Thursday, July 31, 2008

Pemeriksaan Doktor Biasa Tak Betul...?

Doktor yang memeriksa Sinful itu seorang doktor berpengalaman MD selama 20 tahun lebih masih tak tahu tanda-tanda trauma sodomi..?
Bukankah betul kalau tiada luka..? tiada liwat..? Liwat ni pun baru je berlaku kononnya...
tiada pucat? pucat ini sebab trauma kecualilah Sinful tu suka diliwat..?
Amat memalukan Kementerian Kesihatan mengeluarkan lesen perubatan bagi pengamal perubatan yang tidak boleh tahu tanda seseorang itu diliwat ataupun tidak..?
Kenyataan Pusrawi kononnya laporan yang tersebar meluas kononnya 'menyerupai' tapi tak sama
inilah kenyataan yang serupa dibuat Lingam dalam Lingamtape " itu orang bukan saya tapi menyerupai saya'...
Saya rasa Kementerian Kesihatan biasala akan mengugut pengurusan Pusrawi agar memberi kenyataan berbaur mengelirukan. Pusrawi tak boleh dipersalahkan , takkan sebab hal begini lesennya akan ditarik..Itulah memeningkan Pengurusan Pusrawi hingga kenyataannya meggelikan hati ramai pihak..orang kata play safe..
Rakyat semua muak dengan pelakon-pelakon bangsat dalam negara ini..semua kenyataan nak melepaskan diri..biasalatu kalau aku kena pun memang aku akan cakap macamtu..soalnya ini bukan perkara kecik..ini perkara menuduh seseorang liwat..kes ini besar di hadapan Allah nanti , cuma kerana tiadanya nampak seksaan Allah itu maka berdramalah kita saling bertuduh-tuduhan.
Buat Kementerian Kesihatan , janganlah kita berpolitik dalam hal yang betul , ianya perlu profesional..nanti semua doktor di Malaysia ni dipanggil doktor penipu..atau doktor adjust result..
Saya tahu ada kes tertentu bila sampai ke pemeriksaan hospital , banyak berlaku 'perubahan' yang salah tak jadi salah....tambahan pulak ada orang dalam..Inilah bahananya kejadian 1998 dahulu banyak benda tak betul korang dah buat sampai kiamat rakyat tak cayo...kes naye ni..
Jadi insaflah sebab kesalahan dulu tu rakyat dah memorikan dalam ingatan kekal...tau ke aku cakap ape ni..pi belajaq psikologi lah beb.....

UMNO memang licik merosakkan PAS....

PAS ketika ini terlupa perjuangan agenda rakyat buat seketika , kerana sibukkan bermesyuarat untuk muqabalah , muzakarah , apa-apa ajelah. PAS ketika inimemang sibuk bermesyuarat untuk mencapai kata putus samada mahu bekerjasama dengan UMNO ataupun tidak. Samada kerjasama itu ikhlas ataupun tidak PAS sudah masuk perangkap UMNO. Sekurang-kurangnya sebahagian menyatakan sokongan dan sebahagian pula tidak.Sebahagian orang PAS yang ingin bekerjasama dengan UMNO terdiri kalangan lebih lembut , mungkin lebih lama dalam PAS , merasakan UMNO itu ikhlas memandangkan selama ini golongan ini memang tak pernah bekerjasama.
Bagi golongan yang tidak mahu bekerjasama terdiri daripada golongan yang lebih agresif , mungkin golongan muda yang dahulunya pernah ataupun sudah muak dengan tindak tanduk UMNO. Golongan muda ini mungkin jarang pergi usrah , namum mendapat ilmu dan pengetahuan maklumat lebih sofiskated , mungkin jua pernah menjadi ahli UMNO , ataupun bergaul bersama orang UMNO.
Bagi saya kedua-dua golongan PAS ini menguatkan PAS sebenarnya dimana golongan muda ini merayap dalam masyarakat dan bergaul dengan semua manusia , manakala golongan veteren pula lebih ideal , ada juga pergaulan dengan masyarakat namun tertumpu kegiatan ceramah ,
kegiatan keagamaan kemasyarakatan kelompok tertentu.
Suatu ketika dulu saya juga pernah berada dalam UMNO , namun untuk menyebut perjuangan Islam , atau untuk kepentingan Islam amatlah jarang kecuali untuk kepentigan tertentu. Nilai Islam tida dalam UMNO walaupun rata-rata mereka itu Islam..mereka lebih berpaksikan nasionalis Melayu.
Saya mengikut pandangan sendiri berpendirian UMNO ketika ini lebih tidak ikhlas daripada dulu , UMNO memang licik memainkan jarum menyucuk fikiran manusia yang baik , lihat sendiri bagaimana UMNO sesama mereka bergaduh nakkan kuasa. Memang ikhlas itu dinilai daripada Allah namun , kelihatan luaran juga sudah nampak ikhlasnya ataupun tidak. Walaupun PAS akhirnya mengatakan tiada pakatan bersama UMNO namun yang untungnya isu ini adalah UMNO , paling kurang PAS menjadi sibuk , lupa misi Pakatan Rakyat untuk perintah negara.

Wednesday, July 30, 2008

Apa Makna Rasuah Buat BPR..?

Rasuah..apa itu rasuah? BPR harus menjawab secara telus dan terang jelas..
Tajol Rosli menawarkan jawatan MB Perak serta exco bukan rasuah..?
DSAI mengarahkan Said , Peg. Caw Khas menyiasat kes beliau rasuah..?
Khir Toyo tawar jawatan MB Selangor serta exco..bukan rasuah..?
BPR perlu telus kerana tanggungjawab mereka amat besar dalam memerangi rasuah. Rasuah akan mengakibatkan negara kita akan terjajah. Kenyataan ex MB Perak dan ex MB Selangor yang menawarkan jawatan tertentu merupakan rasuah yang terang dan jelas.

Tuesday, July 29, 2008

Karpal Singh Maaf Atau Marah..?

Artikel ini ditulis berdasar cerita Roslan SMS dalam blognya .Kisahnya Karpal berang dengan Nik Aziz yang didakwa nak tubuh parti baru .Kita sebelum membuat tindakan ikutlah Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Pada saya kecik benor kes ni..pergi minta maaf sudahlah.Terangkan bahawa Islam itu dasarnya lepah tu minta maaflah kalau Karpal tak faham-faham.Kerja dakwah memang banyak dugaan buat sesiapa sahaja yang menegakkannya.Nabi suatu ketika hampir wafat bertanyakan sesiapa ada berhutangkan dengan beliau maka tuntutlah , maka adalah seseorang yang menuntut hutangnya terkena ekor kuda ataupun unta ketika Nabi menunggang , maka Nabi menyuruh orang itu memukul dada beliau.Tapi orang itu memaafkan Nabi dan cium dada Nabi Muhammad. Begitulah akhlak Rasullullah s.a.w.

Kes Liwat Sepatutnya Gugur..DSAI nak bertanding dimana? Kulim? Bandar Tun Razak? Permatang Pauh?

