Wednesday, January 30, 2008

Bahaya Politik Kaum

Bahaya politik perkauman , itulah kenyataan Najib , TPM Malaysia Hadhari , namun itulah yang diamalkan oleh mereka, Bak kata pepatah ' cakap tak serupa bikin'. Najib merasakan percaturan PAS , PKR , DAP meletakkan calon berdasarkan kedudukan komposisi kaum adalah politik perkauman.Begitu cetek pemikiran TPM atau sengaja meletakkan otaknya ke paras yang rendah.
Pemilihan calun semestinya mengikut komposisi kaum , ini telah lama diamalkan oleh BN selama ini , kecuali sesuatu kawasan Melayu yang dianugerahkan kepada kaum lain seperti di Bukit Gantang dan Tapah .Politik perkauman yang sebenarnya merbahaya adalah amalan parti UMNO ketika masalah dalaman berlaku ketika era 1988 , merekalah yang mengapikan Melayu kononnya Cina akan naik kepala , menginginkan kedudukan lebih dalam kabinet.
Ketika operasi Lalang , yang mengapikan keadaan adalah parti UMNO , untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu sebenar ketika itu iaitu pengharaman UMNO , pemecatan Tun Sallah Abas .
UMNO banyak bertindak untuk kepentingan politik mereka semata-mata , tidak memikirkan survival bangsa Melayu , membelakangkan agama Islam .
UMNO adalah parti yang didokongi pemimpin 'cakap tak serupa bikin'.

Tuesday, January 29, 2008

Ipoh Timur , Kawasan DAP

Perbalahan antara PKR dan DAP untuk berebut kawasan Parlimen Ipoh Timur , perlulah diselesaikan kaedah terbaik agar perancangan satu lawan satu menjadi realiti. BN telahpun berkempen , maka pejuang-pejuang Alternatif mestilah segera bertindak.
Parlimen Ipoh Timur yang telah dimenangi oleh DAP , tahun 2004 perlu dikembalikan kepada DAP juga kerana komposisi kaumnya Cina melebihi 80% .DAP parti paling sesuai untuk kawasan ini. Keadilan perlu memberi ruang kepada DAP untuk kawasan itu.

Friday, January 25, 2008

Cerita Seorang Sahabat

Cerita seorang sahabat , beliau mendengar si A , seorang peniaga Islam bumiputra mendapatkan bekalan stok barangan runcit harga murah dari suatu agensi kerajaan , si A belilah ,maka dapatlah si A menjual barangan produknya murah sedikit , namun setelah mengetahuinya ramailah kenalan , rakan dan taulan memboikot si A , dengan alasan tidak mahu bersubahat. Saya kurang arif apakah dimaksudkan subahat dalam kes ini?
Ada komen saya ingin mendengarnya dari kyalayak..

Lagi satu cerita pula si B, B sebuah syarikat besar gagah perkasa , se Malaya kenal akan dia, berbondong-bondong , sekonyong-konyong lautan manusia pergi sehinggakan tempat letak kereta pun tak cukup. Syarikat B menjual segala produk yang boleh dijual tak kira apa saja termasuklah minuman keras berjenama ataupun tak berjenama.Maka tiadalah orang terkata apa-apa, melihat saja fenomena lautan manusia memasuki syarikat B. Apa komen anda khalayak yang mulia?

Kita ingin melihat manusia lebih adil dan saksama dalam memberi komen ataupun pendapat agar , kita betul-betul menuruti sunnahNya , jangan sedap mulut sahaja.

Thursday, January 24, 2008

Slogan BN Trengganu , BN Menang Rakyat Senang

Betul ke cerita ni , BN menang rakyat senang?
Kalau senang , mengapa ketika PAS beri tanah , kerajaan BN pula batalkannya?
Kalau senang mengapa ketika PAS perintah , duit Petronas ditarik balik?
Kalau senang mengapa cukai pintu kutip semula?

Sebenarnya tak de senang pun , bahkan menyusahkan rakyat ada..pelbagai projek dibuat bukannya dapat merata rakyat..kroni mereka saja yang dapat.

Harga minyak naik..
Barang naik..memang patutu naik ..ingat nak bawa barang pakai air liur je..
Minyak masak naik..
Gula naik..
Tepung naik..

Rakyat bolehlah berbangga dapat RM 50 untuk 5 tahun sekali , ataupun kain pelekat ke..atau jamuan ringan untuk 5 tahun sekali..

