Thursday, March 13, 2008

LIm KIt Siang Mahu Boikot Majlis Angkat Sumpah MB Perak?

Andai benar bicara Lim Kit Siang mahu boikot majlis tersebut , terpulanglah. Namun begitu sikap beliau jelas membelakangkan pemilihan oleh Sultan Perak. Umum mengetahui bagaimana uniknya sistem pemerintahan negeri yang mempunyai Sultan. Jika calon tersebut mempunyai masalah dengan pihak istana , memang sah walaupun punyai pengaruh besar sekalipun takkan terpilih.Bagaimana UMNO Kelantan mencalonkan Awang Adek untuk calon MB suatu ketika dulu adalah kerana hubungan antara Annuar Musa dengan istana tidak begitu baik. Rakyat tidak perlulah ditakutkan dengan propaganda jahat media mengatakan MB mungkin orang Cina..ianya tidak akan berlaku.
DAP perlu melihat sokongan rakyat adalah untuk melihat barisan rakyat dapat menguruskan urusan negeri dengan lebih baik , tiada rasuah , tiada tindasan rakyat bawahan dan dasar kerajaan yang berjiwa rakyat.Kalau DAP merasakan bahawa mereka menang kerana pengaruh mereka , ianya amatlah dikesalkan. Kalau begini lakunya perangai pimpinan DAP , patutlah PAS tidak mahu bekerjasama dengan mereka sebelum pilihanraya. Namun setelah pilihanraya , dan mereka berpeluang memerintah Perak , maka PAS mengambil pendirian agar bekerjasama , cuba saling memahami agar perlaksanaan pentadbiran negeri menjadi lebih mudah dan baik. PKR juga perlu jelas pihak istana pastinya memilih MB yang mempunyai imej serta akademik yang lebih tambahan untuk membuat keputusan yang sukar di negeri Perak ini.
Pada hemat saya Lim Kit Siang janganlah membuat kenyataan kontroversi demi kerajaan baru ini atau adalah lebih baik awak letak jawatan Presiden DAP kerana keceluparan anda membawa rebah.

No comments:

There was an error in this gadget