Kes liwat sepatutnya tidak timbul lagi. Salian laporan perubatan daripada Pusrawi telahpun tersebar meluas..bagus juga internet ni idea Che Det kita..sekurang-kurangnya terimakasih kita pada Che Det , jasamu masih dikenang..
DSAI dikhabarkan bertanding di Kulim..yang hanya disahkan pada pertengahan Ogos ini oleh mahkamah samada YB Zulkifli Nordin masih kekal ahli parlimen ataupun tidak. Saya mendoakan agar YB Zulkifli dikekalkan sebagai ahli parlimen kerana beliau seorang yang amat komited , muda dan punya pelbagai idea untuk menyerang Be End. Harapan dan doa mudah-mudahan diberkati Allah. DSAI sepatutnya bertanding samada kawasan Bandar Tun Razak ataupun Permatang Pauh..kerana ada baiknya beliau menggantikan DSWA ataupun Khalid Ibrahim. Ianya pasti menjadi isu andai anak beranak berada di Parlimen walhal idea mereka lebih kurang sama , lagipun dalam perkahwinan tidaklah digalakkan kahwin dekat , masalah penyakit ataupun tak berkembang. Maka perlulah difikirkan semula agar tiada isu Anwar-Azizah-Izzah di parlimen nanti. Bandar Tun Razak juga difikirkan sesuai kerana Dato Khalid mempunyai tugas lebih besar di Selangor sebagai MB maka perlulah beliau memikirkan opsyen ini. Dato Khalid memang berkeupayaan besar namun , Selangor juga sebuah negeri yang lebih memerlukan perhatian. Kita mahu Pakatan Rakyat terus memegang tampuk pemerintahan lebih lama agar rakyat dapat menilai kebaikan dan kepincangan. Apabila kita menilai sikap rakyat di Bandar Tun Razak , mungkin momentum sokongan akan berterusan dengan limpahan maklumat internet pasti Pakatan Rakyat boleh bertahan lagi. Bukanlah di Kulim Pakatan Rakyat tiada sokongan namun dengan pelbagai jentera Be End ..SPR..pengundi mati..wang ..projek..ugutan ..rasuah ..pujukan maka ia sedikit sukar dibandingkan Bandar Tun Razak...yang rata-ratanya pengundinya lebih bijak..

Tajol Rosli Tawar Kerajaan Campuran PAS-UMNO..

Ketika musim ini memang kedengaran pelbagai bunyi dan suara-suara emas dari UMNO meminang PAS , takkira pusat ataupun negeri. PAS tidak pernah sesekali menerima sebegitu banyak dugaan tawaran pelbagai jawatan dari UMNO sebelum ini. Selepas pasca PRU12 , PAS diibaratkan barang laris di musim ini. Kanan kiri diasak pelbagai tawaran , jawatan , habuan dan sebagainya. PAS tak pernah melalui saat yang amat indah ini.Mungkin saat ini akan hilang dan tiada lagi imbuhan dan tawaran buat PAS.
Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah beliau pernah ditawarkan sebagai Ketua Kaum Quraisy namun baginda tidaklah perlu menyebarkan ajaran Allah. Ajaran yang bertunjangkan aqidah Islam semua manusia itu sama kecuali yang bertaqwa kepada Allah.
UMNO ketika ini menawarkan slogan kepentingan Melayu Islam , bunyinya lunak dan enak .Bila dah rasa barulah terkena getahnya.Hairan ajaib Tajol Rosli begitu memuji MB Perak di media nasional malam tadi, walhal sebelum ini begitu beria-ia menyerang PAS yang dikatakan boneka.
PAS harus meneliti insan bernama UMNO , mereka ini berakidahkan assabiyah , iaitu kebangsaan. Ketika mereka memerintah lupa perjuangan untuk rakyat , mereka kejar segala projek , ada projek , ada komisen. Harga dinaikkan sewenangnya. Sesuatu projek menjadi mahal dan rakyat pembayar cukai yang menangungnya.
Apa sudah jadi siasatan BPR terhadap bangunan runtuh di Belum? Berjuta wang digunakan namun projek yang dilaksanakan cepat runtuh , cepat bocor , cepat rosak..?
Mengapa ianya jadi begitu..?
Begitu ramai pihak yang dianaktirikan dalam sesuatu hal bantuan kerajaan dan sebagainya..UMNO ketika memerintah lupa daratan..lupa bahawa mereka mentadbir dunia untuk kepentingan rakyat....mereka bongkak , bengis , tak memandang rakyat..rakyat tak pernah lupa kelakuan mereka ketika bergelar YB.
Saya sebagai rakyat biasa mengharapkan pimpinan PAS istiqamah perjuangan , walaupun bersama PKR atau DAP , kita boleh memberi pandangan dan kenyataan , apa yang kita buat berdasarkan asas tubuhnya PAS iaitu mendaulahkan Islam . Sekurang-kurangnya dalam Pakatan Rakyat , PAS tidaklah dihina sebegitu mana PAS dihina ketika kejadian Memali , kejadian Maunah , propaganda ektrimes labelan kepada PAS , dan pelbagai lagi. Saya antara manusia yang amat simpati pada PAS suatu ketika dulu..dan sekarang kita tak ragu-ragu menyokong perjuangan PAS.

Monday, July 28, 2008

Amacam Kes Liwat Tutup Ke..Tak Tutup...?

Nampak gayenya dah lama ni ...cari kes macammana ni..DSAI memang nak masuk pilihanraya kecil. Kerajaan mungkin tidak membenarkan DSAI bergiat politik maka laporan polis masih belum diketahui. Inilah yang rakyat curiga sebab semakin lama maka semakinlah pincang jalan ceritanya.
Adakah laporan kesihatan Si Sinful Bukari sudah diketahui? Biasanya laporan kesihatan , pemeriksaan boleh didapati kurang seminggu..
Rakyat sentiasa memerhatikan lakonan , pementasan yang dibuat . Kita sentiasa memerhatikan segala tingkahlaku yang mencurigakan seperti laporan kesihatannya , laporan polisnya , doktor yang merawat , polis yang terlibat , para saksi yang terlibat , siapa , kenapa , mengapa akan dipersoalkan. Sesuatu yang benar akan terserlah kebenarannya , sesuatu yang salah pasti ada silap dan cacatnya perjalanan ceritanya..
Khabarnya Ezam mungkin mahu berentap dengan DSAI di mana sahaja..Nasihat buat Ezam sudahlah jangan sampai rakyat mencaci hang...

Saturday, July 26, 2008

Isu Mercedes Selesai..Tapi Rakyat Masih Marah...

Senang lidah menuturkan perkara ini selesai...lidah tak bertulang dan kadang-kadang lidah itu bercabang..3.43 juta dilebur hanya untuk kegunaan tetamu , bermakna Exco akan pakai kereta yang lain pula, ataupun pakai Perdana yang lama itu kononnya. Media nasional memang diwujudkan untuk memberi respon enak buat rakyat.Tapi tahukah nilainya 3.43 juta kalau digunakan dengan lebih berhemah kantung negeri tak lah habis. Nanti bila ada orang susah minta bantuan kata kerajaan negeri belum terima peruntukan..?
UMNO memang mempunyai budaya buat dulu baru fikir , setelah jadi isu gunalah pelbagai alasan meloyakan rakyat. Rakyat bosan melihat Berita Harian , Utusan Melayu , Star , NST kesemuanya memberi gambaran salah sesuatu isu alasannya keselamatan awam walhal ianya propaganda murahan bodek pemerintah...
Rakyat perlu meneruskan agenda menukar pemerintah yang lebih baik , lebih telus dan lebih merakyat.

Friday, July 25, 2008

Konvensyen PAS di Rapat Setia , Ipoh


Diumumkan konvensyen PAS Perak pada 26 dan 27 Julai 2008 , Sabtu dan Ahad. Tuan Guru Haji Hadi Awang dijangka merasmikan konvensyen pada pagi jam sekitar 8.45 pagi.Pada malam Isnin ceramah perdana di Mini Stadium Manjoi..
Datang beramai-ramai....

Muqabalah..Muzakarah..Ataupun Mu Boleh Blah.....

Pimpinan PAS boleh nak bermuqabalah ke...jumpa ke....sembang ke....bincang ke....itu rakyat tak kisah..kita boleh dodoikan UMNO ......sementara itu PKR dibawah DSAI teruskan rancangan Pakatan Rakyat ingin berkuasa menjelang September nanti. Semasa bersekemuka nanti pastikan semua MB PAS turut serta agar .....kepentingan rakyat keseluruhan dapat diatasi. Antara isu penting kepentingan semua .....

