Saturday, August 30, 2008

Belanjawan Rakyat..Terimakasih..Tapi..?

Terimakasih belanjawan yang dibentang oleh PM , kerajaan Be End bolehlah dikatakan memberi sedikit kelegaan pada rakyat. Saya tidaklah mahu memperincikan butiran belanjawan tersebut.Cuma kita perlu menghalusi mengapa belanjawan sebegini ketika waktu ini berlaku walaupun masih tidak memuaskan tapi adalah sedikit kelegaan. Rakyat perlu berfikir belanjawan ini dibentang sebegini rupa atas pengorbanan dan perjuangan.
Bagaimana jika berlakunya perkara dibawah:

ANDAI PAKATAN RAKYAT TIDAK MEMENANGI 5 + 1 NEGERI BAGAIMANA?

ANDAI TIADANYA DESAKAN RAKYAT MELALUI BERSIH ?

ANDAI TIADANYA DEMO TURUN HARGA MINYAK ?

ANDAI DATO SERI ANWAR KALAH ?

ANDAI UMNO MENANG BANYAK KERUSI PARLIMEN ?

Apakah kerajaan Be End akan mengemukakan belanjawan begini jika perkara diatas tidak berlaku..bagaimana?

Friday, August 29, 2008

Blog Malaysia Today Dikuburkan Oleh Kerajaan..

Blog RPK , Malaysia Today sah sudah dikuburkan jam 6 p.m 26 Ogos 2008 adalah salah satu kerja murni kerajaan Be End yang akan tumbang . Kekalutan kerajaan Be End terhadap blogger yang memberikan maklumat lebih tepat , bernas menunjukkan kerajaan Be End sampai kiamat pun tidak membenarkan maklumat - maklumat tepat sampai kepada rakyat seluruhnya. Kerajaan menggunakan pelbagai alasan menidakkan para blogger menyampaikan maklumat betul seperti mana pengakuan bersumpah oleh Bala , pengakuan bersumpah Dr Mohd Osman , dan pelbagai pengakuan bersumpah kerana apabila kebenaran dinyatakan kerajaan Be End tidak dapat menjawab segala pertuduhan tersebut.
Rakyat seluruhnya telah dengan mudah mendapat maklumat yang dikongsi bersama menyukarkan kerajaan untuk membendungnya. Akibatnya kerajaan menjadi betul-betul terpaksa bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat. Pimpinan kerajaan sebenarnya ingin menjadikan tugas dan amanah adalah alat untuk memanfaatkan peluang yang ada untuk menimbun harta buat kroni dan keluarga.
Amat malang buat rakyat Malaysia akibat penutupan blog ini. Harapan kita agar lebih banyak blog yang mendedahkan kebenaran walaupun ianya pahit agar ia menjadi ubat buat kita untuk terus maju tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Wednesday, August 27, 2008

Apa Pengisian Malam Kemerdekaan / Malam Melihat Anak Bulan Ramadan..?

Bagaimana Malaysia Hadhari yang mendakwa mengamalkan Islam Hadhari mengisi malam ulangtahun Hari Kemerdekaan ke 51 yang jatuh tanggal bersamaan tarikh melihat anak bulan Ramadan pada malamnya?
Apakah setelah usia kemerdekaan ke 51 kita , Malaysia masih lagi terikut-ikut budaya barat yang jauh menyimpang ajaran Islam Hadhari yang dianuti. Malam kemerdekaan yang seperti kebiasaannya diingati dengan pelbagai konsert dan nyanyian yang langsung terkeluar dari norma masyarakat Timur dan Islam , masih lagi diamalkan oleh negara kita beberapa tahun dahulu.
Tahun ini sambutannya seiring menyambut bulan Ramadan. Kita nantikan bagaimana kerajaan Malaysia yang hadhari menyambutnya?

Konsert Avril Pembuka Ramadan ...Suatu Kebiadapan Hadhari..



