Saturday, September 29, 2007

Media Utama Negara Bacul Berat Sebelah

Kejadian cubaan membunuh terhadap Suhaimi Ghazali , Naib Yang diPertua PAS Pandan pada 28 September 2007 di hadapan Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan amatlah dikesali. Perbuatan tidak bertamadun seseorang yang dikenali AJK Pemuda UMNO Cawangan Pandan itu sepatutnya menjadi berita besar bagi TV3 , Berita Harian , Utusan Malaysia namun media tunggangan pemerintah tidak langsung menyiarkannya.Apa yang dipelajari oleh pengamal media ketika di pusat pengajian tinggi dahulu semuanya masuk ke dalam tong sampah. Mereka kini tidak lagi menyuarakan pandangan rakyat , berita yang dikeluar hanyalah propaganda pihak pemerintah.
Andaikata mangsa cubaan bunuh itu orang UMNO , sekalipun ahli biasa pasti seluruh negara pasti mengetahui dengan tajuk,

PAS PARTI GANAS...

Mujurlah aku tak terlibat didalam media yang haprak itu...
Kepada media alternatif ambillah iktibar...

Friday, September 28, 2007

Menteri Muda Sarawak Kerugian RM 400,000.00


Diberitakan Menteri Muda Sarawak kerugian RM400 ribu ringgit dalam kejadian pecah rumah awal pagi semalam.
Peristiwa ini menunjukkan apabila jenayah berlaku , ianya takkan mengenal siapa mangsanya, rumah menteri , menteri muda ,bekas senator , senator , pegawai polis , bekas pegawai polis , semuanya akan terkena.

INDEKS JENAYAH PERLU DITURUNKAN KALAU TIDAK APA PERLUNYA PIHAK BERKUASA.

Thursday, September 27, 2007

Sami di Myanmar Lebih Prihatin


Ratusan ribu sami dan juga orang awam berdemonstrasi menentang pemerintah Myanmar , menyuarakan ketidakpuas hati cara pemerintahan .Malaysia yang terkenal dengan "Negara Islam Hadhari" tidak berupaya mengizinkan perarakan aman pihak alternatif...Berapa peratuskah Islam Hadhari ini mengamalkan ajaran Islam sebenar ?...

Ribuan Peguam Berarak ke Pejabat PM





Syabas dan tahniah kepada anda semua , sekurang-kurangnya masih ada lagi golongan profesional terhormat ini dapat menilai kerosakan yang terjadi di dalam sistem kehakiman .Kebiasaan yang kita dengar golongan ini lebih mementingkan kerjaya dan imbuhan , namun hari itu mereka meluahkan rasa hati demi rintihan rakyat keseluruhan yang amat lemah dan takut kepada pihak berkuasa.
Nah ! Cubalah kamu semua pihak berkuasa halang ataupun membuat provokasi seperti di Batu Burok , nanti kamu dapatlah akibatnya..urusan dengan peguam pasti menyukarkan...

Wednesday, September 26, 2007

Cadangan PM sesi persekolahan sehingga petang Tidak Relevan


Cadangan Pak Lah untuk mengadakan sesi persekolahan satu sesi daripada 7.30 sehingga 4.00 petang atas alasan mengurangkan jenayah terhadap kanak-kanak amatlah mengelirukan. Jenayah meningkat apabila sistem keselamatan longgar. Jenayah meningkat apabila penumpuan pihak berkuasa ke atas jenayah kanak-kanak kurang. Penumpuan berlebihan ke atas politik menyebabkan penjenayah mengambil kesempatan atas kealpaan tersebut.Bukanlah penyelesaian masalah jenayah kanak-kanak sesi persekolahan diperpanjangkan.Perubahan sesi persekolahan ini menyebabkan banyak perkara berubah antaranya:

Penumpuan pelajar kurang..letih
Sistem pemakanan tak baik..makanan dibeli di kantin tak berkualiti
Kesesakan lalulintas..Serentak balik dengan pekerja
Kesesakan lalulintas...kemalangan boleh berlaku
Kesan sosial...Pergaduhan antara pelajar jika tiada guru
Kesan perkhidmatan awam..pekerja curi ambil anak waktu bekerja

Sebenarnya banyak lagi kaedah untuk mengurangkan jenayah antaranya:

Tambahkan bilangan anggota pihak berkuasa
Tambahkan juga skop tugas pihak berkuasa
Rondaan polis peronda ke semua tempat berisiko tinggi
Info berterusan melalui media..kena belanja duit sikit la

Rumusannya:

CADANGAN PAK LAH TAK RELEVAN UNTUK KURANGKAN JENAYAH

Kami Mahu Suruhanjaya DiRaja Bukan Panel Lantikan Kabinet




Berkaitan kes rakaman telefon antara peguam swasta V.K. Lingam dengan Tun Ahmad Fairuz , dalam urusan mengatur perlantikan hakim , Suruhanjaya Bebas DiRaja sahaja yang dapat menjamin ketulenan , kesahihan keputusan yang bakal disiarkan.
Mengapa dalam kes "ketuk ketampi" ianya disiasat melalui Suruhanjaya Bebas DiRaja , walhal kes terkini ini adalah kes yang lebih serius boleh menjatuhkan mertabat kehakiman di Malaysia. Seluruh rakyat kini tidak lagi mempercayai sistem kehakiman yang boleh mengakibatkan keadaan lebih parah. Jangan nanti mereka menjadi penegak keadilan secara seborono tanpa mengikut lunas undang-undang.

Tuesday, September 25, 2007

Feel Good Factor vs Agenda Allah



Ha..3x..Apa dah jadi "feel good factor"..menjadi ke tak..nak tahu tak susah bubar saja parlimen..
Selepas bajet 2008 dibentang dengan tiba-tiba..

ALLAH menurunkan banjir di beberapa negeri utara Malaysia..
rakyat marah pihak berkuasa lambat mengatasi masalah perpindahan..
KERAJAAN TAK DIPERCAYAI..

Kejadian Batu Burok , polis pula menggunakan peluru hidup..
isu lagi..nak bunuh Melayu ka..
POLIS TAK DIPERCAYAI..

Pembunuhan ngeri Allahyarhamah Nurin..
Jenayah meningkat..
MALAYSIA TAK SELAMAT..

Muncul pula video perbualan telefon Hakim dengan peguam..
BADAN KEHAKIMAN TAK DIPERCAYAI..

Berserahlah kita kepada Allah sepenuhnya..dengan mengambil isi pebgajaran Al QURAN & SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. dijadikan pedoman..bukan RIED..
Jangan bercakap saja ISLAM tapi kerja SYAITAN yang dibuat..
Jangan cakap ISLAM ..tapi diri sendiri dan keluarga ikut jalan BARAT
Jangan cakap ISLAM..tapi tindakan langsung tak beretika ISLAM..
Jangan cakap ISLAM ..tapi buat fitnah kat orang..
Jangan cakap ISLAM ..tapi buat program hiburan melampau..
Jangan cakap ISLAM ..tapi siar propaganda palsu..
Jangan cakap JIMAT ..tapi bayar pampasan projek batal BERJUTA-JUTA..
Jangan tangkap peniaga kecil sahaja , PENIAGA BESAR dibebas..

Perbualan Hakim vs Peguam


Inilah dunia penuh kekotoran ,jijik , sampah lebih teruk hina daripada sampah masyarakat. Inilah seperti karya Prof Shahnon Ahmad suatu ketika dulu satiara " SHIT " , yang busuk lagi membusukkan , mengotori segala laluannya...
Ahlifikir tak heran kerana itulah lumrah dunia yang penuh dengan politik yang amat kotor lagi busuk..Tak heran jugak mengapa ramai Melayu yang tidak langsung ingin berdaftar sebagai pengundi kerana mereka tahu mainan politik di Malaysia ini..