Isu pendidikan , penggunaaan Bahasa pengantar Sains Matematik dalam bahasa Melayu..
Isu kerajaan negeri..jangan sekat peruntukan negeri..semua negeri Pakatan Rakyat
Isu negeri Kedah..pastikan bayaran pampasan tiada pembalakan 100 juta disegerakan demi rakyat
Isu ISA..pindahkan kem Kamunting ke Negeri lain selain Perak...
Isu ISA...bebaskan tahanan ISA yang tidak ada bukti untuk menahannya..
Barulah PAS akan diberi jolokan parti bijaksana..
Andai mereka berdolak dalik katakanlah ...Mu boleh belah..Kalau mereka mengubahnya....kita fikirkan lagi bersama Pakatan Rakyat demi untuk rakyat keseluruhannya...

Thursday, July 24, 2008

Ahmad Said MB Trengganu Yang Bestari..

MB Trengganu kata ikut fail lame pejabat dia selenggara Proton Perdana V6 baru tu untuk 4 tahun jer..kira-kira RM 235,123.08 ...lebih kurang setahun RM58,780.77 atau kata lain sebulan RM 4,898 .00
mahal tu..kira-kira BPR bolehlah siasat..ini tak susah nakkan fail pergi ke pejabat MB Trengganu di sanalah jumpa MB Tok Ahmad Said. Kira MB baru ni mengena dalam diam..buat-buat porak bodoh nak beli Mercedes bongkar kisah lama..yang bahaya tu rasuah..kalau beli Mercedes jangan pulak kos selenggara nanti lagi mahal udah le...
Selepas ini BPR mempunyai tugas yang penting untuk pergi ke pejabat MB sebabnya sedangkan Nik Aziz sebut ada tauke balak offer dia jutaan ringgit , terus pergi jangan nanti rakyat cakap BPR cakap tak serupa buat../ bikin....

Wednesday, July 23, 2008

Khir Toyo Hendak Melayu Islam Berstu..Ikhlas?..Terpaksa..?

Khir Toyo dalam ceritanya di detikdaily menyatakan mereka UMNO sanggup berikan jawatan Menteri Bsar , Timbalan Menteri Besar dan 4 exco untuk Selangor demi kepentingan Melayu Islam. Sungguh murni nampaknya Khir Toyo ketika UMNO diambang kejatuhan. Sepatutnya seawal sebelum pilihanraya dulu Khir perlu bercakap sedemikian , bila dah kalah memang adat orang kalah cuba menyelesaikan masalah adhocnya. Malangnya sesudah tertewas yang tidak pernah terfikir dek akal yang waras barulah muncul idea untuk perkongsian kuasa.Itu semua alasan remeh mereka. Sebenarnya mereka semua ingin memecahkan benteng Pakatan Rakyat yang dapat memberikan kebebasan buat rakyat dari kongkongan BN yang begitu menekan rakyat.
BN merasa Pakatan Rakyat amat kukuh dan padu meroboh benteng SPR , benteng propaganda media , benteng wang maka mereka akan cuba menggagalkan Pakatan Rakyat dari pelbagai arah dan sudut.
PKR telahpun diserang melalui DSAI atas tuduhan liwat , PAS pula atas isu perpaduan Islam , DAP akan diserang dari sudut konsep Malaysian dan sama ratanya. Perpecahan Pakatan Rakyat akan menguntungkan BN..Dari itu seranglah dari pelbagai sudut agar ianya pecah. Setelah pecah kita kan ratah mereka.Itulah perancangan BN..adakah semudah itu UMNO akan berubah baik dengan PAS setelah sekian lama memerintah ..mengapa tidak sejak dulu lagi tindakan perpaduan Islam mereka?....kalau dari dulu maka sekarang sudah bersatulah kita..

Dakwaan Gobalakrisnan , Sokong Pembangkang Kontaraktor Disenarai Hitam

Perkara kontaktor disenarai hitam memang banyak berlaku di kalangan penyokong pembangkang terutama PAS. Ramai juga yang terlepas akibat pandai-pandai berlakon depan semua orang. Kerajaan BN memang bersikap pilih kasih terhadap penyokong pembangkang ataupun pro pembangkang. Walaupun kontraktor itu berkualiti ataupun memang mengerjakan tugasan atau kontraknya dengan baik , ia tetap mendapat layanan kelas kedua. Perkara ini tidak dinafikan. Itulah yang menyebabkan ramai kontraktor takut untuk menghadiri ceramah dan sebagainya melainkan kontraktor tersebut memang taiko...
Seringkali kewujudan kontraktor yang mendapat sesuatu tender di kalangan orang yang ada link dengan UMNO , tetapi mereka pula sering gagal ataupun seringkali projek bermasalah . Itulah yang menyebabkan adanya syarikat yang hanya wujud untuk masa yang tertentu. Gagal dengan syarikat itu tak apa , sebab ia akan wujudkan syarikat lain..yang penting pulus sudah masuk.
Tindakan biasanya sukar dilakukan kerana melibatkan orang-orang besar ataupun perjanjian tak begitu telus..

Tuesday, July 22, 2008

Isu Muzakarah UMNP-PAS Menutup Isu Besar..?

Pengamal media negara sering mensensasikan isu muzakarah bolehlah diibaratkan ingin menutup isu-isu yang lebih besar. Isu kenaikan harga minyak yang mengakibatkan kenaikan segala harga barang tidak boleh dikatakan selesai setelah debat Anwar-Shabery berlangsung. Penggunaan minyak adalah hari-hari , rakyat biasa seperti kita ini merasakan keperitan yang amat sangat.
Peningkatan harga minyak mempengaruhi corak perbelanjaan rakyat. Mudah bercakap lidah tak bertulang agar rakyat berjimat cermat , namun kerajaan juga harus menilai semula segala bentuk perjanjian yang merugikan negara aatu kerajaan baik pusat ataupun negeri. Majlis-majlis tempatan juga harus dipantau agar tidak berlakunya rasuah dimana , contahnya sesuatu projek itu diletakkan harga kos yang tinggi berbanding harga sebenar di pasaran. Rakyat tidak lupa pendedahan audit negara dahulu dimana berlakunya rasuah.
Isu minyak adalah suatu isu yang berpanjangan . Jika DSAI boleh menurunkan harga minyak , mengapa kiata mahu menolak? Kita perlu memberi peluang bagaimana Pakatan Rakyat boleh memerintah , lihat dan kaji , setakat ini tiada isu besar atau isu penting yang memburukkan Pakatan Rakyat. Lihat Negeri Kelantan , Perak , Kedah , Pulau Pinang dan Selangor , kebanyakan isu yang ditonjolkan adalah isu kerajaan sebelum ini...banyak isu yang diutarakan bukanlah isu rakyat..
Terbaru kita lihat di Trengganu....MB Trengganu boleh membenarkan pembelian Mercedes yang bernilai jumlahnya 3.43 juta ..Bayangkan ketika kesempitan rakyat berhadapan inflasi dan kenaikan harga minyak dan barangan , mereka UMNO masih boleh membeli kenderaan seperti itu...Bayangkan begitulah sikap mereka terhadap dunia ini. Bandingkan bagaimana Lim Guan Eng , MB Pulau Pinang boleh membatalkan pembelian Perdana baru semata-mata jimatkan wang rakyat. Mungkin MB Trengganu ingat ini semua duit aku..aku pakaile..Malu aku sebagai seorang Islam kelakuan MB Trengganu jika dibanding dengan MB Pulau Pinang..dalam hal perbelanjaan berhemah..Elok Najib bawak kursus MB-MB negeri BN pergi training cara urus tadbir kerajaan..agar jadi kerajaan Hadhari...

Monday, July 21, 2008

Agong Tak Beri Anugerah Sempena Keputeraan Sultan Trengganu..


