Monday, March 31, 2008

Barisan Alternatif Segerakan Pengwujudan Surat Khabar

Barisan Alternatif perlu dengan segera menerbitkan surat khabar yang akan memberi saingan kepada surat khabar sedia ada. Biar rakyat menentukan surat khabar mana yang menjadi pilihan samada surat khabar kerajaan ataupun alternatif. Surat khabar amat penting untuk memberi pandangan , maklumat yang tepat kepada rakyat maka perlulah ianya diambil tindakan segera.
Sekarang pun rakyat telah meluat untuk membeli surat khabar yang hanya membodek pimpinan kerajaan , begitu juga kualiti berita yang langsung tidak tepat. Rakyat lebih gemar melayari internet mendapatkan maklumat sesuatu isu melalui blogger yang lebih baik dan tepat. Kekalahan BN juga diakui oleh Pak Lah kerana kerajaan memandang sepi terhadap luahan rakyat di dalam blog-blog.Barisan Alternatif perlu juga mendesak kerajaan memberi kelonggaran agar harakah boleh dijual untuk semua rakyat.Melalui Harakah sahajalah berita lebih seimbang dapat dibaca.
Syabas teruskan perjuangan..perjuangan belum selesai..

Saturday, March 29, 2008

Hukuman Apakah UntukPenderhaka 23 Adun Trengganu?





Gerangan apakah wahai Sultan untuk mereka ini yang cuba pertikaikan budi bicara Tuanku? Patik yang hina ini mengusulkan cadangan yang paling minima dan tak sakitpun memandangkan Tuanku adalah Sultan yang adil dan bijaksana, gerangannya begini:
Patik mengusulkan agar kesemua mereka itu dilucutkan anugerah Dato' yang telah diberi agar lebih bersikap fikir sebelum buat..
Patik juga usulkan agar mereka , kesemuanya tak kiralah Exco ataupun tidak perlu melawat zoo Trengganu untuk melihat agar diberi ilmu mengenal haiwan , manusia agar tahu membezakan antara binatang dan juga manusia..
DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..
RAKYAT SELURUHNYA DIBELAKANG TUANKU..

Krisis Trengganu Berakhir

Akhirnya Ahmad Said diiktiraf oleh UMNO sebagai menteri besar , ianya suatu keputusan yang baik namun tiada keikhlasan sehingga memaksa MT bermesyuarat. Mungkin MT meneliti senario tersebut berdasarkan keputusan pilihanraya yang membuatkan semua pihak termasuk Sultan dapat menterjemahkan kuasa dan hak masing-masing. Sultan boleh menggunakan budi bicara demi untuk rakyat. Maka rakyat wajib sedar apa akan berlaku jika UMNO dan Barisan mendapat
kuasa politik majoriti?
Pandangan saya menyatakan UMNO tidak akan menjadi sebaik dan sebagus ini berfikiran lebih terbuka.UMNO dan rakan-rakan pasti melupai rakyat yang memberi undi majoriti seterusnya dengan angkuh berkata " Kita kerajaan stabil majoriti rakyat sukakan kita , suara-suara kecil kita tak peduli" Itulah realiti UMNO dan rakan-rakan.
Pada saya yang telahpun dahulunya berkecimpung dalam UMNO ,dulula , mereka ini yakni ahli amat dengkel dan kurang ilmunya di dalam suatu hal.Kejumudan itulah yang dapat membesarkan UMNO sehingga mencecah ahlinya 3 juta. Harapan saya agar PAS tidak terikut ingin menambah ahli secara agresiof tanpa memikirkan kualiti ilmu pada seseorang.Keahlian memang terbuka namun janganlah ghairah ingin menambah ahli .Yang terpenting adalah mengukuhkan strategi , kualiti , ilmu , pendekatan ahli terhadap rakyat.PAS perlu mempromosikan PAS FOR ALL dengan sebaik mungkin.
Sebenarnya Malaysia akan lebih aman dan maju serta lebih telus andai imbangan 50:50 antara Alternatif dan BN menjadi realiti. Ia membuatkan kedua-dua gabungan berusaha keras memahami hati rakyat dan memenuhi keperluan rakyat..
Syabas rakyat Malaysia ..kini imbangan yang amat baik..
5 negeri +1 untuk Barisan Alternatif..
8 negeri Barisan Nasional..

Friday, March 28, 2008

Keputusan MT UMNO tepat Jika Demi Untuk Parti

Andai itu keputusan MT UMNO yang akur untuk mengadakan pemilihan tahun ini , begitu juga Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Trengganu maka adalah perubahan dapat dilakukan untuk parti UMNO itu. Rakyat melihat senario sebegini agak baik sedikit , mungkin itulah iktibar yang dapat dipelajari dari kekalahan terburuk di dalam sejarah negara Malaysia. Ia akan memberi pengajaran penting kepada pemimpin mana parti sekalipun andai sudah leka dan tidak mengambil kira kepentingan rakyat , bahanalah yang akan menimpa. Pimpinan itu adalah amanah untuk disempurnakan segala perkara atas dunia ini dengan sebaik mungkin.Kepentingan rakyat dan negara adalah pokoknya. Apabila kuasa tidak diguna untuk mentadbir secara baik maka lambat laun Allah akan mencabutnya menurut perkiraanNya. Ketika itu tiada siapa boleh menghalangnya.
Peringatan ini bukan setakat untuk UMNO dan rakan-rakan namun kesemua pemerintah Barisan Alternatif begitu juga Barisan Nasional.