Monday, September 24, 2007

Nak Kerja Senang...Begini....



Kenyataan Tan Sri Musa Hassan untuk menilai samada ibubapa Allahyarhamah Nurin cuai ataupun tidak dan kemungkinan boleh didakwa menunjukkan bahawa kerja paling enteng terus mencari kesalahan orang yang ada di depan mata. Beginilah senarionya apa-apa agensi penguatkuasa kerajaan yang ambil mudah dalam urusan mereka. Kita yang lapor , kita yang kena siasat seperti kes mantan TPM kita DSAI suatu ketika dulu.
Orang yang melakukan kesalahan tidak dicari bersungguh-sungguh secara teratur , pakat nak kenakan ibubapa Nurin sahaja. Perkara sebegini biasa berlaku didalam masyarakat sehinggakan masyarakat takut untuk membuat sesuatu laporan polis..
Contahnya: Di tempat saya ada juga kejadian curi barang besi seperti basikal lama , besi-besi dan sebagainya namun mereka takut untuk melapor kepada polis disebabkan insan yang terlibat berkait rapat dengan pihak berkuasa.

KALAULAH BEGINI PIHAK BERKUASA AKU PUN BOLEH JADI PEGAWAI BESAR ..KERJA SENANG ..TAK PAYAH SIASAT LAIN-LAIN PETUNJUK..

Friday, September 21, 2007

.:: TranungKite Online v5.0 ::. - Desakan supaya perkhidmatan Ketua Hakim Negara digantung

.:: TranungKite Online v5.0 ::. - Desakan supaya perkhidmatan Ketua Hakim Negara digantung

Majlis Raja-Raja Wajib Campurtangan



Kejadian di Batu Burok , memberi bonus kepada PAS , kesilapan perancangan yang dibuat oleh pihak tertentu terserlah dalam gambaran gambar yang diambil oleh pihak tertentu sehinggakan diulang-ulang ole RTM , dimana gambarnya diyakini palsu..

PAS perlu bertindak cepat menyaman pihak tertentu ekoran perkara dibawah ini:

Ulangan tayang gambar bendera dibakar oleh RTM
Penggunaan peluru hidup oleh pihak berkuasa,
Pencerobohan premis individu oleh MPKT
Pelanggaran undang-undang oleh pihak berkuasa
Komentar pimpinan negara yang menjurus tuduhan terhadap PAS
Halangan orang ramai mendengar ceramah di premis individu, hak asasi
Tuntutan mangsa tembakan
Tuntutan saman malu di akhbar

Pimpinan PAS perlu segera mengumpul maklumat dan buat tindakan susulan agar PAS lebih dihormati kawan dan lawan. Gerakan tindakan secara sistematik melalui undang-undang perlu dilakukan demi membersihkan nama baik PAS...

Thursday, September 20, 2007

Apabila Tugas Utama Tidak Diutamakan..Beginilah..


Jenayah yang boleh dihalang tak terhalang ..dek menumpukan tugas lain..Tugas utama ditinggalkan..tugas lain dipikul..menjadi-jadilah jenayah ini...

Wednesday, September 19, 2007

Kemungkinan Harga Minyak Naik


Berkemungkinan harga minyak akan naik berdasarkan harga pasaran dunia yang meningkat..

Monday, September 17, 2007

Gambar Bakar Bendera Mencurigakan , Bagaimana TV 1 boleh ambil..gambar Tak Sah / Super Impose


Tuantuan kajilah gambar ini,
Persoalannya:
1.Mengapa tiada orang menggerumuni pelakon ini..kira bakar bendera mesti kita tengok..ini semua orang buat tak peduli..
2.Mengapa asap tidak kelihatan bila bakar bendera..asap setompok satu tempat..
3.Tiada bayangan sipemakai topi keledar sebelah kiri..
4.Polis pun buat tak tau..takde le kejadian tu..
5.Jurugambar gambar ini perlu dicari..senang je

PERGI KE RTM , CARI SIAPA YANG MENGAMBIL SAMADA GAMBAR TINDIHAN/PALSU..

