Friday, November 30, 2007

Samy Kerja Untuk Rakyat Atau Untuk Pemegang Konsesi Tol ?

Samy Vellu diberitakan berkata penangguhan kenaikan tol yang tidak dinaikkan hanyalah sementara. Kerajaan kemungkinan akan menaikkan kadar tol pertengahan 2008 ataupun awal 2009. Kerajaan lebih memihak kepada pemegang konsesi tol apabila membuat perjanjian yang langsung tidak memberi faedah kepada rakyat , dimana kadar tol sering dinaikkan. Kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk memberi manfaat kepada rakyat. Kadar tol tinggi akan mengakibatkan kos pengangkutan naik, seterusnya melibatkan kenaikan harga barangan lain.Telatah kerajaan cuba untuk mengawal harga barangan lain di pasaran adalah sia-sia ataupun kerja tak guna, kerana kerajaan perlu mengawal

Thursday, November 29, 2007

Andailah Nik Aziz , Haji Hadi , Anwar Ibrahim Bida Nombor?

Gambar dari klpos
Andailah Nik Aziz , Hj Hadi Awang ataupun Anwar membida nombor kereta seperti Khalil Yaakub pastilah menjadi tajuk berita media nasional dengan tajuk ' Nik Aziz bida nombor , rakyat Kelantan daif ' . Itulah media nasional yang haprak , tidak lagi boleh dipercayai selain daripada berita nombor ekor yang kena. Media nasional semestinya dapat memberikan suatu berita yang dapat menceritakan semua hal , tak kira ianya memberi merit ataupun demerit seseorang pemimpin , kerana ia melibatkan wang rakyat keseluruhan. Media menjadi pengampu dan memilih isu tertentu bukan mempertahankan aspirasi rakyat. Apabila ini berlaku jangan marah andaikata kami rakyat keseluruhan hanya membeli akhbar nasional apabila adanya iklan kerja ataupun sekadar melihat tender kerajaan. Media nasional akan menjadi media terpinggir didokongi golongan bodek bukan lagi kritis . Media nasional perlu berubah andaikata mahu hidup lebih lama dan panjang.

Apa Strategi PAS , PKR , DAP untuk Hadapi BN ?

Umum mengetahui kemungkinan besar pilihanraya dijangka hujung bulan Febuari 2008. Ketika pengumuman pilihanraya pastinya harga minyak belum dinaikkan. Apa strategi pihak PAS , PKR ,DAP dalam menghadapi pilihanraya ini ?
Harus diingatkan barisan alternatif tidak boleh menunjukkan sebarang konfrontasi ketika ini , lebih-lebih lagi apabila bahang pilihanraya sudah hampir. Media nasional pasti akan mengambil kesempatan di atas apa jua insiden yang berlaku ,pasti dikaitkan dengan barisan alternatif.Kes terbaru , apabila berlaku pergaduhan di sebuah restoran berhampiran tempat perhimpunan , Hindraf dikaitkan. Pihak alternatif diingatkan agar berhati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dipergunakan media nasional untuk menjarakkan gabungan tersebut.
Apabila gabungan dapat ditunjukkan sudah tidak sekata , media dapat memperbesarkan isu seterusnya pengundi atas pagar akan terpengaruh , pasti barisan alternatif bukan pilihan.
Proses penempatan calon hendaklah dirancang tepat agar tiada kawasan yang terkeliru atau tidak menurut arahan pusat , agar tiada pertandingan sesama sendiri antara PAS , PKR dan juga DAPberlaku . Perkara ini perlu diambil kira , kerana ianya boleh digunakan pihak BN sebagai senjata yang akan dipaparkan berulang kali dalam media mereka.
Andaikata semuanya selesai dengan baik dapatlah dikatakan perlawanan antara barisan alternatif dengan BN dianggap berbaloi . Ia bukan lagi salah strategi ataupun silap percaturan, cuma belum ada rezeki.

