Thursday, February 28, 2008

Kempen Serangan Perlu Dilakukan Terhadap BN

Apa isu yang perlu digembleng rakyat adalah:

ISU BAHASA:

Dalam soal pengajaran Matematik Sains dalam bahasa ibunda dikaji semula oleh Pak Lah hanya disebabkan pilihanraya.Maka tindakan yang bersifat politik ini tidak ikhlas daripada pimpinan Hadhari.Apakah Ajaran Hadhari mengajar pimpinan bercakap tapi tak bertanggungjawab terhadap kenyataan itu.Pengajaran dalam bahasa Inggeris telah lam dibangkang oleh ramai guru dan ahli politik , namun sejak 2003 , kerajaan buat tak layan tetapi bila hampir hari mengundi tiba-tiba Pak Lah memberitahu ianya akan dikaji semula.Apakah cakap Pak Lah boleh dipercayai? Sedangkan tarikh pembubaran parlimen beliau siang-siang telah menipu rakyat , berdolak-dalik tarikhnya, mengapa? Padahal kerajaan mempunyai gerakan , wang rakyat , media rakyat yang boleh memanipulasi segala macam isu.Kerajaan boleh memutarbelitkan segala kenyataan dan membuat pelbagai janji kosong dan juga serangan peribadi yang dikeluarkan RTM dan juga TV3.

ISU PROJEK PEMBANGUNAN:

Apakah rakyat mendapat manfaat projek Moonsoon Cup yang dianjurkan oleh kerajaan Trengganu yang dikhabarkan perbelanjaan 300 juta itu? Adakah rata-rata pengunjung atau peserta serta pelancong membelanjakan wang mereka terus jatuh ketangan rakyat Trengganu?
Perbelanjaan yang kerajaan Trengganu Bestari lakukan lebih kepada projek besar pelancongan yang menguntungkan kroni sahaja bukan menguntungkan rakyat.Di atas kertas perbelanjaannya sungguh tinggi , tetapi pada realitinya yang menikmatinya hanya beberapa kerat sahaja pengampu kerajaan Trengganu.Kehadiran ramai belia dan rakyat turun sama-sama meraikan calon PAS di pusat penamaan calon tanpa diupah atau dibayar menunjukkan kesungguhan mereka untuk merubah kerajaan Trengganu.

ISU CALON HAPRAK , TUNJUK MUKA SEKALI 5 TAHUN

Ramai kalangan rakyat tidak menyukai calon BN kerana ramai kalangan mereka yang tidak mesra rakyat , kenduri kendara tak muncul , doa selamat apatah lagi.Mungkin mereka beralasan terlalu sibuk menguruskan urusan negeri sehingga tak kesampaian untuk menjenguk rakyat marhean bawahan.Bagaimana anda harus percaya kepada janji YB BN ni , lagipun Ketua mereka juga berbohong mengenai pelbagai perkara , contoh terbaru ketika pengumuman pembubaran parlimen. YB BN bukanlah sibuk mengurus hal rakyat , mereka lebih sibuk mengurus bagaimana nak mengembungkan poket untuk mendampingi pihak yang lebih tinggi , PM , untuk mendapat projek yang lebih besar...

Wednesday, February 27, 2008

Fikir Baik-baik , Hak Anda Sekali Untuk 5 Tahun



Rakyat berhak mengundi siapa sahaja yang difikirkan dapat memberi kemudahan , keselesaan , ketenangan hidup yang sementara ini.Maka fikirlah dua senario ini...

Barisan Nasional,
calunnya muncul 5 tahun sekali , itupun bila dekat mengundi..
calunnya banyak jawatan dalam syarikat..
bila pula nak menjenguk rakyat..
nak jumpa jauh sekali..
apa hal jumpalah agensi kerajaan sahaja..
nak minta "sains" pun payah..
sibuk memanjang nak kuatkan jawatan dalam parti..
lobi menteri..lobi PM lagi baik..
rakyat punya hal buatlah sendiri..
projek besar sana-sini..
bila berbelanja luar negeri..
peniaga sendiri gigit jari..
angkara produk buatan Malaysia tak berkualiti..?
penuh rasuah dan tak elok..
projek besar milion..bilion..
rakyat dapatlah makan sepingan ..
itupun jamuan pilihanraya..
lepah tu..YB lesap lari..
minyak naik tak de hal..aku banyak syarikat..
syarikat ali baba..dapat tanah jual tanah..
nak kerja hari-hari , malas , mentaliti subsidi..
kira dapat komisen pun jadi ..kaya jugak..
cuma yang tergadai ..tanah Melayu...