TANGKAP DAN SUMBAT DALAM LOKAP SEBAB MENYEBABKAN PANIK SELURUH NEGERI..

sebarkan..
sebarkan..
sebarkan..

Peniaga Ayam Diburu , Denda RM10000 , Salah Urus Negara Dibiarkan..


Lebih kurang RM 10000 denda dikutip untuk peniaga ingkar yang meletakkan harga melebihi harga yang ditetapkan. Semua peniaga ayam telah diperiksa seluruh negara. Namun persoalannya,

BAGAIMANA PAMPASAN RATUSAN JUTA BILA PROJEK JAMBATAN BENGKOK DIBATALKAN...

BAGAIMAN PROJEK INSENARATOR DI BROGA DIBATALKAN , PAMPASAN MELIBATKAN RATUSAN JUTA JUGA..

Rakyat perlu menilai secara kritis kerugian yang dialami oleh setiap rakyat. Penggunaan wang rakyat sewenangnya tanpa perkiraan yang betul dan tepat amatlah malang. Kes yang tak seberapa dicanang oleh media haprak sebagai besar dan hanyat ,namun isu yang besar dirahsiakan..Media sudah lari dari tanggunjawab terhadap negara.

Saturday, September 15, 2007

Andaikata Kejadian Batu Burok Didalangi Individu Tertentu , Polis Wajib Tangkap .


Pihak Polis tidak boleh membiarkan pemuda yang dimaksudkan membakar bendera terlepas begitu saja. Jurufoto yang mengambil gambar perlu disoal siasat. Janganlah hanya kerana kepentingan politik ,kita sanggup menuduh insan lain sebagai bersalah..Tidak terasa kesalkah atas perbuatan kita itu..?Hidup ini sementara..yang kekal abadi di akhirat nanti..disana semua akan ditelanjangi segala perbuatan , kisah ,arahan dan segala apa yang telah kita lakukan tak terkecuali.Pihak Polis buatlah tindakan sewajarnya..

DEWAN PEMUDA PAS KWSN BUKIT KATIL: INSIDEN BATU BUROK : POLIS BOHONG

DEWAN PEMUDA PAS KWSN BUKIT KATIL: INSIDEN BATU BUROK : POLIS BOHONG

Friday, September 14, 2007

Peniaga Kecil DiDenda , Korup Besar Lepas



Fenomena peniaga kecil , peniaga ayam , kedai mamak yang meletakkan harga lebih sedikit daripada harga dibenar diburu dengan tegas dan adil amatlah menggembirakan rakyat jelata. Hal tersebut diperbesarkan seolah-olah kesalahan yang amat berat lagi dahsyat. Berita ini akan disiarkan dengan muka hadapan surat khabar kangkong , tertera Kedai mamak jual ais kosong 50 sen , dan bermacam jenis hidangan oleh media pengampu.
Media cetak popular masa kini tidak lagi membawa mesej perubahan yang perlu dilakukan oleh rakyat dalam menghadapi realiti hidup mencabar dengan kadar jenayahnya , peningkatan harga barang harian keperluan hidup , minyak masaknya , petrol , yuran bas sekolah , yuran persekolahan yang lain .
Kini media lebih gemar menghidangkan agenda hiburan daripada rintihan penduduk Kg Berembang yang dinafikan hak perundingan ketika perobohan surau suatu ketika dulu sekitar Mac 2007.
Bagaimana pula kes babi-babi berlebihan over supply di Melaka , diam habis kisahnya. Orang Cina lebih bertuah hidup dinegara Islam Hadhari ini dibandingkan peribumi Bumiputra yang sekadar didalam perlembagaan mendapat hak-hak istimewa.
Orang Cina masih lagi didengari rintihan dan ugutan mereka oleh kerajaan ketika rundingan babi-babi yang bersepah terlalu lebih di Melaka tidak seperti umat Melayu yang cuba mempertahankan surau di Kg. Berembang.
Umat Melayu hanyalah tertera di dalam perlembagaan mempuyai hak istimewa tetapi realitinya kosong tak ada makna sekali. Realitinya tidak ada bezanya umat Melayu dengan yang lain , bahkan orang Melayu adalah juara segala masalah sosial , buang anak , bersekedudukan , murtad , bohsia , bohjan , tomboy , minah rempit ,mat rempit , bunuh , dadah , dan sebagainya.
Kerajaan banyak membuat program yang gegarnya seperti tin kosong , tak mempuyai erti kecuali menghabiskan wang rakyat /tiada berkat , kerana kaedah yang tidak betul serta pelan asal siap sahaja.

