Wednesday, October 31, 2007

Najib Dakwa Umno Perjuang Islam?




Petikannya di sini.
Setelah anda baca , fikirkanlah. Adakah kita ingin menjadi suatu umat yang maju dari segi kebendaan semata-mata tanpa roh Islam yang sebenar? Bagaimana roh Islam pandangan Najib ?
Adakah seperti gambar di atas? Segala-galanya dibolehkan? Menjadilah kita negara bolehland?
Islam Hadhari..malam hari pestaan..menari..sure heboh..jom heboh..

Luahan Dato Ramli Yusuf


Dato' Ramli Yusuf telahpun membuat sidang akhbar menyatakan kekecewaan terhadap media cetak yang didakwanya tidak adil. Beliau selaku lulusan UIA pastinya akan memastikan integriti UIA dipertahankan.Syabas Dato , teruskan perjuangan agar PDRM terus dihormati.
Cerita lanjut di sini.
Inilah golongan yang dikategorikan polis baik...yang menurut undang-undang.Semoga masih ramai lagi sebegini.

Kampung Rimba Jaya Tersungkur Bumi


Rumah diroboh di Kampung Rimba Jaya , inilah budi baik Kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat yang mengundi BN , penyokong setia BN , habis madu sepah dibuang. Tiada lagi maaf bagimu.Itulah hakikat yang terpaksa diterima oleh rakyat. Apabila melibatkan rakyat golongan rendah , tiada lagi rundingan , buat golongan kaya rundingan diterima.
Slik klik di sini.

Tuesday, October 30, 2007

Tazkirah Nik Aziz Buat PM



Cantik sungguh ucapan nasihat Nik Aziz buat Presiden UMNO , PM kita Pak Lah , rasanya dah faham benarlah maksud dan kandungannya. Hanya baghal dan lembu sahaja yang tak faham. Harapan kita agar semua projek yang dijanjikan akan sampai ke tangan rakyat.Hak pendaratan minyak yang dulu pun masih belum 'settle ' lagi , tak tahu apa pulak kali ni. Samada kali ni betul-betul rakyat Kelantan dapat projek tu ,tak tahulah kita , tunggu dan lihat .
Klik di sini.
Jangan jadi seorang muslim jatuh ke dalam lubang najis dua kali sudahlah.Aku susah nak caya sebab aku biasa bercampur dengan puak UMNO ni.Cakap tak serupa bikin.

Pilihanraya Semakin Hampir


Sebulan dua lagi kemungkinan pilihanraya. Pak Lah setelah selesai tawaf melancarkan segala projek seluruh negara maka pilihanrayalah. Ketika itu wakil rakyat yang tak pernah melawat akan melawat kawasan , yang tak pernah memberi bantuan akan kunjung tiba memberi beras, keperluan makan , kenduri kendara semua akan dikunjungi , bak kata orang musim sibuk bekerja untuk 5 tahun sekali , berbaloi juga. Buat-buat sibuk sebulan dua , kemudian lesap mencari projek sana sini untuk buat duit. Itulah realitinya YB kita. Mereka melepaskan segala kerja kepada agensi kerajaan , majlis tempatan masing-masing.Sesekali ada masalah besar barulah mereka turun.Rakyat sudah lali.Lagipun kebanyakan YB duduk di kawasan elit , rakyat sukar bertemu.Wakil yang dilantik kadang-kadng tidak dapat membuat keputusan yang cepat untuk rakyat.Rakyat perlu sedar hakikat ini. Mereka hendaklah mencari calun yang membawa masalah rakyat ke pihak atas. Calun perlu berjiwa rakyat, calun juga berpendidikan , tidak bodoh dan dungu mengikut kata tanpa berfikir.Rakyat sudah bersedia untuk menghukum wakil rakyat yang lena, tidak buat kerja.