Bila difikir calun Alternatif..
orangnya segak berbudi bahasa..
berpendidikan tinggi..
korup, rasuah jauh sekali..
tiada jawatan syarikat berkepentingan..
cuma kalau adapun syarikat tiada keuntungan..
ada masalah rakyat segera diselesai..
kalau bermasalah pun pasti angkara pihak berwajib..
kalau fikir tawaran Anwar..
siapa tak mahu petrol dan diesel turun..
kira mudah barang pasti turun..
sebab nak angkut barang guna minyak bukan air liur..
dapat pula pendidikan percuma ..semua rakyat tak kira bangsa ..
bergembira..ini bukan janji palsu..
barang baik jangan tolak ..
menyesal tak sudah..

Tuesday, February 26, 2008

Sekitar penamaan Calon TAPAH







Parlimen Tapah diwakili PKR , Tan Seng Toh (PKR) ,DUN Chenderiang M Arjunan (PKR) , DUN Air Kuning Dr Ahmad Razi Othman (PAS) , moga mereka dapat memberikan kejutan kepada lawan masing-masing.Komposisi untuk Parlimen , 47.01% Melayu , 32.01 % Cina , India pula 13.2% dan lain-lain 7.7% .Pengundi berjumlah 38,236 pengundi.
DUN Air Kuning pula mengandungi 20,232 pengundi , komposisi Melayu 55.4% , Cina 36.29% , India 13.61% ,Lain-lain 2.77%.
DUN Chenderiang ada 18,004 pengundi , Melayu 37.57% , Cina 36.29% , India 12.90 % ,Lain-lain 13.23% .

Monday, February 25, 2008

SPR Tidak Adil..

SPR boleh menerima pencalonan BN di Titiwangsa dimana calon mereka menggunakan cek walhal peraturan adalah wang tunai , menunjukkan sikap SPR yang tidak adil dan amanah. Mereka sewenangnya mempermainkan Parti Alternatif.Barisan Alternatif , perlu memfailkan segala kepincangan dan juga penipuan yang dilakukan agar nanti kita menuntut melalui BERSIH agar SPR diletakkan bawah Parlimen seterusnya bersih , bebas dan adil.
Namun begitu pelik juga melihatkan BN , parti komponen terbesar boleh melakukan kesilapan mencalonkan calon yang mempunyai kaitan dengan status bangkrap MARA.Sungguh memalukan kesilapan teknikal ini boleh berlaku buat BN.

Apa Gelaran Untuk Rashid SPR



SPR mulanya mengeluarkan arahan pada 21 Febuari iaitu duti setem wajib untuk calon serta akuan bersumpah Pesuruhjaya Sumpah.Tiba-tiba pada hari penamaan calon SPR membatalkan duti setem tersebut.Selayaknya SPR itu macam BA**....makan gaji buta , ...PENIPU...Menyusahkan Calun..
Rashid selayaknya Ketua **BI...Tak serik-serik jagi **jing ...suruhan BN

Saturday, February 23, 2008

Parlimen Rembau , Milik Siapa?