Agong menyambut ulangtahun Keputeraan dengan bersederhana ketika rakyat bermasalah kenaikan harga minyak .Sikap Tuanku amat prihatin menunjukkan baginda juga akan berjimat cermat menggunakan wang rakyat.Tidak pernah terjadi mana-mana Sultan tidak menganugerahkan darjat bintang kehormat kepada mana-mana pihak tahun ini. Pihak istana tidak memberikan sebarang alasan. Adapun pemberian anugerah itu hak Tuanku Sultan. Cuma patik yang hina ini terfikirkan yang Tuanku Sultan amat bijak. Tuanku Sultan mengikut perlembagaan tidaklah boleh berpolitik namun dari segi tindakan ianya memberi mesej bahawa Tuanku Sultan amat prihatin kepada kesusahan rakyat. Tuanku Sultan seseorang yang bercakap serupa bikin , bukan seperti sesetengah pemimpin terutamanya Kerajaan Trengganu , dalam kesusahan rakyat 14 buah Mercedes Kompressor E200 yang dibeli kononnya tidak menggunakan royalti , namun ianya wang rakyat.
Jumlah keseluruhan 3.43 juta itu kalau diberikan kepada kepada rakyat miskin tegar , bukankah Hadhari namanya. Cubalah kalau kerajaan Pakatan Rakyat membuat perkara sebodoh ini pasti berkokoklah TV3 , TV Nasional , surat khabar...media pelacur..
Inilah yang rakyat marahkan..Teruskan Pakatan Rakyat...PAS , PKR , DAP tetap bersama memperjuangkan hak rakyat.. Sila klik di sini
Fenomena seperti ini pembelian Mercedes lebih ekonomi daripada pembelian Proton Perdana adalah hujah bodoh media , hujah bodoh UMNO seperti mana hujah Shabery tempoh hari ..selamanya UMNO cuba memperbodohkan rakyat dengan alasan bodoh dan dangkal...
Kiranya UMNO ingat rakyat juga sebodoh yang difikirkan..Kalau kereta Perdana berusia 4 tahun kos penyelenggaraan taklah sehingga RM 50,000 seperti disebutkan...kalu beli baru pasti kos selenggara rendah..

Muzakarah Boleh..Gabungan Hanya Perangkap..?

PM menyatakan sudah 3 kali pertemuan pimpinan " penentu keputusan" PAS sudah bertemu , membincangkan soal Melayu dan juga Islam. Segala bentuk pertemuan demi pertemuan akhirnya perlulah tindakan di ambil agar Melayu tidak akan terpinggir di negara sendiri. PM yang berkuasa seharusnya jika ikhlas tak payahlah menggempurkan perpaduan dari segi gabungan , hanya perlukan gabungan pemikiran dan intelek yang akan membawa Melayu ke tempat yang terbaik.
Saya kira perkara pertama yang perlu PM laksanakan adalah penggunaan Bahasa Melayu dan ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik. Demi rakyat Melayu dan Islam perlulah , PM perlulah membuat perubahan ini secepat mungkin. Janganlah dikorbankan anak-anak kita di sekolah yang bijak namun disebabkan kurang penguasaan Bahasa Inggeris , mereka ketinggalan.
Janganlah kita menjadi kebencian di sisi Allah , yang pandai berkata dan berjanji tetapi tidak mengambil tindakan...

Saturday, July 19, 2008

Razaleigh Berharap PAS , UMNO Bergabung..

Harapan Razaleigh agar UMNO dan PAS bergabung adalah niat suci beliau , ianya amatlah digalakkan dalam Islam. Razaleigh adalah seorang tokoh terdahulu , pernah bergabung dengan PAS seketika ketika beliau menubuhkan Semangat 46. Kemudian kembali semula kepada UMNO ketika Mahathir masih lagi PM. PAS adalah sebuah parti yang cukup terbuka dalam sesuatu isu.
Ada isu dibiarkan perbincangan ke akar umbi dan hasil perbincangan maka terhasillah suatu resolusi. Samada isu penggabungan ini hanyalah propaganda Razaleigh untuk memancing undi perwakilan UMNO taklah dapat diketahui. Ianya lumrah dan adat politik orang UMNO mengenengahkan sesuatu isu baru dengan harapan ianya menjadi lonjakan atau batu loncatan untuk naik ke peringkat lebih tinggi. Hairan juga mengapa suatu ketika itu Razaleigh meninggalkan PAS , tiada pula terfikir di saat itu perpecahan umat Melayu. PAS perlu memikirkan semasak-masaknya akibat dan kesan penggabungan impian itu. Saya merasakan andai berlaku penggabungan tersebut berlaku , suatu hari PAS akan disingkir semula dengan alasan tidak berkompromi terhadap UMNO dalam suatu hal. Ketika itu PAS akan tersungkur teruk untuk kali keduanya sehinggakan nak berdiri pun tak boleh. Sekiranya terdapat pilihanraya ketika itu saham PAS menjunam teruk hanya memenangi tiga atau empat kerusi Parlimen...fikirkanlah ahli PAS seluruh negara.
Penggabungan idealah yang sebenarnya diperlukan untuk menaikkan semula martabat orang-orang Melayu. Tidak semestinya parti perlu bergabung, PAS boleh berkongsi cara dan kaedah mengurus negara tetapi untuk penggabungan parti ia adalah sesuatu yang sukar ibarat mencampur air dengan minyak.

Friday, July 18, 2008

Kecelaruan Undang-undang....Indeks Malaysia di Mata Dunia Merudum...?

Kecelaruan undang-undang berlaku di Malaysia lagi. Raja Petra yang dituduh menfitnah di seret ke mahkamah..Saiful Bukhari yang menfitnah DSAI tiada tindakan apa-apa..? Dia dilindungi...?
Kes 1998 tiada siapa melupakan kecuali Che Det " Melayu Mudah Lupa"..dimana Azizan si drebar
membuat pelbagai tuduhan , menukar tarikh kejadian , bukankah itu suatu fitnah?
Mengapa beliau tidak dikenakan tindakan ke mahkamah seperti Raja Petra..?
Rakyat bodoh..? Siapa yang bodoh..?Polis dan mahkamah telah membogelkan diri masing-masing ketika itu..
Mungkin skrip kali ini lain sedikit..Mungkin pertuduhan akan dipinda-pinda..? Siapa yang berani mungkin bakal menjadi KPN yang baru 5 atau 6 tahun lagi...Pendakwaraya yang terlibat mungkin akan dinaikkan pangkat menjadi Peguam Negara...? Siapa tahu..?
Peraturan apa yang diguna polis sehingga DSAI diminta ke balai polis setiap sebulan? Peraturan itu hanyalah untuk mereka yang dibuang daerah sahaja..
Indeks Malaysia pasti akan merudum kali ini indeks intigritinya..indeks rasuah ...dan segala macam indeks pasti meletakkan Malaysia ke kedudukan corot..
cerita selanjutnya di sini..

Thursday, July 17, 2008

Rakyat Tak Gelabah...Kerajaan Jangan Terburu-buru...

Rakyat Malaysia seluruhnya tiadalah gelabah andai kerajaan mengambil tindakan menurut prosedur yang ditetapkan.Kalau nak tangkap Anwar pun biarlah cara yang berhemah ...cara Islam Hadharileh..saya rase belum habih khatam lagi kot pegawai polis kita nie...
Rakyat taklah bodo nak demo tak tentu pasal...tapi kalaulah kelamkabut dibuatnye memang boleh huru-hara.Bila dah huru-hara maka busuklah seMalaya..pelabur asing tak mau mari takut duit depa hilang...jadi kerajaan perlulah tidak mengulangi episod 1998..dulu tu...buat tindakan mengikut prosedur ..rakyat takkan marah...
Kerajaan cuba fikir..
Dalam kes Raja Petra yang membuat akuan bersumpah ditahan..Rosmah dan rakan-rakan dibiarkan ...Bala buat juga akuan bersumpah tak ditahan..ngape jadi gitu...
Saiful Bukhari menuduh ..tak pulak ditahan sebegitu brutal..yang dituduh DSAI ditahan teruk...
Ini semua kira DOUBLE STANDARD...