Saturday, October 27, 2007

Affidavit Anwar Keatas BPR , Langkah Betul

Anwar membuat affidavit ke atas BPR , ianya suatu tindakan tepat dan bertepatan untuk membela diri agar tidak dipermainkan oleh pihak berkuasa.
Cerita lanjut di sini.

Friday, October 26, 2007

Anwar Gagal Serah atau BPR Gagal Ambil

Inilah kenyataan Pengarah BPR , Ahmad Said menyatakan dalam Utusan , Anwar gagal menyerahkan pita, namun Anwar telahpun menunggu pegawai BPR Sazali Salbi yang tak kunjung tiba , yang membatalkan pertemuan melalui telefon . Inilah politik BPR dalam menangani masalah pita ini. Pihak BPR sendiri yang membatal pertemuan , dia pula beri kenyataan Anwar gagal serah pita.

Wahai Ahmad Said , wahai Sazali Salbi , janganlah kita ini membuat tugas membabi buta , Allah melihat dan mendengar segalanya , suatu hari nanti tahulah kamu semua tentang lakonan kamu semua.
Apakah tiada iktibar yang kamu lihat kes DSAI terdahulu..ingatlah Allah lebih hebat perancangannya.
Tahukah kamu bagaimana keadaan terjadi keatas bekas hakim Mokhtar , Ristina , Rahim Noor,
Umi Hafilda , Borhan , dan lain-lain lagi.

Thursday, October 25, 2007

SPR Perlu Bersih


SPR perlu dibersihkan daripada segala kekotoran andai mahukan 4 juta umat Melayu yang tidak berdaftar walaupun layak mengundi. Umat Melayu yang tidak berdaftar merasakan tiada kepentingan untuk berdaftar , malahan mendengar kes-kes petisyen mengenai kesahihan pengundian , Bagaimana calun DAP , Chee Keong dilucutkan hak sebagai wakil Parlimen , bagaimana orang Burma disyaki berdaftar di Kelantan , bagaimana kes kad pengenalan di Sabah , kes satu alamat mempunyai lebih pengundi yang tiada kaitan dengan pemilik rumah , bagaiman wujudnya 2 daftar pemilih , bagaimana SPR boleh melanjutkan proses pengundian di Selangor ketika pilihanraya 2004 ?
Selagi persoalan ini wujud bagaimana kerajaan merasakan bahawa proses demokrasi di negara ini adalah telus , betul dan bersih. Selagi ianya tidak dibersihkan selagi itu kerajaan yang memerintah adalah kerajaan korup , penipu rakyat atas slogan Islam.

ATAS DASAR ITU RAKYAT DI GALAKKAN TURUN MEMBERI SOKONGAN PADA 10 NOVEMBER 2007 DI DATARAN MERDEKA KL , 3 PETANG

Pendakwaan BPR , Ikhlas Atau Helah?

Bagaimana rakyat biasa ingin mempercayai badan BPR , setelah melihat kes yang di bawa seperti
KES PERWAJA , ERIC CHUA , beliau bebas sebebasnya. Kemana perginya wang jutaan ringgit yang lesap itu? Pihak BPR tidak mencari kemana arah wang tersebut perginya?
Rata-rata masyarakat sudah tahu pilihanraya sudah hampir maka biasalah dengan muka sepuluh sen , ramai pemimpin menunjukkan muka , bercakap tentang kebajikan , pengorbanan , kerja bersungguh-sungguh , layanan jabatan dipertingkatkan , ketelusan , dan sebagainya.
Adakah semuanya ikhlas di hati ingin berkhidmat untuk kepentingan rakyat? Saidina Umar Al Khattab menyamar sebagai orang jalanan waktu malam mendengar rintihan rakyat yang susah , dibantunya juga malam itu dengan menggendong bijirin gandum untuk keluarga miskin atas rasa tanggungjawab itu akan ditanyai kelak.Beliau sendiri yang menggendongnya.
Wah ! pemimpin sekarang realitinya tin kosong , bunyi kuat habuk pun tarak.Inilah menyebabkan rakyat tidak mahu mendaftar sebagai pengundi.Mereka merasakan banyak penyelewengan yang berlaku dalam SPR ,dari segi teknikal , penyelewengan pegundian , kerahsiaan pengundian , ketelusan badan SPR itu sendiri , ketulenan rakyat pengundi dan sebagainya.
Bercerita tentang BPR ini , mereka punya tanggungjawab besar , benteng menjaga negara jangan musnah dek rasuah.

