Tuesday, April 29, 2008

Selesai Sudah Buku Memoir Abdul Majid Salleh

Baru ini selesai sudah saya membaca buku Memoir Abdul Majid Salleh pemberian penulis sendiri kepada saya , seorang pejuang kemerdekaan tanahair kita . Beliau adalah rakan perjuangan Ahmad Boestamam , Prof Burhanuddin Helmy , Zahari Said dan ramai lagi rakan perjuangan yang lain. Saya amat tertarik ulasan beliau mengenai sikap pemikiran orang Melayu 40an dahulu ..
Antara lain beliau merumuskan:

1.Jiwa orang Melayu terlalu baik, hanya terlalu sedikit bilangannya yang benar-benar keras kepala.Oleh kerana terlalu baik , orang lain dengan mudah saja dapat menipu atau membelit mereka.

2.Jiwa orang Melayu terlalu lembut terhadap orang yang bukan Melayu , tetapi mengeras dan garang terhadap orang Melayu itu sendiri.

3.Orang Melayu terlalu suka memakan budi orang , apabila budi sudah diterima dan tidak terbayar maka akan menyerah kalah.

4.Orang Melayu terlalu suka mengagung-agungkan orang lain tetapi menghina bangsanya sendiri.

5.Orang Melayu terlalu taat kepada orang lain tetapi khianat kepada bangsa sendiri.

6.Kalau orang Melayu menasihatinya dan orang bukan Melayu menasihatinya atas tajuk yang sama , maka orang Melayu akan mengikut nasihat orang bukan Melayu.

7.Apabila menghadapi sesuatu bencana baharulah mereka berasa hendak bersatu dengan bangsanya iaitu seia sekata tetapi apabila bencana telah hilang , mula menidakkan pertolongan dari orang-orang Melayu yang lain.

8.Suka meniru-niru dan tidak mereka-reka sendiri kerana penyakit malas berfikir.

9.Tidak berani menghadapi sesuatu masalah yang rumit dan apabila masalah itu timbul ia kehilangan akal.

10.Tidak berani meneroka sesuatu usaha yang besar kerana tidak percaya diri sendiri.

11.Apabila orang lain meneroka sesuatu usaha itu berjaya , ia cuba pula melakukan usaha yang sama secara meniru-niru tanpa ilmu pengetahuan dan pengalaman.

12.Suka menyerahkan nasibnya kepada orang lain. Inilah salah satu dari beberapa punca yang menyebabkan orang Melayu ketinggalan jauh ke belakang dari bangsa-bangsa lain.

Renungi sedalamnya samada kita tergolong dalam kumpulan Melayu 40an atau yang lain..
petikan dari muka surat 100-101 Memoir Abdul Majid Salleh.

Wan Azizah Dan Suami DSAI Tiada Jemputan Rasmi


Dakwaan Ketua Pembangkang tidak mendapat jemputan rasmi beliau dan pasangan untuk menghadiri sesi Pembukaan Persidangan Parlimen ke 12 sesi penggal pertama adalah kesilapan yang disengajakan. Mengapa lain-lain MP kesemuanya mendapat surat jemputan rasmi ,kalaulah ianya kesilapan maka ramai lagi yang takkan dapat surat jemputan.
BN sekarang amat ketakutan dengan susuk tubuh DSAI kerana menyedari bahawa sesungguhnya beliau telah teraniaya yang amat sangat sehinggakan kad jemputanpun takut untuk diberi.Mereka takut bayangan mereka sendiri.

