Monday, March 31, 2008

Barisan Alternatif Segerakan Pengwujudan Surat Khabar

Barisan Alternatif perlu dengan segera menerbitkan surat khabar yang akan memberi saingan kepada surat khabar sedia ada. Biar rakyat menentukan surat khabar mana yang menjadi pilihan samada surat khabar kerajaan ataupun alternatif. Surat khabar amat penting untuk memberi pandangan , maklumat yang tepat kepada rakyat maka perlulah ianya diambil tindakan segera.
Sekarang pun rakyat telah meluat untuk membeli surat khabar yang hanya membodek pimpinan kerajaan , begitu juga kualiti berita yang langsung tidak tepat. Rakyat lebih gemar melayari internet mendapatkan maklumat sesuatu isu melalui blogger yang lebih baik dan tepat. Kekalahan BN juga diakui oleh Pak Lah kerana kerajaan memandang sepi terhadap luahan rakyat di dalam blog-blog.Barisan Alternatif perlu juga mendesak kerajaan memberi kelonggaran agar harakah boleh dijual untuk semua rakyat.Melalui Harakah sahajalah berita lebih seimbang dapat dibaca.
Syabas teruskan perjuangan..perjuangan belum selesai..

No comments:

National Geographic POD