Saturday, March 29, 2008

Krisis Trengganu Berakhir

Akhirnya Ahmad Said diiktiraf oleh UMNO sebagai menteri besar , ianya suatu keputusan yang baik namun tiada keikhlasan sehingga memaksa MT bermesyuarat. Mungkin MT meneliti senario tersebut berdasarkan keputusan pilihanraya yang membuatkan semua pihak termasuk Sultan dapat menterjemahkan kuasa dan hak masing-masing. Sultan boleh menggunakan budi bicara demi untuk rakyat. Maka rakyat wajib sedar apa akan berlaku jika UMNO dan Barisan mendapat
kuasa politik majoriti?
Pandangan saya menyatakan UMNO tidak akan menjadi sebaik dan sebagus ini berfikiran lebih terbuka.UMNO dan rakan-rakan pasti melupai rakyat yang memberi undi majoriti seterusnya dengan angkuh berkata " Kita kerajaan stabil majoriti rakyat sukakan kita , suara-suara kecil kita tak peduli" Itulah realiti UMNO dan rakan-rakan.
Pada saya yang telahpun dahulunya berkecimpung dalam UMNO ,dulula , mereka ini yakni ahli amat dengkel dan kurang ilmunya di dalam suatu hal.Kejumudan itulah yang dapat membesarkan UMNO sehingga mencecah ahlinya 3 juta. Harapan saya agar PAS tidak terikut ingin menambah ahli secara agresiof tanpa memikirkan kualiti ilmu pada seseorang.Keahlian memang terbuka namun janganlah ghairah ingin menambah ahli .Yang terpenting adalah mengukuhkan strategi , kualiti , ilmu , pendekatan ahli terhadap rakyat.PAS perlu mempromosikan PAS FOR ALL dengan sebaik mungkin.
Sebenarnya Malaysia akan lebih aman dan maju serta lebih telus andai imbangan 50:50 antara Alternatif dan BN menjadi realiti. Ia membuatkan kedua-dua gabungan berusaha keras memahami hati rakyat dan memenuhi keperluan rakyat..
Syabas rakyat Malaysia ..kini imbangan yang amat baik..
5 negeri +1 untuk Barisan Alternatif..
8 negeri Barisan Nasional..

No comments:

There was an error in this gadget