Friday, March 14, 2008

Penyokong kuat BN menggelabah..


Senario politik Perak telahpun berubah ke suatu arah yang tidak dapat dipastikanlagi. Menteri Besarnya PAS , manakala exco pula DAP majoriti dengan PKR satu dua exco dan PAS seorang.
Daripada penglihatan kasar memang kedudukan MB agak kritikal , bila-bila masa boleh berubah samada Barisan Nasional ataupun Barisan Rakyat. Lompatan dua ADUN ke salah satu kem membawa kepada perubahan MB.
Pengamatan saya ketika memerintah dahulu UMNO , tunjang utama BN Perak tidak memperkasakan kedudukan orang-orang Melayu amatlah dikesali. Banyak kerusi parlimen dan DUN yang majoriti Melayu dilepaskan begitu kepada pihak lain.Kesan jangka panjang ini membuatkan Perak berada saat genting.
Ketika MB Perak berwajah UMNO dahulu mereka sewenangnya mengurniakan banyak tanah kepada bukan Melayu , memberi jalan mudah kepada bukan Melayu menguasai segala ceruk hasil mahsul negeri Perak , namun kini bila menteri besar belumpun ditabalkan baharulah puak-puak penyokong UMNO dan BN memikirkan nasib negeri Perak.
Kita berfikiran positif agar MB baru Perak dapat mempertingkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu secara lebih berkesan dan betul.Orang Melayu perlu diajar ilmu pengetahuan agar lebih berdaya maju , bukan sekadar menjadi ahli perniagaan ali baba..

No comments:

National Geographic POD