Anwar Wajar Menolak Pengambilan DNA...

Apa perlu DSAI membenarkan pengambilan DNA beliau kerana pertuduhan itu sememangnya tidak lengkap , kekurangan bukti , lagipun DNA beliau telahpun diambil pada tahun1998 dahulu.
Mana ada ada DNA boleh berubah...?Hangpa semua jangan perbodohkan rakyat..yang berubah itu dalam darah cuma blood profile seperti level kholesterol , level glukos dan sebagainya.DNA Anwar dari dulu takkan berubah secara teorinya...Jangan hangpa tiru cerita Indonesia tu seperti "Bawang Merah Bawang Putih " sudahlah , adjust apa-apa ke......ingat itu pun kira salahguna kuasa..nanti lima tahun kemudian ianya akan terbongkar juga...yang naye nye tukang-tukang adjust..yang atas-atas semuanye lepas....
Jika tiada bukti DSAI melakukan liwat beliau wajar dibebaskan kerana Pakatan Rakyat akan memerintah tak lama lagi..Tunggu episod akan datang..habis semua rasuah akan terbongkar..mereka yang terlibat akan ketakutan..perompak profesional akan diadili...

Berita Sukar Diperolehi Ketika Ini..Ada Perancangan Jahat?

Ketika penahanan DSAI semalam , berita dari web alternatif tidak dapat diakses sehinggalah pagi ini ,ada kemungkinan kerajaan mensabotaj rakyat yang inginkan berita benar amatlah dikesali.Ketakutan mereka pada rakyat amat jelas.Peristiwa sebelum penahanan Anwar , seluruh negara ada sahaja sekatan jalanraya , kemudian penyaluran maklumat pula dihalang , yang dapat diakses hanyalah berita nasional pemerintah .
Kerajaan benar-benar gentar terhadap penyaluran maklumat tepat yang dapat membangkitkan amarah rakyat. Rakyat tidak mahu ditipu sekali lagi , polis jangan jadi diperkudakan lagi.Rakyat seluruh negara membenarkan proses penyiasatan dilakukan sebaik mungkin. Andai ada lagi drama seperti 1998 rakyat takkan ragu-ragu untuk memprotesnya di jalanan.Rakyat akan protes dengan tidak akan mengibarkan bendera tanahair ketika ulangtahun kemerdekaan kerana tiada erti kemerdekaan tatkala kerajaan memperlakukan rakyat sebegini rupa.
Adakah kerajaan ingat kami sudah atau mudah lupa adegan mengusung tilam , tuduhan yang dipinda-pinda dari tahun ke tahun lain , saksi yang tidak mempunyai kredibilitinya , yang berakhir penahanan DSAI selama 6 tahun tanpa sebab...
Itulah kezaliman terbesar Barisan Nasional...
Lihat bagaimana polis yang membawa kes ini dilantik Ketua Polis Negara , pendakwa pula menjadi Ketua Hakim Negara..semuanya hasil kerja kotor mereka..
Lihatlah apa jadi pada tangan yang menumbuk DSAI ketika itu...?
Apa jadi kepada Dr Ristina...?
Apa jadi pada Azizan drebar...?
Apa jadi pada Borhan...?
Apa jadi si Khalid penulis buku..?
Tunggulah sedikit masa lagi...masa akan tiba kebenaran akan terjelma...
Sabar Dato Seri Anwar Ibrahim...kami menyokong Dato...

Wednesday, July 16, 2008

Polis Sudah Menahan DSAI tengahari tadi..

gambar dari aljazeera.net
Makluman semua sahabat ...DS Anwar Ibrahim telahpun ditahan secara kasar dan biadap oleh polis. Kita mengharapkan polis bertindak secara profesional dan berhemah , adil dan telus. Jangan diulangi lagi peristiwa 1998 dahulu..akibatnya merosakkan negara..polis pula terpalit dengan segala kekotoran..Awas polis..kami rakyat memerhatikan tindakan kamu semua..

Wajarkah PAS bergabung dengan UMNO..?

Hasrat UMNO untuk berbincang dengan PAS ada kewajarannya. Tatkala UMNO kehilangan banyak kerusi barulah mereka berkira-kira mahu mengadakan perbincangan demi umat Islam keseluruhannya.Ikhlas ataupun tidak bukanlah kita boleh menentukannya bahkan Pakatan Rakyat sekalipun masih peringkat permulaan belumpun setahun pemerintahan mereka.PAS akan bersangka baik tak kira apa jua keadaaan namun PAS harus berhati-hati andai tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Bukan sedikit kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh UMNO terhadap ahli-ahli PAS bawahan mahupun atasan. Peristiwa Memali , peristiwa gabungan PAS UMNO tahun 1974 dahulu , ahli-ahli PAS ditindas haknya , tukar sana sini , dan bermacam kerenah yang ditimbulkan oleh UMNO. Adapun Pakatan Rakyat masih baru lagi tiada lagi peristiwa menyayat hati yang dilakukan terhadap penyokong PAS ataupun ahli PAS cuma mungkin pandangan PAS masih lagi dianggap keterlaluan buat mereka. Pakatan Rakyat masih mempunyai ruang untuk saling mengenali dan berkenal cuma berapa masa yang kita perlukan untuk itu..? 1 tahun , 2 tahun , 5 tahun , 10 tahun , apakah PAS ada memberikan masa yang tertentu untuk melihat samada kaedah ini berkesan untuk mencapai matlamat Islam itu Untuk semua..
Saya berkeyakinan penuh pimpinan PAS akan bermesyuarah melihat kaedah mana yang lebih sesuai buat mereka dalam merealisasikan Islam di Malaysia ini. Pastinya ulamak PAS tidak akan meminggirkan kaedah sirah Rasullulah dan kaedah Al quran itu.

Debat..apa manafaatnya buat rakyat ?

Debat tidak dapat disiarkan melalui TV3 kerana siaran Sindarella yang berlangsung itu lebih manfaatnya buat rakyat..itulan yang diputuskan TV3..mentaliti cabuk penguasa media nasional swasta. Sindarella lebih penting buat rakyat..hal minyak soal kedua.
TV3 lebih gemar menyiarkan cerita fantasi bukan realiti sepertimana cerita dari seberang seperti Thailand yang banyak mengeluarkan filem atau cerita pendek yang berkisar perjuangan hidup rakyat merempat, rakyat tak berumah , rakyat jalanan dan sebagainya.
TV3 sering menghiburkan rakyat dengan Gangstar , Jomheboh , Akademi Fantasia semuanya hiburan untuk melupakan segala masalah yang sebenarnya di Malaysia ini.
Dato Shabery dikira berani juga berdepan dengan DS Anwar Ibrahim dalam hal minyak cuma beliau suka menyerang peribadi untuk mengelak hal pokok. Nordin Kadri pula melalut entah kemana seperti seolah-olah beliau berada di kampus cuba membelitkan isu.
DS Anwar berhadapan dengan gaya tenang , bersahaja hujah yang diberi memang berkaitan minyak sahaja tepat bernas dan jitu.
Dato Shabery ada berkata cadangan DSAI itu tidak akan diterima pakai..jadi apa gunanya debat..rakyat cuma boleh berharap hanya dengan tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat..
Syabas Dato Seri Anwar Ibrahim...

Tuesday, July 15, 2008

Sekatan Polis Masih Ada Dimana-mana..