Konsert Avril telahpun dibatalkan namun ianya diluluskan oleh kabinet kembali menunjukkan suatu sikap biadap kurang ajar anggota kabinet Islam Hadhari Malaysia ini. Konsert ini dijangka dihidangkan selang dua hari sebelum Ramadan. Ketika bulan Syaaban yang mulia ini kita negara yang menggelarkan negara Islam meluluskan Konsert Avril.
Kemana perginya barisan Mufti , barisan ulama yang ingin menegur perlakuan kabinet ini..sesungguhnya inilah akhir zaman ..tiadanya ulama yang betul-betul menjadi ikutan yang menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bertahun-tahun pergi ke luar negara mendalami ilmu agama perkara konsert ini pun tak boleh ditegur. Inilah yang menyebabkan institusi ulama tidak lagi dihormati kerana mereka ini hanyalah berani menegur perkara mungkar.
Mereka sering memperkatakan perkara kebaikan dan menyuruh perkara kebaikan namun ketika datang kerosakan dan kemungkaran ulama diamkan diri walhal gabungan ayat Al Quran , kata-kata Allah menggabungkan kedua-dua perkara yakni menyuruh kebaikan menegah kemungkaran.
Mungkin mufti Malaysia ini keseluruhannya menghalalkan Konsert Avril ini berpijak di bumi Malaysia ini..tambahan pula ketika permualaan awal Ramadan ,moga-moga aku terselamat dari bala Mu Ya Allah sekadar perkatan inilah yang boleh ku ungkapkan buat pemerintah Be End.

Anwar Menang Bergaya...


Syabas Datuk Seri Anwar telahpun memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan majoriti melebihi 15 ribu. Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat dalam menghadapi pelbagai isu yang tiada kebenarannya , dalam keadaan demokrasi yang diamalkan tidak seimbang , situasi ekonomi tidak menentu , pasaran saham semakin menurun , dalam keadaan propaganda media yang hebat
Kemenangan ini menggambarkan pemikiran rakyat lebih cerdik dan terbuka dalam sesuatu isu.
Rakyat tidak boleh lagi dihuru-harakan dengan omongan kosong , berita tak benar ataupun isu yang tidak berpijak di bumi nyata. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar adalah suatu pakatan yang membebaskan rakyat daripada belengu pemikiran sempit , memberikan rakyat kebebasan berfikir secara beradab , memberikan ruang untuk menyatakan suatu keluhan atau rintihan , membebaskan kerajaan dari unsur rasuah , ketidaktelusan pentadbiran , memberikan kesaksamaan dan keadilan mengikut ruang perlembagaan negara .
Syabas Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Tuesday, August 26, 2008

SPR Benteng Terakhir Be End

SPR memang dari sejak sekian lama pasti berdolak dalih mengenai penggunaan dakwat celup jari.
SPR adalah benteng terakhir buat Be End untuk hidup. Ketika PRU 12 dulu mereka bersungguh-sungguh mengerah bala pengundi hantu menyerang Trengganu dan Kelantan namun bukan semuanya menjadi. Janganlah kita melupakan bagaimana peperangan yang dihadapi kaum Muslimin , peperangan Muktah bilangan kaum Muslimin hanyalah sekitar 3,000 orang manakala pihak musuh pula berjumlah sekitar 200,000 orang , kaum Muslimin dapat juga merobek musuh Islam sehinggakan mereka bertempiaran lari dari medan perang. Kaum Muslimin berperang kerana Allah semata-mata bukanlah mengharapkan kebendaan yang diimpikan. Roh semangat perjuangan inilah yang diperlukan oleh kita menghadapi musuh.
Daftar pengundi yang tidak betul adalah senjata ampuh yang boleh digunakan serampang dua mata. Andai Anwar menang ianya akan dibuat petisyen yang akan cuba menggagalkan kemenangan Anwar. Jika Anwar kalah itulah yang dikehendaki. Sesungguhnya SPR ini ibarat sekelompok manusia yang bertopengkan iblis , apa niat mereka memberikan daftar pengundi yang tidak betul menunjukkan mereka ini tiada prinsip hidup.
SPR juga pasti tidak membenarkan penggunaan celup dakwat kerana penggunaanya akan mengakibatkan Be End terkubur mampus.

