Saturday, December 29, 2007

Ceramah Masih Digeruni Kerajaan

Terbaru 28 Dis ketika ceramah akan diadakan di Salak Station , Sungai Siput bertempat di markas PAS , kerajaan menggunakan polis untuk membuat sekatan jalan hinggakan perjalanan yang masanya cuma 10 minit menjadi 1 jam. Itulah gambaran ketakutan kerajaan BN Hadhari terhadap ceramah walhal mereka punyai media nasional yang hebat seperti TV1 , TV2 , TV3 .Ini memberi gambaran rakyat sudah tahu dan bijak untuk memilih saluran televisyen. Polis telah digunakan sewenangnya untuk memberi kesukaran penyokong PAS dan Alternatif mendapatkan maklumat sebenar senario politik negara. Ketakutan kerajaan berasas kerana ramai rakyat mulai sedar betapa kesilapan menguruskan wang kerajaan akan mengakibatkan keadaan ekonomi menjadi sulit.Harga barangan mulai naik , petrol naik , tepung naik , tol naik menyulitkan keadaan rakyat menghadapi kehidupan seharian.

Friday, December 28, 2007

Hak Berhimpun Rakyat Perlu Dikembalikan


Rakyat perlu dikembalikan hak berhimpun mereka , itulah yang akan dapat menggambarkan tahap demokrasi negara ini. Kerajaan yang punyai segala kemudahan dan alatan canggih haruslah menyediakan peraturan dan langkah keselamatan yang dapat memudahkan hak perhimpunan rakyat. Bukanlah budaya rakyat ini inginkan keganasan. Kes yang berlaku di Pakistan , Bangladesh dan sebagainya tidaklah boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan hak berhimpun rakyat. Kes terbaru di Batu Burok dicemari oleh provokasi polis yang menyamar , bukanlah rakyat yang memulakan suatu rusuhan. Ketika perhimpunan BERSIH 10 Nov 2007 pula, kita boleh melihat bagaimana Unit Amal PAS menjaga kesabaran rakyat ketika dihujani air asid simbahan hadiah kerajaan , sepak terajang polis yang kasar , rakyat tetap bersabar inginkan perubahan setiap tindakan kerajaan terhadap rakyat. Cuma rakyat mahukan agar pilihanraya ini bebas dan adil , dipantau agar tiada penipuan , barulah kami semua rakyat akan menerima kerajaan yang ada. Dewasa ini kita lihat kerajaan lebih mementingkan segelintir rakyat istimewa , meminggirkan kebanyakan rakyat secara terhormat dengan segala macam undang-undang yang tidak adil.

Thursday, December 27, 2007

Suara Melayu Dipinggirkan?

Suara Melayu kini tiada siapa pedulikan.Rungutan dan tuntutan agar 2 pemuda Melayu yang ditahan atas tuduhan rusuhan di Trengganu dibebaskan tidak diendahkan kerajaan. Ketika kejadian tiada siapa yang tercedera, yang tercedera pula didakwa , yang menembak rambang dilepaskan .Bayangkan saudara andai orang India atau Cina yang menjadi mangsa tembakan itu, apa yang terjadi? Kerajaan menyangka bangsa Melayu bodoh dan mudah diperbodohkan . Majoriti bangsa Melayu sudah muak dengan pelbagai alasan kerajaan dalam melayani kerenah dan tuntutan Melayu. Bangsa Melayu sekarang perlu berubah menjadi suatu bangsa yang lebih dihormati , diakui kehebatan ilmu dan kritis. Pada ketika ini Melayu perlu menukar kerajaan kepada kerajaan yang telus , berterus - terang dan mahu berusaha meningkatkan taraf rakyat secara ikhlas sehingga akar umbi bukan setakat luaran sahaja.

Wednesday, December 26, 2007

Paparan Berita Banjir Mengelirukan

Baru-baru ini ketika banjir berlaku di Pahang , Kelantan , Johor , Kedah , media nasional TV1 , TV2 , swasta TV3 membuat liputan banjir yang agak mengelirukan. Banyak perkara ditonjolkan banjir di Kelantan nampak lebih besar namun hakikatnya keadaan di Pahang jauh lebih teruk. Saya yang pergi ke Kelantan 15 Disember dapat melalui jalan laluan ke Kota Bharu. Apabila melihat liputan yang dibuat seolah-olah seluruh Kelantan ditenggelami banjir. Sudah tiba masanya rakyat tidak lagi berkiblatkan media nasional dalam mencari suatu berita yang betul dan tepat. Media nasional lebih merupakan propaganda kerajaan , alat kerajaan untuk mengekalkan kuasa mereka.