Sah , rekod Malaysia Boleh telahpun dipecahkan , inilah kali pertama Perdana Menteri membenarkan anak menantu menjadi calon wakil rakyat ketika berkuasa lagi.Pak Lah telah melakukan suatu era baru dimana jawatan YB telah menjadi suatu warisan bagi Barisan Nasional.Fenomena ini akan menjadi ikutan pemimpin yang lain , hinggakan menjadi suatu amalan bagi Barisan Nasional.Mengapa ini berlaku? YB, adalah jalan untuk mendapatkan kesenangan mudah , mempunyai akses untuk sentiasa berdampingan pimpinan besar negara jua negeri seterusnya melaksanakan cita dan impian merompak kekayaan negara tidak kira cara baik ataupun salah.
Parlimen Rembau mempunyai komposisi kaum Melayu 69% , Cina 14% , India 14% dan 3% lain-lain.ketika PRU11 , bilangan pengundi 53,960 orang.
Ia adalah kerusi selamat buat Khairy, hanya keajaiban sahaja yang dapat mengalahkannya.
Sayang seribu kali sayang , mahukah orang India dan Cina menolak Khairy , andaikata ini berlaku maka kemungkinan Khairy kalah ada. Namun diatas kertas Khairy menang ditambah dengan propaganda media , status menantu Perdana Menteri , Naib Ketua Pemuda , wangnya lagi amat sukar untuk PKR menang.
Amatlah malang andai Khairy menang , maka banyaklah kemusnahan bakal menimpa negara ini.Sebelum ada apa-apa jawatanpun telah ada taring menentukan polisi negara , kontak kerajaan dan sebagainya sehinggakan calon Dun dan Parlimenpun ditentukan oleh anak muda ini.Awas rakyat Singapura sedang mengintai untuk menguasai seberapa banyak yang boleh daripada Malaysia , Khairylah agennya.Oleh itu nasihat hamba janganlah diberikan undi untuk siKhairy ini.Binasa Malaysia....

Friday, February 22, 2008

Bantahan orang UMNO terhadap Calon YB

Kejadian orang-orang UMNO bertindak berpiket , seterusnya menghantar memo ke Menteri Besar , meluahkan persaan tak puas hati terhadap calon kawasan masing-masing yang berlaku di Ipoh ( Adun BOTA ) , seluruh Perlis , menunjukkan kepada rakyat sifat sebenar perjuangan mereka iaitu untuk kepentigan tembolok masing-masing. Perjuangan mereka lebih bersifatkan kepentingan individu dan juga kepentingan kebendaan dan juga pagkat serta jawatan.Barisan Alternatif jangan pula leka dan terlena dengan drama mereka ini. Mereka mempunyai senjata SPR yang boleh digunakan bila-bila masa sahaja.Kealpaan kelekaan petugas-petugas ketika pengundian akan membawa padah buruk. Pengundi hantu dan juga pengundi berkali-kali harus dijaga dan dipantau.
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF..

Tuesday, February 19, 2008

Parti Pro Benazir Butto Menang Besar , Pak Lah Pasti Kecut..


Senario parti Benazir Butto hampir menang besar , pasti memberi impak kepada corak pengundian rakyat Malaysia. Pak Lah dan kroni pasti tidak dapat tidur lena.Ketika rakyat Pakistan telahpun berjaya meruntuhkan kerajaan Musharraf , rakyat negara Malaysia perlu juga merubah kerajaan demi menyelamatkan negara daripada bangkrap akibat kerakuasan rasuah pimpinan besar kerajaan hadhari.

Saifuddin , Mat Sabu Di Ipoh


Tahniah Saifuddin Nasution dan Mat Sabu yang singgah sebentar menjenguk Ipoh di Pekan Razaki berganding bahu dengan calun Keadilan Dr Lee Boon Chai dan juga Calun PAS Jurutera Radzi Zainon.
Kelainan yang dibawakan Saudara Saifuddin dalam mengolah pidatonya dengan visual dan juga fakta yang sebenar amatlah menggalakkan dan membanggakan.Visual memainkan peranan dalam membawa penonton agar menyelami hakikat sebenar keadaan rakyat di bawah.Sesekali celoteh lucunya menggamat orangramai yang hadir.Rakyat perlu disedarkan bahawa selama ini mereka dikhayalkan perkara yang bukan pokok permaslahan rakyat , adengan Anwar menari , menfitnah Anwar dengan pelbagai tuduhan .Ramai yang meragui ketelusan SPR dalam soal undi pos dan juga ketelusan pengundi mengundi sekali , kerana terdapat ruang-ruang BN akan mengeksploitasi keadaan kecekapan pihak Alternatif menempatkan petugas di kawasan pengundian.
Kecekapan pentadbiran Dato Nik Aziz sukar ditandingi oleh mana-mana menteri besar negeri yang lain.Andaikata Malaysia diperintah Barisan Alternatif sudah pasti rakyat pasti mendapat banyak manfaat ekoran penurunan harga minyak.Penurunan harga minyak dapat menurunkan barang keperluan tempatan.Kos pengangkutan menjadi lebih murah seterusnya banyak barang keperluan murah. Rakyat pasti hidup lebih selesa dan aman.