Wednesday, October 24, 2007

Nasihat Untuk Rakan Sebagai Ingatan


Allah , kadang kala membayar secara cash , banyak kejadian dan peristiwa berlaku adakalanya hasil tuaian manusia itu sendiri. Kisah DSP Borhan ini banyak memberi pengajaran kepada rakan-rakan kita yang masih bertugas dan berkuasa atas dunia ini.
Cerita lanjut: Di sini
Paparan sebegini menginsafi diri kita.....

Kes Naib Canselor UKM Perlu Disiasat BPR

Ha..ada satu lagi kes untuk BPR siasat lagi terang di mata dan telinga. BPR sebagai anggota penguatkuasa wajib apabila mendengar penyelewengan yang mungkin berlaku , sila siasat betul atau tidak , dan mengapa?

LAPORAN KES:

Penyalahgunaan kuasa
Subjek:Naib Canselor UKM , Prof. Dato Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Penerima Gaji:Prof Dr Tan Hock Lim
Gaji:RM 168,000.00 sebulan
Kontrak :4 tahun
Jumlah Gaji: 8 juta
Cerita lanjut : Di sini

PERSOALANNYA:
Sebegitu tinggi gajinya , perubahan apa yang dijanjikan oleh penerima?
Hebat sungguh ilmunya sehinggakan tiada anak tempatan mampu menandinginya?
Bagaiman kaedah lantikan tersebut?
Rakyat berhak tahu , ianya duit rakyat?

Kalau BPR tak siasat , nak suruh Al Maunah atau Al Qaeda siasat ke?

Tuesday, October 23, 2007

BN parti mementingkan sanak saudara , kroni pengikut..


BN melahirkan insan pemimpin yang hanya mengutamakan keluarga , sanak saudara dan juga sekutu kroni yang rapat. Itulah hakikat perjuangan politik di Malaysia ini. BN dan komponennya melaungkan sesuatu isu dengan nada serius untuk kepentingan rakyat namun disebaliknya bukanlah itu kepentingannya, kalau adapun cuma sekelumit sahaja.Wang rakyat diguna berleluasa atas dasar projek pembangunan untuk rakyat kononnya namun mereka merompak dengan meletakkan harga tender yang melampaui harga pasaran.Ini adalah kos untuk menanggung sanak saudara , kroni rapat untuk jangka masa lama.Rakyat biasa terpaksa meneruskan kehidupan dengan aturan biasa , tiada kad VIP , tiada layanan istimewa , tiada jalan 'short cut' , tiada pengecualian , segala masalah akan diurus mengikut peraturan .
Sekembali kampung kedengaran juga ada jua keluarga jiran yang kini sudah bergelar Senator , Datuk dan lain-lain lagi, namun lihatlah sendiri apa sumbangan mereka pada anak watan melainkan semuanya tumpah keatas sanak saudara dan juga kroni rapat. Andaikata majlis sambutan Hari Raya , jemputan sekadar pengikut setia , sanak saudara bukan masyarakat sekitar.Hal ini lumrah untuk rakyat biasa , bekerja siang malam mencari sesuap nasi membayar faedah bank yang tinggi , harga makanan tinggi , keperluan hidup tinggi , tarif elektrik tinggi , tol tinggi , bak kata apa-apa aje semuanya tinggi.Apa akan berlaku andaikata harga minyak melambung US Dolar 100 , bagaimana rakyat biasa akan menghadapinya?
BN dan parti komponen hanya akan membuat suatu tindakan ketika ianya sudah tak dapat dibendung lagi , ketika itu tersipu malu datanglah menjenguk rakyat biasa , itupun terpaksa , tak ikhlas.Apabila ditanyai mereka juga menuding jari ke atas , pimpinan Hadhari kami pun memantau banjir dari jauh , dari satelit..apa-apa bantuan akan diakses ke internet ..Ingat lagi banjir di Johor..Ketika itu Pak Lah sanggup pergi ke Australia semata-mata untuk merasmikan Restoren Nasi Kandar , dengan izin Allah , tertutup jua ia tak laku.Laporan STAR menyatakan Jean Todt , tunang Michelle Yoeh , berada bersama ketika itu.Itulah contaoh pimpinan Hadhari enak bercakap Islam tapi tidak mengenal isi.Firman Allah ada berkata:

"Besarlah kebencian Allah keatas mereka yang bercakap namun tidak melakukannya"

kata orang sekarang cakap tak seruapa bikin.Klik Disini.

Jenayah Berleluasa , Akta Cuai Perlu Dilaksana

Setiap hari pasti ada kes bunuh , ragut , rompakan berani , rogol, dan sebagainya. Hairan bin ajaib mana perginya pihak berkuasa yang begitu canggih dan sophiscated boleh menangkap rangkaian Al Qaeda suatu ketika dulu ,sebelum mereka melancarkan perang ke atas kuffar.Kes di hadapan orang ramai , kes di depan mata , waktu siang hari tidak dapat dibereskan.Mana anggota berkuasa yang diberi gaji sehingga mampu membeli dua , tiga , empat rumah didalam menghadapi jenayah ini? Gaji yang diberi adalah wang untuk tugas mengawal keselamatan rakyat , bukan menembak rakyat yang hanya ingin mendengar ceramah, Batu Burok , Trengganu.
Andaikata kerajaan ingin mendapat gelaran Islam Hadhari maka perlulah diwujudkan AKTA CUAI ANGGOTA BERKUASA , dengan segera.
Akta ini merangkumi semua kakitangan penguatkuasa kerajaan , agar mereka yang cuai menjalankan tugas dikenakan tindakan tatatertib , buang kerja , turun pangkat , buang daerah dan sebagainya berdasarkan kecuaian yang dilakukan.Jika kecuaian memalukan jabatan , merosakkan nama baik negara maka lebih lagi hukumannya mungkin , buang laut. Tapi persoalannya mahukah ikan memakannya..sebab mayat mereka ini terlalu busuk dan meloyakan.

Langkah BPR Dialukan , Teruskan..Untuk Sifar Rasuah


Syabas, teruskan usaha wahai BPR , namun begitu harus diingat yang besar jangan lupakan , maksudnya kes-kes ikan perasuah besar atas kontarak kerajaan yang besar melibatkan ratusan , ribuan , juta wajib dirungkai agar keadilan dapat ditegakkan.Wang rakyat adalah hasil cukai negara yang perlu dikongsi bersama untuk setiap warganegara Malaysia. Pihak berkuasa BPR perlu menjalankan tugas secara terus bukan bermusim sahaja. Banyak maklumat yang didengari , daripada sumber tertentu perlulah dikaji dengan betul.Ianya adalah amanah besar atas tugas tersebut. Ianya akan ditanyai di akhirat kelak. Andaikata engkau berkuasa , gunakanlah kuasa untuk mencapai kebenaran walaupun memeritkan. Jika tidak engkaulah yang akan disumbatkan ke neraka terlebih dulu , kerana engkau tahu tapi buat tak tahu...
Maklumat lanjut Di Sini