Saturday, December 22, 2007

Skandal FKFZ

Gambar rajah atas: Dipetik drpd www.anwaribrahimblog.com
Skandal yang baru didedahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri , DS Anwar Ibrahim mengenai PKFZ ( Zon Bebas Pelabuhan Klang) dimana berlakunya penyalahgunaan kuasa yang melibatkan bekas pemimpin atasan merupakan kaedah terancang penggunaan wang rakyat. Rakyat digemburkan pimpinan atasan negara berjiwa rakyat , menolong si miskin , namun rupanya mereka perompak terhormat menggunakan segala bentuk kaedah perjanjian kononnya untuk mengabui mata rakyat yang bodoh. Segala bentuk perjanjian yang tidak adil itulah menyebabkan wang rakyat berlegar di kalangan kroni dan sahabat pemimpin. Gemburan media hanyalah wayangan biasa untuk mencantikkan pemimpin itu. Pada hakikatnya mereka ini adalah golongan yang penuh haloba merompak wang rakyat atas nama pembangunan. Patulah mereka ini berkejaran untuk melaksanakan pembangunan tak kira ianya mendapat manfaat untuk rakyat ataupun tidak. bagi setiap negeri di Malaysia ini pasti terdapat projek untuk rakyat yang dirancang tanpa penelitian lalu tiada manfaatnya maka terbiarlah wang rakyat itu dibazirkan. Pemimpin sebegini lebih mementingkan asal buat projek agar mendapat habuan tertentu , ialah banyaklah kegunaan wang tersebut sebagai dana untuk memenangi hati para perwakilan di persidangan nanti. Andaikata BPR ingin membuat kerja dan amanah sebenarnya , mereka boleh menilai pendapatan setiap pemimpin itu. Setiap pekerjaan itu amanah , maka ianya akan ditanyai kelak nanti.

Friday, December 21, 2007

Apa Pula Rancangan Pak Lah Untuk Tarik Pengundi?

Penyokong Hindraf dibebaskan daripada tuduhan 'membunuh ' , merupakan strategi Pak Lah untuk berlembut dengan kaum India. Samada ianya berkesan atau tidak sukar dibaca , hinggalah pilihanraya diadakan. Strategi berlembut Pak Lah ini ,merupakan suatu kesilapan strategi awal , iaitu menakutkan rakyat agar tidak menyertai perhimpunan awam yang tidak menjadi. Bagi kaum India apabila keperluan hidup mereka selesa , pasti mereka akan menyokong kembali pemerintah.
Apabila melihat gelagat Nallakarupan yang menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan BN , ianya adalah cerminan drama sebahagian kaum India. Namun Barisan Alternatif perlulah berusaha lebih gigih untuk menarik golongan ini.

Bagi kaum Melayu , penyokong kuat BA tetap akan menyokong BA , cuma bagi penyokong UMNO dan atas pagar , perlulah usaha ke arah pendekatan strategi psikologi di dalam kempen nanti. Ada sebilangan orang Melayu tidak gemarkan cara pendekatan PAS yang agak kritikal atau cacian di dalam ceramah. Barisan Alternatif perlulah mengkaji strategi berceramah agar ianya lebih lunak dan mesra dengan rakyat keseluruhannya. Ini kerana Pak Lah tidak mempamerkan sifat mencela ataupun mengherdik parti BA seperti mana Tun Dr Mahathir dahulu , namun pada hakikatnya tindakan Pak Lah jauh lagi boleh memudaratkan negara.
Rakyat biasa Melayu umumnya tidak mengetahui laporan mengenai penyelewengan rasuah , ekonomi atau lain-lain isu penting.Mereka masih mempunyai pemikiran yang rendah sedikit dibandingkan kaum Cina.Oleh itu strategi kempen untuk orang Melayu lebih kepada isu yang menyebabkan keadaan hidup daif , kemelaratan rakyat miskin dan juga kesilapan YB UMNO / BN sendiri dalam mengurus rakyat. Kesombongan YB lebih menyentuh orang Melayu. Sikap dan budi pekerti mereka (YB) lebih dititik beratkan seperti hadir kenduri , hadir ke mesjid , majlis jemputan kahwin. Oleh itu BA perlu memikirkan calon Melayu yang mempunyai pengaruh boleh didekati di suatu kawasan , mempunyai pertalian keluarga , senang diajak kenduri , sering hadir jemputan kahwin , dan orang tempatan.

