Friday, March 28, 2008

Keputusan MT UMNO tepat Jika Demi Untuk Parti

Andai itu keputusan MT UMNO yang akur untuk mengadakan pemilihan tahun ini , begitu juga Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Trengganu maka adalah perubahan dapat dilakukan untuk parti UMNO itu. Rakyat melihat senario sebegini agak baik sedikit , mungkin itulah iktibar yang dapat dipelajari dari kekalahan terburuk di dalam sejarah negara Malaysia. Ia akan memberi pengajaran penting kepada pemimpin mana parti sekalipun andai sudah leka dan tidak mengambil kira kepentingan rakyat , bahanalah yang akan menimpa. Pimpinan itu adalah amanah untuk disempurnakan segala perkara atas dunia ini dengan sebaik mungkin.Kepentingan rakyat dan negara adalah pokoknya. Apabila kuasa tidak diguna untuk mentadbir secara baik maka lambat laun Allah akan mencabutnya menurut perkiraanNya. Ketika itu tiada siapa boleh menghalangnya.
Peringatan ini bukan setakat untuk UMNO dan rakan-rakan namun kesemua pemerintah Barisan Alternatif begitu juga Barisan Nasional.

No comments:

There was an error in this gadget