Thursday, March 27, 2008

Bagaimana UMNO perlu Berubah?

UMNO mahu ianya dihormati kawan dan lawan , maka banyak perkara perlu dilakukan. Antaranya pemilihan parti harus dibiarkan akar umbi menentukan samada mahukan perubahan pucuk pimpinan ataupun tidak? Pemilihan tidaklah boleh dilihat sebagai memecahbelahkan parti, cuma sedikit mengeruhkan keadaan , namun sekurang-kurangnya dapat meredakan kemuncak amarah ahli parti yang ingin meluah perasaan ata senario yang berlaku. Janganlah hendaknya dicantas dengan arahan-arahan dungu dan bebal yang akan memburukkan imej parti. Pertandingan yang berlaku cuma menimbulkan sedikit pergolakan namun rakyat akan melihat keterbukaan UMNO itu.
Media UMNO dan kerajaan wajib memberi ruang bebas dan adil untuk disajikan dengan berita yang lebih berkualiti dan saksama.Hidangan melampau membuatkan rakyat meluat dengan propaganda murahan yang memberikan kesan negetif terhadap kerajaan.Keterbukaan media akan mengurangkan pandangan negatif rakyat seterusnya memberi kelebihan yang sama rata.Serangan demi serangan yang dilakukan perlulah diubahsuai agar pendekatan media kerajaan dilihat lebih konstuktif dalam sesuatu isu.Jika dua perkara ini dirongkai secara hikmah dan baik UMNO boleh dikembalikan kepada landasan sebenar..namun banyak lagi yang perlu diperbaiki..

Pemilihan UMNO ditangguhkan Tahun Hadapan?


Kenyataan Mat Taib untuk menangguhkan pemilihan UMNO ke tahun hadapan merupakan langkah menyelamat Pak Lah . Dalam situasi begini adakalanya mereka perlu memikirkan sebaiknya untuk kepentingan parti. Kerajaan yang tidak memiliki dua pertiga merupakan suatu kerajaan yang sah namun kekuatan kestabilannya boleh diganggu gugat.Perkara ini juga berlaku ketika kerajaan PAS Kelantan mempunyai kelebihan satu kerusi , tetapi PAS Kelantan dapat mengharunginya dalam keadaan baik dan berkat kesabaran pimpinan yang ikhlas ianya terus bertambah stabil setelah PRU 12 baru-baru ini. Kedudukan Pak Lah amatlah tipis dalam kerajaan , tetapi andai beliau mempunyai kekuatan dalaman dan jitu berkat amalan sufi dan tarekat ku cari Al Ghazali As Shafiee kutemui maka perhimpunan UMNO perlu diteruskan seperti biasa.Langkah Razaleigh ingin menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO sebaiknya dialu-alukan.Kepimpinan akan dapat merongkai masalah parti seterusnya mencari kekuatan selepas pertandingan yang adil dan saksama.Ketiadaan pertandingan ataupun halangan untuk pertandingan akan memburukkan imej parti UMNO itu sendiri.Bagaimana UMNO ingin menonjolkan ciri-ciri keterbukaan mereka terhadap rakyat andai dalam UMNO sendiri begitu banyak halangan dan pantang larang.UMNO mempunyai visi keterbukaan namun dalam amalannya jauh sekali.Cakap tak serupa bikin.Kami kadang-kadang ingin juga memberi ruang dan peluang agar UMNO bangun kembali kepada perjuangan asal untuk Melayu, agama dan negara.Peluang dan ruang yang sedikit ini perlulah dipergunakan sementara untuk memperkukuhkan parti atau parti akan musnah?

Tuesday, March 25, 2008

Krisis Trengganu Serlah Kepintaran UMNO?

Krisis yang berlaku di Trengganu , ketentuan Allah jua yang menentukannya, memperlihatkan bagaimana rakusnya sikap 23 Adun yang lain menyerlahkan emosi kebiadapan mereka terhadap institusi diraja di Malaysia ini.Inilah yang dilaungkan oleh UMNO , perjuangan untuk bangsa ,agama dan negara dipertontonkan seluruh dunia dengan tulisan-tulisan banner jahanam mereka memperlihatkan sifat sebenar Melayu mereka.Kejahilan dan kebodohan juga diperlihatkan kepada 23 Adun yang tidak mengerti peruntukan perlembagaan negara.Malang untuk Trengganu mempunyai Adun yang tidak mempunyaiilmu yang tinggi didalam perlembagaan , punyai emosi amarah rakus terhadap sesuatu yang mereka sendiri tak tahu.Malang juga mempunyai Setiausaha baru yang celupar , juga Peguam Negara yang sendiri punya bidang pun terlepas pandang.Mungkin masa dapat jawatan semuanya diuruskan oleh Lingam.
Rata-ratanya ramai orang yang berkelayakan sesuatu jawatan tidak akan dapat jawatan tersebut begitulah yang terjadinya kepada UMNO ini. Lama kelamaan mereka yang memimpin ini akan memusnahkan parti itu disebabkan kerakusan , keegooan , sombong mereka terhadap kekuasaan yang dimiliki.

