Saturday, December 22, 2007

Skandal FKFZ

Gambar rajah atas: Dipetik drpd www.anwaribrahimblog.com
Skandal yang baru didedahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri , DS Anwar Ibrahim mengenai PKFZ ( Zon Bebas Pelabuhan Klang) dimana berlakunya penyalahgunaan kuasa yang melibatkan bekas pemimpin atasan merupakan kaedah terancang penggunaan wang rakyat. Rakyat digemburkan pimpinan atasan negara berjiwa rakyat , menolong si miskin , namun rupanya mereka perompak terhormat menggunakan segala bentuk kaedah perjanjian kononnya untuk mengabui mata rakyat yang bodoh. Segala bentuk perjanjian yang tidak adil itulah menyebabkan wang rakyat berlegar di kalangan kroni dan sahabat pemimpin. Gemburan media hanyalah wayangan biasa untuk mencantikkan pemimpin itu. Pada hakikatnya mereka ini adalah golongan yang penuh haloba merompak wang rakyat atas nama pembangunan. Patulah mereka ini berkejaran untuk melaksanakan pembangunan tak kira ianya mendapat manfaat untuk rakyat ataupun tidak. bagi setiap negeri di Malaysia ini pasti terdapat projek untuk rakyat yang dirancang tanpa penelitian lalu tiada manfaatnya maka terbiarlah wang rakyat itu dibazirkan. Pemimpin sebegini lebih mementingkan asal buat projek agar mendapat habuan tertentu , ialah banyaklah kegunaan wang tersebut sebagai dana untuk memenangi hati para perwakilan di persidangan nanti. Andaikata BPR ingin membuat kerja dan amanah sebenarnya , mereka boleh menilai pendapatan setiap pemimpin itu. Setiap pekerjaan itu amanah , maka ianya akan ditanyai kelak nanti.

No comments:

National Geographic POD