Thursday, April 24, 2008

Pesanan Buat MP Islam Pakatan Rakyat / BN


Saudara Ahli Parlimen Islam Pakatan Rakyat mahupun BN,
Setelah kita mendapat amanah jawatan yang dipertanggungjawabkan nanti semuanya akan dipersoalkan oleh Allah apa erti jawatan kita di dalam mengagungkan Islam? Jangan pula kita lupa diri dari mana kita berasal , apa tujuan hidup ini , kemana selepas ini? Adakah Allah menciptakan sesuatu itu sia-sia belaka?
Maka sesuai dengan peranan kita sebagai Ahli Parlimen yang menggubal undang-undang maka perlu diingati sesungguhnya Islam itu tinggi , dan tiada yang tinggi kedudukannya melainkan Islam. Bukanlah niat dihati untuk menyinggung perasaan atau menyakiti saudara Ahli-Ahli Parlimen sekadar menyampaikan sesuatu yang dirasakan perlu.
Masalah murtad , pertukaran agama Islam ke agama lain , percanggahan mahkamah sivil dengan syariah , masalah pendaftaran Islam atau bukan perlu diteliti dengan sebaik mungkin secara ilmiah dan tepat menurut Al Quran dan Sunnah. Kebijaksanaan antum semua bakal kami ucapkan ribuan terimakasih andai perkara ini diteliti seadil-adilnya. Ingatlah bahawa diri ini jua kepunyaanNya Allah. Sesungguhnya kita dariNya maka kepadaNyalah Allah kita pasti pergi jua..
Selamat Bersidang Ahli Parlimen..

Allahyarham Rustam Sani Dalam Kenangan

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Allahyarham Rustam Sani , anak pejuang nasionalis sebenar Ahmad Boestamam yang telah pun meninggalkan kita semalam. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau. Pemergian beliau meninggalkan banyak kenangan ketika zaman reformasi Anwar Ibrahim sehingalah kini Pakatan Rakyat dapat menguasai 5+1 negeri.Sumbangan beliau sentiasa di kenang oleh semua pihak. AlFatihah untuk beliau.

Wednesday, April 23, 2008

Hillary Clinton Akan Serang Iran Andai Iran Serang Israel

Itulah pengakuan yang dibuat salah satu calon Presiden ketika diwawancara pemberita terkini.Yahudi dan Nasrani memang telah dibicarakan dalam Al Quran tidak sekali-kali redo ataupun membiarkan orang Islam sehinggalah orang Islam itu tunduk menurut fahaman mereka.
Al Quran , kitab junjungan kita telah lama menceritakan tindak tanduk Yahudi dan Nasrani , cuma hendaklah kita renungi dan amalkan apa yang ada di dalam Al Quran mudahan terhindar daripada fitnahnya.

Tuesday, April 22, 2008

Tuding Menuding Mencari Kesalahan Orang Lain

UMNO sudah parah dan pimpinan atasan menyerang satu sama lain , apabila dikaji sedalam-dalamnya kesemua mereka yang menyerang punyai saham masing-masing , peranan menjatuhkan UMNO itu sendiri.
Mukriz , bapanya Tun sendiri membuat kejutan pemecatan Tun Saleh Abas , menyingkirkan Anwar Ibrahim dengan cara yang amat aib , keceluparan Tun didalan hal ehwal hukum Islam , kesemuanya itu menambah saham demerit parti UMNO untuk khalayak rakyat.
Khir Toyo pula meruntuhkan kuil , pemberian tanah ketika beliau berkuasa , rasuah dan penyelewengan telah dilakukan untuk kroni dan kenalan.
Khairy , melompat ke jawatan Naib Presiden , berkait rapat dengan skandal pembelian ECM Libra dan juga adanya kaitan dengan Temasek Holding banyak diperkatakan.
Pak Lah sendiri , tiada komitmen memerangi rasuah suatu ketika dulu , keengganan beliau mendengar keluhan Bersih , tuntutan Hindraf , masalah IFC , tuntutan 9 menteri bukan Islam banyak mengguris perasaan rakyat.
Najib , kes komisen pembelian kapal selam , kes Altantuya masih lagi belum dirungkai seadilnya.
Ramai pimpinan yang terlibat dengan pelbagai skandal yang menunjukkan mereka tidaklah bersih, maka rakyat perlu tahu siapa yang patut memimpin mereka ke arah yang lebih baik..