Pada keseluruhannya Barisan Alternatif perlu lebih menumpu kawasan Cina dan Melayu kiranya bercita-cita untuk memerintah negara ini , Malaysia. Penumpuan berlebihan isu India ini boleh digunapakai oleh Pak Lah dan rakan-rakan dalam menarik semula kaum Melayu agar kembali semula ke sisi UMNO.

Tuesday, December 18, 2007

Allah akan Pamerkan Kebodohan ..Mereka Sendiri..

Sejak akhir ingin bayak sekali pimpinan Kerajaan cakap hari ini lain , hari esok lain pula , sesekali kerajaan profesional , pimpinan eksekutif tidak mencampuri undang-undang namun hari lain pesalah undang-undang dilepaskan. Sebenarnya , apabila sesuatu perkara akan berlaku atau telah berlaku maka berfikirlah sedalamnya menurut kaca mata Al Ghazali..As Shafie..maka tidalah huru hara begini. Asalnya perhimpunan iti halal , maka benarkanlah , pantau saja perjalanannya , ini tidak disebabkan keEGOan sikap manusia , kononnya berkuasa akhirnya segala-gala menjadi tak tentu arah. Semua mata melihat , rakyat mendengar , begitukah pimpinan kita Malaysia?
Lain kali biarlah mereka nak berhimpun secara aman , jaga sajalah , mereka pun pembayar cukai yang ingin menikmati ruang udara Allah berikan sekitar ibukota , ataupun di sekitar istana.Bagi sajalah PERMIT..PERMIT..PERMIT..

Kredibiliti Peguam Negara , badan kehakiman yang baru saja nak berputik dengan penubuhan Suruhanjaya Di Raja kes Lingam , musnah dek sedikit perkara ini. Inilah janji Allah akan memperliahtkan kebodohan sikap manusia itu akan dipertontonkan oleh manusia sendiri , belum lagi perbicaraan di Mahsyar.

Pembebasan 31 Penyokong Hindraf , 2 Tahanan Batu Burok Tidak Boleh Dijamin..





Pembebasan tahanan Hindraf seramai 31 orang yang pada asalnya dituduh cubaan membunuh dilepaskan manakala 2 tahanan Bersih di Batu Burok tidak boleh diikat jamin. Inilah realiti sikap kerajaan Barisan Nasional terhadap orang-orang Melayu , suara Melayu membela 2 pemuda ini dipinggirkan manakala orang India ini diberi peluang bebas .Apakah Melayui sudah tiada tempat dihati pimpinan UMNO , sehingga tergamak menyusahkan orang-orang Melayu yang tak sealiran.Andaikata orang Melayu tak puas hati , ianya adalah kerana mereka cintakan negara ini daripada hancur oleh tangan pemerintah yang tidak memikul amanah dengan benar dan jujur.
Beginilah keadaan orang Melayu Islam ditindas oleh pemerintah Melayu Islam Hadhari , menggunakan ayat Al Quran di bibir tanpa mengamalkannya. Apabila dikritik mulalah menunjukkan kuasanya , Allah pasti akan turunkan azabnya yang lebih besar dan lebih menyusahkan kamu semua pimpinan Kerajaan andaikata nasihatpun tak boleh , pada siapa kami nak beritahu sebab kamu semua yang memegang kuasa di atas dunia sementara ini. Maka berlaku adillah kamu sesama insan ,jangan nanti turun balaNya , ianya lebih menyusahkan untuk kamu atasi..bawalah rakan , taulan , kepakaran kamu semua tak terdaya melawan kehendakNya.

AllahuAkbar..
AllahuAkbar..
AllahuAkbar..

Thursday, December 13, 2007

Buat Pejuang Islam , Mat Sabu Dan Rakan2


Buat pejuang Islam , Mat Sabu Dan Rakan2 , marilah kita panatkan pertolongan kepada Allah , ketika kesulitan ini amallah...Ya Matin..Nama Allah
MaksudnyaYang Maha Kukuh Dan Perkasa..
Amallah dengan ikhlas , mudah-mudahan segala kesulitan dapat diatasi.