Thursday, September 13, 2007

Adakah Wajar Suwandi dan Azman Direman?



Insan yang ditembak hendaklah direman..undang-undang apa ini?...Undang-undang Rimba..seperti kata Anwar Ibrahim dahulu ketika era reformasi.
Pihak polis fikirlah , buatlah tindakan seadilnya..Saksi-saksi yang melihat perlu tampil kehadapan rujuk kepada Peguam PAS agar anda dilindungi..jangan sembarangan pergi ke balai..takut-takut jadi cerita Bawang Merah Bawang Putih ...semua sudah dibeli..

Wajarkah mereka ini ditahan.?PAS perlu menghantar wakil peguam PAS untuk memberi sedikit penerangan agar tidak berlaku sesuatu diluar dugaan. Tiada lagi pihak dipercayai sekarang .Situasi amat merbahaya...

INSAFLAH WAHAI PENGUASA..
TIBA WAKTU ALLAH TURUNKAN BALA..
KETIKA INI BERMAHARAJALELALAH..
TIKA ITU DI KAU SEORANG DIRI..
TUNGGULAH AZABNYA..
SIAPA YANG BUAT SALAH RASAILAH..

Wednesday, September 12, 2007

Kes Batu Burok lagi...Mana Gambar Polis kena Belasah..?












INILAH MANGSA KEGANASAN POLIS DI BATU BUROK...PATUT HANTAR KE SUHAKAM

Polis..insaflah..ingatlah..bahawasanya satu hari nanti kita akan pergi mengadap Ilahi..ketika itu semua mulut terkunci..anggota lain akan berkata ...akulah yang membuatnya..sekian..sekian..sekian..ketika itu tiada siapa membela kita..majikan kita..? seorang-seoranglah yang menjawabnya..
Ketika itu tiada siapa yang membantu..apalah diharap sedikit habuan dunia untuk membuat fitnah..kitalah yang rugi..tambahan pula dosa dah lah banyak..nak tanggung yang lain pulak..
jangan...insaflah...ingatlah...
mereka semuatu bukanya babi.....boleh ditembak sesuka hati..
babipun kalau ditembak kena bayar ganti rugi...
Babi di Melaka..

Penyiasatan Siapa Bakar Bendera


Pihak Polis mesti ingat bahawa kami walaupun jauh tetapi mengikuti perkembangan dan layanan anda kepada bangsa seagama , penyokong PAS , perkembangan yang berlaku di Batu Burok , Trengganu.

PIHAK POLIS WAJIB MENCARI SIAPA YANG MEMBAKAR BENDERA MALAYSIA?

SIAPA YANG BERHELMET INI ?

MENGAPA WARTAWAN SUDAH SIAP MENGAMBIL GAMBAR INI ? tv3 ?
Kita tidak mahu kejadian baling batu sembunyi tangan berlaku lagi.Kejadian ini cuba merenggangkan hubungan baik polis dengan PAS, pihak Polis perlu bertindak secara tertib , teratur, bermesyuarat , ambil pandangan semua pihak , mangsa tembakan , saksi-saksi yang tiada kepentigan dan sebagainya.
Janganlah imej anda POLIS diburukkan lagi oleh Pihak tertentu ,siapa yang membela anda..
faham-faham sajalah..