Pengundian Di Malaysia , Ketidakadilan Buat Pengundi

Bandingkan pengundi kawasan Parlimen Putrajaya , bilangan penduduknya sekitar 5,079 pengundi , manakala Tumpat kawasaan parlimen di Kelantan mengandungi 70,810 pengundi.
Mengapa jadi begini ?
Adakah rakyat kawasan luar bandar rakyat kelas ketiga atau kedua?
Mengapa bilangan sedikit di Putrajaya dapat mewakilkan satu kerusi Parlimen , untuk membawa suara rakyat , namun di Tumpat ,rakyatnya melebihi 70 ribu , seorang sahaja wakilnya, ikutkan perkiraan sekurang-kurangnya 10 wakil Parlimen..
Fikirkanlah ..adakah SPR dan Kerajaan memperbodohkan kaum penduduk luar bandar atau tiada kepentingan untuk mereka penduduk luar bandar atau penduduk luar bandar tiada sumbangan untuk negara ?

Tuesday, January 22, 2008

Ezam Disaran Agar Bertanding Bebas


Saudara Ezam wajib bertanding kawasan parlimen andai ingin mengenengahkan isu-siu rasuah ke peringkat nasional. Beliau yang punya hubungan dengan semua parti adalah calon terbaik untuk membongkar rasuah semua peringkat negeri ataupun nasional.
Kawasan mana beliau bertanding , itu sahaja persoalannya? Beliau ada berkata mungkin di Petaling Jaya Selatan ataupun di Shah Alam.
Untuk PJ selatan , bagi tahun 2004 , sekitar 73,244 pengundi dibahagikan Melayu 36.8% , Cina 46.59% , India 15.59% dan lain-lain 1.01% .Berdasarkan posisi kaum pasti BN akan meletakkan calun berbangsa Cina di sana.Bila keadaan ini berlaku ianya agak sukar sedikit buat Ezam kerana susah diramalkan .
Untuk Shah Alam pula , kira-kira 69,170 pengundi , komposisi Melayu 66.09%, Cina 16.55% dan India 16.73% , Lain-lain 0.69% .Berdasarkan perkiraan saya Ezam lebih sesuai untuk bertanding di kawasan Shah Alam , penduduknya lebih intelek boleh memilih pimpinan yang lebih baik .Harapan saya agar Ezam dapat mewakili Shah Alam seterusnya membongkar rasuah pimpinan atasan dengan bersungguh-sungguh.
Parti Alternatif PAS dan PKR serta DAP perlulah memberi laluan kepada saudara Ezam.Kawasan ini ketika 2004 ditandingi oleh Khalid Abdul Samad (PAS).

Saturday, January 19, 2008

Andaikata Pilihanraya Jauh Lagi ..

Andaian jika PRU 12 diadakan sekitar Ogos 2008 , maka banyak lagi perkara yang perlu difikirkan Pak Lah. Namun melihatkan kempen media nasional , surat khabar jelas ingin menunjukkan bahawa PAS dan DAP berkerjasama , ataupun penonjolan bahawa PKR dan PAS tiada begitu baik ikatannya , pilihanraya dijangka Mac ini.
Berikut ini perkara yang perlu difikir Pak Lah andai ingin menunggu lebih lama lagi tarikh PRU12
Harga minyak tak menentu dan kemungkinan akan naik,
Harga tepung , gula meningkat ,
Jenayah semakin menjadi-jadi,
Penjenayah bunuh Adik Nurin tidak ditangkap lagi,
Kecelaruan BN Perlis,
Akhlak moral bekas Menteri , Chua Soi Lek ,
Kes Lingam-tape , siapa perlu dihukum ,
Masalah banjir di Johor , Kelantan ,Pahang tak selesai ,
Barisan bakal YB semuanya jenis tak campur rakyat ,
Rasuah yang ketara ,
Kes Zon Bebas Port Klang ,

Thursday, January 17, 2008

Suruhanjaya DiRaja, Nama Tengku Adnan Popular

Jalan cerita sudah nampak jelas seseorang akan dikambing hitamkan, nama itu sudah berkali-kali disebut oleh TV3 siaran sebentar tadi jam 8.00 malam. Mungkin berakhirlah kerjaya politik beliau? Khairykah bakal calon untuk Parlimen Putrajaya.
Kita lihatlah bagaimana perjalanan akhir cerita ini, namun barisan alternatif ,jangan terpengaruh cerita-cerita ini , tingkatkan aktiviti pusat gerakan , bilik gerakan , masa perhitungan sudah hampir , bertawakallah kepada Allah , namun usaha perlu digembleng.