Saturday, April 19, 2008

Adik Siti Nur Azreen Kembali

Akhirnya susah payah Kijang Care yang diketuai rombongan Mr Alex , berjaya mengembalikan adik Azreen ke pangkuan keluarga. Syabas dan tahniah buat mereka yang bersungguh-sungguh walaupun diketahui kemampuan Kijang Care naungan YB Husam Musa baru sahaja ditubuhkan.
Cerita anak berusia 13 tahun ini berlaku sekitar Disember 2007 , kerajaan Malaysia dengan kehebatannya menerajui negara Islam , kehebatan polis yang boleh menangkap kumpulan JI dan kecanggihanya tidak dapat menyelesaikan masalah ini?
Mengapa ini boleh berlaku?
Tiada kesungguhan?
Tiada ganjaran kewangan?
Mangsa bukan orang besar UMNO , MIC , MCA ?
Kerajaan Malaysia gah sahaja membantu rakyat , kes sekecil ini pun tak dapat diselesaikan.Polis pula , bila Kijang Care dapat menyelesaikan masalah , polis pula bodoh nak siasat bagaimana mereka menyiasat kes sehingga selesai.Itulah mentaliti polis Malaysia.

Thursday, April 17, 2008

Perubahan Pucuk Pimpinan UMNO , Baik Atau Buruk Buat Pakatan Rakyat.?

Ramai kalangan ahli UMNO yang mahukan perubahan di pucuk pimpinan , sekaligus Perdana Menteri akan bertukar tangan. Ramai ahli juga mencanangkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Muhyiddin pula Timbalan Presiden.Anadai ianya berlaku dalam masa terdekat ianya merupakan suatu perubahan yang dapat mempengaruhi rakyat , kononnya telah berlaku suatu anjakan minda ahli-ahli UMNO di dalam percaturan politik negara. Perlu diingat Najib ataupun Mahyuddin merupakan susur jalur kepimpinan UMNO dahulu. Ianya pasti membawa ciri-ciri yang sama kalaupun berlainan hanyalah kosmetik untuk tontonan rakyat. Prinsip perjuangan perkauman , mementingkan kroni , pemilihan kroni untuk projek berskala besar , mementingkan puak , dasar yang tidak menguntungkan rakyat , sekatan bantuan terhadap Sekolah Agama Rakyat , penggunaan bahasa ibunda di dalam pengajaran Matematik dan Sains , perobohan setinggan tanpa perbincangan seperti di Berembang pasti akan kekal .
Untungkah Pakatan Rakyat sekiranya perubahan itu berlaku? Mungkin buat seketika rakyat terpegun memerhatikan perubahan yang berlaku, namun rakyat yang bijak akan menilai cara kerja pimpinan baru , meneliti dasar yang diperkenalkan , adakah ianya menguntungkan rakyat?
Kita lihat perkembangan seterusnya , rakyat sentiasa memerhati seluruh perjalanan politik negara ini.Syabas Rakyat Malaysia..prihatinmu di hargai..

Agenda Perkauman Atau Agenda Nasional ?

Apakah agenda ekonomi kerajaan Malaysia sekarang menjurus kepada agenda perkauman ataupun agenda nasional yang lebih terbuka? Pengagihan kek ekonomi berteraskan kapitalis , sosialis , komunis , atau Islam lebih baik perlulah dikaji dan diberi pendedahan oleh semua pihak andai mahu negara ini lebih maju ke hadapan.
Apakah sistem kapitalis yang lebih menguntungkan kaum pemodal dan pelabur sesuai untuk rakyat negara ini?
Sistem komunis pula memiliknegarakan sesuatu syarikat yang berdaya maju tanpa pemilikan penuh oleh individu?
Islam mempunyai segala ciri-ciri ekonomi yang adil dan telus, membenarkan pemilikan syarikat,
membenarkan cukai dan zakat untuk golongan yang perlu dan susah , memberikan kebebasan pemilikan syarikat , tiadanya sistem monopoli sesuatu kaum , lebih kepada keterbukaan dalam semua lapangan. Mengapa Islam tidak dijadikan contoh di dalam sistem ekonomi negara amatlah dipersoalkan tambahan negara adalah negara Islam Hadhari. Kita tidak menafikan adanya sistem kewangan Islam , namun banyak lagi kekurangan yang perlu diperbetulkan agar semua rakyat berpeluang untuk mendapat haknya sebagai individu bergelar rakyat.