Monday, March 24, 2008

Rakyat Di Belakang Sultan Trengganu

Rakyat Trengganu pasti akan menyokong segala keputusan Pemangku Raja untuk Sultan Trengganu di dalam memilih MB Trengganu yang baru. Pemangku Raja mesti bertegas kerana peranan Sultan tidaklah boleh dipinggirkan sebegitu sahaja.Kenyataan Gani Patail yang menyanggah fungsi Sultan adalah disebabkan bongkak dan angkuh serta tidak memahami tatasusila adat istiadat Melayu.Tindakan Gani Patail dilihat mengeruhkan keadaan politik di Trengganu.Rakyat berdiri dibelakang Pemangku Raja , di dalam membuat sebarang keputusan demi untuk kebaikan rakyat Trengganu.Sejarah akan memahat Trengganu pasti tiada MB untuk suatu jangka masa yang panjang agar mereka UMNO tidak bongkak dan keras kepala terhadap kebiadapan mereka menyanggah Sultan , andai UMNO membuat undi tidak percaya kepada Ahmad Said.Pemangku Raja tiada berslah dalam hal Trengganu tiadanya MB untuk seketika yang lama.UMNO dan Pak Lah wajar menurut dan akur keputusan Pemangku Raja demi kebaikan semua.

Sunday, March 23, 2008

PKKNP mesyuarat Boikot Program Kerajaan Perak.

Syabas Persatuan Ketua Kampung Negeri Perak ( PKKNP) kerana telah sepakati bermesyuarat tersiar dalam Mingguan Malaysia , 23 Mac muka surat 5 , mengambil kata sepakat untuk memboikot sertamerta segala program anjuran kerajaan negeri Perak.Mereka masih lagi mempunyai kontrak sehingga 31 Disember 2008 , jadi dari hari ini sehingga Disember 2008 kesemua mereka itu bermakankan hasil wang haram kerana tidak bekerjasama dengan kerajaan yang membayar elaun mereka.Mereka tidak bersikap secara rasional demi kepentingan rakyat.Ketua kampung jenis ini perlulah dipecat sertamerta agar urusan rakyat tidak tergendala. Sepatutnya mereka akur kehendak rakyat dan terus berkhidmat atas apa sahaja arahan kerajaan yang baik , amat mustahil kerajaan mengarahkan perkara tidak baik.Kerjaan negeri tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seumpama ini.Penduduk kampung perlu diberi penerangan agar niat jahat mereka ingin mensabotaj kerajaan negeri dapat dihidu.Inilah yang menghairankan rakyat terhadap sikap orang Melayu UMNO yang tidak gentlemen dan bertanggungjawab dalam sesuatu hal. Kita lihat bagaimana Toh Ksu Soon yang menasihati agar kerajaan pusat tidak membatalkan beberapa projek besar yang telahpun dirancang , namun beberapa pimpinan UMNO negeri mendesak agar Pak Lah menghentikan beberapa projek dengan alasan negeri itu negeri pembangkang. Inilah yang dinamakan politik balas dendam UMNO terhadap PAS yang telah dilakukan di negeri Kelantan.Wujudnya negeri dalam negeri yang menyalurkan peruntukan melalui agihan pilihan sendiri , yang diwujudkan serta merta , bukan menurut saluran sedia ada.Andai begini senario tak mustahil negara akan berpindah kepada PAS, PKR , DAP ketika PRU13 nanti.Rakyat muak untuk memberi peringatan demi peringatan kepada UMNO dan rakan-rakan.Merekalah yang memusnahkan UMNO itu sendiri dengan sikap egois , bongkak , keras kepala , tidak hormati perasaan rakyat , bebal , bodoh , mementingkan diri dan kroni.

23 Adun Trengganu Penderhaka



Terbaru berita daripada Mingguan Malaysia , 23 Adun Trengganu menyatakan sikongan terhadap Idris Jusoh sebagai MB baru untuk penggal ini. Ini adalah suatu kenyataan yang amat derhaka dan kurang ajar pimpinan UMNO terhadap kuasa Pemangku Sultan Trengganu.Ketika Lim Kit Siang tempohari memohon maaf dan ampun kini wakil UMNO sendiri derhaka kepada Sultan. Sungguh memalukan , kalau LKS mungkin beliau tidak tahu tatasusila adat istiadat di raja , namun bangsa Melayu sendiri yang ditunjukkan oleh mereka ini amatlah dikesali.Memang amat malang rakyat Trengganu mendapat wakil rakyat sebegini rupa.Mereka semua perlu diajar supaya tahu bagaimana menghormati saranan Sultan.UMNO sendiri yang menjatuhkan martabat Sultan , ketika waktu lain menyatakan sokongan terhadap Sultan kononnya.Mana perginya ayahanda Pekida di Perak tempohari , pergilah ganyang dan putuskan leher 23 Adun Penderhaka.Pekida cuma menyengat kerana khuatir jawatan dan kepentingan dalam syarikat kerajaan negeri , mereka tiada prinsip perjuangan melainkan perut dan tembolok, Islam jauh sekali.

