Wednesday, March 5, 2008

Serangan Terhadap Anwar Tidak Relewan

Pak Lah menyerang keperibadian Anwar tatkala menjadi Menteri Pelajaran tidak berbuat apa-apa untuk kebaikan rakyat kononnya.Rakyat perlulah sedar bahawa dalam apa jua keadaan , untuk peruntukan sesuatu kementerian , yang berkuasa adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dalam agihan sesuatu peruntukan.Menteri boleh untuk merayu , melutut ataupun minta simpati namun kuasa terletak pada PM.
Anwar yang tidak berkuasa , apa yang beliau boleh lakukan.Namun Pak Lah seorang Perdana Menteri , juga Menteri Kewangan boleh menurunkan harga minyak , namun beliau lebih suka berbelanja jet Airbus baru , beliau lebih suka meluluskan peruntukan Monsoon Cup yang langsung tiada manfaat untuk rakyat terbanyak.Itulah persoalan yang paling utama rakyat mahukan jawapannya.Bukan kisah Anwar dizaman silamnya.Tun Mahathir pun telah mengakui kesilapan beliau memenjarakan Anwar , maka rakyat akan menobat semula Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6.Melepaslah Najib , mungkin jadi Timbalan Ketua Pembangkang kot.
Perbandingan kerajaan harga minyak dengan negara pengimport seperti Singapura, Filifina , Thailand adalah ibarat perbandinagan seorang pemain badminton Hafiz dibandingkan dengan pemain bolasepak England , David Becham.Malaysia perlulah dibandingkan harga minyak dengan negara pengeksport minyak seperti Kuwait , Brunei ,Arab Saudi , Qatar dan sebagainya.
BN cuba memperbodohkan rakyat demi merampas hak kekayaan negara Malaysia daripada dikongsi bersama. Rakyat harus sedar setakat upah pasang bendera 100, 200, 300 , 400 , 500, 600 sekalipun tidaklah berbaloi untuk kita menggadai negara kita ke tangan mereka yang merompak hasil negara secara terhormat.
Rakyat Malaysia menanggung keperitan dengan pelbagai cukai , cukai jalan , tol , cukai hiburan , cukai makan di restoran seperti KFC, Mac Donald , Pizza Hut , lesen memandu , cukai tanah yang tinggi , cukai taksiran , cukai sampah/untuk peniaga , lesen penarik beca ,dan pelbagai jenis cukai lagi.

AWAS RAKYAT , JANGAN BIARKAN ANDA TERTIPU LAGI ..
KATAKAN TIDAK UNTUK BN..
UNDILAH BARISAN ALTERNATIF / RAKYAT..

Setakat menulis berita ini kedengaran sahabatku di Kuala Lumpur diserang individu tak dikenali , merompak wang beribu-ribu ringgit.Dia berkata kepadaku tukar motto manifesto BN menjadi..
HURUHARA , SENGSARA, MENDERITA...

No comments:

There was an error in this gadget