Saturday, February 16, 2008

Umno Trengganu Tiada Modal , Bakal Tersungkur Menyembah Bumi

UMNO Trengganu menggunakan abang Mustafa Ali , Zakaria Ali sebagai bahan kempen amatlah memalukan.Pilihanraya adalah proses pemilihan parti yang boleh membawa kebaikan lebih kepada rakyat. Sokongan rakyat tidaklah boleh ditentukan oleh seseorang , bahkan dalam satu keluarga ada penyokong PAS , ada UMNO , ada PKR dan ada juga bebas tidak suka politik.Seperti Shahrir Samad , beliau ahli Parlimen merangkap Ketua Penyokong Kerajaan namun adik beliau Khalid Samad merupakan antara tonggak PAS yang penting.Merujuk kenyataan ini amatlah terdesak Idris Jusoh dalam kempennya menggunakan Zakaria Ali yang mempunyai masalah sehinggakan dirawat di Jabatan Psikiatrik Trengganu. Semua rakyat tahu bagaiman pemikiran seorang yang mempunyai masalah psikiatri.Hari ini lain , besok lain , kalau beginilah UMNO nak jaja kempennya memang bodoh.Rakyat Trengganu lebih kenal siapa Zakaria Ali.Cuma UMNO ingin mendapatkan sokongan melalui cara yang paling kotor berlawanan prinsip Islam Hadhari yang dijulang.Inilah pepatah mengatakan:

UMNO CAKAP TAK SERUPA BIKIN..
KALAU BEGINI UMNO , CUKUP 10 TAHUN UMNO AKAN TERKUBUR...

Friday, February 15, 2008

Kelemahan BN di mata rakyat

Apakah kelemahan BN di mata rakyat yang perlu diperjelaskan agar rakyat tidak tertipu berkali-kali lagi.

1.Ramai wakil rakyat cuma menjenguk rakyat ketika dicalonkan sahaja..perhati betul-betul
2.Calon BN hanya berdamping rakyat ketika mula-mula jadi YB.
3.YB BN baru sepenggal dua , banglo besar..Zakaria Derus Adun Pel Klang
4.Peruntukan besar untuk Parlimen dan Adun ..tapi kawasan tak jaga..
5.Tiada program untuk rakyat..banyak program untuk parti mereka.
6.YB BN bila menang berlagak ..bila kalah muka sepuluh sen.
7.YB BN nak minta tolong , setakat hangpa rakyat biasa tak dapat la..
8.YB BN ni sibuk memanjang , sebab apa..
9.YB BN bila dah menang masing-masing nak cari projek..
10. Ye lah nak tampung nak belanja kroni..sahabat dia..keluarga dia..
11.YB BN memang nak jumpa jangan harap..
12.YB BN ni sengaja buat sibuk..lagi lah rakyat susah nak jumpa..
13.Rakyat ni kalau jenguk pun dah kira lembut hati..
14.Tapi YB BN ni tak da hati perut langsung ..
15.Memang rakyat patut ajar mereka..
16.Projek BN besar-besar , tapi yang sampai kepada rakyat tak sampai pun 1%..
17.Sebabnya YB BN belanja diluar negara..
18.Adake YB BN beli goreng pisang..beli nasi lemak..pernah nampak ke..
19.Yang nampak tu dah expired..takde kuasa..sapa pun tak mau jumpa..
20.Kira Tun Mahathir ramai lagi mau jumpa..kira boleh tahanle..
21.Rakyat cuma jadi raja 13 hari ni je..masa kempen lepah tu..rakyat kena dera la..
22.Minyak dunia pun naik..takkan BN tak naik..
23.Tambahan BN ni jenis belanja boros ..bilion-blion projek..
24.Sana bilion , sini billion , utara , selatan , timur , barat semua bilion..
25.5 tahun lagi indeks kemiskinan masih tang tu..apa guna itu bilion-bilion..
26.Rakyat jangan tertipu lagi..
27.Masa untuk perubahan...
28.Undi anda menyelamatkan negara bangkrap..