Saturday, March 22, 2008

Cara Untuk Pulih UMNO

Kenyataan Tengku Razaleigh untuk menawarkan diri bertanding Presiden parti UMNO adalah jalan terbaik penyelesaian kepimpinan Pak Lah Tiga Beranak. Rata-ratanya rakyat melihat kepimpinan negara sekarang lebih condong di dalam penguasaan mereka bertiga.Lihat projek Monsoon Cup di Trengganu , perbelanjaannya ratusan juta , namun apa hebatnya indeks miskin tegar masih yang kedua termiskin.Inilah masalah apabila projek besar diwujudkan ,namun yang merasainya cumalah puak-puak mereka sahaja.Rakyat bolehlah melihat prestasi menurut ukuran kedatangan pelancong , melihat ikon-ikon besar tugu dan sebagainya namun kemelaratan masih melanda rakyat.UMNO perlu cepat menyesuaikan diri di era globalisasi dimana maklumat boleh dicapai sepantas capaian di jari agar ia terus relevan dalam memperjuangkan perjuangan yang tak pernah selesai.Isu-isu perkauman seperti mana kempen Ketua Pemuda , begitu juga kempen Khairy ganas dan ala mafia bukanlah caranya untuk dihidangkan kepada rakyat Malaysia yang ratanya sudak celik dan celik bersedia untuk membuat perubahan.Ramai juga melihat perjuangan UMNO kini lebih berkiblatkan kebendaan semata-mata secara rakus dan zalim hingga mengenepikan hak orang lain.Lihatlah kepimpinan parti lain , mereka lebih berjuang menurut idealisme perjuangan yang lebih bersih dan telus.Tidak dinafikan wujud juga golongan opportunis dikalangan mereka namun keseluruhannya lebih bersifat telus dan bersih.UMNO perlu menjiwai perjuangan bersih dan telus , bukan hanya ingin mengharapkan kontrak dan wang yangh pantas untuk menjadi bangsa yang kuat.Mereka perlu kuatkan jatiditi dan kualiti diri , sebelum menawarkan diri untuk menjadi pejuang sebenar bukan hanya untuk diri dan tembolok.

Wednesday, March 19, 2008

Kerajaan Pak Lah Diambang Krisis

Setelah Kabinet diumumkan , banyak kecelaruan berlaku di dalam Barisan Nasional. 2 Timbalan Menteri menolak perlantikan. Rafidah Aziz pula mungkin tidak berpuashati dan akan mengadakan sidang akhbar sebentar nanti sekitar jam 3.00 petang. Malang sungguh Pak Lah , mengapalah nasib menjadi sebegini rupa. Kehilangan 5 buah negeri memang memeritkan, jalan mudah Pak Lah letak jawatan jika mahu sesuatu perubahan dapat dilakukan Najib.Jika terus menerus Pak Lah inginkan jawatan Perdana Menteri , tekanan seperti ini perlu dihadapi dengan tenang.Di sinilah ilmu al Ghazali ku cari , AsShafiee kujumpai perlu diguna pakai. Saya berpendapat banyak kejutan berlaku dalam setahun ini kerana kedudukan Pak Lah tidaklah kukuh dan stabil.Inilah bahana apabila jawatan dianggap seperti hak emak bapak sendiri , tiada jawatan maka mulalah jadi seperti anak kecil merajuk.Apabila kerajaan tidak lagi menjalankan tugas untuk memberi keselesaan untuk rakyat , memudahkan urusan untuk rakyat maka tunggulah bantuan yang turun dari langit.Ketika itu banyak perkara tak masuk akal pasti berlaku..

Monday, March 17, 2008

Risalah Provokasi Di Perak..Siapa Sebarkan?

Pihak Polis wajib menyiasat edaran risalah provokasi yang kononnya dikeluarkan oleh PAS Perak antara lain mengandungi 4 perkara:

Kononnya Tuntutan PAS Perak:

1.Menutup pusat hiburan
2.Menutup lesen perjudian
3.Menutup premis arak
4.Melaksanakan hudud.

Kesemuanya memanglah nampak dari luarannya seperti tuntutan PAS namun, harus diingat ini kerajaan Rakyat , penerangan perlu dilakukan , yang penting..Kerajaan laksanakan polisi menggembirakan rakyat , polisi air , dasar penswastaan , biasiswa negeri dan sebagainya..

Renungan Untuk Pemimpin Alternatif / BN

Mengapa BN kalah teruk pada pilihanraya kali ke 12 ini? Persoalan menarik , jawapannya ada dibawah , andai pemimpin BN atau BA sekalipun sebegini rakyat kan menolak mereka , tak cepat lambat pasti turun dengan hina..