Keluarga Altantuya Saman Kerajaan


Keluarga Altantuya saman kerajaan dan ketiga-tiga tertuduh dengan tuntutan RM100 juta. Saman yang begitu besar nilainya ini akibat sikap rakus individu tertentu yang mengakibatkan penggunaan dana wang rakyat yang digunakan atas dasar kesilapan dan hubungkait dengan kerajaan memerintah. Bagaimana rekod masuk keluar di Lapangan Terbang boleh lupus dengan sewenangnya , penggunaan bahan letupan C4 yang hanya kerajaan sahaja boleh memilikinya , dan pelbagai persoalan yang timbul. Apakah kerajaan dengan mudah menggunakan wang rakyat atas kesilapan mereka mentadbir serta mengurus negara ? Inilah persoalan penting yang rakyat perlu fahami andaikata ianya berterusan begitu negara akan bangkrap.
Rujuk Di Sini

Monday, October 22, 2007

Pampasan 2.5 juta untuk bekas Tahanan ISA , Abdul Malek Husin


Tahniah diucapkan kepada Abdul Malek Husin yang dapat menuntut di atas penahanan tanpa sah ISA wang 2.5 juta ringgit.Sepatutnya wang ganjaran tersebut diambil juga daripada kocek polis yang terlibat untuk kes tersebut kerana 'buat kerja' tanpa memikirkan baik buruk. Penggunaan wang rakyat sewenangnya amatlah buruk dimana lebih banyak keperluan insan yang lebih memerlukan perlu didahulukan.Pihak polis terlibat sepatutnya dipotong gaji mengikut pangkat mereka yang terlibat keseluruhan operasi itu , dari sebesar pangkat sehinggalah kecil pangkatnya.
Memang negara Malaysia ini amat malang sekali rakyatnya, kemudahan yang sepatutnya dinikmati ditarik secara terhormat dengan cara yang begitu licik sehinggakan rakyat tidak menyedarinya.Yang bertambah malang lagi agenda ini menguntungkan sebahagian kecil peniaga besar dan sebilangan kecil ahli politik licik korup.
Rakyat perlu disedarkan hal tersebut. Lebih banyak projek kerajaan diswastakan secara melulu ,ketika untungnya banyak pihak tersebut mengautnya, namun ketika ruginya dana rakyatlah yang digunakan , contohnya MAS.
Malaysia gah namanya Hadhari , namun keperluan warga tuanya tidak dijagai.Bagaimana Australia dapat menyedikan pencen untuk sebilangan penganggur untuk sara diri..perkara ini perlu diperbincang baik-buruknya.
Kerajaan juga akan melaksanakan sistem kesihatan berbayar, yang pasti akan memberi kesan kepada rakyat golongan sederhana dan makan gaji. Mungkin untuk rakyat miskin perkhidmatan masih lagi percuma (berharap).
Cerita lanjut klik di sini.

Friday, October 19, 2007

Syabas Seorang Tahanan ISA Sudah Keluar

Seorang tahanan sudahpun dikeluarkan sehari sebelum Hari Raya , namun kita mahukan seluruh tahanan yang tiada kaitan apa-apa yang membahayakan keselamatan negara dibebaskan segera.
Tidak malukah kita sebagai negara Islam Hadhari masih mempunyai undang-undang yang menahan individu tanpa bicara.
Cerita baru mengenai tahanan, klik di sini.
Mana-mana tahanan yang keluar baik kiranya mendapatkan khidmat guaman agar menuntut kos kerugian dan kehilangan punca pendapatan ketika ditahan tanpa sah. Ia perlu dilakukan kerana negara ini punya undang-undang, bukan hukum rimba..

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya Idil Fitri 1428 Hijrah

Hari Raya berkemungkinan jatuh pada hari Sabtu 13 October 2007 , di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua muslimin muslimat , semoga berbahagia selalu .Nasihat saya berhati-hati di jalanraya.Salah dan silap harap diampun.
Wassallamualaikum..

Tuesday, October 9, 2007

Bebaskan Tahanan ISA sempena Idil Fitri yang Mulia.