Tuesday, September 11, 2007

Harga Set Buku RM400 jadi RM10000


Kejadian dimana set buku yang dibeli bernilai RM 10000 daripada harga Dewan Bahasa Pustaka sekitar RM400 mengesahkan rasuah membarah di negara ini. Rakyat yang berpendapatan tinggi yang diwajibkan cukai pasti merasa bengang , benci , marah apabila dana kerajaan digunapakai secara tidak betul. Pembeli dan penjual mengadakan harga tersebut tidak munasabah demi keuntungan di kongsi bersama perlu bertanggungjawab wang rakyat.
Siapa mahu bayar cukai jika begini yang berlaku. Pihak Berkuasa membeli peralatan berkongsi dengan pembekal meletak harga sesuka hati. Mereka buat duit atas kesengsaraan rakyat. Golongan ini sebenarnya melihat kepincangan yang berlaku atas pimpinan lalu mengambil kesempatan atas kealpaan pihak atasan yang lebih suka berhibur leka dengan dunia.

Polis..Polis Lagi Polis


Polis bertindak tanpa mengikut prosedur menembak peluru hidup ke atas bangsa Melayu , cuba bayangkan kalu yang terkena tembakan itu orang Cina , atau orang India , pasti tak terkawal. Bila ianya terkena orang Melayu , kita masih bersabar dan mengharapkan agar polis baik dapat mengawal keadaan. Seperti kata Tun Hanif sendiri , sudah ada 2 puak ,polis baik dan polis jahat.
Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat bagaimana kes kejadian berlaku. Siasatan menyeluruh perlu diadakan demi nama baik PDRM sebelum menjadi bertambah buruk dan meloyakan.
PDRM perlu membersihkan noda dan tompokan hitam onar yang dibuat oleh anggota yang bersifat buruk.Mereka perlu dipecat. Tukarkan dengan anggota yang lebih berdisiplin dan beretika.

Monday, September 10, 2007

Penyokong PAS ditahan di Batu Burok, Trengganu




MasyaAllah , apa nak jadi Islam Hadhari ni..kata demokrasi permit tak kasi..depa tu penceramah cuma cakap je..itupun takut dengaq sahajalah Mat Sabu cakap..kalau betul ambik..tak betul rakam dan tahanlah..apa ni..
Sebenarnya dalam kes ini pihak Polis mesti berunding seadilnya, ini tidak dah siapkan 300 -400 ahli FRU , memang nak kenakan penyokong PAS , susahlah macam tu.. Kalau dengan Penternak Babi di Melaka mereka boleh berunding..tapi bila dengan manusia bernama PAS depa tak boleh berunding..ngape dengki sangat kat Islam ni..jangan mati besok Allah tunjuk baru tau..
Mengapa dengan manusia mereka tak boleh faham , tapi dengan penternak babi polis dan penguasa faham..
Difahamkan 2 cedera ditembak polis, tapi TV3 tidak melaporkan..apani TV3 ..hangpa pun nak saham neraka ke..
Polis boleh guna puluru hidup..memang sah tak selamat hidup di Malaysia ni..masuk penjara pun boleh mati..kena tahan boleh mati..patutle ramai yang berhijrah keluar negara.

Dikhabarkan mangsa tercedera Suandi , tercedera oleh peluru yang menenbusi paru-paru , memang brutal sungguh polis ni..Harap PAS akan saman pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Babi seekor pun di Melaka tak cedera,....ini pulak manusia..Kita mesti saman jangan tak saman , nanti depa ingat PAS ni tolol ke..depa tak tau kena PAS pun punya profesional yang ramai...

Saturday, September 8, 2007

Bajet Pilihanraya PRU12..


