Thursday, December 27, 2007

Suara Melayu Dipinggirkan?

Suara Melayu kini tiada siapa pedulikan.Rungutan dan tuntutan agar 2 pemuda Melayu yang ditahan atas tuduhan rusuhan di Trengganu dibebaskan tidak diendahkan kerajaan. Ketika kejadian tiada siapa yang tercedera, yang tercedera pula didakwa , yang menembak rambang dilepaskan .Bayangkan saudara andai orang India atau Cina yang menjadi mangsa tembakan itu, apa yang terjadi? Kerajaan menyangka bangsa Melayu bodoh dan mudah diperbodohkan . Majoriti bangsa Melayu sudah muak dengan pelbagai alasan kerajaan dalam melayani kerenah dan tuntutan Melayu. Bangsa Melayu sekarang perlu berubah menjadi suatu bangsa yang lebih dihormati , diakui kehebatan ilmu dan kritis. Pada ketika ini Melayu perlu menukar kerajaan kepada kerajaan yang telus , berterus - terang dan mahu berusaha meningkatkan taraf rakyat secara ikhlas sehingga akar umbi bukan setakat luaran sahaja.

No comments:

There was an error in this gadget