Monday, August 25, 2008

Mengapa Rakyat Tidak Kibar Bendera?

Ianya suatu persoalan menarik buat pengetahuan semua. Mengapa walaupun masa semakin suntuk menjelang ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke 51 namun rakyat menunjukkan suatu fenomena baru dimana kibaran bendera tiada kelihatan , amat jarang berlaku dalam seratus kereta yang dilihat untuk mendapatkan satu kenderaan memasang bendera amatlah sukar.
Fenomena luarbiasa ini tidak pernah berlaku sebelum ini amatlah memeningkan pimpinan kerajaan Be End. Rakyat tidak merasakan suatu kegembiraan untuk merayakan ulangtahun Hari Kemerdekaan. Kerajaan perlu menilai kembali dasar-dasr yang dikenakan keatas rakyat. Rakyat seolah-olah ingin meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan dengan pemboikotan yang tak pernah dirancang oleh mana-mana pihak. Keseragaman pemboikotan inilah yang amat menarik untuk dinilai persepsi rakyat terhadap kerajaan. Kalaulah gambaran yang tidak mengibarkan bendera itu adalah suara pembangkang maka amatlah malang buat kerajaan hari ini. Rakyat seolah-olah mengatakan bahawa kami lebih bijak , kamu jangan cuba perbodohkan rakyat dengan segala macam propaganda yang kamu semua ciptakan buat rakyat. Kibaran benderalah sahaja cara mudah buat rakyat untuk menunjukkan protes mereka kepada kerajaan Be End. Cara-cara yang lain dari itu dirasakan akan memberi kesan negatif buat rakyat tersebut keran negara ini negara polis. Ketika pilihanraya di Permatang Pauh semakin dekat maka semakin ramai polis dikerah ke sana menggambarkan negara ini negara polis...

Friday, August 22, 2008

Konspirasi Derma Menjadi Rasuah....

Memang kalau difikirkan memang dalam kes ini , kes rasuah mungkin boleh bocor juga pertahanan PKR nampak logik , pandai jugak depa ni . Semuanya ini adalah perancangan BPR yang memang berbulu dengan kerajaan Pakatan Rakyat.
Sila klik Sini
Perancangan mereka ini adalah dalam pengetahuan Allah , mereka ini tak serik-serik lagi nak menipu sebabnya Allah belum lagi memberi cash kepada insan durjana.

BPR Mesti Adil Jika Tidak Ada GanjaranNya Nanti

BPR dalam membuat siasatan kerja perlu bebas dari unsur politik. BPR wajib bertindak menurut lunas undang-undang. BPR adalah singkatan Badan Pencegah Rasuah maka sebagai badan tersebut mereka perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka kerjakan itu. Tanggungjawab itu akan dipersoalkan di akhirat nanti. Allah pasti akan memberi ganjaran setimpal dengan usaha tangan-tangan mereka. Syabas BPR kerana walaupun Pakatan Rakyat baru sahaja memerintah sudat dapat mencium bau perbuatan jijik rasuah. Andai BPR benar maka hukumlah mereka yang bersalah. Namun jika percaturan ini hanyalah mainan mereka tunggulah pertolongan Allah untuk orang-orang yang dizalimi. Doa adalah senjata mukmin , orang-orang yang dizalimi doanya termakbul oleh Allah , tiada hijab antara mereka yakni orang dizalimi dengan Allah. Oleh itu janganlah Pakatan Rakyat bersedih atas apa pun yang berlaku , pasrah kepada Allah , berhati-hati dalam tindakan.

Wednesday, August 20, 2008

Perjuangan Politik PAS Tak Lari Dari Sirah Rasullullah S.A.W.