Modal Basi Najib Untuk BA

Najib dilapor berkata terdapatnya gabungan PKR , PAS dan DAP , yang menurut beliau tidak sealiran maka huru haralah negara. Salah tu..negara lebih huru-hara jika dibiar pimpinan yang membiarkan rasuah berleluasa.BN sekarang tiada modal melainkan cerita modal lama , yakni kononnya tiada sepakatan antara PAS dan juga DAP.Itulah modal merak dulu , kini dan selamanya.Rakyat perlu jelas , andai PKR dan PAS serta DAP memerintah , mereka akan membuat keputusan secara kolektif , jika rakyat merasakan tidak adil tunjukkanlah , jangan macam sekarang semua tak boleh.

Propaganda BN , YB Muka Baru

Digemburkan untuk PRU 12 kali ini , ramai muka baru yang kononnya bersih akan mewakili BN kali ini menunjukkan formula baru untuk mencapai kemenangan BN kali ini. Mereka telah melihat hasil bagaimana Pak Lah menang besar ketika 2004 dengan imej 'Mr Clean' yang memang clean habis projek seluruh negara disapu kroni anak beranak.
Rakyat perlu bijak , jangan tertipu lagi , lihatlah apa yang terjadi negara ini , pembolotan ekonomi secara terancang untuk kroni dan sahabat serta keluarga , harga minyak naik , barangan naik , indeks jenayah naik , rakyat takut hidup di negara sendiri , kes sosial meningkat , rasuah terang-terangan , kesempitan hidup ketara , kredibiliti kehakiman , rasuah kehakiman dan sebagainya.
Rakyat jangan tertipu kononnya wakil rakyat baru BN akan bekerja untuk rakyat , mereka bekerja untuk rakyat cuma seminggu dua , setelah itu kiblat mereka cumalah perut dan nafsu untuk membolot hasil negara tak kira peringkat bawah ataupun atas.

Suruhanjaya DiRaja..Apa Hasilnya?

Rakyat akan melihat samada Suruhanjaya DiRaja dapat merungkai permasalan kes Lingam tape atau hanya menghabiskan wang rakyat , menghabiskan masa rakyat untuk membaca akhbar yang hanya berkisar tentang masalah teknikal , masalah nombor telefon dan sebagainya.
Rakyat ingin tahu apakah pengaturan hakim oleh orang luar itu dibenarkan dalam undang-undang Malaysia?
Jika boleh bagaimana pula kes yang dibawa oleh Lingam boleh diadili secara adil jika rakan-rakan baik beliau yang menjadi hakim?
Jika tidak boleh , apakah hukuman bakal diterima oleh semua yang terlibat?
Akta apa nak diguna?
Sekarang kelihatan Suruhanjaya ingin menghasilkan jawapan lunak untuk semua pesalah ini dengan media pengampu nasional menjadikan mereka itu seolah-olah tidak salah begitu?
Bagaiman kes Anwar yang dituduh rasuah sehingga dipenjara 6 tahun , atas alasan menyuruh polis untuk menyiasat laporan kes beliau , dikatakan rasuah?
Memang jelas dan terang sikap hipokrit pimpinan negara dan orang besar kehakiman , bagai ketam mengajar anak berjalan , dia sendiri teruk. Rakyat tiada harapan dengan suatu sistem yang sudah rosak seluruhnya.Barisan Alternatif sahaja harapan perubahan sistem ini berubah.
Diakhir ceritanya diyakini dibiar begitu tanpa tiada tindakan penjara jauh sekali , cuma YB tak lagi bergelar YB , yang lain akan menyepi.Itu tradisi untuk orang-orang besar yang bersalah di Malaysia ini.

Monday, January 14, 2008

Pendedahan Loh Mui Fah , Perancangan Manusia @ Rancangan Allah ?