Wednesday, December 12, 2007

Polis Banyak Makan Budi / *****h Dengan BN dan Rakan2

Gambar atas:Dato Mustafa Ali ditangkap dalam Parlimen..Negara Polis...Sah..!

Gambar klpos.com
Tian Chua , insan demokrasi tulen ditangkap oleh polis.Anda nak jadi polis atau Tian Chua?
Aku haram keturunan aku kerja polis , lebih baik jual burger saja...

Polis pasti garang dan bengis terhadap golongan yang inginkan kebenaran. Mungkin mereka merasakan ketika mati nanti jenazah mereka tetap diwajibkan oleh orang ramai untuk menguruskannya.Anda semua pasti tahu sebab apa garang , bengisnya mereka ini dengan golongan Islam , cintakan kebenaran ..
Cuba anda fikir sejenak..Banyak kes besar melibatkan golongan atasan polis yang condong kepada BN pasti terlepas dari sgala kesalahan..Takkan hangpa semua tak tahu..internet banyak ceritanya..
Polis memang termakan budi yang amat sangat, sehinggakan terpaksa melakukan perbuatan ini..tetapi ada juga sebahagiannya memang jenis .... sembahyang .Faham sahajlah..
Kebanyakan mereka juga terlibat dalam kes dadah , keruntuhan rumahtangga , dan pelbagai jenis maksiat yang dilakukan ..kalau tak caya pergilah jenguk-jenguk keluar malam ..pergi Disko ke..lihat sendiri..apa yang dilihat..kononnya merisik tapi teguk benda syaitan tu..
Polis yang betul-betul polis bolehlah dianggarkan 30-40% , sama je macam pengundi alternatif..
Tapi kebanyakan yang berpangkat besar semuanya tu..condong BN..

Tuesday, December 11, 2007

Sah Polis Yang Terlibat Menahan Pimpinan Alternatif Makan Rasuah?

Kenyataan polis yang berkata ketika menyoal Muhaimi Roslan , anak Timbalan Muslimat Pahang yang menyatakan 'Bila Alternatif memerintah , susah cari makan ' merujuk ketika pimpinan Hadhari memerintah maka mudah makan rasuah sebab pimpinan BN begitu.
Polis yang terlibat dalam penangkapan pimpinan alternatif memang suka makan rasuah?
Rujuk: Di sini

Sah Malaysia Negara Polis? Polis Musuh Rakyat?





Gambar daripada Pemuda PAS Wilayah:

Parlimen sebagai lambang demokrasi negara juga dilarang dikunjungi rakyat.Apa lagi harapan rakyat kepada sistem demokrasi ala Malaysia.Ingatkan Pak Lah anak ulama rupanya bukan semua ulama boleh diwarisi.Tiada apa lagi harapan rakyat kepada Pak Lah.Demokrasi sudah hancur.Walaupuntelah mendapatkan temujanji perjumpaan , kerajaan menggunakan kekerasan untuk memprovokasi rakyat.Inikah kerajaan Hadhari? Cuba untuk menindas rakyat secara terhormat.Amatlah malang rakyat yang masih mengundi BN dan rakan-rakan dagangan.
Mereka semua politik PERUT.

Perintah Mahkamah Digunakan Untuk Halang Demonstrasi?

Gambar: Parlimen Britain
Sejak akhir ini polis menggunakan perintah mahkamah untuk menghalang rakyat daripada berkumpul menuntut pembaharuan amatlah dikesali. Perhimpunan Hindraf , perhimpunan Bersih ke parlimen juga , saluran undang-undang ( perintah mahkamah ) telah dijadikan alat untuk piahak berkuasa menutup mulut rakyat.
Ramai pimpinan ditahan dibawah Akta 105, Akta Kanun Keseksaan ( Pencegahan )
Barisan Alternatif mestilah bertindak segera bermesyuarat secepat mungkin mengkaji apakah penahanan barisan pimpinan akan mempengaruhi kedudukan calon untuk pilihanraya nanti.Dikuatiri ianya mempunyai perancangan jahat kerajaan membendung amarah rakyat.Perlu dikaji kesalahan di bawah akta tersebut boleh atau tidak menggugurkan kelayakan calon.
Senario penahanan ini mempunyai perancangan pemerintah menggugat barisan calon-calon Barisan Alternatif.Ianya harus difikirkan secepat mungkin implikasi penahanan dengan calon pilihanraya nanti...
Setiap tindakan kerajaan pasti ada muslihat menyusahkan Barisan Alternatif..itulah faktanya..