Tuesday, November 27, 2007

Tindakan Nozula Cerminan Pimpinan UMNO

Gambar siasahdaily.blogspot.com

Gambar dari kickdefella..
Kita semua boleh lihat keadaan ketika sidang dewan DUN Kelantan untuk Bajet 2008 , dimana Datuk Nozula yang tidak berpuashati telah menendang Zaki Ibrahim , Adun Kelaboran. Itulah akhlah sebenar pemimpin UMNO , ramai yang begitu , bila kalah berhujah , cara fizikal pula digunakan , memang gedebe sungguhmu Nozula , tengok rupa muka pun tahu takde jernih tawaduk , muka pecah pintu.
Rata-rata pemimpin UMNO bahagian ataupun cawangan punyai sikap panas baran , termasuklah suatu ketika dahulu , di kawasan saya , adalh seorang hamba Allah tu , mengedar risalah pembentukan Adil , ketika baru nak ditubuh , saudara kita tu cuma mengedar risalah , tahu apa jadi diekorinya pemuda tu , dan diugut , dicekak lehernya oleh pemimpin cawangan UMNO.
Memang memalukan saja pemimpin tu , setakat edar risalah pun dah takut ...itu cerita dulu..
Aku masih lagi mengingatinya..realistik pimpinan UMNO..kalau kalah berhujah ..depa cari pasal nak gaduh..gunala PAKIDA..
KDN perlulah pantau kegiatan PAKIDA ni , takut salahguna nanti..rata keseluruhan pemimpin mereka cakap tak serupa bikin..selalu gaduh tak tentu pasal..buat susahkan POLIS..polis tau tapi disebabkan penaungnya..tiada tindakan.....
Cerita lanjut untuk tatapan sejarah di sini...

Monday, November 26, 2007

PatutLa Depa Nak Pertahan Betul2 Jawatan


Wayangan pimpinan Malaysia terhadap golongan miskin dan susah memang sudah dijangka. Gaji mereka yang tinggi memang tiada merasai keperitan kenaikan minyak dan barangan keperluan. Rakyat biasa ataupun ahli UMNO biasa yang bermati-matian mempertahankan pemimpin mereka wajar merenung pautan yang saya tunjukkan ini. Bukanlah kita dengki dengan gaji mereka namun kedudukan mereka yang tidak digunakan sebaiknya untuk kepentingan rakyat adalah dikesalkan.
Pautan itu di sini..

Thursday, November 22, 2007

BPR Tak Tahu Buat Kerja?

BPR akan bertindak sehingga ada sumber dan laporan. Bagaimana kes Perwaja yang ada laporan tapi lepas hantu yang kaut semua duit tu...
Inilah namanya cakap tak serupa bikin..
BPR kira lah pendapatan seseorang tu , kakitangan kerajaan , bagaimana boleh belanja melebihi pendapatan , pastilah RASUAH..
Siasat aset setiap yang disyaki..
Kenderaan atas namanya , isteri , anak..
Siasat kerja ahli keluarga..
Kalau tak siasat , siapa yang boleh siasat ..
suruh rakyat sendiri siasat..
itu cakap baghal..bodoh..
BPR kini sedap mulut bercakap tiada kes , depa tapi kira bagaimana kakitangan kerajaan boleh ada jutaan duit tanpa rasuah..
RASUAH biasanya melalui...

Pembayaran bil-bil..
Pemberian lot-lot tanah..
Potongan harga tanah..
Deposit duit tunai ke akaun tertentu..
Deposit tunai terus ke tangan..

Nazri Takut Sebenarnya..?


Hebat Saudara Ezam kita ni , harapan kita agar diberikan satu kawasan parlimen untuk beliau agar perkara-perkara sebegini yang memerlukan kepakaran dan bukti tulen dapat diketengahkan ke Parlimen Malaysia.
Nazri Aziz takut berhadapan dengan kenyataan kerana kes sebegini menyebabkan kerajaan menjadi kurang popular , tapi Nazri lupa andai beliau mengakui kesilapan lalu itulah yang terbaik . Mungkin disebabkan pengakuan itu rakyat akan menyokong beliau untuk terus berjawatan sebagai Menteri Undang-undang.
Ceritanya di sini.

Lagi Kes Balak Untuk BPR Siasat..Kerja Lagi..


