Sunday, March 23, 2008

PKKNP mesyuarat Boikot Program Kerajaan Perak.

Syabas Persatuan Ketua Kampung Negeri Perak ( PKKNP) kerana telah sepakati bermesyuarat tersiar dalam Mingguan Malaysia , 23 Mac muka surat 5 , mengambil kata sepakat untuk memboikot sertamerta segala program anjuran kerajaan negeri Perak.Mereka masih lagi mempunyai kontrak sehingga 31 Disember 2008 , jadi dari hari ini sehingga Disember 2008 kesemua mereka itu bermakankan hasil wang haram kerana tidak bekerjasama dengan kerajaan yang membayar elaun mereka.Mereka tidak bersikap secara rasional demi kepentingan rakyat.Ketua kampung jenis ini perlulah dipecat sertamerta agar urusan rakyat tidak tergendala. Sepatutnya mereka akur kehendak rakyat dan terus berkhidmat atas apa sahaja arahan kerajaan yang baik , amat mustahil kerajaan mengarahkan perkara tidak baik.Kerjaan negeri tidak boleh bertolak ansur mengenai perkara seumpama ini.Penduduk kampung perlu diberi penerangan agar niat jahat mereka ingin mensabotaj kerajaan negeri dapat dihidu.Inilah yang menghairankan rakyat terhadap sikap orang Melayu UMNO yang tidak gentlemen dan bertanggungjawab dalam sesuatu hal. Kita lihat bagaimana Toh Ksu Soon yang menasihati agar kerajaan pusat tidak membatalkan beberapa projek besar yang telahpun dirancang , namun beberapa pimpinan UMNO negeri mendesak agar Pak Lah menghentikan beberapa projek dengan alasan negeri itu negeri pembangkang. Inilah yang dinamakan politik balas dendam UMNO terhadap PAS yang telah dilakukan di negeri Kelantan.Wujudnya negeri dalam negeri yang menyalurkan peruntukan melalui agihan pilihan sendiri , yang diwujudkan serta merta , bukan menurut saluran sedia ada.Andai begini senario tak mustahil negara akan berpindah kepada PAS, PKR , DAP ketika PRU13 nanti.Rakyat muak untuk memberi peringatan demi peringatan kepada UMNO dan rakan-rakan.Merekalah yang memusnahkan UMNO itu sendiri dengan sikap egois , bongkak , keras kepala , tidak hormati perasaan rakyat , bebal , bodoh , mementingkan diri dan kroni.

No comments:

There was an error in this gadget