhantu vs Undi Hantu



Malaysia ini memang terkenal dengan hantu , kini Bas Super yang mengorbankan 20 insan terpilih , apabila diselidiki toada didalam data mengenai Bas Super. Ini berkemungkinan besar mereka menggunakan lesenpemandu syarikat lain.
Kosmo melapurkan alamat syarikat ketika dijejaki adalah alamat bengkel baiki bas , mengesahkan bas ini bas hantu.
Fenomena hantu di Malaysia memang terkenal;

Rumah Berhantu,
Bas Berhantu,
Undi Hantu,
Saksi Hantu,
Mayat berhantu,
Jari Hantu,
Duit hantu,

Apa tindakan LPKP , apa tindakan polis terhadap saman , apa tindakan JPJ,

RESOLUSINYA BEGINI:

BUATLAH MESYUARAT,
TINDAKAN HENDAKLAH BERSEPADU,
APA 2 OPERASI MELIBATKAN WAKIL2 POLIS , LPKP , JPJ
ITU JE MUDAH TAK SUSAH PUN...

cuma yang susahnya masa nak buat kerja..
masing-masing sibuk..
sibuk benda lain..
nak buat drama la,
nak buat skrip la (takkan tak faham , kes ANWAR tuu..),
skrip untuk pilihanrayala..
skrip cerita ceramahla..

itulah sebabya..kes lain tertunggak...

wassalam..

Wednesday, August 15, 2007

Demokrasi atau Tidak


Dalam Mingguan Wasilah 12-18 Ogos, Alwi Che Ahmad , Wakil BN berkata

" Kalau dilihat dari segi demokrasi, tidak salah sekiranya Kelantan tidak dilimpahkan dengan pelbagai projek memandangkan Kelantan diperintah pembangkang. "

Inilah luahan perkataan dari mulut Ketua Penerangan UMNO Kelantan, berikutan adanya projek kerajaan pusat ke Kelantan. Inilah sempitnya pemikiran Ketua Penerangan ini dalam menilai demokrasi.
Demokrasi hanyalah sistem politik , yang mana sesuatu perkara itu ditentukan oleh rakyat (soal pemilihan parti pemerintah). Namun dalam sistem perlaksanaannya iaitu kerajaan maka agihan ekonomi wajib menurut kontek setempat atau negeri berdasarkan keperluan.
Misalnya apabila penduduk bertambah keperluan untuk membina hospital yang lebih besar adalah wajib , maka peruntukan kerajaan perlulah disalurkan untuk sesuatu negeri dalam membina hospital tersebut.

Kalau kita mengambil kira fahaman politik parti , maka bagaimana hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak perlulah mengambil cukai rakyat yang menjadi pembangkang. Kalau mengikut peratusan keseluruhan maka kemungkinan cukai yang diperoleh hanyalah 35% sahaja (mengikut nilai undian ).

Tan Sri Rashid umum gunakan dakwat untuk pilihanraya umum


Penggunaan dakwat hitam untuk pilihanraya umum dialu-alukan. Sekurang-kurangnya dakwat itu berfungsi tidak hilang sehari suntuk. Paling kurang seorang individu hanya boleh mengundi sekali sahaja. Barulah ini dikatakan demokrasi sebenar.
Barisan Alternatif masih tidak boleh mengharapkan segala-galanya berjalan lancar. Fikirkan kaedah bagaimana pemantauan wajib dilakukan terhadap pengundi setempat.

Saturday, August 11, 2007

Rasuah Pemimpin



Bila mana pemimpin kerajaan UMNO dan rakan-rakan terlibat dalam pecah amanah dan rasuah, maka amatlah susah untuk diketengahkan ke puhak berkuasa kerana mereka jugalah yang terlibat di dalam masalah itu. Bawalah bukti invois atau gambar sekalipun belum tentu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya.

Ezam telahpun menghantar bukti rasuah menteri kanan kepada Pak Lah akhir-akhir ini , namun setakat terima laporanlah ,...ianya terperap begitu sahajalah. Fenomena ini telah sekian lama berlaku di negara ini.

Andaikata yang membuat permintaan itu rakyat miskin dan terpencil , tiada pengaruh maka, terbiarlah ia didalam laporan. Andaikata ianya ...

Thursday, August 9, 2007

Penari Kelab Malam Di Bebas , Pengedar Risalah Di Halang

Inilah senario Islam Hadhari , yang memberi kelonggaran individu Islam bekerja sebagai penari kelab malam , setelah ditahan pihak JAIS , tiba-tiba Pengarah JAIS membebaskan atas alasan teknikal ( rujuk Kosmo 8 Ogos 2007 ), manakala pekerja sukarela PAS yang mengedarkan risalah etika hiburan di kawasan JomHeboh dihalang dan diugut ...mengganggu JomHeboh..