Terbaru Saudara Ezam telahpun menemui BPR Pahang agar menyiasat kes balak di negeri Pahang. Bertimbunlah fail yang akan disiasat BPR , sedangkan Nik Aziz yang tak melaporkan cubaan orang merasuah , inikan pulak kes lagi besar sebegini. Kalau tak siasat BPR kena , kita hadapkan dibawah Akta Rasuah kerana tak buat kerja. Kalau tak siasat , kira kerja makan gaji haramlah tu gayanya. Jangan mare..
Aku taubat tak halalkan cukai pendapatan aku jika mereka tak buat kerja..
Menurut sumber ada 3 laporan polis dibuat , tapi tak sampai ke tangan BPR , oleh itu pihak polis wajib disiasat takut ada rasuah..ada rasuah..ada rasuah..
Cerita lanjut di sini.
Gambar harakahdaily

Wednesday, November 21, 2007

Kerajaan Ingat Rakyat Bodoh?


Media memaparkan 4000 orang , walhal lebih 40,000 dianggarkan ke perhimpunan aman Bersih.
Bagaimana media nasional utama cuma membuat anggaran sebegitu rupa ? Apakah mereka tidak pandai mengira atau sengaja tidak tahu?
Tiada ketelusan kerajaan dalam memberi maklumat tepat dan betul kepada rakyat. Mungkin mereka takut , pengaruh mereka mengurang .Apabila ini berlaku jangan salahkan rakyat jika tidak membeli lagi akhbar berbahasa Melayu. Aku telah lama tidak menyentuh surat khabar tersebut kecuali sekali sekala itupun melihat ada iklan dan sebagainya.
Telah lama aku membeli Harakah , Siasah , Keadilan agar input terkini dan segar lagi seimbang untuk otak agar propaganda kerajaan dapat dinyahkan. Suara alternatif sebegini memberi ruang untuk kita berfikir secara rasional dan seimbang. Bukanlah semua yang kerajaan buat itu salah , namun adakalanya ianya tidak memikirkan hal rakyat marhaen yang banyak.
Aku tidak mahu bercerita mengenai kerajaan , cuma media yang berat sebelah akan menyebabkan pemikiran rakyat menjadi jumud beku. Apabila adanya isu besar , kaum Melayu ratanya kurang peka apa yang berlaku , kita masih lagi berfikiran lembab. Tiada lagi yang ingin memperjuangkannya. Media rata-ratanya memberikan laporan yang menjurus kepada betulnya kerajaan semata-mata.
Contahnya ketika pengumuman kerajaan untuk menggunakan Bahasa Inggeris didalam pelajaran Matematik , Sains media nasioanal berbahasa Melayu terlalu sopan santun tidak memberikan gambaran menyeluruh kemahuan rakyat. Pandangan rakyat diketepikan , kononya rakyat tidak mahu maju. Rakyat pada keseluruhasn bersetuju Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua , namun sebenarnya Bahasa Inggeris telah luas digunakan oleh rakyat.
Kerajaan tidak perlu menobatnya kesuatu tahap yang tinggi. Ia memang telah digunapakai oleh semua rakyat .

Apa Perlunya Istana Negara DiUbah Suai Lagi.?

Gambar tranungkite
Banyak sungguh persoalannya di sini ?
Kos awal Istana Negara dipersetujui kabinet 400 juta, namun sudah ditambah menjadi 1.1 bilion wang rakyat.

1.Mengapa kontrak diberi kepada Maya Maju Sdn Bhd ?
2.Syarikat ini tiada berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor?
3.Syarikat ini tiada lesen A atupun B ,

Butakah BPR ? Bagaimana syarikat yang tidak berdaftar boleh menjalankan perniagaan besar ribuan jutaan dibenarkan ?
Butakah BPR? Siapa membenarkan perniagaan ini ?
Butakah BPR? Ini bukan rasuah ke?
Kalau Dato Ramli menggunakan heli untuk diri sendiri..boleh didakwa..Apatah lagi kes ini ?
Kau semua BPR memang buta hati ..?
Kerja tak ikhlas..?
Kau semua kerja namun tiada amanah..?
Rakyat seperti kami ditakutkan..
Tiada tempat kami bergantung..
Hanya ALLAH sahajalah kami berserah..
Mereka kata kami monyet..
Tapi sedarkah mereka bahawa mereka itu lebih teruk dari najis berat babi dan anjing..