1.Jawatan YB tidak lagi sebagai Yang Berkhidmat..
2.YB meninggalkan segala urusan rakyat kepada pembantu , mereka sibuk urusan lain..
3.YB sukar dihubungi ketika suatu musibah berlaku..
4.YB sombong, ego , hidung tinggi..
5.YB putar alam janji kosong..
6.YB tidak perjuang hak rakyat..
7.BN berdolak dalik tentang penggunaan BM untuk Sains dan Metametik..
8.Harga minyak naik melambung tinggi..
9.Tuntutan rakyat minyak diturunkan dilayan seperti anjing..
10.Perhimpunan aman untuk beri mesej rakyat dinafikan..
11.Perhimpunan Bersih dihalang..
12.Kadar tol naik tanpa hirau keadaan rakyat..
13.Dasar penswastaan yang merugikan rakyat..
14.Propaganda TV memburukkan kerajaan Kelantan.
15.Kempen Khairy kasar, bengis , samseng.
16.Tumpuan untuk merampas Kelantan , Trengganu berlebihan
17.Laporan media tidak betul..kenyataan Khairy , Kelantan Rasuah 18 tahun..
18.YB sukar ditemui rakyat..

DEB Dimansuhkan?


gambar dari imamzul.blogspot.com
DEB adalah polisi dasar kerajaan Malaysia yang diterapkan dalam pembahagian kontrak serta agihan lain difikirkan betul.Namun DEB banyak disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu kroni ahli politik UMNO sahaja tanpa mengira rakyat Bumiputra yang lain.Dasar DEB itu dilindungi dalam fasal Perkara 153 , soal ianya terbatal adalah keputusan ahli parlimen untuk membahaskannya kerana ianya di bawah perlembagaan.
Seminggu dua ini rakyat digemburkan kononnya kerajaan baru akan terus menidakkan golongan bumiputra adalah dikesalkan.TV 3 dan media kerajaan Pusat menggemburkan perkara ini mempunyai agenda tertentu untuk meracau pemikiran rakyat keseluruhannya terutama Melayu.
Apabila menceritakan tentang DEB , apakah seorang rakyat merasainya? Kemasukan ke sekolah berasrama penuhpun sekarang melaui meritokrasi , sistem dimana yang layak diutamakan mengikut kaota. Biasiswa sudah tiada lagi , yang ada pinjaman PTPN .Buku teks percuma untuk semua rakyat .Sebenarnya yang risaukan DEB adalah golongan opportunis yang malas belerja , yang mahukan jawatan namun kelayakan tidak ada , memegang jawatan dalam syarikat kerajaan negeri sehinggakan syarikat kerajaan negeri bungkus , yang mendapat projek lalu dialibabkan terutama syarikat kelas besar.
Apabila kita mengkaji mereka yang terlibat dalam perhimpunan di Pulau Pinang ,yang kononya 3000 orang , juga perhimpunan di Ipoh kononnya 500 orang , kesemua anggaran yang hadir adalah amat sedikit.Mereka inilah golongan oportunis yang makan gaji dengan syarikat usahasama kerajaan negeri yang tak berdaya maju sehinggakan tiada keuntungan.Maka jalan terbaik kerajaan negeri menjual kepada pelabur yang berminat atau mereka sendiri.Maka dengan itu kita akan melihat samada mereka boleh menguruskan syarikat atau tidak.
Kerajaan baru Pulau Pinang , ketuanya Lim Guan Eng tidak berpindah ke kediaman rasmi atas alasan tidak mahu belanjakan RM100 ribu untuk urusan tersebut amatlah membanggakan.Anda boleh rujuk harakahdaili.net hari ini.Beliau juga tahu bagaimana nak bertjimat , diharapkan ianya berterusan..

Friday, March 14, 2008

Penyokong kuat BN menggelabah..


Senario politik Perak telahpun berubah ke suatu arah yang tidak dapat dipastikanlagi. Menteri Besarnya PAS , manakala exco pula DAP majoriti dengan PKR satu dua exco dan PAS seorang.
Daripada penglihatan kasar memang kedudukan MB agak kritikal , bila-bila masa boleh berubah samada Barisan Nasional ataupun Barisan Rakyat. Lompatan dua ADUN ke salah satu kem membawa kepada perubahan MB.
Pengamatan saya ketika memerintah dahulu UMNO , tunjang utama BN Perak tidak memperkasakan kedudukan orang-orang Melayu amatlah dikesali. Banyak kerusi parlimen dan DUN yang majoriti Melayu dilepaskan begitu kepada pihak lain.Kesan jangka panjang ini membuatkan Perak berada saat genting.
Ketika MB Perak berwajah UMNO dahulu mereka sewenangnya mengurniakan banyak tanah kepada bukan Melayu , memberi jalan mudah kepada bukan Melayu menguasai segala ceruk hasil mahsul negeri Perak , namun kini bila menteri besar belumpun ditabalkan baharulah puak-puak penyokong UMNO dan BN memikirkan nasib negeri Perak.
Kita berfikiran positif agar MB baru Perak dapat mempertingkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu secara lebih berkesan dan betul.Orang Melayu perlu diajar ilmu pengetahuan agar lebih berdaya maju , bukan sekadar menjadi ahli perniagaan ali baba..