Pendedahan saksi penting klip video Lingam , Loh Mui Fah , salah satu iktibar yang dapat kita simpulkan klip itu bukanlah dirancang untuk mendedahkan kepincangan sistem kehakiman , jauh sekali untuk bersihkan Anwar , namun kudrat Ilahi dengan teknologi , bekas-bekas kesilapan manusia , keegoan manusia , ketamakan manusia Allah tunjukkan. Begitulah nanti di padang Mahsyar nanti , ketika berhadapan Allah , segala perbuatan kecil sebesar zarrah akan diperlihatkan tak kira kejahatan ataupun kebaikan.
Maha Suci Allah.

Pak Lah , Najib Mula Kempen

Jentera kerajaan sibuk sekarang untuk menhadapi pilihanraya ke 12 yang agak sengit kerana pelbagai isu berjaya diketengahkan walaupun suasana diluar agak sepi sedikit berbanding tahun 1999. Ramai merasakan kehangatan pilihanraya ke 12 ini tidaklah sehangat ketika gelombang reformasi Anwar 10 tahun dahulu , namun kerajaan masih lagi gundah gulana kerana kebijaksanaan pimpinan Barisan Alternatif yang kurang mengeluarkan kenyataan mengelirukan.Tiada lagi gagasan Negara Islam PAS , tiada lagi gagasan Malaysia ala PAP oleh DAP , keseragaman ini memeritkan mereka untuk mencari ruang menyerang BA.Pelbagai isu negara gagal dijawab baik dan cepat oleh Pak Lah menyebabkan kelihatan tidak sesuai untuk jawatan PM,tidak seperti Tun Mahathir dahulu , beliau pantas dan cepat menjawab sehinggakan ada jua jawapan yang menjadi kontroversi. Ketika era Pak Lah kelihatan seolah-olah beliau bukan berada di Malaysia , mungkin di angkasa kerana jawapan yang diberi menunjukkan maklumat padanya amat terbatas. Atas faktor apa Pak Lah menjadi begitu , tiadalah diketahui.
Nasihat untuk pimpinan Barisan Alternatif , berhati-hatilah ketika memberi komen terutama daripada media nasional , mereka akan gunakan faktor ketakutan , faktor perkauman sempit , untuk memecah tembok kesepaduan BA. Rakyat perlu bijak didalam memilih kerajaan kerana kealpaan kali ini menyebabkan kehidupan pasti lebih sukar , kenaikan kos hidup meningkat , kenaikan indeks jenayah , tiada kualiti kehidupan.
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF IA BARISAN RAKYAT UNTUK KUALITI HIDUP LEBIH CEMERLANG , GEMILANG , TERBILANG.

Friday, January 11, 2008

Begitulah Cara Mendapatkan Wang Untuk Kempen


Bagaimana mereka boleh menaja ahli dan pengikut ke sesuatu acara , atau Umrah , dan sebagainya andaikata tiada dana yang dapat menampung sesuatu perbelanjaan. Salah satunya Begini.
Inilah yang rakyat kebanyakan marah , agihan hanya tertumpu pada suatu kelompok masyarakat bukan keseluruhannya. Pembangunan dibuat namun dikesampingannya ' sambil menyelam minum air ' , namun harganya terlalu tinggi. BPR wajib menyiasat , takkan tak tahu atau buat tak tahu.

Thursday, January 10, 2008

Islam Itu Islam , Bukan Moderat , Bukan Hadhari


Muncul pula Islam Moderat dicanang Khairy , bapa mertua pula Imam Hadhari , Malaysia kini cacamarba segala fahaman sesat banyak ditaburi. Rakyat perlu tahu , Islam itu satu sahaja , ISLAM tiada yang lain. Istilah ditambah boleh menyesatkan, tak perlulah untuk menonjolkan diri, kita gelarkan Islam dengan pelbagai gelaran yang kita sukai untuk tujuan sendiri. Bahaya nanti laknat diri sendiri. Untuk Khairy , andai nak jadi PM pun janganlah guna nama Islam yang lain , guna ISLAM sahaja cukuplah.Kalau nak popularpun buatlah cara lain.

