Monday, June 30, 2008

Anwar Difitnah..Jawapan Pak Lah

Pak Lah menyuruh agar polis menyiasat kes tersebut. Itu sememangnya tugas polis untuk menyiasat ..cuma apa jaminan siasatan itu betul.Bolehkah Pak Lah dipercayai..
Ada tiga keadaan Pak Lah membohongi rakyat Malaysia..

1.Mengenai perkahwinannya..
2.Pembubaran parlimen..
3.Naiknya harga minyak..

Bolehkah Pak Lah dipercayai...fikir sendiri..

Anwar Dituduh Liwat Saiful Bukhari Azlan..850706-01-5687





gambar ehsan sultanmuzaffar.blogspot.com

Kes terbaru ini bukanlah suatu yang mengejutkan pelbagai pihak. Cuba kita fikirkan bagaimana Anwar yang hampir pasti diberikan tampuk pemerintahan negara akan membuat perkara sebegini hina dalam keadaan rakyat menyebelahinya..adakah logik akal Anwar akan membuat perkara yang akan menjatuhkannya..? Saya percaya Anwar bukanlah sebegitu rupa yang dituduh oleh Saiful Bukhari , orang muda 23 tahun..fikir sendirilah orang muda baru habis belajar dalam keadaan ekonomi negara yang meruncing..taraf kehidupan yang semakin meningkat..mengejar impian yang dipasang..woh..Sebodoh begitukah Anwar , yang dapat menggabungkan Pakatan Rakyat..anda bayangkan..seseorang yang bercakap Islam..seseorang yang komited untuk perjuangan rakyat..punya anak-anak yang berjaya..tergamakkah beliau membuat begitu..
Tuduhan ini keterlaluan..Kita tidak menuduh sesiapa tapi imbau sejarah terdahulu bagaimana Anwar dituduh kes yang sama..kita lihatlah para perancang-perancang konspirasi itu..dimanakah mereka kesemuanya itu..? kaya? bahgia? senang lenang ?
Pihak polis mesti menyiasat kes ini dengan seadilnya..tanpa dipengaruhi pihak yang lain..

Saturday, June 28, 2008

Mohd Razali , Naib Canselor Unisel Dipecat ?

Kebanyakan kes pegawai kerajaan dipecat ataupun ditukar bukanlah semata-mata politik balas dendam oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Pro Dr Mohd Razali Agus dipecat jawatan Naib Canselor Unisel kerana tidak berkemampuan dan tidak berupaya menghasilkan sesuatu perubahan buat Unisel. Lembaga Pengarah Unisel sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan beliau. Perkara sekecil inipun media nasional boleh mensensasikannya walhal ianya adalah keputusan Lembaga Pengarah sendiri. Media seringkali dan sentiasa memberi khabar yang tiada kepastian yang jelas cuba memburukkan Pakatan Rakyat. Itulah yang menyebabkan akhbar nasional bukan lagi tempat untuk mendapatkan berita sahih selain keputusan nombor ekor..
Inilah Islam Hadhari yang dilaungkan kerajaan..Tahniah dan syabas buat anda , tanggungjawab anda semua Menteri dan Timbalan Menteri kesemuanya menjurus kepada kecelakaan..Malaysia Boleh..anda semua tidak berusaha ke arah Islam yang syumul..tapi Islam ada hari ..tak da hari..

Thursday, June 26, 2008

Isu Yang Dibawa Tajol Rosli , Bukan Isu Rakyat..