Wednesday, April 16, 2008

Stadium Perak Digegar Laungan Takbir 50,000 orang

Malam Isnin 14 April tercatat sejarah tersendiri , kehadiran 50,000 orang mengalukan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat diketuai MB Perak , Ir Haji Nizar .
Inilah julung kalinya dapat kita melihat penggunaan stadium untuk meraikan kemenangan rakyat terhadap penindasan pelbagai bentuk samada secara halus ataupun terang yang dilakukan ke atas rakyat marhaen. Rakyat berharap agar Pimpinan Pakatan Rakyat mengutamakan agenda untuk rakyat keseluruhan tanpa mengenepikan satu pihak.
Syabas Parti Pakatan Rakyat yang bakal memerintah Malaysia tak berapa lama lagi . Anwar Ibrahim berjanji andai Pakatan Rakyat memerintah negara hari ini , besoknya minyak turun.Tahulah mereka bagaimana untuk merealisasikannya , tambahan Anwar telah punyai pengalaman sebagai TPM suatu ketika dulu..
Amin..mohon diperkenankan Allah..

Saturday, April 12, 2008

Stadium Perak Bakal Catat Sejarah


Julung-julung kali 14 April ini , pada malamnya 5 menteri besar dijangka hadir. Rakyat pastinya berduyun-duyun untuk mendengar amanat yang disampaikan oleh mereka.Tanpa upah , tanpa minyak , tanpa projek rakyat akan menunjukkan kecintaaan sejati terhadap kepimpinan yang menjaga kebajikan rakyat , bukan kepimpinan yang mendokong kapitalis semata-mata.Rakyat mahukan pembangunan , perubahan namun ianya hendaklah dilakukan secara terancang , tersusun dan teratur yang menguntungkan ke semua pihak.

Thursday, April 10, 2008

Realiti Dunia Kini

Kalau kita memerhatikan fenomena dunia hari ini kelihatan umat Islam kelihatan 'sedar' dan
melakukan perubahan demi perubahan.

Turki , negara yang sebati dengan sekularisme bertahun-tahun sehinggakan azan juga tidak boleh didengari secara meluas , telahpun mengorak langkah membenarkan pemakaian tudung yang menjadi amalan wajib umat Islam.Namun segelintir umat Islam masih cuba menghalang proses perubahan dan kehendak rakyat majoriti.Inilah cabaran perjuangan umat Islam , menghadapi pelbagai dugaaan antara sesama Muslim.

Pakistan , pembangkang telahpun menubuhkan kerajaan campuran pro Benazir , menunjukkan rakyat sedar dan akan menggulingkan kerajaan yang mengkhianati aspirasi kehendak rakyat.Perkara ini perlulah diketahui dan di ambil kira semua pimpinan parti juga pemerintah yang perlu mengubal dasar ataupun mengubahsuai pendekatan agar lebih pro kehendak rakyat.

Senario perubahan dunia luar mempengaruhi kehendak rakyat yang mahukan lebih perubahan.Oleh itu awas ahli politik , kamu semua sedang diawasi oleh rakyat.Rakyat tidak gentar lagi dengan propaganda murahan media milik kerajaan..

Tuesday, April 8, 2008

UMNO kalah Disebabkan Sabotaj Ahli

Pak Lah memang mudah menyalahkan akar umbi kononnya sabotaj calun dan parti.Kita ingin bertanya adakah menjadi kewajipan ahli UMNO untuk mengundi calon UMNO walaupun dia tidak punyai kredibiliti dan kemampuan untuk membawa masalah rakyat.
Punca sebenar akar umbi menolah calon UMNO adalah disebabkan keangkuhan . Keangkuhan ditonjolkan melalui tindakan kesemua pihak terlibat.

1. Keangkuhan kerajaan terhadap rakyat polisi kebebasan bersuara , ketika mana BERSIH menganjurkan perhimpunan , semuanya haram , padahal ianya merupakan hak rakyat.

2. Keangkuhan menggunakan ISA sewenangnya terhadap insan-insan yang lemah tanpa alasan kukuh.Memisahkan anak isteri tahanan adalah suatu kezaliman yang amat dahsyat.Sekiranya tahanan ISA itu memudaratkan negara , bicarakanlah .

3. Keangkuhan pemimpin atasan terhadap kemelaratan kaum Melayu di segenap pelusuk negara.Banyak sekali kepentingan Melayu tidak dilihat penting buat mereka , perobohan Surau dan kekangan majlis ilmu di mesjid , tidak lagi isu penting buat pimpinan UMNO.