Assalamualaikum Pak Lah & Menteri yang lain , bebaskanlah tahanan ISA sempena ketibaan Idil Fitri ini. Andai engkau berkelulusan agama , tahu agama , arif agama , bebaskanlah tahanan-tahanan yang hanya ditahan disebabkan kunjungan mereka ke negara Afghanistan , belajar di Palestin , belajar agama , berjuang menentang kuffar Russia dan sebagainya.Mereka inilah sebenarnya pejuang tulen menurut kacamata Islam.
Apakah benar Pak Lah , anak warisan ulama tersohor? Kalau ya, terbitkanlah dengan tindakanmu yang bijaksana buat bekalmu di akhirat nanti. Bayangkanlah dahlah dosa sendiri tak tertanggung ini pula kita yang berkuasa dek kerana hendak turutkan Bush laknatullah kita turut sama terjebak.Atau mungkin di akhirat nanti kita boleh minta tolong pada Presiden Amerika itu untuk memasuki jannah?
Apa yang kita lakukan sebelum terlambat adalah lebih baik daripada hanya berkata aku tak tahu. Bukan jawapan itu mudah sahaja Allah akan menerimanya. Bayangkan bagaimana pejuang Palestin bersungguh-sungguh melawan Israel , kita sebagai negara kaya berbilion-bilion hasil kekayaan apakah bantuan yang diberikan ? melihat sahaja ? senjata? moral ? cakap kosong ?
Ketika kita berkuasa , jangan kita menuding jari pada yang lain.Andaikata rakyat biasa ingin berjuang ke Palestin , kau dan rakan-rakan sumbatkan mereka dengan AKTA ISA , atas alasan mudharatkan keselamatan.
Hipokrit sungguh bicaramu anak ulama tersohor.
Pejuang Palestin terkini klik disini
Tunjukkan contoh yang sebetulnya engkau Imam Hadhari.Jangan cakap tak serupa bikin.

Layakkah Nazri Seorang Menteri ?


Nazri Aziz menjamin keselamatan sumber pita video Lingam , seperti berkata kewujudan Akta Perlindungan Saksi..Ada pernah dengar ke akta tu..
Main sedap mulut je cakap..tak de studi ke? Ini taraf menteri penuh Malaysia Hadhari..rakyat dikasi..
Klik di sini

Tanggungjawab Siapa?



Seorang ibu tunggal terpaksa meninggalkan anaknya berusia 17 bulan , untuk mencari sesuap nasi saraan keluarga.Mereka menyewa sebuah bilik kecil yang akhirnya terbakar.Malang sungguh bayi tersebut , awal lagi beliau sudah pergi.
Cerita lanjut , baca di sini.

Cerita 2:Bagaimana Hui Yee selamat pembedahan dan beransur pulih setelah menerima jantung kali kedua dalam 2 hari berturut.

SYABAS MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Soalnya:

MENTERI HAL EHWAL WANITA PERLU BERTANGGUNGJAWAB...INI KERJA ENTE'
KALAU TIDAK JANGAN AMBIL GAJI..GAJI HARAM..

Monday, October 8, 2007

Nazri Aziz Cabar DSAI dedah sumber maklumat




Bolehkah Nazri dipercayai? Fikir sendirilah? Nazri dipetik sebagai berkata saksi jika perlu boleh ditukar identiti oleh kerajaan.Wah hebat sungguh agen perisik ni , si Nazri ni..siap boleh tukar identiti..Kot dah banyak buat kerja macamni..

MACAMMANA INSPEKTOR AZILAH DAN KOPERAL SIRUL TAK NAMPAK RUPA..KOT LEPAS JATUH HUKUM BUNUH..KOME TUKAR IDENTITI..KALAU BEGITU MEMANG SYAITAN BESORLAH KOME..

MACAMMANA KOMEN NAZRI KAT ORANG BURMA DI DAFTAR PENGUNDI DI KELANTAN?