BPR takut Samy..?
BPR tak takut ALLAH ?
Siapa tuhan kamu..?
Kamu semua boleh gelak ketawa hari ini..
Tapi bukan semua hari milik kamu..
Satu hari nanti kau kan tahu..
Cerita lanjut di sini

Tuesday, November 20, 2007

Tan Sri Rashid Berjanji Letak Jawatan Jika Ada Penipuan?

Clik di sini.
Lidah adalah anggota yang lembut dan tidak bertulang. Kenyataan Tan Sri begitu syahdu , tampak ikhlas namun anda fikirlah hujah yang akan kukemukakan...
Andaikata beliau kata tiada penipuan....
Bagaimana jika penggunaan media cetak dan elektronik , surat khabar , TV, radio , membuat kempen kerajaan Barisan Nasional ? Adakah ini bukan menyalahi undang-undang ? Jadi salah atau tidak ? Sebarang penggunaan jentera kerajaan adalah salah , bukankah itu namanya penipuan ? Kita tahu undang-undang rasuah..namun apabila mereka, BN menjanjikan pembangunan serta merta , bukankah itu rasuah ? Mereka telahpun membubarkan kerajaan , tapi masih menggunakan Pajero kerajaan , helikopter kerajaan , TV percuma kerajaan , pemandu kereta kerajaan , tukang kebun kerajaan , segalanya kerajaan bayar.
Kalau betul-betul amanah , bila sahaja dibubarkan kerajaan , gunalah kenderaan parti sendiri , guna kereta sendiri , guna duit gaji sendiri , segalanya sendiri , barulah kita menghormati mereka itu betul-betul ..Yang Berkhidmat Untuk Rakyat ...bukan YB Perut saja.

Setelah melihat keterangan Tan Sri Rashid beliau patut LETAK JAWATAN...

Monday, November 19, 2007

Ayuh Semua Rakyat Kuningkan Seluruh Negara Tanda Protes Kita..

Setiap Hari Sabtu , ayuh kita seluruh rakyat , kuningkan seluruh negara. Mesej ini perlu difokuskan agar pemerintah dapat menjalankan demokrasi dengan adil saksama untuk rakyat.
Itu sahajalah sumbangan yang mampu kita berikan , yang lain semuanya kuasa kerajaan untuk menjadikan SPR itu bersih , telus dibawah Parlimen. Hendak seribu daya , tak mahu berdalih-dalih..
Berita klik sini..

Agong Masih DiHati Rakyat


Daulat Tuanku..Daulat Tuanku..Daulat Tuanku..
Walaupun kenyataan dari istana sudah keluar namun telah diketahui ianya bersumberkan dari kerajaan jua, bukanlah dari Agong sendiri.Kami rakyat berbangga andaikata apa yang telah direncanakan agar rakyat seluruhnya selamat.Inilah imbangan kuasa yang perlu untuk menstabilkan negara. Rakyat berotak bukannya nak buat kacau , cuma berjalan tunjuk sokongan meminta pembaharuan SPR , itu saja..
Cerita terkini klik sini

Friday, November 16, 2007

BPR Tak Siasat Kes Di Perak Ke?


MasyaAllah , belum siap dah runtuh..apa ke henye tu..nasibbaik aku tak masuk rasmi lagi..kalau tak kojol buta la aku..
Itulah gambaran berlakunya rasuah , bangunan boleh runtuh disebabkan bajet dah sempit. Bagi sana-sini tinggal kuah..
Bangunan di Gerik..BPR wajib siasat..kalau tak hangpa kena kuliah dek Nik Aziz , meleleh baru tau...
Cerita klik Di sini.
Cerita terbaru ni perlu disisip sebagai catatan sejarah dimana MB Perak , Tajol Rosli Ghazali letak jawatan Pengerusi PTNP setelah bangunan di Gerik runtuh...untuk memberi laluan agar penyiasatan pihak berkuasa telus..caya ke siasat telus?
Certia baru sini.

Thursday, November 15, 2007

Adakah Pilihanraya di Malaysia Adil?