Wednesday, February 13, 2008

Pak Lah Bubar Kerajaan

Sejurus jam 12.30 tengahari , Pak Lah telahpun membubarkan parlimen , sah Anwar ditakuti oleh kerajaan kerana gagal menepis fakta yang menunjukkan bahawa kerajaan masih boleh berjalan walaupun harga minyak diturunkan.Anwar tidak dapat bertanding pilihanraya ke 12 ini.
Rakyat diingatkan antara perkara perlu diambilkira sebelum memilih kerajaan:

1.Tuntutan rakyat ingin agar demokrasi betul-betul demokrasi dipenuhi.
2.Perhimpunan aman di tempat awam tak perlu permit polis.
3.Rakyat berhak untuk bebas pergi ke mana sahaja.
4.Ketelusan kerajaan umumkan keuntungan syarikat GLC kerajaan.
5.Mengapa kerajaan tidak boleh beri subsidi minyak walhal kita pengeksport minyak?
6.Mengapa tol sering dinaikkan?
7.Mengapa kerajaan tidak boleh menganjurkan skim kafalah seperti Kelantan ?
8.Pendidikan percuma tapi yuran mencecah RM100.
9.Mengapa kerajaan tak kawal harga barang?
10.Penubuhan sesuatu Suruhanjaya gimik politik sahaja?
11.Suruhanjaya Lingam , sandiwara perbodohkan rakyat.
12.Siapa mahu percaya pada Badan Kehakiman?
13.Siapa mahu percaya BPR?
14.BPR boleh rasuah Jayanthi , setiausaha Lingam ?
15.Banyak projek kerajaan melebihi kos sebenar.
16.Gubalan undang-undang SPR ada kepentigan politik.
17.Mengapa minyak perlu dinaikkan harga?
18.Mengapa wakil rakyat BN hanya turun padang bila dekat mengundi?
19.Isu rasuah penting , isu keselamatan negara , bukan isu lapok.
20.Banyak kes pembunuhan pesalah dilepaskan?Kes Norita?
21.Undilah BN, barang naik , minyak naik , jenayah naik , perogol naik , maksiat naik dll

Kes Lingam , Keparahan Negara Malaysia



Andai benar bagai dikata setiausaha Lingam mengenai aktiviti dan hubungan Lingam dengan Peguam Negara , kaitan pula BPR merasuah beliau dengan RM3000 , memang hakikat yang amat pahit untuk ditelan oleh semua rakyat.
BPR sah anjing tunggangan Lingam dan pimpinan Badan Kehakiman Negara. Ayuh rakyat lihat apa akan jadi negara ini, bila-bila masa sahaja kita boleh dijajah andai Badan Kehakiman sebegini rupa , BPR pula merasuah , harapkan pagar , pagar makan padi .Rosak dan binasa negara ini .Amat memalukan.

Tuesday, February 12, 2008

Kedatangan Anwar Diraikan , Ipoh

Syukur Alhamdulillah kurang halangan pihak polis ketika Anwar turun ke Ipoh , baru-baru ini.Syabas polis kerana tahu bagaimana ingin menjalankan tugas. Anwar ingin memberi peluang kepada semua lapisan rakyat tak kira miskin , kaya , polis , askar , guru , peniaga , kakitangan kerajaan bahawa sesungguhnya beliau boleh membuat perubahan yang dinantikan seluruh rakyat.