Tajol Rosli yang telahpun bergelar Ketua Pembangkang menggunakan pentas untuk titah ucapan Baginda Sultan Perak mengecam YB MB Perak dengan isu lapok dan basi. Tajol Rosli mengungkit bagaimana PAS boleh bekerjasama dengan DAP yang tidak sealiran fahaman politik. Kita kena memikirkan bahawa fahaman Islam yang telah rosak adalah lebih merbahaya jika dibandingkan orang bukan Islam yang sememangnya diberikan pengetahuan yang sedikit tentang Islam. Apabila sesuatu itu jelas bukan Islam maka proses pentarbiyahannya adalah lebih mudah dan jelas melainkan fahaman salah telah bersarang didalam pemikiran seseorang itu selama lebih 50 tahun yang lampau. Hadis juga memberikan panduan mana mungkin seseorang Muslim itu jatuh di dalam lubang yang sama untuk kali keduanya. Maka gandingan Pakatan Rakyat yang baru sahaja bermula belumpun 4 bulan wajarlah diberi peluang bagaimana hasilnya untuk rakyat. Kita lihat Selangor telahpun memberi air percuma kepada rakyatnya , bukankah itu memberi manfaat kepada rakyat?
Inilah yang dinamakan kerajaan rakyat, bukan rakyat terbeban untuk pemimpin dan kroni . UMNO sebenarnya mempunyai sikap buat tak tahu , atau dengan kata lain buat-buat bodo..perjuangan mereka semuanya lebih kepada mementingkan projek dan pulus masuk ke kocek. Pembangunan jika mahu dibuat pasti komisen untuk mereka juga telah dikira. Pembangunan buat mereka UMNO , MIC , MCA adalah lubang untuk membuat duit. Itulah sebabnya mereka suka membuat pelbagai pesta dan hiburan yang melibatkan ribuan ringgit kerana wang tersebut semuanya mudah diperolehi. Pakatan Rakyat masih baru dan bayi lagi , maka perlulah masa dan ruang untuk memperbetulkan kerosakan dan keburukan yang telah BN jajahi kakitangan kerajaan , minda kakitangan kerajaan perlu diperbetulkan niat dan tindakan barulah hasil yang akan dapat itu cemerlang , gemilang dan terbilang. Terpinggirnya bangsa Melayu terdahulu adalah disebabkan pimpinan BN yang menyalahgunakan kuasa dan juga sikap tamak haloba memikirkan keuntungan singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat jangka panjang...

Wednesday, June 25, 2008

Emas Olimpik Bernilai RM 1 Juta

Kerajaan Malaysia Hadhari menawarkan 1 juta untuk emas Olimpik..wah kaya juga negaraku ini..Bukanlah niat di hati menidakkan hak atlit negara yang bersungguh-sungguh namun biarlah berpada-pada. Itu namanya pembaziran yang amat sangat. Bayangkan andai 1 juta itu digunakan untuk projek rakyat termiskin , jalan kampung , kampung orang Asli , ibu-ibu tunggal , golongan miskin , golongan papa dan sebagainya. Kita boleh beri ganjaran tetapi biarlah berpatutan kerana sekarang semua rakyat menghadapi masa sukar kesan kenaikan minyak.Mana perginya penasihat negara , tok guru ulamak kerajaan , depa ni tak bagi tau ka kat pemimpin macammana namanya pembaziran. Bukankah pembaziran itu amalan syaitan?
Hairan bin ajaib apabila mereka ini menjadi syaitan-syaitan bisu..apabila kerajaan membelanjakan wang rakyat dalam keadaan amat buruk..Cadangan Najib wajib ditentang oleh semua pihak yang prihatin masalah rakyat pinggiran..

Media Haprak Sensasikan Isu Lain Untuk Tutup Isu Minyak..

