Friday, December 21, 2007

Apa Pula Rancangan Pak Lah Untuk Tarik Pengundi?

Penyokong Hindraf dibebaskan daripada tuduhan 'membunuh ' , merupakan strategi Pak Lah untuk berlembut dengan kaum India. Samada ianya berkesan atau tidak sukar dibaca , hinggalah pilihanraya diadakan. Strategi berlembut Pak Lah ini ,merupakan suatu kesilapan strategi awal , iaitu menakutkan rakyat agar tidak menyertai perhimpunan awam yang tidak menjadi. Bagi kaum India apabila keperluan hidup mereka selesa , pasti mereka akan menyokong kembali pemerintah.
Apabila melihat gelagat Nallakarupan yang menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan BN , ianya adalah cerminan drama sebahagian kaum India. Namun Barisan Alternatif perlulah berusaha lebih gigih untuk menarik golongan ini.

Bagi kaum Melayu , penyokong kuat BA tetap akan menyokong BA , cuma bagi penyokong UMNO dan atas pagar , perlulah usaha ke arah pendekatan strategi psikologi di dalam kempen nanti. Ada sebilangan orang Melayu tidak gemarkan cara pendekatan PAS yang agak kritikal atau cacian di dalam ceramah. Barisan Alternatif perlulah mengkaji strategi berceramah agar ianya lebih lunak dan mesra dengan rakyat keseluruhannya. Ini kerana Pak Lah tidak mempamerkan sifat mencela ataupun mengherdik parti BA seperti mana Tun Dr Mahathir dahulu , namun pada hakikatnya tindakan Pak Lah jauh lagi boleh memudaratkan negara.
Rakyat biasa Melayu umumnya tidak mengetahui laporan mengenai penyelewengan rasuah , ekonomi atau lain-lain isu penting.Mereka masih mempunyai pemikiran yang rendah sedikit dibandingkan kaum Cina.Oleh itu strategi kempen untuk orang Melayu lebih kepada isu yang menyebabkan keadaan hidup daif , kemelaratan rakyat miskin dan juga kesilapan YB UMNO / BN sendiri dalam mengurus rakyat. Kesombongan YB lebih menyentuh orang Melayu. Sikap dan budi pekerti mereka (YB) lebih dititik beratkan seperti hadir kenduri , hadir ke mesjid , majlis jemputan kahwin. Oleh itu BA perlu memikirkan calon Melayu yang mempunyai pengaruh boleh didekati di suatu kawasan , mempunyai pertalian keluarga , senang diajak kenduri , sering hadir jemputan kahwin , dan orang tempatan.

Pada keseluruhannya Barisan Alternatif perlu lebih menumpu kawasan Cina dan Melayu kiranya bercita-cita untuk memerintah negara ini , Malaysia. Penumpuan berlebihan isu India ini boleh digunapakai oleh Pak Lah dan rakan-rakan dalam menarik semula kaum Melayu agar kembali semula ke sisi UMNO.

No comments:

There was an error in this gadget