Thursday, March 13, 2008

MB Perak selesai , Bagaimana lantikan Exco pula?

Pada mulanya pendirian kerjasama pembangkang cuma berasakan menjadi pembangkang kuat , namun tiba-tiba rakyat memberi peluang kepada pembangkang untuk memerintah Perak , permasalahan satu demi satu timbul dan kini lantikan exco berdasarkan komposisi kaum ataupun majoriti kerusi dalam barisan rakyat.
Apakah nanti barisan exco menunjukkan kaum Cina lebih dominan , dan kaum Melayu dipinggirkan? Ini amat merisaukan bagi rakyat Perak yang berkomposisi 47% Melayu , Cina 40% dan India 13% .Barisan Rakyat perlu lebih bertolak ansur dengan parti sesama mereka kerana kedudukan Perak sebelum ini mengikut undang-undang tidak pernah bertuankan MB Cina .Bagi pemilihan exco rundingan perlu dilakukan secara berhemah. Kaum Cina perlu akur negeri ini dominannya Melayu , maka exco paling kurang mestilah dibarisi kaum Melayu.Rakyat Perak tidak berkompromi terhadap hal itu , namun untuk bertuankan MB BN adalah lebih baik tidak.
Dasar kerajaan nanti mestilah adil untuk semua rakyat..
Kaedah fekah ada menjelaskan adalah lebih baik diambil sedikit buruk daripada kesemuanya buruk belaka..

LIm KIt Siang Mahu Boikot Majlis Angkat Sumpah MB Perak?

Andai benar bicara Lim Kit Siang mahu boikot majlis tersebut , terpulanglah. Namun begitu sikap beliau jelas membelakangkan pemilihan oleh Sultan Perak. Umum mengetahui bagaimana uniknya sistem pemerintahan negeri yang mempunyai Sultan. Jika calon tersebut mempunyai masalah dengan pihak istana , memang sah walaupun punyai pengaruh besar sekalipun takkan terpilih.Bagaimana UMNO Kelantan mencalonkan Awang Adek untuk calon MB suatu ketika dulu adalah kerana hubungan antara Annuar Musa dengan istana tidak begitu baik. Rakyat tidak perlulah ditakutkan dengan propaganda jahat media mengatakan MB mungkin orang Cina..ianya tidak akan berlaku.
DAP perlu melihat sokongan rakyat adalah untuk melihat barisan rakyat dapat menguruskan urusan negeri dengan lebih baik , tiada rasuah , tiada tindasan rakyat bawahan dan dasar kerajaan yang berjiwa rakyat.Kalau DAP merasakan bahawa mereka menang kerana pengaruh mereka , ianya amatlah dikesalkan. Kalau begini lakunya perangai pimpinan DAP , patutlah PAS tidak mahu bekerjasama dengan mereka sebelum pilihanraya. Namun setelah pilihanraya , dan mereka berpeluang memerintah Perak , maka PAS mengambil pendirian agar bekerjasama , cuba saling memahami agar perlaksanaan pentadbiran negeri menjadi lebih mudah dan baik. PKR juga perlu jelas pihak istana pastinya memilih MB yang mempunyai imej serta akademik yang lebih tambahan untuk membuat keputusan yang sukar di negeri Perak ini.
Pada hemat saya Lim Kit Siang janganlah membuat kenyataan kontroversi demi kerajaan baru ini atau adalah lebih baik awak letak jawatan Presiden DAP kerana keceluparan anda membawa rebah.

Tuesday, March 11, 2008

Berita TV3 , Penutupan Tadika di Negeri Alternatif Perintah Adalah Fitnah..

Berita TV3 menyiarkan kononnya akan berlaku penutupan dan rampasan tadika akan berlaku di negeri dikuasai oleh Barisan Rakyat.
Jawapannya:
Adalah tolol dan bodoh bagi pihak Barisan Alternatif ingin mengambil tindakan yang tiada hitam putihnya , tambahan Menteri Besar pun belum dilantik.Ini merupakan serangan psikologi pelacur media murahan untuk memburukkan suasana mengeluarkan berita fitnah jahat .Fitnah ini jika dipercayai oleh rakyat ia akan memudaratkan semua rakyat.Polis perlu bertindak agar tadika dan bangunan kepunyaan kerajaan negeri dijaga agar harta rakyat tidak dicuri oleh orang yang tidak bertamadun.Barisan Rakyat atau kerajaan negeri baru boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pelacur media murahan yang mengeluarkan berita fitnah.