Banyak sekatan jalanraya di seluruh negara akhir-akhir ini dengan alasan kononnya PKR ataupun DAP ataupun PAS akan mengadakan demonstrasi di parlimen..Semua itu adalah pembohongan yang nyata hasil pelajaran pimpinan Malaysia berdasarkan teori-teori barat.Teori matlamat menghalalkan cara digunapakai agar rakyat tidak menerima maklumat yang tepat.
Debat Anwar-Shabery pula yang dirancang TV3 pula dibatalkan , diambilalih TV Awani 501 , dan juga Bernama TV yang penontonnya kira-kira 2 juta pelanggan. Anwar sebolehnya mahukan Pak Lah ataupun Najib untuk program itu , namun" tiada rotan akar pun jadilah" , maka mereka akan berkata " Itu Shabery , masih mentah lagi" andai ianya gagal mempengaruhi rakyat dalam isu minyak ini.Pak Lah dan Najib pasti tidak mahu bertemu Anwar , kerana jika ianya berlaku maka Anwar adalah orang yang paling beruntung mendapat promosi percuma menerangkan dasar perjuangan PKR. Lagipun mereka berdua masih ragu-ragu berhadapan dengan jutaan rakyat..andai hujah mereka amat mengecewakan rakyat. Anwar punya pengalaman sebagai Menteri Kewangan tahu berapa wang yang masuk ke kantung kerajaan , berapa perbelanjaan , semuanya ada dalam kepala beliau.Itulah ketakutan yang amat jelas pimpinan BN menghadapi Anwar.Anwar , pemimpin realistik , diterima antabangsa , disukai anak muda , tak kira mana golongan.Selamat berdebat Anwar..mereka pasti gentar kerana mereka berbelanja mengikut hawa nafsu...

Monday, July 14, 2008

Larangan Berkumpul Di Parlimen 5 km Radius


Polis telahpun mendapat perintah mahkamah menegah Anwar dan orang ramai menghampiri Parlimen sejauh 5 kilometer. Wah..hebat tindakan bijak pimpinan hadhari mengekang kebangkitan rakyat yang ingin bersama-sama mengetahui perjalanan parlimen.Bukannya ramai rakyat hendak mengikuti perkembangan tersebut memandangkan hari bekerja.
Tindakan seumpama ini bagaikan sebuah negara yang pemimpinnya ketakutan takut gentar menghadapi kenyataan yang bakal terjadi.Mereka sudah menggambarkan kemarahan rakyat yang tak terkawal..itulah ketakutan mereka atas apa yang telah mereka yakni pemimpin telah lakukan terhadap rakyat.Rakyat diperbodohkan dengan segala macam propaganda ajaran barat, mengadun pelbagai cerita karut marut , mengelirukan ajaran Islam , Islam suku politik suku , semuanya itu datang dari pimpinan kerajaan..
Larangan ini menggambarkan pencabulan hak asasi rakyat untuk berkumpul di mana sahaja tanpa menimbulkan apa jua kekacauan.Rakyat akan menilai apa sahaja jua tindakan erajaan untuk menindas hak rakyat..ianya kan diterjemahkan suatu ketika nanti..
Kemudian Pak Lah salahkan Anwar dan rakan-rakan..sebenarnya mereka itu pimpinan BN ketakutan jawatan mereka terbang bersama-sama wang yang banyak...ianya akan dibongkar nanti andai Pakatan memerintah negara ini...

Saturday, July 12, 2008

Samy Vellu Wajib Berundur...

Perhimpunan Agung MIC yang berlaku ketika ini sepatutnya menjadi medan terakhir buat Samy Vellu. Bagaimana mungkin Samy Vellu masih kemaruk , masih sayang kerusi Presidennya walhal rakyat sudahpun memberi isyarat agar beliau berundur..berilah peluang orang muda yang lain..
Buatlah kerja amal ataupun terlibat dalam koperasi Hindu dan sebagainya adalah lebih baik buat Samy.Samy Vellu tidak memberikan contoh terbaik kepada rakyat keseluruhan..dimana kita boleh melihat sikap tamak dan pentingkan diri .
Kita berharap agar perwakilan India menyingkirkan Samy Vellu dari jawatan Presidennya..

Laporan TV3 mengenai MB Kedah Diputar Belitkan..

Ulasan TV3 tempohari kononnya MB Kedah , Ustaz Azizan menggunakan jet untuk program sendir amatlah dikesali. Akhirnya diketahui ianya adalah urusan istana yang hendak dibuat secara cepat.
TV3 dari dahulu sering memaparkan berita yang mencelarukan rakyat. Mereka ini bolehlah digelar pelacur jalanan , menjaja berita yang masih belum lagi diteliti dengan betul.TV3 juga bolehlah dianugerah sebagai media penyebar fitnah..ciri-ciri kemunafikan itu ada pada media ini.
Amat malang bagi kakitangan bersungguh-sungguh ingin menyampaikan berita berkualiti tetapi setelah disunting ianya menjadi suatu berita jahat..
Seharusnya TV3 dinobat sebagai media perosak ummat , menyiarkan rancangan hiburan keterlaluan , rancangan yang menyebabkan anak muda leka , lalai meninggalkan sembahyang..
Rancangan kartun yang selalunya ketika waktu maghrib ini banyak melekakan kanak-kanak yang sewajibnya dididik secara Islam..

Friday, July 11, 2008

Pak Lah Serah Jawatan PM Kepada Najib Jun 2010

Itulah yang telah dinyatakan Pak Lah tempohari baru-baru ini. Mengambil kira dari waktu sekarang hingga Jun 2010 ada kira-kira 2 tahun lagi sebelum peralihan kuasa tersebut.
Menurut percaturan Tengku Razaleigh pengumuman itu amatlah tidak wajar dan sesuai.Mungkin beliau merasakan tempoh ini adalah tempoh yang lama , segalanya boleh berubah.Ramai juga akar umbi merasakan tempoh paling sesuai untuk Pak Lah berundur adalah ketika perhimpunan agong nanti.Samada Pak Lah dilawan ataupun tidak pencalonan dari bahagian amat penting atau menjadi ukuran sejauh mana pemimpin tersebut boleh pergi.
Pada masa ini jawatan Naib Presiden mungkin akan dicuba oleh beberapa tokoh seperti Zahid Hamidi , Hishamuddin , Isa Samad .Mungkin Muhyiddin Yassin juga akan berfikir dua kali samada mengekalkan jawatan Naib ataupun mencuba nasib ke kerusi Timbalan Presiden.
Najib menyatakan sokongan kepada Pak Lah sebagai Presiden , namun jika adanya pencalonan yang banyak untuk beliau pergi ke kerusi Presiden , mungkin segala yang dirancang akan berubah.
Najib juga akan risau reputasi beliau ketika ini , kes Altantuya masih belum selesai maka jika dibiarkan begitu sahaja mungkin Pak Lah akan membenarkan agensi kerajaan berfungsi sebaik mungkin tanpa gangguan beliau , ada kemungkinan reputasinya akan jatuh.
Perlawanan Anwar dan Najib pasti akan memberi kesan yang amat besar antara keduanya.Mana mungkin tiada yang bersalah.
Keputusan Pak Lah melengahkan peralihan kuasa ini ada kaitannya keadaan semasa sekarang.
Pak Lah lebih mengetahui apa yang berlaku namun beliau mungkin bukan jenis yang tak mengenang budi maka permainan ini dibiarkan berlaku.Pada ketika ini beliau sedikit lega , serangan semakin kurang maka beliau merasakan itulah waktu paling afdal Pak Lah lepaskan jawatan.
Orang-orang UMNO memang terkenal dengan lidah bercabangnya , maka Pak Lah juga mewarisi sedikit warisan UMNO itu.Maka ketika ini sesiapapun tidak boleh dipercayai..
Chao ada kerja...

Thursday, July 10, 2008

Abang MB Perak Selar Adiknya Kacang Lupakan Kulit..?