Kenyataan Karpal Singh Jelas

Karpal Singh mempunyai hak untuk berbicara yakni khuatirkan PAS menerajui Pakatan Rakyat. Ianya adalah realiti yang perlu kita fahami , namun orang Islam juga mempunyai hak untuk mengamalkan ajaran Islam menurut skema yang telah diperturunkan kepada kita melalui Nabi Muhammad S.A.W.
Namun apa salahnya jika Karpal dan rombongan melihat , mengunjungi Kelantan untuk mendapatkan gambaran keindahan Islam itu. Mungkin Karpal berasa takut andai Islam memerintah segala haknya hilang , itulah yang paling ditakuti oleh manusia bahkan orang-orang Islam sendiri takut kerana kepentingan duniawi.Islam menurut kacamata Nik Aziz berbeza pada pandangan Najib , begitu juga Pak Lah .Pada sesetengah pihak Islam itu , dunia hanyalah jambatan ke akhirat , segala perbuatan dan amalan di sini akan diperkirakan untuk ke akhirat.Jadi andaikata mengaut keuntungan di dunia secara salah maka balasan di akhirat pasti menunggu.Mungkin Karpal tak dapat merasai apa yang Nik Aziz rasai , namun ianya belum terlambat untuk sesiapa mengenali Islam yang sebenar.

Saturday, April 5, 2008

Apa Hak Istimewa Melayu?

Apakah hak istimewa Melayu yang ingin diwar-warkan oleh pimpinan UMNO? Saya terpanggil untuk ceritakan kisah ini kerana tiada apa lagi pada saya hak istimewa orang Melayu. Suatu ketika dulu adalah biasiswa namun kini , banyak biasiswapun diberikan oleh pihak swasta yang kebanyakannya mengira kepada kelayakan tiada lagi bersifat kebangsaan. Kerajaan pula memberikan Pinjaman PTPTN dan pelajar perlu membayar semula pinjaman itu.
Hak istimewa Melayu ada dinyatakan dalam perlembagaan namun dari segi perlaksanaannya sukar untuk dikenalpasti. Mungkin yang tinggal kini cumalah MARA , UDA , FELDA , dan agensi lain yang dapat membantu menaiktaraf rakyat berbangsa Melayu.
Agensi yang sedia ada pastinya bukanlah semudah itu untuk pihak lain memansuhkannya.Tidaklah saya nafikan kewujudan agensi ini memberi manfaat kepada orang Melayu tetapi hak lain tidak pula saya nampak.Penganugerahan tanah , penganugerahan AP , penganugerahan kontrak besar itulah yang banyak dieksploitasi pihak tertentu atas dasar ekonomi baru kononnya, namun mereka menggunakan peluang itu sambil menidakkan lagi hak tersebut untuk individu bumiputra yang lain.Melayu yang lain masih seperti dulu , perlu bekerja keras menjalani kehidupan seharian .

Thursday, April 3, 2008

UMNO Memang Berhati Busuk

Inilah UMNO , busuk dan membusukkan. Pimpinan UMNO Kedah telahpun mengarahkan perletakan JKKK Kampung dan juga Ketua Kampung.Alasan musdah mereka akan diberi ruang jalan terus ke persekutuan dengan elaun yang lebih besar.
Sementara di Perak ianya senada dan akan turut serta di Selangor. Manakala Kementerian Pelancongan membatalkan MoU dengan syarikat pelancongan di lima negeri pakatan Rakyat dengan alasan pimpinan sudah berubah dikuatiri mengalami kesukaran dalam perlaksanaannya.
Kesemuanya ini merujuk kepada sifat jahat UMNO yang cuba mengeruhkan keadaan untuk menggambarkan bahawa kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat tidak layak memerintah.
Untuk mereka ini kita tak boleh berbuat apa-apa , cuma tugas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk menerangkan segala maklumat terkini dan mempromosikan agenda perubahan yang dibuat agar perbezaan pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN dapat dinilai oleh rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat janganlah terlalu gelojoh dalam tindakan , perlulah perbincangan dilakukan agar apa jua tindakan tidak merugikan rakyat juga tidak memberikan kesan negatif Kerajaan Pakatan Rakyat.