Selamat Tahun Baru Hijriah 1429

Selamat tahun baru Hijrah , moga negara aman damai makmur. Musa Aman baru sahaja melancarkan agenda baru , Koridor Sabah menunjukkan petanda pilihanraya semakin hampir.
Kesemua negeri di Malaysia telahpun melancarkan projek koridor untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa ada perancangan untuk mereka , namun manfaatnya sampai ke akar umbi wallahua'lam .
Seperti dalam blog DSAI , Pak Lah sepatutnya berani memberi kelulusan agar beliau bertanding andaikata BN dan rakan-rakan gentlemen , jangan jadi macam Rahim Noor menumbuk Anwar ketika tangan diikat. Kalau mahu bergusti betul-betul berilah peluang sama rata.
SELAMAT TAHUN BARU 1429H

Tuesday, January 8, 2008

Yuran RM 4.50 Dimansuh Beratus Yuran Lain

Yuran RM 4.50 dimansuh namun lebih lagi yang perlu dibayar , itulah gimik kerajaan memansuhkan yuran persekolahan. Ianya lebih merupakan propaganda kerajaan untuk menunjukkan mereka pro rakyat namun , sebenarnya masih banyak lagi perbelanjaan yang perlu dibayar , mujur pula buku teks diberi , kalau tak penuh rumah buku teks anak-anak. Inilah kali pertama merasa duit kerajaan . Soal dapat atau tidak bukanlah pokoknya , yang penting setiap perbelanjaan yang dibayar itu perlulah setara dengan perkhidmatan yang diberi dan juga mutu pembelajaran yang cemerlang , gemilang , terbilang. Perbelanjaan sekolah-sekolah ini dibawah Kementerian Pelajaran perlu diaudit secara bebas oleh juruaudit bebas yang boleh menegur apa-apa ketirisan perbelanjaan.

Saturday, January 5, 2008

Media Nasional Negara Tidak Berkualiti


Media nasional negara tidak berkualiti untuk santapan rakyat. Mereka hanya menyiarkan sesuatu berdasarkan keuntungan pihak tertentu .Budaya mereka juga lebih kepada budaya mengampu . Media nasional juga tidak dapat menyampaikan sesuatu berita dengan telus , tepat dan adil untuk semua pihak. Mereka sepatutnya lebih matang dan terbuka memandangkan pengalaman yang telah dilalui namun semakin lama semakin menyempit minda mereka. Keterbukaan yang dipinta bukanlah keterbukaan yang mengundang masalah malapetaka ataupun huru-hara. Yang diutamakan adalah perbincangan sihat dan matang untuk semua pihak. Semua pihak pihak perlu dilayan sebaik mungkin.
Namun dalam kes Chua Soi Lek media nasional memberi ruang yang luas untuk beliau pertahankan ' cerita kotor ' menjadi suatu keadaan yang lunak. Ketika kes DSAI dahulu keadaan sunnguh berbeza. Layanan sebegini menggambarkan kerajaan tidak berusaha mengambil hati rakyat Melayu umumnya. Kerajaan lebih mengambil kira pandangan , rungutan kaum lain dibandingkan Melayu , pribumi asal negara ini. Ketika ada suara Melayu menyuarakan hasrat Melayu dan Islam , kerajaan meminggirkan sahaja . Tindakan kerajaan yang memenjarakan Suwandi dan juga Azman , kononnya perusuh di Batu Burok juga bukti kerajaan tiada pedulikan Melayu. Melayu dihimpit dengan asakan sebegitu hebat dengan pelbagai tindakan dan kerenah kerajaan kononnya menurut undang-undang. Ayuh tahun ini kita tukar kepada BARISAN ALTERNATIF.
BOIKOT JUGA MEDIA NASIONAL , BACA DI KEDAI MAMAK PERCUMA

Thursday, January 3, 2008

Pilihanraya Kecil Labis Tak Perlu..Pilihanraya 2008..Mungkin 9 Mac 08


Pilihanraya kecil Labis tak akan diadakan, bermakna PRU 12 sudah hampir dalam kiraan 60 hari lagi, Parlimen akan dibubar sekurang-kurangnya hujung bulan Febuari 2008. Ayuh segeralah Barisan Alternatif , perkuatkanlah jentera agar perlawanan ini bukan main-main , ianya melibatkan maruah negara. Negara Malaysia perlu dipimpin oleh golongan yang ulamak , yang menurut kacamata Menteri Kesihatan tiada dalam Barisan Nasional. Itulah hakikat sebenar BN.Dato Chua sendiri mengakui dalam temuramahnya , bahawa ramai lagi pemimpin yang menyeleweng tak kira perempuan , rasuah , salahlaku seks dan sebagainya namun belum masanya terdedah kerana ' pandai simpan pandai makan'..

KEMUNGKINAN PILIHANRAYA 9 MAC 2008..

Wednesday, January 2, 2008

Pak Lah Tak Perlu Fikir Panjang..