Tahniah Pak Lah, Bajet ini sedikit sebanyak dapat memberikan " feel good factor" ,untuk anda mempengaruhi , menarik sedikit sokongan rakyat bawahan dan menengah. Peruntukan buku teks percuma , pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah boleh menarik balik sokongan rakyat terhadap pembangkang.
Peruntukan sepasang pakaian beragam untuk rakyat berpendapatan RM 1000 kebawah diberikan percuma. Semuanya kelihatan amat baik dan sempurna sekali. Namun rakyat perlulah sedar bahawa banyak lagi peruntukan yang lebih besar untuk golongan lain. Rakyat perlu menilai kesungguhan dan istiqamahnya Kerajaan di dalam meringankan bebanan rakyat atau sekadar melepaskan lega cuma sebentar saja?
Pilihanray pasti hampir, saya andaikan suasana gembira ini membuatkan Kerajaan berasa selamat dan ghairah untuk menyapu bersih sokongan rakyat. Rakyat jangan jadi bodoh , agenda pembaharuan yang dibawa oleh mantan PM , DSAI adalah lebih ikhlas dan telus dalam menangani masalah rakyat sebenar.
Apakah rakyat lupa soal rasuah , komitmen kerajaan memerangi rasuah ..yang banyak kes adalah kes-kes anak ikan bilis. Bagaimana pula kes berprofil tinggi? Semuanya kekurangan bukti..atau kesilapan teknikal..dan pelbagai lagi alasan..?

Friday, September 7, 2007

Perlantikan Tan Sri Zaki Azmi Sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan..


Perlantikan Tan Sri Zaki Azmi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dipersoalkan atas dasar

-Tidak melalui proses biasa dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rayuan

-Kes perkahwinan Daftar di Thailand , beliau sebagai hakim sendiri pun kahwin tak daftar, macammana nak adil rakyat dengan seadilnya.

-Dia adalah Bekas Peguam UMNO

Tuan2 fikirlah sendiri.....

Thursday, September 6, 2007

DSP Mohd Yusri...Serba Tak Tahu


Kes Altantuya semakin merapu..Bagaimana soalan Tun Majid kepada DSP Mohd Yusri..yang jawapannya serba tak tahu..apa ni..semua anggota polis tu kerjanya ape..gaji kami dah bagi naik..nak ape lagi..
Semuanya serba tak tahu...
Ingat semua rakyat melihat lakonon ini..
memang dunia ini permainan dan lakunan belaka..
Sah nanti semuanya lopess...
Hidup Islam Hadhari.

Orang Gombak buta hati ke..? Tengo sikit la..


Apalah hal ni ,..pening Khit Toyo..tak sudah..sudah..kena cari calon lain le..gamaknye...
Kes khalwat...Dato Dr Rahman Bin Ismail vs Senator Datin Paduka Norhayati Onn..
Kome orang Gombak pilihlah oreng lain..

kan ada...

USTAZ DATO' ISMAIL KAMUS..
cantik lagi..kan...

Roboh Di Kg Berembang , 7 Mac 2007 Dalam Ingatan ..





KG BEREMBANG GUGUR 7 MAC 2007....
Lihatlah bagaimana mereka bertindak...? Ada rundingan ke..?
Kita mahu apa2 pun masalah perlulah rundingan..?
Jangan main terus roboh je..

Wednesday, September 5, 2007

Masalah Babi Berlebihan , Wujud Penternakan Haram di Melaka







Penternakan Babi yang berlebihan tambahan wujudnya kawasan haram menghantui Melaka, apa tindakan kerajaan..?
Takut..? Pilih Bulu..? Cina..?
Kalau ada kawasan penternakan haram hapus sajalah nak tunggu apa , tak kiralah itu MCA punya ke..? PKR..ke? DAP ke..? Kerajaan MELAKA perlu tegas..
KERAJAAN MELAKA TAK ADE MARUAH KE..?

Kami lihat dan tunggu adegan seterusnya..
Kita lihat bagaimana kebijaksanaan kerajaan , ketelusan kerajaan , bagaimana kes..

BEREMBANG , SURAU ROBOH ,..MASJID DI TRENGGANU ROBOH..

JANGAN PINGGIRKAN MELAYU SECARA TERHORMAT..
MELAYU ADALAH TUAN NEGARA INI..

National Geographic POD