Thursday, June 26, 2008

Isu Yang Dibawa Tajol Rosli , Bukan Isu Rakyat..

Tajol Rosli yang telahpun bergelar Ketua Pembangkang menggunakan pentas untuk titah ucapan Baginda Sultan Perak mengecam YB MB Perak dengan isu lapok dan basi. Tajol Rosli mengungkit bagaimana PAS boleh bekerjasama dengan DAP yang tidak sealiran fahaman politik. Kita kena memikirkan bahawa fahaman Islam yang telah rosak adalah lebih merbahaya jika dibandingkan orang bukan Islam yang sememangnya diberikan pengetahuan yang sedikit tentang Islam. Apabila sesuatu itu jelas bukan Islam maka proses pentarbiyahannya adalah lebih mudah dan jelas melainkan fahaman salah telah bersarang didalam pemikiran seseorang itu selama lebih 50 tahun yang lampau. Hadis juga memberikan panduan mana mungkin seseorang Muslim itu jatuh di dalam lubang yang sama untuk kali keduanya. Maka gandingan Pakatan Rakyat yang baru sahaja bermula belumpun 4 bulan wajarlah diberi peluang bagaimana hasilnya untuk rakyat. Kita lihat Selangor telahpun memberi air percuma kepada rakyatnya , bukankah itu memberi manfaat kepada rakyat?
Inilah yang dinamakan kerajaan rakyat, bukan rakyat terbeban untuk pemimpin dan kroni . UMNO sebenarnya mempunyai sikap buat tak tahu , atau dengan kata lain buat-buat bodo..perjuangan mereka semuanya lebih kepada mementingkan projek dan pulus masuk ke kocek. Pembangunan jika mahu dibuat pasti komisen untuk mereka juga telah dikira. Pembangunan buat mereka UMNO , MIC , MCA adalah lubang untuk membuat duit. Itulah sebabnya mereka suka membuat pelbagai pesta dan hiburan yang melibatkan ribuan ringgit kerana wang tersebut semuanya mudah diperolehi. Pakatan Rakyat masih baru dan bayi lagi , maka perlulah masa dan ruang untuk memperbetulkan kerosakan dan keburukan yang telah BN jajahi kakitangan kerajaan , minda kakitangan kerajaan perlu diperbetulkan niat dan tindakan barulah hasil yang akan dapat itu cemerlang , gemilang dan terbilang. Terpinggirnya bangsa Melayu terdahulu adalah disebabkan pimpinan BN yang menyalahgunakan kuasa dan juga sikap tamak haloba memikirkan keuntungan singkat tanpa memikirkan kesan dan akibat jangka panjang...

0 comments:

National Geographic POD

Brain Tuner

Wic Wac Woe