Khairy dan Pak Lah mencabar agar pihak alternatif menunggu masa bila tiba pilihanraya , namun yang menghairankan adalah persoalan dibawah:

Mengapa tarikah pilihanraya diberitahu tergesa-gesa?
Mengapa Thailand yang bukan Hadhari boleh mengumumkan pilihanraya 3 bulan sebelum?
Mengapa Australia yang bukan Hadhari juga berbuat begitu?
Mengapa diwujud pengundi pos bagi tentera di kem?
Mengapa ada dua daftar pemilih ketika pilihanraya dulu?
Mengapa ketika pilihanraya 04 , Selangor diberi masa tambahan 2 jam?
Mengapa pihak BN menggunakan media kerajaan?
Bukankah mereka ketika itu tidak berjawatan?
Mengapa mereka BN boleh menggunakan dana kerajaan ketika kempen?
Bukankah mereka tiada kuasa?
Bukankah kuasa dilucut ketika pembubaran parlimen?
Adilkah pilihanraya di Malaysia?
Mereka BN menggunakan wang kerajaan / wang rakyat?
Dimana maruah mereka?
Pembayaran gaji pembantu mereka ketika kempen , wang rakyat?
BN hanyalah parti menggunakan sewenangnya wang rakyat?
Mereka kata guna duit sendiri?
Kalau gitu Pak Lah kempen guna duit sendiri?
SPR adalah agensi kerajaan , cakap tak serupa bikin?
Ada undang-undang tapi tak guna?
Banyak yang salah , guna media kerajaan , rasuah pembangunan?
SPR buta mata buta hati?

Tuesday, November 13, 2007

Khir Toyo Tak De Akhlak Pemimpin Hadhari


Ceritanya bermula di sini.
Ada patut ke seorang Menteri Besar Imam Hadhari memberi sebatang penyapu, disebabkan hasil kutipan cukai kurang daripada sasaran. Insiden ini amat memalukan pegawai yang menerimanya.
Perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku.Carilah cara yang lebih baik dan adil untuk kes sebegini.Gunakanlah kepala otak bukannya kepala lutut.

Adnan Yaakub Melatah Lagi

Ceritanya:Di Sini

Tak perlulah Pak Lah menyimpan seorang Menteri Besar yang berfikiran sempit seperti ini, mereka hanya ingin mengekalkan kekuasaan kerana khuatir kepentingan ekonomi mereka hilang.Inilah politik perut. Apa yang BERSIH utarakan adalah benar , lagipun perhimpunan jika diselia baik oleh polis yang berkecuali , ianya cantik. Namun Malaysia hanya pada nama Hadhari sahaja tapi pengamalannya jauh panggang dari api.
Rakyat perlu meneruskan perjuangan.Perjuangan pasti akan ada yang terkorban. Pengorbanan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Berkata benarlah walaupun ianya pahit.Pemimpin terdahulu , Saidina Umar ketika menjawat jawatan nombor wahid , beliau menyarankan jika beliau salah tergurlah dengan pedang.
Pak Lah baru ditegur dengan perhimpunan awam sudah tercabar , mana kesabaranmu yang kau pelajari dari Kitabmu karangan AlGhazali yang di cari , ataupun sehingga sekarang tak jumpa lagi.

Sunday, November 11, 2007

Tahniah Bersih



Gambar dari detikdaily.net
Tanggal 10 November 2007 , rakyat membuat suatu sejarah apabila perhimpunan 100,000 rakyat dapat berjalan lancar..cuma dikesalkan pihak polis mengejar para peserta aman , menghujani air berasid keatas demonstator aman. Pihak polis perlu ingat hak berhimpun adalah hak asasi rakyat , tambahan pula ianya aman , yang jahatnya pihak polis menghalang perjalanan orang ramai menghala ke Dataran Merdeka.
Pada hari tersebut polis menggunakan kekerasan terhadap rakyat , wartawan asing , wartawan tempatan.Mulai saat ini rakyat pakat boikot polis yang jahat itu. Apa-apa majlis kenduri kendara jangan saudara pergi , kerana mereka tidak berfikir seperti manusia berakal.
Cerita lanjut: di sini.
Syabas Rakyat...Syabas Rakyat...Syabas Rakyat...

