Monday, March 24, 2008

Rakyat Di Belakang Sultan Trengganu

Rakyat Trengganu pasti akan menyokong segala keputusan Pemangku Raja untuk Sultan Trengganu di dalam memilih MB Trengganu yang baru. Pemangku Raja mesti bertegas kerana peranan Sultan tidaklah boleh dipinggirkan sebegitu sahaja.Kenyataan Gani Patail yang menyanggah fungsi Sultan adalah disebabkan bongkak dan angkuh serta tidak memahami tatasusila adat istiadat Melayu.Tindakan Gani Patail dilihat mengeruhkan keadaan politik di Trengganu.Rakyat berdiri dibelakang Pemangku Raja , di dalam membuat sebarang keputusan demi untuk kebaikan rakyat Trengganu.Sejarah akan memahat Trengganu pasti tiada MB untuk suatu jangka masa yang panjang agar mereka UMNO tidak bongkak dan keras kepala terhadap kebiadapan mereka menyanggah Sultan , andai UMNO membuat undi tidak percaya kepada Ahmad Said.Pemangku Raja tiada berslah dalam hal Trengganu tiadanya MB untuk seketika yang lama.UMNO dan Pak Lah wajar menurut dan akur keputusan Pemangku Raja demi kebaikan semua.

No comments:

National Geographic POD