Media massa moden kini yang dikuasai pihak pemerintah seringkali menggemburkan isu yang tidak penting , isu yang ditinggalkan oleh mereka , isu kelemahan pemerintahan mereka sendiri untuk dipertontonkan kepada rakyat agar isu minyak yang naik 40% langsung tenggelam.
Kenaikan minyak 40% mengakibatkan kos pengangkutan melonjak naik , barangan akan mahal ,
rakyat semakin miskin dan menderita.
Baru-baru ini digemburkan isu balak di hutan Ulu Kampar padahal ianya adalah kes kecurian dan juga aktiviti oleh pelesen terdahulu. Masakan orang baru yang ingin membalak akan tahu perjalanannya ke Ulu Kampar itu. MB Perak juga menegaskan andai beliau ingin memberi lesen balak sekalipun , ianya pasti akan menguntungkan semua pihak terutama warga Perak. TV3 menggemburkan kononnya inilah masalah yang dihadapi seolah-olah ianya baru sahaja berlaku, yakni sebelum ini tiada aktiviti seumpama ini. Inilah fitnah media yang amat jahat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
Selangor pula digemburkan berita rasuah yang kononnya berlaku di pejabat MB Selangor oleh Pegawai Khasnya , masakan Khairy tak tahu yang beliau itu umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kesemuanya agenda itu adalah merupakan rancangan mereka BN untuk mengalihkan perhatian rakyat atas ketidakcekapan mereka mengurus negara ini.
Baru-baru ini Shahril Samad mengusulkan masalah bagaimana mengatasi kenaikan harga minyak di parlimen hanyalah mainan sahaja , BN hanya akan membenarkan usul di parlimen andai ianya membawa kebaikan propaganda kepada mereka sahaja.BN bukanlah parti yang betul-betul memahami atau cuba memahami masalah rakyat , mereka hanyalah suka membuat peraturan dan undang-undang yang akan menguntungkan mereka dan kroni. Peraturan banyak digubal semata-mata memenuhkan kocek golongan kapitalis kroni dan memcekik rakyat marhaen. BN hanyalah tempat manusia yang menggunakan kesempatan mengaut keuntungan melalui politik. Politik diguna untuk mengkayakan individu kroni , rakyat lain juga diberi namun bukanlah setimpal dengan agihannya yang sebenar.

Tuesday, June 24, 2008

Kemelut PAS Dalam Pakatan Rakyat..Bagaimana?

Pada pandangan penulis PAS memang akan berpegang kepada prinsip meletakkan Islam itu tempat yang tinggi , cuma kaedah bagaimana ianya harus dilakukan yang dipersoalkan. Sebagai seorang Muslim yang Mukmin , Islam memang perlu diletakkan ke tempat sewajarnya. Bukanlah Islam itu sekadar ketika majlis kelahiran anak , ketika sembahyang dan juga kenduri serta kematian. Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan. Semua perlakuan manusia itu ada di dalam Islam. Kaedah untuk menegur kesalahan yang dilakukan pemerintah juga terdapat di dalam Islam.
Tak perlulah penulis huraikan , ramai lagi ustaz-ustaz yang telah menguraikan kaedah-kaedahnya.
Pakatan Rakyat yang masih baru janganlah disamakan dengan Barisan Nasional yang telah lama lebih 50 tahun meracuni rakyat dengan pandangan sempit terhadap Islam. PAS perlu diberi ruang dan masa untuk membuktikan bahawa kaedahnya lebih baik dan sempurna dibandingkan UMNO yang sering mempermainkan Islam. PAS konsisten didalam memperjuangkan Islam. Umat Melayu Islam perlu berfikir secara lebih terbuka dan ikhlas melihat kaedah yang dikemukakan oleh PAS.
Kemunduran umat Melayu terdahulu tidak boleh dipersalahkan ke bahu PAS yang hanya baru memerintah beberapa negeri itupun dalam keadaan tangan diikat ke belakang. Kaedah yang digunapakai oleh PAS adalah kaedah yang menurut Islam yang sebenar.

Saturday, June 21, 2008

Konsert Ela Dan Mas Idayu , Perkara Mudah Selesai , Peranan Mufti Mana? Makan Gaji buta atau Bukan Kerja kami?