Wahai Perdana Menteri , Hj Abdullah Ahmad Badawi , bersegeralah buat tindakan sewajarnya. Pecat atau kata dua agar meletak jawatan andai ingin menjaga maruah negara yang digemburkan Islam Hadhari negara bestari. Andaikata Pak Lah tiada berbuat apa-apa , amatlah bacul pimpinan negara menyimpan pemimpin yang amat kotor. Amatlah malang negara ini andai rakyat tiada berasa apa-apa apabila mengetahui pemimpin mereka seperti Chua Soi Lek. Negara Malaysia terkenal di seluruh dunia mengamalkan Islam Hadhari bahkan Presiden Bush Amerika juga memuji amalan tersebut jadi amatlah tidak bersesuaian bagi negara Islam Hadhari menyimpan pemimpin yang mengamalkan seks bebas tanpa muhrimnya atau ikatan sah. Marilah sama-sama kita lihat kebijaksanaan Pak Lah mendepani isu terbaru ini. Bukankah Pak Lah ada berguru dengan Al Ghazali kucari , As Shafie kutemui ..
Semoga Pak Lah dapat membuka simpulan ini..

Skandal Sek Menteri Pimpinan Hadhari Penutup 2007


Pelbagai cerita dan senario politik berlaku tahun 2007 , banyak mengujutkan pelbagai pihak. Tanpa dirancang ia terkeluar satu persatu. Rancangan siapakah ini? Cerita terbaru mengenai pengakuan Menteri Kesihatan bahawa beliaulah pelaku seks dalan video tersebut. Langkah RTM , TV3 , dan lain-lain media yang pantas mengeluarkan berita amat mengejutkan. Senario rakyat yang lebih menyukai berita daripada media alternatif dan para bloggers amat membimbangkan para pendokong media nasional. Walaupun cerita Menteri Kesihatan , Chua Soi Lek dikira baru namun langkah bijak media nasional itu mungkin didasari perkembangan terkini rakyat yang menyisih daripada membaca akhbar nasional.
Menteri Kesihatan perlu meletak jawatan kerana akandal ini amatlah besar , mana mungkin PM boleh menahannya. Fikirlah secara logik , tiada bangsa di dunia ini yang sanggup menerima amalan tersebut terhadap sahabat karib kecuali mereka yang tidak berakal. PM Pak Lah perlu memberi kata dua agar Menteri Kesihatan perlu meletakkan jawatan.
Apakah PM masih lagi ingin mempertaruhkan orang yang sebegini sebagai pimpinan Labis dan mempunyai fortfolio Kesihatan? Lagi lama PM menyimpan Chua Soi Lek lagi baik buat Barisan Alternatif...

Tuesday, January 1, 2008

Rakyat Bukan Dengki Dengan Pemimpin

Rakyat bukanlah irihati ataupun dengki melihat kemewahan yang dikecapi oleh sesetengah pemimpin dan korporat di negara ini Malaysia. Kita prihatin agar segala hasil mahsul negara dapat dijana semaksimum untuk kebaikan dan kepentingan rakyat. Kita juga tidak mahu pentadbir Majlis-majlis Bandaraya menyelewengkan pendapatan yang banyak untuk segelintir mereka. Ada diantara Majlis Bandaraya ini menganjurkan kursus tahunan saban tahun di lokasi yang mewah dan jauh. Ini mengakibatkan kos yang tinggi namun mutu hasil daripada kursus tiada apa-apa.Perkhidmatan tetap lambat dan tidak memuaskan hati rakyat. Pendapatan negara daripada hasil minyak berbilion ringgit namun mengapa harga minyak tetap dinaikkan? Kerajaan memberi alasan wang tersebut digunakan untuk pembangunan..namun masalahnya ketika wang itu digunakan kerajaan tidak menyediakan laporan kos pembangunan itu dengan tepat. Lebih tinggi projeknya lebih tinggi kos yang dicanang daripada harga sebenar..Itulah masalah paling ketara. Mereka merompak wang rakyat atas nama pembangunan dengan meletakkan harga yang amat tinggi daripada harga sebenar kos pembangunan itu. Rakyat tidak menolak pembangunan ..yang ditolak adalah penggunaan wang rakyat sewenang-wenangnya..

SELAMAT TAHUN BARU 2008 UNTUK BARISAN ALTERNATIF..
There was an error in this gadget