Monday, March 10, 2008

Tahniah Barisan Rakyat ...

drpd:mob's crib
daripada:al-husseyn
Tahniah untuk rakyat Malaysia seluruhnya memberi sedikit perubahan agar harapan kita kerajaan memperbaiki kesilapan lalu.Menguasai 5 buah negeri adalah suatu perkara yang amat sukar bila difikirkan konkongan media, pelacuran media dan surat khabar , jentera kerajaan , wang dan lain-lain propaganda kerajaan Pusat BN.
Kejutan ini melebihi rekod ketika 1969 dahulu.Pada pendapat saya ini merupakan suatu perkara atau janji Allah kepada insan yang berusaha sedaya mungkin lalu bertawakkal kepada Yang Maha Esa.Sungguh syahdu ketika melihat Tok Guru Nik Aziz bersama rakyat bermunajat di stadium Kota Bharu mengharapkan ehsan dan belas Allah agar memberi suatu bantuan yang tak terfikirkan oleh akal manusia ini.Alhamdulillah...
Pagi tadi abang saya yang memang penyokong BN bertanya kepada saya minyak turun ke? Hang dapat apa?
Ikhlas di hati memang geram juga soalan yang budak kecil pun boleh jawab..namun kugagahi menjawabnya walaupun aku agak sibuk ketika itu..
Jawapanku mudah saja..Apa mungkin Barisan Rakyat dapat menurunkan harga minyak kerana akaun kerajaan masih ditangan Kerajaan BN yang baru saja PM , Pak Lah mengangkat sumpah di istana negara.Jika kita semua mahukan minyak turun ramai-ramailah YB BN melompat Barisan Rakyat seterusnya undi tak percaya kepada Pak Lah , dan kita dapatkan majoriti simple dan tabalkan PM baru ,Anwar Ibrahim maka besoknya pastilah minyak turun..
Mengenai apa yang saya dapat..
Jawapannya begini tiada satu pun saya dapat walau 1 sen cuma..yang penting ..kerajaan negeri yang terbentuk di lima negeri iaitu Kelantan , Kedah , Pulau Pinang , Selangor dan Perak perlu menunjukkan contah terbaik dalam pengurusan wang negeri , tidak mengamalkan rasuah , telus dalam tindakan , berterus terang lagi bersuluh , tiada pembaziran wang rakyat negeri ..yang untung pasti rakyat..
Buat kerajaan Pusat , apa hak kerajaan negeri berilah menurut saluran betul terus ke kantung negeri bukan seperti di Kelantan dianaktirikan wang ke akaun lain, mengujudkan kerajaan dalam kerajaan.Pusat mesti memberikan projek pembangunan yang telah dipersetujui seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan andai mahu memerintah tahun 2012 nanti.Jika tak telus lagi rakyat akan menghukum seluruh negara bertukar tangan..

Saturday, March 8, 2008

Selamat Mengundi Barisan Alternatif , BN Hadhari Munafik..

Buat rakyat sekelian , undilah Barisan Alternatif..
Fikirkanlah perkara dibawah ini:

Bagaimana BN mengatur pengangkutan bas yang banyak membawa pelajar IPT yang diragukan status pengundian..?
Penggunaan pendatang asing juga menunjukkan BN terdesak..?
BN hanyalah slogan Islam Hadhari..menggunakan Islam untuk menipu rakyat..
Bagaimana SPR membuat peraturan yang memihak BN..
Bagaimana celup jari dibatalkan atas alasan keselamatan..
Untuk kuasa BN bermati-matian hendakkan kuasa..
Minyak pasti naik ..selepas ini..
Rakyat janganlah gusar lagi..
Kalau anda undi BN..

SELAMAT MENGUNDI ..
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF..PAS ..PKR..DAP..
SELAMAT MENGUNDI..

Thursday, March 6, 2008

Polis Memang Ada Alasan Kukuh Batalkan Peraturan Celup

Polis , menurut Tan Sri Musa Hasan , berdasarkan 4 laporan kononnya 2 di Perlis , 1 di Kelantan , 1 di Kedah membatalkan penggunaan dakwat celup dengan alasan keselamatan negara.Syabas polis Malaysia telah memasuki suatu fasa konspirasi yang tinggi dengan kerajaan sementara untuk menidakkan kemenangan Barisan Alternatif/ Rakyat.Risikan polis pastinya lebih tahu siapa yang akan memerintah negara , dan dengan kapasiti jawatan sebagai KPN , maka amatlah mudah untuk memberi alasan kononnya alasan keselamatan.
Dalam seminggu dua ini risikan menunjukkan imbangan sokongan sudah melebihi tahap luar biasa terhadap mantan DSAI , maka kerajaan amatlah runsing dan takut andai celup jari dilakukan.Andai celup jari diwajibkan BN pasti kalah.BN hanya mengujudkan peraturan celup jari setelah dikira-kira mereka akan menang.Pendirian KPN tak susah dijangka , bagaimana kes tilam Anwar Ibrahim melonjakkan beliau untuk menjadi polis nombor wahid negara ini.Syabas sekali lagi buat KPN mudah-mudahan Allah memberi ganjaran yang paling sesuai untuk beliau.