Dewan Pemuda PAS Selangor telah menghantar bantahan , Mufti segeralah mesyuarat andai kalau tak tahu menyelesaikan masalah ummat. Apa gunanye mufti-mufti dibayar gaji kerajaan Hadhari andai perkara kecil begini pun tak tahu buat keputusan atau nak dipanggil ulamak pulus ka?
Hambani bukanlah ulamak jauh sekali tapi belajaq sikit-sikit tau jugak , cadangan hambalah tukar je Ella dan Mas Idayu tu dengan M . Nasir ke , Raihan ke , Rabbani ke , kan bagus Akil Havy pun ada , tak tau la ulamak zaman moden ni , takut hilang pangkat kot ?
Kebanyakan ulamak kita ni semuanya Dato' Dato' belaka , semuatu Sultan yang bagi , jadi sampai bilakah kita ni dikelirukan oleh ulamak-ulamak sebegini. Depa tau tapi depa senyap-senyap cakap tak da kuasa la, macam-macam alasan. Ye lah itu yang teman dulupun belajar , silap haribulan boleh jadi Mufti gak , tapi fikir banyak tanggungjawabnya , dosanya , masuklah Sains. Tapi kalau yang jelas qat'i putus haram tu memang tau la. Kalau difikirkan lenggukan Mas Idayu tu tak menggetarkan nafsu tak tau la , depa ni manusia ka atau jin? Kalau teman lenggukan tu memang sah , kes naya je..
Tindakan DPP Selangaor hamba sokong 100 %...

Thursday, June 19, 2008

PAS Harus Bijak

Senario politik tanahair bergelora dengan kenyataan Presiden SAPP , Yong Teck Lee yang membuat kenyataan akan menyokong ataupun mengusulkan undi tak percaya kepada PM , Pak Lah isnin ini. Kenyataan ini memang amat menyesakkan bagi Pak Lah samada undur ataupun terus melawan arus. Pak Lah berkira-kira wujudkah YB yang akan menyokong usul undi tak percaya terhadap beliau. Kemungkinan penyeberangan YB ke kem Pakatan Rakyat mungkin tidak menjadi kenyataan, yang memungkinkan adalah Najib menjadi PM ataupun Tengku Razaleigh.
Bagi pandangan peribadi saya penyeberangan YB bukanlah berlaku secepat ini. Peralihan kuasa akan berlaku dahulu , barulah perubahan pimpinan negara dalam kontek parti. Perubahan mendadak memungkinkan kecelaruan dalam banyak hal , lagipun ianya bukanlah kerajaan yang stabil. Ketika menulis pada hari ini PAS masih lagi belum membuat kenyataan mengenai saranan undi tak percaya Yong Teck Lee itu. PAS dikira berhati-hati , dalam pada itu mereka pasti akan berbincang dengan Dewan Ulamak dari sudut hukum dan juga manfaatnya buat Islam. Jangan nanti kesannya Islam terus terpinggir. Apabila diamati PAS kiranya dapat menyertai Pakatan Rakyat terus untuk mengurangkan lebih banyak kerosakan andai BN yang memerintah. Sekurang-kurangnya harga minyak turun dapat melegakan golongan miskin. Agenda Islam lain perlulah diperkemaskan lagi. PAS perlu terus mendesak agar saranan mereka dipandang dan dinilai dahulu sebelum ditolak mentah-mentah oleh Pakatan Rakyat. Mungkin menurut kaedah lebih baik mengambil sesuatu yang kurang buruk daripada kesemuanya buruk. Pakatan Rakyat mempunyai lebih banyak kebaikan untuk maslahat ummat jika dibandingkan BN yang hanya menguntungkan kroni dan diri. Atas dasar itu PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat , namun PKR dan DAP perlulah berlapang dada dan mengkaji saranan PAS yang lain itu..