Wednesday, April 2, 2008

Menteri Pelajaran Suruh Ahli Muhasabah Diri

Saranan Menteri Pelajaran agar ahli muhasabah diri dan menerima realiti terkini amatlah membanggakan.Menteri Pelajaran juga perlu menyaran agar Pimpinan atasan , menteri , timbalan menteri , ketua bahagian juga muhasabah diri dan peranan mereka di dalam masyarakat.Muhasabah mengira-ngira kesilapan lalu menidakkan bantuan yang sepatutnya patut diterima rakyat marhaen , fikirkan kesungguhan untuk menarbatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pembelajaran Sains dan Matematik perlu diambil kira , kesilapan kita mengisytiharkan yuran RM 4.50 percuma namun pelbagai yuran lain yang jauh lebih tinggi , muhasabah bagaimana pimpinan dengan angkuh tidak melihat tuntutan Bersih agar menjadi bersihnya SPR , tuntutan dan rayuan mangsa ISA yang dinafikan hak ke mahkamah untuk dibicarakan , memisahkan anak isteri tahanan ISA sekadar memenuhi tuntutan dan telunjuk Amerika kononnya serangan keatas keganasan, memang muhasabah perlu tak kira kita mendapat kuasa ataupun tidak.Yang menjadi masalahnya kita cuma bermuhasabah ketika 5+1 negeri sudah terlepas.Betullah Quran menceritakan perihal mereka yang ketika ditimpa kesusahan barulah Allah tempat pergantungan , walhal ketika berkuasa rakyat tidak diambilkira,susah mereka , selesakah mereka , tapi pimpinan selalu mengatakan mereka telah berkhidmat melebihi segala-galanya.Betulkah?
Fikirkanlah apa masalah rakyat yang pernah kita selesaikan..adakah ianya masalah rakyat ..? atau masalah kita untuk berpakat menggunakan segala saluran untuk menambahkah kekayaan..
Fikirlah wahai pimpinan atasan..sesungguhnya rakyat bawahan , ahli bawahan tida kena mengena dengan semua itu..yang menyalahgunakan kuasa itu adalah pihak yang berkuasa..

Tuesday, April 1, 2008

Bolehkah UMNO DiSelamatkan?

Adakah orang Melayu boleh bernaung di bawah UMNO sebagai pelindung untuk masa hadapan?
UMNO ketika berada ditampuk kekuasaan lupa dan alpa apa itu perjuangan. Apabila UMNO hampir pupus ketika itu perpaduan Melayu , agenda Melayu , dan bermacam-macam Melayu muncul..mengapa jadi begitu?Apalagi hak istimewa Melayu yang kononnya akan dirampas? Semua hak Melayu telah lama dirampas tetapi kita tak sedar diri.Sayugia diingat orang Melayu yang lain , yang menghancurkan Melayu adalah Melayu UMNO yang menggadai bangsa sendiri untuk kepentingan diri sendiri.

1.Biasiswa.

Apakah PAS , PKR , DAP tidak akan melindungi kepentingan kaum Melayu? Apakah mereka akan merampas hak biasiswa kerajaan untuk anak miskin yang sekarang pun sudah tida lagi.Mana ada biasiswa lagi ,belumlagi mereka melucut kerajaan BN telahpun menghilangkan biasiswa diganti PTPN , iaitu pinjaman.Mana ada lagi biasiswa? Siapa yang menghapuskannya? Bukankah BN pimpinan UMNO?

2.Bahasa Melayu Bahasa Penghantar

Bukankah TUN Mahathir Mohamad menyuruh agar pengajaran Matematik dan Sains tidak lagi menggunakan bahasa ibunda sebaliknya Bahasa Inggeris. Bukan PAS , bukan DAP , bukan PKR mengarah penggunaan bahasa tersebut.Siapa bunuh Bahasa Melayu? UMNO atau PAS? Jawab sendirilah..

cukupla rasanya , nanti kalau dikeluarkan cerita lain tentang seperti kes Pantai Holdings , ECM Libra, dan pelbagai lagi pasti akan memalukan Melayu sendiri.

National Geographic POD