Wednesday, March 5, 2008

Bukti SPR Pembohong

Ini berdasarkan blog teman-teman,

Sila klik T719756

Kemudian klik IC awam 750909035727

Kedua-dua individu yang sama
MEMANG SAH INDIVIDU SAMA
Nam: Hazely Razin Bin Yaakub
Lahir 1975
Lakaliti TUDM Butterworth
Daerah Mengundi Jalan Mesjid
DUN Teluk Ayer Tawar
Parlimen Tasik Gelugor
Undi POS

Untuk IC Awam pula
Lokaliti Kg Bharu
Daerah Mengundi Kg Bharu Sungai
DUN Pasir Pekan
Parlimen Tumpat
Tempat Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin..

Kalaulah begini sistem kia , tak payahlah buat demokrasi , kira Komunis Pak Lah Hadhari..

Serangan Terhadap Anwar Tidak Relewan

Pak Lah menyerang keperibadian Anwar tatkala menjadi Menteri Pelajaran tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan rakyat kononnya.Rakyat perlulah sedar bahawa dalam apa jua keadaan , untuk peruntukan sesuatu kementerian , yang berkuasa adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dalam agihan sesuatu peruntukan.Menteri boleh untuk merayu , melutut ataupun minta simpati namun kuasa terletak pada PM.
Anwar yang tidak berkuasa , apa yang beliau boleh lakukan.Namun Pak Lah seorang Perdana Menteri , juga Menteri Kewangan boleh menurunkan harga minyak , namun beliau lebih suka berbelanja jet Airbus baru , beliau lebih suka meluluskan peruntukan Monsoon Cup yang langsung tiada manfaat untuk rakyat terbanyak.Itulah persoalan yang paling utama rakyat mahukan jawapannya.Bukan kisah Anwar dizaman silamnya.Tun Mahathir pun telah mengakui kesilapan beliau memenjarakan Anwar , maka rakyat akan menobat semula Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.Melepaslah Najib , mungkin jadi Timbalan Ketua Pembangkang kot.
Perbandingan kerajaan harga minyak dengan negara pengimport seperti Singapura, Filifina , Thailand adalah ibarat perbandinagan seorang pemain badminton Hafiz dibandingkan dengan pemain bolasepak England , David Becham.Malaysia perlulah dibandingkan harga minyak dengan negara pengeksport minyak seperti Kuwait , Brunei ,Arab Saudi , Qatar dan sebagainya.
BN cuba memperbodohkan rakyat demi merampas hak kekayaan negara Malaysia daripada dikongsi bersama. Rakyat harus sedar setakat upah pasang bendera 100, 200, 300 , 400 , 500, 600 sekalipun tidaklah berbaloi untuk kita menggadai negara kita ke tangan mereka yang merompak hasil negara secara terhormat.
Rakyat Malaysia menanggung keperitan dengan pelbagai cukai , cukai jalan , tol , cukai hiburan , cukai makan di restoran seperti KFC, Mac Donald , Pizza Hut , lesen memandu , cukai tanah yang tinggi , cukai taksiran , cukai sampah/untuk peniaga , lesen penarik beca ,dan pelbagai jenis cukai lagi.

AWAS RAKYAT , JANGAN BIARKAN ANDA TERTIPU LAGI ..
KATAKAN TIDAK UNTUK BN..
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF / RAKYAT..

Setakat menulis berita ini kedengaran sahabatku di Kuala Lumpur diserang individu tak dikenali , merompak wang beribu-ribu ringgit.Dia berkata kepadaku tukar motto manifesto BN menjadi..
HURUHARA , SENGSARA, MENDERITA...

SPR Pembohong..BN ada Perancangan Jahat..

SPR membatalkan penggunaan dakwat ke atas pengundi ,mengundang kemarahan rakyat Fenomena ini khabarnya diambil peluang pihak BN yang akan menyamar sebagai penyokong Bersih , akan membuat huru-hara dan pastinya TV3 , TV1 , TV2 akan menyiarkan hidangan malam sebelum mengundi 8 Mac 2008.
Akan dijangkakan sandiwara tersebut pasti dilakukan untuk mempengaruhi rakyat agar menolak BA.Polis perlulah berbuat adil kerana segala perbuatan di dunia ini pasti akan adanya pembalasan di akhirat kelak..

Tuesday, March 4, 2008

Keyakinan Tinggi BN Sekadar Propaganda Atau Rancangan Penipuan?



Melihatkan surat khabar Berita Harian dan Utusan pasti menjengkelkan. Itupun bacaan yang kubuat melalui online ataupun membaca sekali sekala di kedai mamak , percuma.Tak mahu aku bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat.Khabarnya BN begitu yakin dapat memerintah negara dan juga mengekalkan kesemua negeri .Apakah resepi sehingga begitu sombaong dan yakin atau sekadar menyedap hati? Yang pasti resepi ini akan membuatkan Barisan alternatif gundah dan susah.

1.UNDI POS
2.PENGUNDI BERKALI-KALI
.

Melihatkan kerenah SPR ketika proses penamaan calon , penguatkuasaan undang-undang tidak dipakai tatkala media dilacurkan , rasuah pembangunan , rasuah projek , rasuah untuk penarikan diri calon , SPR bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di bumi Malaysia ini.

National Geographic POD