Monday, June 16, 2008

Cadangan Pemuda PAS Adalah Haknya

Cadangan pemuda PAS untuk memberikan input pendekatan pentadbiran Siasah Sar'iah seperti pengurangan premis hiburan , etika hiburan , penjualan arak dan penjualan toto adalah suatu perkara yang harus dikaji oleh semua pihak dengan baik. Penubuhan PAS memang bertujuan untuk mendaulatkan negara ini dengan sistem Islam , cuma kaedah mana yang baik haruslah diteliti. DAP tidaklah perlu melenting dengan cadangan ini , DAP perlu melihat realiti rakyat Malaysia keseluruhannya. PAS , DAP dan PKR tidak akan menang begitu banyak kerusi sekiranya mereka masih bercakaran antara satu sama lain. DAP seperti tidak melihat bagaimana kepimpinan Nik Aziz yang sama sekali tidak menidakkan kaum yang lain. Semua kaum dapat menerima banyak kebaikan dan keselesaan hidup di Kelantan. Kaum Cina ramai juga yang mendominasi kepentingan ekonomi di sana, jadi DAP tidak perlulah melenting.
Adakah orang Cina ingin dilabelkan sebagai bangsa yang sukakan perjudian yang boleh membawa kepada kemudaratan yang lebih besar , pembunuhan dan persengketaan. Apa yang dicadangkan pemuda PAS itu sebenarnya bukanlah untuk memonopoli ekonomi Malaysia sebaliknya ingin menjadikan Malaysia negara aman dan damai , tiada persengketaan dan pembunuhan akibat salah satunya perjudian. Banyak lagi sebab-sebab terjadinya kemudaratan bukan hanya perjudian , antaranya percambahan pusat hiburan , pergaduhan sesama manusia berebutkan perempuan simpanan, pembunuhan atas sebab lain-lain lagi. Pemuda PAS bukanlah tamakkan harta duniawi ini , mereka tahu mana hak mereka itu sahaja yang diminta. Jikalau DAP merasakan bahawa PAS melupakan hasrat Islam , itu hanyalah harapan kosong mereka. PAS tetap dengan perjuangan Islam , kita boleh bekerjasama selagi matlamat yang mahu dicapai itu selari dengan prinsip Islam..

Friday, June 13, 2008

Pemotongan Elaun Menteri 10% Ikhlas atau Tidak?

Pak Lah telahpun mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri kabinet beliau sebanyak 10% , untuk menunjukkan simpati terhadap rakyat. Usaha ini amat digalakkan namun adakah usaha itu berbaloi? Kerajaan boleh menunjukkan kepada rakyat betapa prihatinnya kerajaan atas kenaikan harga minyak , tetapi kerajaan perlu memastikan setiap projeknya tiada rasuah. Rasuahlah yang menyebabkan kos projek melambung tinggi seterusnya penggunaan wang rakyat yang berleluasa secara tidak betul. Banyak projek kerajaan yang telah diceritakan terdahulu bagaimana bail out kerajaan terhadap MAS , bagaimana Proton dijual beli dengan Agusta , bagaimana projek jambatan bengkok sahaja ratusan juta wang rakyat hangus. Bagaimana kerajaan ingin beritahu kepada rakyat akibat pembatalan projek Broga wang hangus begitu saja. Moralnya janganlah menyalak dalam media kononnya kerajaan prihatin masalah rakyat , tapi membenarkan penyelewengan projek yang menyebabkan kehilangan ratusan juta ringgit.