Dalam Utusan Melayu adalah diceritakan kisah diatas..Realitinya memang kacang taka akan ingat kulitnya..tah dibuang ke tong sampah macammana nak ingat.
Apakah alasan beliau mengatakan adiknya MB Perak seperti kacang itu?
Mungkin abangnya merasakan perjuangan Islam adiknya akan luntur hanya kerana dilantik sebagai MB Perak ditambah pula adanya Perjanjian Pangkor ke 2 yang dicanangkan.
Salahkah seorang adik menerima jawatan tersebut andai tiada lagi yang sesuai untuk jawatan tersebut?
Mahukah seorang abang melihat berlakunya lebih besar kerosakan dan kemusnahan dalam pentadbiran Perak?
Mahukah kita melihat lebih banyak wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dengan kuasa MB yang begitu berkuasa sebelum ini?
Apakah menjadi suatu kesalahan adik menerima wang biasiswa andai beliau layak?
Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan meminggirkan golongan susah dan golongan lemah. Sesiapa boleh membuat aduan atau permohonan mengenai apa jua masalah rakyat terus ke MB setiap hari Selasa.
Bukankah itu namanya kerajaan rakyat?
Mengenai Islam memang itu matlamat sesiapa yang beragama Islam untuk menegakkan Islam , cuma adakah anda fikir dengan hanya 6 kerusi adakah anda seorang MB yang amat berkuasa?
Adakah kerana itu PAS harus bergabung dengan UMNO yang mempunyai reputasi putar belitnya?
Tidakkah anda mengingati ketika Kerajaan Kelantan bercadang menjalankan hudud Maharhir sudah memberi amaran..dan menghalang dengan perlembagaan..
Sebagai abang jadilah sebagai abang janganlah bermain politik disebabkan sedikit ganjaran di dunia ini. Abang haruslah berfikir secara ilmiah dan rasional..

Wednesday, July 9, 2008

Blog itu Goblok..

Andai PM , Pak Lah menyifatkan banyak blog membuat fitnah , bagaimana pula surat khabar media nasional yang menyiarkan gambar-gambar pelacur jalanan yang dilanggani oleh Anwar bukan fitnah.
Apakah kerugian yang ditanggung kerajaan akibat pembatalan jambatan bengkok itu fitnah..?
Bagaimana jatuhnya syarikat Malaysia ke tangan asing seperti dilaporkan para blog itu fitnah..?
Janganlah kita menuding jari menunjukkan kesilapan orang lain..kaji dulu apa kelemahan dan kesilapan kita sendiri..baru kita nak serang orang..
Kerajaan sebenarnya mempunyai struktur kakitangan yang tidak peka masalah rakyat..masalah rakyat sering diabaikan..sering lambat diselesaikan..
Apakah luahan rakyat yang seperti saya ini mebawa fitnah kepada kerajaan..?
Adakah kerajaan Hadhari ini merasakan mereka ini betul-betul berkebajikan buat rakyat..?
Apakah kerajaan melambat-lambatkan penghantaran saudara kita tahanan ISA itu yang anaknya sedang nazak itu berita palsu..atau fitnah..?Tolong fikirlah...
Tunggulah laknatullah tiba ..masa tu tak de nak fikir dah..masing-masing buat hal sendiri...
Chao...dulu..

Tuesday, July 8, 2008

Ketua UMNO Cheras Gesa Batal Debat Hal Minyak..

Ketua UMNO Cheras , Syed Ali Al-Habshee menggesa Menteri Penerangan agar batalkan debat minyak bukanlah mengelak atau ianya akan menjahanamkan orang Melayu , cuma ia akan menjahanamkan UMNO itu sendiri. Niat Menteri Penerangan itu baik dan molek , cumanya ia berada dalam suatu kelompok yang memang banyak kerosakan. Apakah tindakannya itu (Menteri Penerangan) dapat mengembalikan kepercayaan orang-orang Melayu bahawa media nasional negara ini sudah berada di landasan yang betul ?
Cadangan Ahmad Shabery itu adalah cadangan ikhlas pemimpin UMNO itu , namun bukanlah kesemua pemimpin UMNO seberani Ahmad Shabery ini. Ramai kalangan mereka yang hanya menjadi penyeri majlis , perasmi majlis , pengarah itu dan ini , tetapi bila diajak majlis debat , majlis pemikiran maka ramailah kalangannya menolak dengan alasan sibuk menguruskan negara.
Ketika negara dipimpin solid BN maka tiada bunyi atau suara rakyat yang merintih keresahan hampir tiada kedengaran, semuanya molek-molek belaka. Tiada masalah perpecahan bangsa Melayu , tidak ada perpecahan ummah , tiada bunyi kedengaran Melayu mundur dan sebagainya.
Ketika BN tinggal separuh hidup separuh mati ketika itulah slogan Melayu Lemah , Melayu sudah Berpecah , Tiada penyatuan ummah dan pelbagai cerita muncul.Apakah itu hanya rancangan propaganda jahat pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa mereka? Ketika merewka yakni BN memerintah , pelbagai kerosakan telah dilakukan , pemberian tanah sewenangnya diberikan bukan kepada yang hak , bantuan melebihi kepada kroni , perancangan pembangunan bangsa Melayu yang telah dibuat selama hampir 50 tahun namun kurang hasil yang membanggakan. Pencapaian koata ekuiti dan pegangan orang Melayu masih lagi sukar dicapai.
UMNO memerlukan pemimpin yang dapat membuat perubahan demi perubahan agar ianya berpaksi kepada memberi khidmat dan penyelesai segala permasalahan ummat Melayu. Pemimpin Melayu UMNO mestilah menjadi pemimpin yang ikhlas memperjuangkan kepentingan bangsa , memperjuangkan Islam sebagai cara hidup , turun ke bawah melihat kesusahan rakyat , bantu si miskin dan lain-lain lagi. Pemimpin UMNO tidak boleh hanya membiarkan masalah rakyat kepada agensi-agensi kerajaan semata-mata.YB bukanlah hanya petah berhujah di Dewan Rakyat , tapi beliau boleh berkira-kira dengan rakyat bawahan.

Saturday, July 5, 2008

Bala Menarik Balik Akuan Bersumpah

Memang rakyat diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan kenyataan baru Mr Bala , bekas Pegawai Cawangan Khas Polis , kini penyiasat persendirian , yang menafikan akuan bersumpah pertamanya.
Islam ada kaedahnya sepertimana kata Mufti Asri , Mufti Harussani dan juga Tuan Guru Nik Aziz perlulah kita menggunakannya.Takkan nak tengok je masalah itu memeningkan rakyat.Selaku negara Islam Hadhari kerajaan perlu melihat kaedah Islam dalam menyelesaikan masalah rumit.
Panggil mengadap kedua-dua insan terlibat , siarkan secara langsung ke seluruh negara ,disaksikan Mufti-mufti dan rakyat akan melihat sumpah mereka berdasarkan Al Quran.Kes ini mudah kerana kedua-dua yang terbabit beragama Islam.
Kerajaan mungkin akan membiarkan kes ini polis menentukan maka kuranglah polis digunakan untuk menjaga hal jenayah yang lain.Maka berseronoklah penjenayah lain kerana polis sibuk mencari petunjuk dan kaedah mengatasi permasalahan politik.Ketika ini mungkin penjenayah akan kembali mencari mangsa untuk diculik, dirogol , pesta seks , penagihan dadah , seludup pembunuhan, ragut dan bermacam jenayah yang lain.
Perbuatan Bala ini juga dikira jenayah memalsukan akuan bersumpah , mana satu yang benar-benar sumpah.Ketika inilah Suruhanjaya perlu dibentuk lagi , kaedah menghabiskan wang rakyat.Rakyat juga mangsa terakhirnya.Kenaikan minyak yang sungguh dahsyat menyebabkan kenaikan harga barang keperluan.

Friday, July 4, 2008

Pengakuan Sumpah Bala, Penyiasat Persendirian Razak Baginda , Bekas Polis Cawangan Khas..