Pemerintah Malaysia Zalim?

Cerita pautan Di sini
Rakyat wajib , perlu menukar pemerintah ketika pilihanraya ke 12 nanti , andai mahu perubahan berlaku ke atas sistem kehidupan di Malaysia ini. Apakah makna kehidupan yang lebih baik dan adil?

Rakyat mahu perubahan sistem kehakiman yang telus dan adil, sistem yang dapat memberi keadilan untuk semua pihak. Suatu kesalahan mestilah dibuktikan dengan baik , betul , tepat dan sahih barulah ianya mendapat suatu hukuman yang adil bagi kedua-dua pihak.

Rakyat juga mahu perundangan digubal untuk kepentingan rakyat keseluruhan , bukan menghabiskan wang rakyat untuk menggubal menjaga kepentingan individu-individu tertentu dengan menggunakan undang-undang.

Rakyat mahu wang kerajaan digunakan untuk meningkatkan kualiti taraf kesihatan rakyat ,kerajaan perlu belanjakan untuk mendapatkan sistem atau alat canggih yang dapat digunakan untuk menapis segala bahan import sayuran atau makanan yang mengandungi racun berlebihan ,atau penggunaaan racun serangga berlebihan yang diimport ataupun ditanam di negara ini.Kebaikan alat canggih itu dapat meningkatkan jangka hidup rakyat Malaysia, barulah boleh mencapai tahap negara maju..

Rakyat mahu sistem keselamatan dipintu pagar sempadan diperketatkan dengan pelbagai alatan sophiscated yang dapat menapis bahan senjata berbahaya , dadah , ubatan tidak diluluskan , kepakaran tinggi , pegawai keselamatan telus ikhlas yang bercita-cita mempertahankan negara dari anasir tersebut tadi.Baharulah rakyat akan menghargai usaha kerajaan demi untuk kesejahteraaan rakyat.

Ini tidak banyak perbelanjaan menjurus kepada bangunan-bangunan besar dan tinggi , pejabat kerajaan diperbaharui seperti di Perlis , wujudnya satu lagi 'Putrajaya Mini' , untuk apa negeri kecil sekangkang kera itu punyai Mini Putrajaya bernilai 45 juta. Untuk apa? Banyak lagi kerajaan sepatutnya memikirkan untuk kesejahteraan rakyat, bukan untuk mengecapi untungan rasuah jangka pendek didalam proses untuk kesejahteraan rakyat kononnya.

Monday, December 10, 2007

Penangkapan Mat Sabu, Tian Chua Dan Rakan2 Untuk Takutkan Rakyat.


Apabila perhimpunan BERSIH 10 Nov 2007 mendapat sambutan hebat rakyat walaupun PM sendiri melarang "Saya pantang Dicabar" , BN dan komponen sudah mula runsing memikirkan hal perut yang akan kempis. Projek untuk membuat wang akan terbatas dan akan dipantau oleh Barisan Alternatif yang PRORAKYAT.
Inilah dorongan kuat yang menyebabkan tindakan ini diambil untuk membendung amarah rakyat.
Sebenarnya tindakan ini adalah bodoh sama sekali. Rakyat akan mengundi secara silent undi tanpa perhimpunan, tanpa pergaduhan.Lihat sahajalah Australia , barisan alternatif menang hanya kerana membawa isu-isu yang relevan untuk rakyat.
Janji Keadilan agar projek terus kepada JKKK Kampung adalah salah satu kaedah yang dapat mengagihkan hasil negara ke seluruh rakyat.
Makin lama Mat Sabu dan Tian Chua serta rakan-rakan ditahan semakin kuranglah POPULAR kerajaan BN.Itu hakikatnya. Saya sendiri walaupun telah berpatah arang dengan UMNO masih lagi dibekalkan dengan Kad Ahli UMNO..faham-faham sajalah..
Undi Untuk ALTERNATIF demi negara bukan untuk PERUT.