Friday, November 9, 2007

Polis Halang Demokrasi



Ketua Polis Kuala Lumpur menegaskan orang ramai yang ditangkap menghadiri perhimpunan Bersih , agar jangan marah kerana telahpun diberitahu. Polis telah digunakan untuk menghalang rakyat menyuarakan hasrat terbuku dihati terhadap SPR. Polis telahpun mencabuli undang-undang demokrasi itu dengan sendirinya.

NEGARA INI NEGARA POLIS...

Hak asasi berhimpun telah dihalang.

Wednesday, November 7, 2007

Keris Pelindung Semua


Salah bacaan Ketua Pemuda UMNO itu , ilmulah yang dapat menghindari kita daripada segala bentuk masalah hidup , segala kekusutan bukan keris. Keris hanyalah lambang Melayu. Beliau mengingatkan PAS agar tidak mempolitikkan Sekolah Agama Rakyat , sedarkah beliau PAS khuatir sekolah ini hanya tinggal sekolah yang tidak berteraskan ajaran Islam sebenar. Itulah yang ditakuti PAS. Sekolah namanya agama namun tidak mengajar segala disiplin agama , wajarkah dinamakan Sekolah Agama Rakyat?
Banyak sekali ilmu Islam yang asas seperti Aqidah , diajar hanyalah kulit , isinya tiada , ini akan membahayakan aqidah umat Islam..seperti kata Nabi..

..umat Islam suatu ketika nanti umpama buih..

Monday, November 5, 2007

BPR Wajib Siasat Pak Lah , Sedangkan Nik Aziz Pun Disiasat..


BPR jika betul ingin mencegah rasuah maka perlulah mereka menyiasat program 'Oil For Food' yang dijalankan untuk rakyat Iraq. Tak payah lagi nak tenguk kes yang samar-samar , sila kaji semula dan lihat siapa menggunakan apa untuk syarikat itu mendapat kontrak berjuta-juta itu.Adakah wujud unsur rasuah , salahguna kuasa dan sebagainya. Jika Pak Lah bersih , ana tabik, inilah Pimpinan Hadhari yang cakap serupa bikin.
Cerita 'Oil For Food'..klik di sini.

Berdosalah Saya



Adakah PM kita , Pak Lah masih lagi terulit mimpi-mimpi indah mewarnai kehidupannya ataupun tidak sedar beliau adalah orang nombor satu di negara tercinta ini Malaysia. Mana mungkin beliau menyatakan tidak tahu , bukan hal aku , bukan tanggungjawab aku. Setelah menjadi pemimpin , kita bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketika rakyat mengalami musibah banjir turunlah jenguk-jenguk , ketika musibah kebakaran berlaku singgahlah ke rumah mangsa , ketika rakyat mendapat wabak janganlah kau pemimpin lari ke luar negara , jika ada peperangan kau pemimpin diperlukan di sisi rakyat.Begitulah besarnya peranan pemimpin rakyat sesebuah negara. Katamu hukum buat rakyat, Hidupmu menjadi ikutan , oleh itu waspadalah.
PM , Pak Lah , sebagai ketua pemimpin mentadbir negara semuanya dibawah tanggungjawabmu ,
Kebijaksanaanmu akan mententeramkan rakyat , yang dahulu didahului , yang kemudian dikemudiankan , yang susah dibantu , yang senang senang memberi cukai , yang perlu dibangun bangunkan , yang wajib ditegah tegahlah , yang maaruf tegakkan , yang mungkar ditegah ,semua itu akan dipersoal.Itulah tanggungjawab pemimpin.
Bagaiman Saidina Umar Al Khattab menyamar miskin berkeliaran di kota , mencari maklumat insan malang , lalu dipikulnya sendiri gandum agar tidak dipikul di akhirat nanti , walhal beliau pemimpin nombor satu walaupun ada khadam menawarkan khidmat...ohh sungguh berat rupanya jadi pemimpin.
Saat di akhirat nanti tahulah kita azabnya mereka yang selalu berkata tiada dikota..merekalah yang akan dihumban ke api neraka...Cerita lanjut disini...

