Monday, March 17, 2008

DEB Dimansuhkan?


gambar dari imamzul.blogspot.com
DEB adalah polisi dasar kerajaan Malaysia yang diterapkan dalam pembahagian kontrak serta agihan lain difikirkan betul.Namun DEB banyak disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu kroni ahli politik UMNO sahaja tanpa mengira rakyat Bumiputra yang lain.Dasar DEB itu dilindungi dalam fasal Perkara 153 , soal ianya terbatal adalah keputusan ahli parlimen untuk membahaskannya kerana ianya di bawah perlembagaan.
Seminggu dua ini rakyat digemburkan kononnya kerajaan baru akan terus menidakkan golongan bumiputra adalah dikesalkan.TV 3 dan media kerajaan Pusat menggemburkan perkara ini mempunyai agenda tertentu untuk meracau pemikiran rakyat keseluruhannya terutama Melayu.
Apabila menceritakan tentang DEB , apakah seorang rakyat merasainya? Kemasukan ke sekolah berasrama penuhpun sekarang melaui meritokrasi , sistem dimana yang layak diutamakan mengikut kaota. Biasiswa sudah tiada lagi , yang ada pinjaman PTPN .Buku teks percuma untuk semua rakyat .Sebenarnya yang risaukan DEB adalah golongan opportunis yang malas belerja , yang mahukan jawatan namun kelayakan tidak ada , memegang jawatan dalam syarikat kerajaan negeri sehinggakan syarikat kerajaan negeri bungkus , yang mendapat projek lalu dialibabkan terutama syarikat kelas besar.
Apabila kita mengkaji mereka yang terlibat dalam perhimpunan di Pulau Pinang ,yang kononya 3000 orang , juga perhimpunan di Ipoh kononnya 500 orang , kesemua anggaran yang hadir adalah amat sedikit.Mereka inilah golongan oportunis yang makan gaji dengan syarikat usahasama kerajaan negeri yang tak berdaya maju sehinggakan tiada keuntungan.Maka jalan terbaik kerajaan negeri menjual kepada pelabur yang berminat atau mereka sendiri.Maka dengan itu kita akan melihat samada mereka boleh menguruskan syarikat atau tidak.
Kerajaan baru Pulau Pinang , ketuanya Lim Guan Eng tidak berpindah ke kediaman rasmi atas alasan tidak mahu belanjakan RM100 ribu untuk urusan tersebut amatlah membanggakan.Anda boleh rujuk harakahdaili.net hari ini.Beliau juga tahu bagaimana nak bertjimat , diharapkan ianya berterusan..

No comments:

There was an error in this gadget