INILAH DASAR ISLAM HADHARI....

fikir-fikirlah apa nak jadi negara Malaysiaku ini...

IRAN KELUAR JET PEJUANG

Diberitakan , Iran kini mencipta sejarah menjadi negara ISLAM pertama , mengeluarkan pesawat pejuang. Ia adalah usaha fardu kifayah umat Islam agar tidak bergantung lagi dengan negara-negara kuasa besar lain.
Ia dibangunkan berasakan teknologi komponen pesawat perang Amerika Syarikat.
Ia kini dikenali AZARAKHSH.
Nilainya dianggarkan AS100 juta / RM 340 juta.

Bagi kontraktor kapal perang lekas-lekaslah berebut peluang untuk menjadi pembekal peralatan perang menggantikan Abdul Razak Baginda , mungkin berapa pula komisen yang dapat bagi broker-broker ini?


Wednesday, August 8, 2007

KIBARAN BENDERA MALAYSIA , PATRIOTIK ?


Sehingga hari ini 8 Ogos , jarang sekali kelihatan kibaran bendera Malaysia di atas kenderaan , kalau mengikut peratusannya 1% sahaja. Apakah ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak ada semangat kecintaan kepada negara atau apa?
Kecintaan kepada negara tidaklah semestinya dengan mengibarkan bendera....
Mungkin rakyat ingin meluahkan perasaan terbuku terhadap kerajaan mengenai keadaan di Malaysia ini yang:

Jenayah pembunuhan terus meningkat.
Pembunuh terlepas disebabkan penyiasatan kes tidak cekap.
Yang terbunuh masuk kubur la.
Rumah tidak lagi tempat selamat.
Siang-siang penceroboh berani masuk curi.
Polis ramai..tapi tah taruk kat divesyen mana kita rakyat tak tau.
Sebab PM kita pun kalau tanya apa hal ...jawabnya TAK TAHU...TAK TAHU...

KAMI RAKYAT MALAYSIA BOIKOT PASANG BENDERA BUKAN SEBAB TIDAK PATRIOTIK...TETAPI...
AGAR PM MEMBUAT TINDAKAN TERBAIK UNTUK NEGARA..
HAPUS RASUAH..
HAPUS JENAYAH..
HAPUS KRONISME..
GUBAL UNDANG UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT..
BUKAN GUBAL UNDANG2 UNTUK KAPITALIS..UMNO..MCA..MIC..PPP..
PECAT MENTERI RASUAH..
PECAT AHLI PARLIMEN RASUAH..
PECAT AHLI DUN RASUAH..

INILAH IMPIAN RAKYAT MALAYSIA..

Monday, August 6, 2007

BEZA PARTI PAS VS UMNO


Kita rakyat biasa tak perlulah fikir jauh-jauh , cuba fikir dan renungkan perkara ini:
1. Perlembagaan UMNO Lord Reid , PAS , perlembagaannya ISLAM

2. Orang UMNO guna Islam untuk kepentingan sendiri, Hadharilah , orang PAS cuba untuk daulatkan Islam yang sebenarnya , Kelantan.

3. UMNO galakkan maksiat , JOM Heboh , PAS syiarkan Bulan Sembahyang.

4. UMNO cakap Islam Hadhari , tapi pemimpin tak ikut syariat , bini Pak Lah tak tutup aurat, bini Najib pun sama. PAS , pemimpinnya rata-rata ada akhlak.

5. Pemimpin UMNO berlagak sombong ( MP Jasin , tokei balak ) , pemimpin PAS tawadu' (Nik Aziz Nik Mat )

6.Bila dekat pilihanraya pemimpin UMNO turun padang, lepas pilihanraya cari projek kenyangkan kroni.

7.Pemimpin UMNO berdamping dengan gangster ( PAKEDA), rupanya ahli PAKEDA pun kaki tonggang...

8.UMNO suka projek hiburan Akademi Fantasia , Malaysian Idol , Jom Heboh, PAS pertahan ulama (Harussani Zakaria) , akidah (murtad ).

9. UMNO pertahan ratu cantik, perempuan ditangkap JAIS berkelakuan tak senonoh dikhalayak ramai.

10.Pemimpin UMNO hidup ehsan duit rakyat, duit cukai pendapatan ,duit koata bumiputera, pemimpin PAS kerja sendiri , duit halal.

11.Pemimpin UMNO cakap tak serupa bikin, janji kosong , penipu ketika pilihanraya , bantuan tak de juga (Ijok ).

12.Pemimpin UMNO cakap tak pakai Al Quran , pakai sedap mulut...