Hindraf , Isu Untuk BN lagakan Melayu Dan India

Bukanlah penting sangat HINDRAF pada kerajaan , cuma yang penting adalah isu ini boleh menyebabkan orang Melayu ditakutkan kononnya orang India ingin menguasai kerajaan dan sebagainya. Orang India pula dimomokkan bahawa Melayu tidak endahkan mereka.
Adegan ini akan menyebabkan tiada penyatuan Melayu India dalam Alternatif. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan British ke atas Tanah Melayu digunapakai untuk merombak penyatuan rakyat sejak akhir ini.Itulah sebabnya Bersih digomoi , Hidraf diperangai dengan pelbagai tuduhan.
BERSIH yang mewakili rakyat pelbagai kaum prihatin atas kepincangan kerajaan amat digeruni.
Senario kerajaan menggempur dan menggunakan ISA mungkin , adalah menunjukkan pilihanraya sudah dekat..
Orang Melayu hendaklah ingat , semua cerita media nasional adalah propaganda pilihanraya yang semakin hampir....

Kami Sudah Bersedia ..Untuk Pilihanraya..Pak Lah

BN dan komponen telah bersedia untuk meratah rakyat dalam pilihanraya umum ke 12 ini. Mereka memang bersedia dari segenap segi..namun mereka tidak membenarkan perhimpunan aman , perhimpunan aman tidak diberi permit..Mengapa? Takut le tu?
BN dan komponen berani kerana:

1.Didokongi media haprak dan penipu.
2.Media kerajaan memutarbelit kenyataan.
3.Media kerajaan bukan berdasarkan kebenaran tapi atas sebab perut semata-mata.
4.Perancangan pilihanraya olok-olok adalah perancangan bersama SPR untuk menipu undi..
5.Penipuan terancang sedang giat dilakukan.
6.Disokong oleh Polis Rasuah yang menguasai polis.
7.Polis Rasuah takut bila alternatif berkuasa mereka ke penjara.
8.Beri rasuah projek , kononnya untuk rakyat tapi apa pun tak dapat..

BN dan komponen wajib menjadi pembangkang selepas ini , kalau tidak habis harta negara..

Kerajaan Lancarkan Perang Keatas Rakyat


Tindakan Peguam Negara bertindak sebagai pendakwa untuk kes Batu Burok amatlah difahami.Kini rakyat tahu tiada guna lagi sisitem mahkamah negara ini yang kotor dan jijik.Rakyat berhimpun secara aman dikatakan ganas. Rakyat yang ditembak , merujuk kes Batu Burok dikenakan tuduhan. Kerajaan adil kerajaan disokong , namun kerajaan ini kerajaan zalim , menindas rakyat mengikut selera dan kepentingan perut -perut mereka. Mereka takut apabila rakyat menyokong alternatif , habislah perut-perut mereka , kerana mereka makan rasuah , mereka kotor , jijik , hina dan sebagainya.
Mengapa Mat Sabu ditahan? Pergi jahanam media kerajaan , bertuankan pemerintah penipu, laknat Allah akan tiba ,tunggu saat ketikanya bala pasti tiba.Pimpinan PAS , segeralah berbuat sesuatu yang dikira terbaik buat rakyat negara ini. Kita semua kena bersabar dengan perang saraf mereka ingin memprovokasi agar kita semua bertindak diluar batas susila.
Rakyat perlu memahami mengapa media kerajaan bersungguh-sungguh cuba melagakan rakyat sesama sendiri antara kaum , antara Melayu dan India agar kita semua bersatu bawah BN..orang Cina masih lagi berpihak dengan alternatif..Memang isu ini digembur agar kelihatan orang PAS ganas ..

Tuesday, December 4, 2007

Dunia Salahkan Pak Lah Tak Beri Permit?


Itulah masalahnya , kalau sesebuah negara dikatakan mengamalkan demokrrasi , bila rakyat menuntut perarakan atau demonstrasi dan kerajaan tidak beri tunggulah saat ketika tekanan antarabangsa. Kerajaan apa perlu takut dengan demonstrasi aman , pantau sajalah , ini tidak akhirnya sendiri yang jatuh imej. Setidak-tidaknya luahan hati rakyat dapat disalurkan dengan baik , kira kurang tekananlah. Pak Lah harus berfikir mendalam dalam percaturan politik nasional, kerana memang betul SPR terlalu banyak membuat kesilapan ketika proses pilihanraya.
Rakyat semakin hari semakin cerdik , ramai antara mereka celik internet.Inilah yang dinamakan senjata makan tuan...
Cerita lanjut di sini..

National Geographic POD