Monday, June 9, 2008

Manifest Janji Kerajaan Penipu

Kerajaan BN Persekutuan acapkali sering menyerang Pakatan Rakyat kononnya menipu rakyat dalam manifesto pilihanraya. Bagaimana kerajaan ingin menerangkan perihal harga minyak yang naik tinggi? Inilah janji kerajaan Islam Hadhari yang hanya slogan semata-mata. Andai mereka mengamalkan Islam Hadhari jadilah sezuhud Presiden Iran , Ahmadinejad yang betul-betul bekerja untuk rakyat. Beliau tidak mengambil kesempatan atas kuasa yang ada padanya. Kerajaan BN seringkali menyalahgunakan kepercayaan rakyat marhaen yang mengundi mereka tempohari menghidangkan propaganda palsu yang disebarkan melalui media massa kerajaan dengan pelbagai alasan yang membenarkan peningkatan mendadak harga minyak.
Sebelum itu kerajaan berjanji tidak menaikkan harga minyak tahun 2008 namun janji itu tidak ditepati. Pakatan Rakyat yang ingin memberikan banyak kemudahan kepada rakyat dipermainkan sehinggakan banyak kantung negeri Pakatan Rakyat untuk tahun2008 telah habis dibelanjakan sebelum pilihanraya lalu. Media massa mereka memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai jenis taktik kotor.
Kerajaan BN menyangkakan rakyat masih bodoh dan menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh media massa mereka. Kerajaan tidak tahu rakyat hanyalah berbuat bodoh agar mereka tidak diganggu , itu sahaja. Sekiranya kerajaan berani dan ingin membubarkan kerajaan saya berkeyakinan penuh kerajaan BN akan tumbang , tiada isu yang boleh menyebelahi mereka. Gunakanlah berjuta pengundi hantu sekalipun , mereka akan menyokong Pakatan Rakyat. Rakyat mahu negara ini diterajui oleh mereka yang betul-betul menghargai sen rakyat.Tiada pembaziran yang akan dibenarkan. Kerajaan BN mesti menangguhkan segala projek berbilion ringgit yang diumumkan terdahulu dengan pelbagai koridor dari utara hingga selatan , bahkan barat dan timur hinggalah ke Sabah Serawak demi untuk rakyat. Yang utama perlu diutamakan. Mungkin segala koridor dahulu hanyalah omongan kosong kerajaan untuk merasuah rakyat ketika pilihanraya. Apabila niat sudah busuk Allah akan membusukkan lagi keadaan yang akan diterima oleh kau kerajaan Malaysia. Akan datang pelbagai musibah yang tidak pemimpin BN terfikirkan. Ingat sebelum terlambat....

Saturday, June 7, 2008

Hadiah BN Untuk Rakyat

Kenaikan minyak sehingga 40 peratus adalah hadiah BN untuk rakyat Malaysia. Kempen Barisan alternatif BN Barang Naik Minyak naik sudah menjadi kenyataan. Alasan kerajaan mudah ,harga mengikut pasaran global. Itulah pimpinan BN yang tidak memikirkan perbelanjaan yang terpaksa
ditanggung oleh rakyat dengan keadaan semasa beras , bahan makanan yang mahal. Rakyat perlu mendesak agar semua Menteri kabinet wajib dipotong elaun minyak mereka yang tinggi berikutan ketidakupayaan mentadbir negara dalam keadaan baik. Menteri bukan lagi memikirkan masalah rakyat , mereka cuma bercakap untuk puak kapitalis sahaja. Mereka hanya menjaga pihak pemodal dan peniaga , tidak rakyat marhaen.
Di bawah ini senarai harga minyak dalam ringgit Malaysia untuk negara pengeluar minyak dunia

MALAYSIA RM 2.70 / liter
UAE RM1.19 / liter
Eygpt RM1.03 / liter
Bahrain RM 0.87/ liter
Qatar RM 0.68 / liter
Kuwait RM 0.67 / liter
Saudi Arabia RM 0.38 / liter
Iran RM 0.35 / liter
Turkmenistan RM 0.25 / liter
Venuzuela RM0.16 / liter

Fikirkanlah...wahai rakyat Malaysia..Rakyat diperbodohkan.......


Friday, June 6, 2008

Harga Minyak Naik , Kenaikan Tertinggi

Kenaikan harga minyak baru-baru ini sehingga 40 peratus amatlah merunsingkan rakyat.
Kerajaan sepatutnya memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang mempengaruhi segala aspek kehidupan rakyat. Perkhidmatan pengangkutan yang menggunakan minyak dan diesel pasti akan adanya perubahan harga caj teksi , bas , lori-lori dan sebagainya.
Barangan yang dibawa oleh lori-lori pasti akan naik. Ianya tidak dapat dielak lagi kerana pengusaha bas dan lori pasti akan menyerap kos-kos minyak tersebut. Kerajaan hanya pandai berkempen menyuruh rakyat mengubah cara hidup dan sebagainya namun dari pihak kerajaan sendiri menghabiskan wang rakyat sewenang-wenangnya.
Antara kesilapan kerajaan:

Apabila kerajaan ingin mengwujudkan ketua kampung melalui Kementerian Luar Bandar, dan diceritakan elaunnya sekitar RM1000 , maka ia dilihat suatu tindakan politik yang bodoh membazirkan wang rakyat.