KOME NI TAK MALU KE KALAU MENANG DALAM KEADAAN MENIPU..DAHSYAT TU..
DOSANYA BERTINDAN-TINDAN..SEGALA-GALANYA HARAM..PALSU

Boleh percaya? Tak Caya Baca ini.

Kedatangan Anwar Ke Ipoh


Tahniah DSAI yang turun ke Ipoh untu menerangkan kes Lingam Tape , inilah yang dikatakan andai kita berbuat baik InsyaAllah bantuan Allah pasti tiba. Kalau difikirkan bagaimana ada insan yang dapat merakam video tersebut pada ketika itu , di tempat yang sulit. Namun begitulah terjadinya kalau Allah katakan jadi maka jadilah. Ada sahaja insan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran.

RAKYAT SELURUHNYA BERADA DI BELAKANG DSAI UNTUK TINDAKAN BELIAU ITU.

Saturday, October 6, 2007

Bukti Perancangan Jahat

Lihatlah kebijaksanaan mereka dalam mengatur strategi ingin memburukkan PAS , namun terlalu banyak skrip yang terlupa , ending tak cantik , pelakon amatur pertama kali berlakun , cacat dan cela rancangan jahat itu .

"Mereka merancang , namun Allahlah perancang yang sebaik-baik perancang"

Polis wajarlah melihat kes ini dengan profesional , kerana tanggungjawab itu akan dipersoalkan..
Atau kita ingin lihat bencana apa Allah akan timpa kepada kita akibat perbuatan menyeleweng khianat kita?

Apa yang cacatnya, silalah klik disini.

Rayuan Untuk Pihak Berkuasa Tertinggi KDN , PM


Assalamualaikum diucapkan untuk Memanda PM , agar sejahtera di bulan Ramadan yang berkat ini.Rayuan ini hamba utarakan agar kita mengingati semula tugas kita di bumi Allah , bukanlah semata-mata santapan duniawi sahaja , bahkan ianya bakal ditanyai apakah kamu yang punya kuasa membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada kebenaran.Kadangkala kebenaran itu memang menyakitkan namun seperti ubat untuk menyembuhkan terpaksalah ditelan jua.
Wahai Pak Lahku..dunia ini terlalu singkat buat kita...tahu-tahu sudah penghujung umur..namun Islam adalah agama yang memaafkan andai kita berbuat sesuatu yang bermanafaat untuk semua.
Di sana nanti tiada apa yang hendak dibawa kecuali

AMALAN BAIK KITA DI DUNIA
JASA BAIK KITA DI DUNIA
BERKAT DOA ANAK SOLEH KIT

Lihatlah rintihan ini..

Friday, October 5, 2007

Cadangan Untuk BPR , Mudah Kerja


Untuk makluman tuan-tuan begini caranya bagaimana hendak membawa Dato Lingam dan juga Peguam Negara Ahmad Fairuz..

TANGKAP ANAK DAN ISTERI BELIAU
KURUNG DI HOTEL
KEMUDIAN TELEFON MR LINGAM
GANTI TUKAR BERI KETERANGAN

Kita ikut skrip bagaimana hendakkan Nordin , begitu juga Mr Lingam dan Ahmad Fairuz.

Tugas BPR pula Jadi Kuda Tunggangan...



Memang sudah dijangka..Inilah dinamakan Malaysia Islam Hadhari..pemberi maklumat ditangkap..penjenayah enjoy sakan bersukaria..penyiasatan berpilih-pilh..tunggu dan saatnya Allah melaknat ..
Boleh lihat di sini..

Thursday, October 4, 2007

Panel Bebas Siasatan Video Lingam Mula Kerja


Panel bebas ini memanggil secara sukarela mana-mana pihak yang sudi tampil memberi keterangan mengenai video tersebut.
Persoalannya:

1.Adakah saksi ini dilindungi oleh undang-undang?
2.Si pengambil video ini tidak dikenakan apa-apa tindakan?
3.Bagaimana nak dilindungi tanpa apa-apa janji ?