Saturday, November 3, 2007

Waspada Serangan Media








Para pimpinan PAS mahupun Alternatif harus diingat banyak agensi kerajaan yang akan digunakan untuk menyerang Barisan Alternatif , manakala Pak Lah dan rakan-rakan menggunakan kaedah berdiam diri . Mereka akan gunakan jentera kerajaan menyerang di dalam media yang sememangnya dikuasai untuk memesongkan perkara yang lebih penting untuk rakyat fikirkan. Banyak isu negara yang cuba dipesongkan dengan isu lain agar pimpinan dan penyokong kecoh, lalu tidak fokus terhadap pilihanraya.

AWAS , RAKYAT SEMUA HARUS INGAT KES RASUAH , MASALAH DALAMAN PRDM, MASALAH BANJIR , MASALAH BADAN KEHAKIMAN , MASALAH BPR ITU SENDIRI , HIBURAN MELAMPAU , KES ALTANTUYA , PENGGUNAAN C4 SEBAGAI BOM PELETUP ALTANTUYA , JENAYAH MENINGKAT , MAT REMPIT MENGGANAS , DADAH DAN RASUAH MENJADI-JADI , RANKING UNIVERSITI JATUH MEROSOT , BUDAYA UGUT DAN SAMSENG MENULAR KE UNIVERSITI , DAYA SAING ANTARA NEGARA MEROSOT , PENGANGURAN , KEBANJIRAN PATI , KIEMEROSOTAN KUASA BELI RAKYAT , MINYAK , TOL , PEMBAZIRAN , AUDIT NEGARA , DAN LAIN-LAIN LAGI..

BPR Nak Siasat Nik Aziz Pula



Berita Harian melaporkan BPR akan menemui TG Nik Aziz , untuk disiasat ekoran kenyataan beliau yang pernah ditawarkan rasuah jutaan ringgit tetapi menolak dengan baik. Apa kenyataan Pengarah BPR ni , memang betul tak de akal , saya ingat dia ni baghal kot.
Ahmad Said dipetik berkata kegagalan melaporkan rasuah adalah salah dibawah Seksyen 17 , Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Saya ingat mungkin ramai lagi yang pasti kena andaikata betul Nik Aziz akan didakwa , berbondong-bondong kes rasuah akan keluar lagi. BPR telah mencapai tahap membanggakan.
Yang Hairan bin Ajaib bagaimana kes Eric Chia , kes Rafidah Aziz , kes yang dibawa oleh Ezam , dan bermacam-macam rasuah lagi.

BPR NI SEBENARNYA BODOH..
KES PILIH BULU..
KES YANG TUAN BESAR MAHU SAJA..
TUNGGULAH BALA TUHAN..
BPR RASUAH..TAK BERSIH

Friday, November 2, 2007

Dato Abdul Hamid Mohamad Pemangku Ketua Hakim Negara


Tahniah , Dato Abdul Hamid Mohamad setelah dilantik menjadi pemangku Ketua Hakim Negara.
Harapan kita agar beliau terus dilantik menjadi Ketua Hakim Negara. Syabas sekali lagi , dengan pengunduran Ahmad Fairuz sedikit sebanyak melegakan sedikit keresahan mengenai sistem kehakiman negara ini.
Syabas juga diucapkan Duli Yang Mulia Raja-Raja Melayu kerana sedar apa yang berlaku mengenai sistem kehakiman negara yang meruncing.Raja Adil Raja Disembah , Raja Zalim Raja Disanggah.Seperti kata syair:

Barang siapa insaf pada segala manusia dan tiada
dilebih akan dia daripada mereka itu,
Maka demikian itulah raja ia,
Dan barang siapa berkehendak ia kepada insaf mereka
itu seperti yang diinsafkan,
Jadilah tiada baginya daripada sebagainya,
Dan barang siapa berkehendak akan insaf mereka itu
dan segala mereka itu insaf mereka itu,
Maka iaitu yang terlebih hina.

Maka uraikan akan dirimu dengan takwa dan perhiasannya,
Maka bahawasanya engkau lagi akan dipermalui pada
titi barang siapa yang berjalan ia,
Dan tiada buruk tangan yang murah,
Maka peliharakan olehmu dengan dia,
Engkau bermula loba dengan laba yang banyak,
Dan kepala harta itu tiada hilang ia.

Tek Nasihat Al Muluk-Imam Ghazali.

National Geographic POD