Kerajaan juga mempunyai banyak kementerian yang meningkatkan kos pengurusan dan pentadbiran.

Kewujudan bangunan kerajaan yang masih kosong namun , disebabkan untuk menghabiskan wang rakyat maka dipisahkan jabatan tertentu ke bangunan yang lain dengan alasan ingin mempunyai bangunan yang tersendiri.

Pemberian tender-tender besar yang memberi tender melalui syarikat kroni , walhal sepatutnya kerajaan perlu memberikan tender terus kepada syarikat kontraktor berdaftar.Di situ sahaja jutaan wang rakyat dileburkan.

Kerajaan tidak membuat perancangan bandar secara sistematik dan cekap , untuk kemudahan rakyat tetapi melakukan sekadar perancangan 5 atau 10 tahun sahaja.Ianya meningkatkan kos apabila perlunya perubahan dilakukan samada untuk pembersihan dan pembesaran.

Kerajaan tidak membuat perancangan masa hadapan kemungkinan bencana atau kemusnahan yang akan berlaku kepada negara untuk jangka masa akan datang. Apabila masalah timbul ketika itu gelabah seterusnya mengambil tindakan ad hoc yang kadangkala merugikan rakyat.

Kerajaan suka menghabiskan wang rakyat dengan membeli syarikat tertentu dengan harga mahal walhal syarikat itu sudah hampir bangkrap ataupun nil;ainya hutangnya besar.

Kerajaan perlu menilai semula semua tindakan dalam menghadapi pasaran global yang sentiasa bersaing dan kompetetif. Salah urus menyebabkan pelabur asing menjauhkan diri dan ini menyebabkan kita kehilangan daya saing seterusnya tenggelam di Asia Tenggara.

Tuesday, June 3, 2008

Pulau Batu Putih Terlepas..Mengapa?

Isu Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura sudah diketahui umum. Mengapa ianya boleh terjadi? Apakah barisan peguam Malaysia tidak bersungguh-sungguh mengemukakan bukti yang betul-betul boleh dipercayai? Kedengaran juga berita yang mengatakan gambar yang dikemukakan kepada ICJ itu gambar palsu yang dicedok daripada laman web. Andai ianya benar maka pembayaran untuk tugasan besar itu amatlah merugikan negara. Rakyat ingin penjelasan samada pasukan Malaysia itu bersungguh-sungguh melakukan tugasan atau sekadar melepaskan batuk di tangga jika kita merujuk kepada gambar palsu tersebut.
Kredibiliti Malaysia terjejas dengan gambar tersebut, tambahan pula kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan minat Malaysia mentadbir Batu Putih. Mahkamah Antarabangsa telahpun memutuskan keputusannya, maka ambillah pengajaran agar tiada lagi pulau-pulau kecil Malaysia yang akan terlepas ke tangan orang lain. Keputusan yang memalukan itu sepatutnya memberikan kesan kepada peguam negara agar meletak jawatan. Beliau hanya "hero" kampung memutarbelit fakta ketika kes Anwar Ibrahim dahulu. Layakkah beliau bergelar peguam negara?


Rakyat mahu kerajaan memberitahu berapa peruntukan kepada keseluruhan misi untuk mengembalikan Pulau Batu Putih yang akhirnya kita kalah?

Berapa bayarannya dan jelaskan untuk apa bayaran tersebut?

National Geographic POD