Berita ini bukanlah sesuatu mengejutkan semua pihak. Banyak pihak dapat mengagak rentetan peristiwa yang berlaku. Ketika DSAI difitnah sekitar tahun 97/98 aku banyak juga bertegang urat dengan ketua cawangan UMNO di kampung ketika itu , telah aku tegaskan semua itu adalah fitnah tetapi mereka semua betul-betul mempertahankan fitnah itu. Ketika itu DSA dituduh menggelapkan wang ratusan juta , juga hingga kini tiada lagi beritanya. Gambaran ramai pelacur di dalam media haprak juga masih lagi aku ingati, kesemua perempuan itu habis disapu oleh kontol DSAI..cerita media haprak.Mujur Ezam dan Azmin tak kena balas punggung pulak, mereka lebih tahu dan kenal DSAI.Setelah kejadian itu UMNO sudah nampak kebusukan hatinya didalam mengejar kemewahan duniawi ini. Pertelingkahan mengurus negara menjadi rebutan semua pihak.
Semua pihak mendakwa bijak dan bagus di dalam menguruskan jutaan ..bilion wong negara. Ramai juga kecundang dek rasuah tak tertahan godaaan menjadi jutawan singkat ..bilionaire singkat tanpa memikirkan rakyat bawahan.Kerajaan sudah mempertahankan golongan kapitalis menindas rakyat bawahan secara terhormat menggunakan segala peraturan terancang.
Tiada lagi pemimpin memperjuangkan rakyat secara ikhlas tanpa mendapat habuan untuk dirinya.
Namun kepimpinan TGNA amat memukau pada pandangan saya.Nik Aziz mengotakan apa yang beliau perkatakan.Itulah kelebihan Nik Aziz dalam mentadbir Kelantan, tiada goyang imannya terhadap kemewahan duniawi.Gaya kepimpinan pimpinan PAS amat menarik hati..dunia dipacu menurut iman dan akhlak.PAS mempunyai keikhlasan yang lebih dalam mentadbir negeri dibandingkan parti yang lain.Walau hakikat kepelbagain bangsa penduduk negara ini , namun PAS dalam realiti menghadapi sedikit kesukaran akibat salah tanggapan masyarakat terhadap Islam itu sendiri.Harapan agar PAS tetap istiqamah membela rakyat marhaen diteruskan.
Cerita mula tadi berkisar kes Altantuya..itulah dunia penuh kemewahan..penuh komisen..penuh putar belit..putar alam..memang siputar alam kalau nak mengeluarkan patah perkataan ayat Al Quran akan jadi jangkaldan serba tak kena. Sesiapa yang ada skandalnya ataupun maksiatnya mana mungkin boleh menjaja perkataan Islam dibibir..silap haribulan terbongkar juga.Masa menentukan.Teringat kes Anwar dulu , aku jadi fobia melihat pakaian seragam pihak tertentu..jadi jijik..menjijikkan..yang jijik juga jadi ketua akibat pengorbanan besar kononnya untuk kepentingan negara..kononnya negara asing akan menjajah..itulah alasan dangkal dan keji puak pemerintah untuk mempertahankan kuasa.Betul kata orang politik itu kotor..banyak dikotori oleh insan-insan seperti yang kita lihat ini.Memualkan..menjijikkan..
Namun sekarang maklumat boleh dipetik dijari..carilah maklumat dari mana-manapun..analisalah sendiri..pihak barat tak semuanya keji..pihak timur juga banyak skandal memualkan..

Wednesday, July 2, 2008

Melihat Kelibat Ezam ..di TV3

Malam tadi ketika berita perdana TV3 kelihatan kelibat Ezam Mohd Nor , mantan Ketua Pemuda Keadilan menghantar laporan salahlaku ataupun salahguna kuasa kepada BPR. Tahniah Ezam , anda masih lagi berani berkata benar walau dimana anda berada. Itulah hakikat perjuangan yang sebenarnya.Salahguna kepala surat kerajaan pun boleh disiasat dan dicungkil oleh Ezam apatah lagi salahlaku tadbir yang lebih besar lagi boleh dikorek. Ezam ketika ini berada di pihak UMNO , maka lebih mudahlah beliau menyelongkar rahsia dan salahguna kuasa yang berlaku dalam BN.
Rakyat akan bersabar dan menunggu rahsia kerajaan yang dengarnya 6 atau 7 kotak masih lagi dibongkar dan diumumkan oleh Ezam. Mungkin Ezam ingin menambahbaikan laporan rasuah terdahulu yang bakal menggegar politik Malaysia ini. Rakyat ingin mengetahui bagaimana salahlaku penggunaan wang badan kebajikan yang dipengerusikan oleh isteri Khir Toyo , bagaimana pengurusan PKTZ yang dikhabarkan 4 bilion wang rakyat , dan pelbagai salahlaku pemimpin BN yang dilakukan oleh mereka. Ezam punya tugas yang amat berat untuk menyungkil salahguna kuasa ini agar kebenaran terserlah nanti. Syabas Ezam..teruskan perjuanganmu...

Rancangan Menguburkan Dir Sendiri..

Ketika peristiwa DSAI difitnah oleh puak pemerintah tahun 1998 , rakyat bangun melaungkan reformasi. Rentetan peristiwa itulah pengaruh barisan kerajaan dalam penantian menjadi semakin hebat dan anggun. BN perlu memikirkan dan muhasabah diri atas apa yang berlaku. Persaingan politik secara sihat adalah digalakkan dalam negara demokrasi namun apabila pendekatan politik kotor dan zalim akhirnya membawa padah. Pilihanraya 1999 menyaksikan PAS diterima hampir seluruh negara.Tiada lagi calon barisan alternatif yang kehilangan wang deposit pilihanraya. Ini menunjukkan bahawa rakyat menolah sama sekali permainan politik kejam dan tak berperikemanusiaan. Inilah natijahnya yang diterima oleh BN. Mulai saat itu barisan alternatif telah mengubah lanskap politik tanahair. Begitu ramai orang muda yang dahulunya hanya memikirkan mencari sesuap nasi dan kehidupan , kini peka terhadap politik tanahair. Setelah era itu rakyat mahu tahu urus tadbir kerajaan, rakyat mahu tahu kemana wang cukai mereka dibelanjakan. Itulah rahmatnya kejadiaan yang menimpa DSAI ketika itu. Pengorbanan beliau pastinya akan dikenang menjadi suatu sejarah perjuangan bangsa.
Kini drama kali kedua cuba dimainkan oleh pihak yang berkepentingan.Siapa pihak yang berkepentingan dalam hal ini? Musuh-musuh politik DSAI tidak pernah memikirkan kesan perbuatan terkutuk dan keji ini. Mereka itu memang tidak akan terfikir kerana sekalipun pemikiran mereka melampaui ke Oxford namun di sana masih ada yang Maha Esa. Rancanglah kamu semua apa jua rancangan kamu , Maka sesungguhnya Allahlah yang terbaik perancanganNya. Kita manusia biasa memang adalah insan yang lupa, bukan hanya Mahathir mengatakan Melayu mudah lupa, hakikat kemanusiaan itu memang pelupa. Itulah Quran diturunkan untuk memberi ingatan dan iktibar yang langsung dari yang Maha Esa.
Kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato Abdulah Ahmad Badawi wajib menangani masalah pertuduhan DSAI ini dengan hikmah dan bijaksana. Ketika ini anda yang berkuasa di atas bumi Malaysia diberi pertanggungjawaban yang amat besar agar keadilan dicapai untuk semua pihak.
Jangan ulangi kesilapan pihak terdahulu yang akan mengakibatkan kerosakan lebih besar buat BN.Keputusan anda hari ini menentukan PRU 13 nanti. Silap keputusan anda BN akan pupus. Nasihat ini bukanlah untuk memenangkan BN , tetapi sekiranya BN masih mahu lagi merancakkan sistem demokrasi negara ini secara gentleman dan bersih maka buatlah yang terbaik Pak Lah. Keputusan ditangan anda.

National Geographic POD