Andai Anwar memerintah,

MINYAK DIESEL / PETROL DITURUNKAN
PENDIDIKAN PERCUMA DARI PRA SEHINGGALAH KE UNIVERSITI
GAJI MINIMUM RM 1500

diatas ini adalah janji Anwar untuk rakyat.Bagaimana ingin menampungnya?
Petronas sahaja keuntungan bersih 2007 , 80 bilion ringgit. Anwar menjangkakan hanya menggunakan 10 bilion sahaja untuk menstabil dan menurunkan harga minyak dan pendidikan percuma.Rakayt menantikan kemenangan Anwar , agihan ekonomi akan dirasai semua rakyat.

Thursday, February 7, 2008

Undilah Barisan Alternatif


Matlamat PAS , untuk rakyat negara Malaysia ini tak kira bangsa atau agama:

NEGARA BERKEBAJIKAN

HARGA PETROL / DIESEL TURUN
PENDIDIKAN PERCUMA / BIASISWA DIADAKAN
GAJI MINIMA UNTUK PEKERJA
KESIHATAN NASIONAL
AKTA ISA DIKAJI
SEMUA KEPUTUSAN MESYUARAH
MEDIA TELUS / BEBAS
PROJEK UNTUK RAKYAT BUKAN KRONI
AIR PERCUMA-KEADILAN

SEMUA INI UNTUK RAKYAT MALAYSIA TERCINTA...

Tuesday, February 5, 2008

Pak Lah Sudah Mendapat Ilham Untuk Bubar Pilihanraya

Ilham telah pun ada untuk mengadakan PRU 12 , maka telah bermulalah pertarungan sengit antara BA dan BN untuk memerintah negara ini. BN tanpa diragui mulalah mendabik dada melancarkan projek-projek pembangunan yang sekian lama disimpan ataupun sekadar omongan kosong. BN akan menggempur media nasional menghidangkan propaganda murahan.
BA perlu lebih agresif menggerakkan kempen , ketika mana bila-bila masa sahaja akan diadakan pilihanraya. Kemungkinan sejurus selepas Tahun Baru Cina , parlimen dibubarkan.

UNDI BN , BARANG NAIK , RASUAH NAIK , SANDIWARA MEDIA , MEDIA PENGAMPU , TOLONG RAKYAT BERPILIH-PILIH / KRONI , MINYAK NAIK , ROTI NAIK , INDEKS JENAYAH NAIK , INDEKS UNIVERSITI PUN NAIK .

Saturday, February 2, 2008

Tun Mahathir Saran Tolak Calon BN , Calon Tunggul Kayu

Tun Mahathir menyaran agar rakyat memilih calon yang bersih , berwibawa , dalam PRU12 nanti.
Persoalannya masih adakah calon bersih , warak , amanah dari kem Barisan Nasional ini?
Sedangkan imam hadhari sendiripun terpalit dengan pelbagai skandal , inikan murid-muridnya?
Lihat saja Chua Soi Lek , semua tahu skandalnya , bagaimana pula YB Rozaidah , Selangor , kalau kita senaraikan semua calon BN , berapa yang bersih tak tahulah.
Adakah mereka semua calon BN , tidak pernah menerima rasuah untuk projek pembangunan yang disalurkan melalui parlimen ataupun DUN negeri?
Calon-calon BN ini tidak pernah menyogok pengundi dengan janji-janji manis?
Calon BN ini semuanya menunaikan apa yang dikata ketika berkempen?
Sudahlah Tun , walaupun anta ingin bersihkan BN cara itu , pasti tak boleh , nak cuba alamat rakyat menderita lagilah.Rakyat perlukan Barisan Alternatif , agar semua polisi kerajaan diperbincangkan , diperhalusi agar semuanya win-win situation , menang-menang , semua merasa apa nikmat hidup bernegara demokrasi.
Adalakanya kelihatan perbezaan pandangan , namun ia lebih baik dibahas secara menyeluruh daripada membiarkan penyelewengan berlaku berterusan..
Pandangan Tun salah , semua hasil tangan Tun kini terserlah kedaifannya oleh Imam Hadhari , Tun juga perlu dipertanggungjawabkan di mahsyar nanti. PAS dan UMNO bagai langi dan bumi , PAS menjunjung agama , UMNO menunggang agama..

National Geographic POD