13.Pemimpin UMNO ketika perintah Kelantan , balaknya banyak dipotong tapi untung sikit (RASUAH le tu , bahasa kita moden ni komisen le kut ) , bila PAS perintah potong sikit , untung banyak.

14.Pemimpin UMNO buat isyarat lucah ( Adnan Yaakub ),..tobatle..

15.Pemimpin UMNO hipokrit , cakap Islam Hadhari , tapi cermin diri le , macam Aziz Desa cakap, pemimpin UMNO ni kaki pompuan/ betina ; tanyalah kontraktor depa tahulah.

16.Mana ada pemimpin UMNO nak bela MUFTI PERAK. sembang je..

17.Pemimpin UMNO kaya sebab jalan pintas , tapi tak bahagia , cari tanah jual , tak caya tanya Pegawai Daerah mana-mana pun.

18. Anak-anak pemimpin UMNO ni samseng jalanraya.

ADUKA TARUNA DALAM DETIK DAILY DOT NET

Wahai adikku, Aduka Taruna , memanglah luahan kecil hatimu itu betul namun kau juga harus fikirkan orang lain,
TGHH , dengan kapasiti yang beliau ada , tenaganya, kemudahan pengangkutannya, agensi yang ada , masanya sebagai Tok Guru , agenda partinya , memang tak bolehlah nak lawan Pak Lah segala-galanya ada cuma tak menjenguk rakyat.
Sebut sahaja dimana mahu pergi , sudah tersedia segalanya.
Jadi berlapang dadalah.

HAK ABDULLAH HARIS , ANAK ZAKARIA DAGANG DINAFIKAN

Hak beliau dinafikan untuk menerima imbuhan atas kecemerlangan didalam pelajaran. Anak aktivis PAS ini , walaupun cemerlang tidak langsung mendapat peruntukan kerajaan negeri Trengganu. Kes seperti ini banyak juga berlaku di negeri lain namun disebabkan tiada penonjolon media maka teraniayalah insan tersebut.
Kerajaan seperti ini zalim, memang wajar dan wajib untuk ditumbangkan.
Mereka selalu berkata , mana bukti bila diutarakan sesuatu perkara seperti ini, namun dengan dunia tanpa sempadan, maklumat terus berada dijari kita akan dapat menilai keikhlasan kerajaan untuk memberi perkhidmatan kiepada rakyat.

KERAJAAN UMNO TRENGGANU ZALIM.............

Saturday, August 4, 2007

EZAM VS AZMIN

Hangpa berdua ni kadang-kadang bila difikirkan macam kartun, bergaduh disebabkan perkara-perkara kecil , yang untungnya puak UMNO dan rakan-rakan.
Saranan saya:
Buat Ezam , anta memang pejuang tulen , anta dah masuk keluar ISA, pertahankanlah prinsip perjuangan tu, anta dimana pun tak kisahlah , tapi yang penting niat kita berjuang perlulah ikhlaskan hanya semata untuk Allah sahaja.
Teruskanlah anta dalam GERAK , ianya banyak membawa faedah , kita lawan rasuah sampai habis. Tapi memang ia takkan habis , kurang bolehlah.
Anta pun tak payahlah komen tentang sahabat kita tu , Azmin.
Berlapang dadalah.

Buat Azmin, sabarlah , anta berdua ni tak payah kecoh masuk berita lah , ini memang kerja jahat mendombakan antara manusia , kita sepatutnya menyatukan barisan , bumi mana tidak ditimpa hujan. Anta pun kena ikhlaskan diri perjuangan ini untuk Allah semata.
Anta pun janganlah komen tentang sahabat kita Ezam tu...

Anta berdua kan berjuang untuk membebaskan rakyat daripada belenggu pemerintahan yang tidak pro rakyat, jadi teruskanlah .

Friday, August 3, 2007

PERUNTUKAN UNTUK KELANTAN

Semalam Kelantan menerima janji peruntukan yang besar , untuk jambatan sahaja 151 juta , penambahbaikan jalanraya , Universiti Malaysia Kelantan ditubuhkan dan berbagai lagi peruntukan.
Sungguh bertuah negeri yang berpendudukan ramainya pembangkang. Untuk kita rakyat Malaysia ingin mendapat perhatian seperti Kelantan atau Trengganu , perlulah sekurang-kurangnya 1/5 kerusi dewan negeri wajib dikuasai pembangkang. Ketika itu pasti kerajaan akan bertindak atas dasar untuk kebaikan rakyat ,kepentingan rakyat bukan untuk saudagar besar , bukan untuk kontaktor besar sahaja.

TANDA PILIHANRAYA SUDAH HAMPIR 1-6 BULAN LAGI...

National Geographic POD