Pasti tiada siapa yang berani , Malaysia ini negara hebat..faham-faham je lah..
Tambahan pula sitertuduh ayam tambatan Tun..
Sila klik disini.

Angkasawan Malaysia Sekadar Pelancong?


Sekiranya kita benar-benar mengemudi kapal , jurutera angkasa , orang penting kapal angkasa ,atau ketiadaannya operasi terganggu baharulah dipanggil angkasawan ? Tapi cuba baca kenyataan ini.
Walaupun begitu tahniah kepada Dr Shiekh Muzaffar atas kejayaan beliau.

Wednesday, October 3, 2007

Bagai Ketam Mengajar Anak


Kenyataan Pak Lah agar pihak junta tentera berkuasa Myanmar membebaskan Syu Kyi serta memulihkan demokrasi bagaikan ketam mengajar anak berjalan. Lihatlah sendiri demokrasi yang diamalkan di negara ini. Lihat badan kehakiman? Lihat SPR? Lihat Polis ? Ingat kes MEMALI ?Lihat BPR? Lihat kes pendakwaan berprofil tinggi? Kes Norita ? Kes PERWAJA? Kes Adun Pelabuhan Klang?Bagaimana KES KEMENTERIAN PERTAHANAN ? Ingat kes DSAI , tilam buruknya? Lihat kes budak Cina mati dibunuh di kondo? Lihat kes Batu Burok? Lihat harga MINYAK? Lihat peristiwa KESAS?

Pemerintah membuat sesuatu undang-undang untuk kepentingan kroni , elit bukan kepentingan rakyat.

Tuesday, October 2, 2007

Kekejaman Penderaan Al Marhumah Nurin Jazlin Mesti Ditebus



Kerajaan wajib mencari syaitan bertopengkan manusia walaupun sehingga ke lubang cacing ekoran pembebasan 4 suspek terdahulu. Petunjuk-petunjuk perlu dicari walaupun kelihatan sukar .
Penggunaan dana yang banyak di dalam menangani kes sebegini tidak menjadi masalah buat rakyat. Rakyat dari dahulu lagi mahu agar kerajaan yang hadhari agar memperuntukkan perbelanjaan untuk meningkatkan mutu keselamatan rakyat.Kita tidak mahu kes sebegi berlaku lagi. Saranan yang perlu kerajaan hadhari lakukan daripada membuat pembaziran yang tak berkesudahan antarnnya:

MEMPERBANYAKKAN CCTV BERKUALITI TINGGI ,jangan beli yang murah letak harga tinggi sudahlah, harap AUDIT NEGARA tolonglah pantau..

Monday, October 1, 2007

Database jenayah PDRM perlu dipertingkatkan lagi.


Hairan bin Ajaib apabila antara suspek pembunuhan Nurin memang mempunyai rekod di Johor.Sepatutnya suspek-suspek ini boleh ditangkap lebih awal dan cepat andaikata rekod penjenayah ataupun suspek untuk kes-kes tertentu diseragamkan dan bersepadu untuk seluruh negara. Jikalau sistem tersebut sudah ada , persoalannya mengapa polis mengambil masa yang terlalu lama untuk menangkap suspek.
Sebaiknya jika berlaku sebarang jenayah maka polis dengan mudah melihat rekod jenayah yang sedia ada , terus mencari suspek yang disyaki , kerana selalunya jenayah yang dibuat mereka sentiasa berulang-ulang terutama kes rogol , cabul , seks , ragut , pecah rumah , dan sebagainya.
Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk PDRM namun kita tidak punyai sistem yang canggih dalam pengimejan teknologi tinggi , pengecaman DNA yang cepat , data jenayah ataupun data rekod penduduk.
Perkara tersebut perlu dipertingkatkan lagi agar Malaysia negara selamat diduduki.
There was an error in this gadget