Perjuangan politik PAS , apabila dikaji dan diteliti , maka rumusan buat setakat hari ini banyak bersandarkan kepada Sirah Rasullullah S.A.W. Kita boleh lihat tatkala Perang Al Ahzab yang mulanya dicetuskan oleh suatu puak Yahudi yang mempengaruhi puak Yahudi yang lain , Bani Quraizah yang memeterai perjanjian dengan kerajaan Madinah telah mengingkari perjanjian seterusnya membentuk barisan Al Ahzab termasuk kafir Quraisy. Sebelumnya itu orang-orang Yahudi ini , Bani Quraizah hidup aman dan damai di bawah naungan pimpinan Rasullullah namun akibat tawaran pihak Quraisy dan pujukan puak Yahudi yang lain , yang tidak mendapat keistimewaan perjanjian dengan Rasullullah akhirnya tidak langsung memberi keuntungan kepada mereka.
Pakatan Rakyat yang baru sahaja bermula tidak menampakkan keingkaran pihak lain maka sewajibnya PAS tetap istiqamah dengan perjuangan yang boleh mendatangkan keuntungan untuk semua ummat tak kira bangsa apa. Maka PAS sememangnya suatu gerakan Islam yang mengikuti Sirah perjuangan Rasullullah. PAS tetap komited bahawa Islamlah yang dapat memberikan keadilan segajat untuk semua ummat.

Monday, August 18, 2008

Rakyat Mesti Sokong DSAI Untuk Perubahan..

Datuk Seri Anwar telahpun melepasi pencalonan sebagai salah seorang calon Permatang Pauh.
Tindakan PKR meletakkan Dr Mansor sebagai calon simpanan adalah strategi yang baik. Sesudah DSAI disahkan sebagai calon maka Dr Mansor bertindak menarik diri.
Syabas PKR..
Rakyat Permatang Pauh khususnya haruslah menyedari bahawa Datuk Seri Anwar diperlukan untuk ke parlimen secepat yang mungkin agar segala perancangan mengambilalih negara ini secara teratur dapat dibuat . Datuk Seri Anwar bukanlah asing bagi kalangan semua ahli parlimen baik Be End ataupun Pakatan Rakyat. Beliau mempunyai karisma kepimpinan yang disegani kawan dan lawan. Ketika beliau masih bersama Be End dahulu banyak sekali keputusan yang beliau buat lebih 'toleran' dan 'berperikemanusiaan' terhadap rakyat. Perjuangan beliau melalui UMNO suatu ketika dirasakan amat bertepatan sehinggakan tunggu seketika lagi beliau adalah orang nombor satu negara. Namun takdir Allah menentukan beliau dijatuhkan secara yang tidak bermaruah. Adalah hikmah yang perlu dipelajari atas kesilapan yang telah kita lakukan. Kini Anwar akan turun sebagai pejuang yang akan memperjuangkan rakyat , baik Melayu , Cina ataupun India. Janji beliau andai menjadi PM maka esoknya harga minyak akan turun. Beliau lebih arif dengan pengalaman sebagai Menteri Kewangan ketika zaman Mahathir dahulu sudah cukup tahu selok belok bagaimana mentadbir negara secara lebih berjimat dan berkebajikan. Fitnah sodomi sepatutnya tidak menjadi isu lagi dengan pendedahan pelbagai pihak termasuk Dr Mohd Osman , kita harus akur semuanya adalah fitnah jahat semata-mata.
Be End ketakutan kerana dengan berlakunya peralihan kuasa mereka tidak boleh lagi merompak hasil mahsul negara ini secara terhormat.
Rakyat Permatang Pauh perlu memberi mesej jelas kepada kerajaan dengan memberikan kelebihan undi majoriti kepada Anwar sekitar 20,000 undi. Moga rakyat Permatang Pauh akan diingati antara rakyat yang betul-betul bijak menghadapi propaganda media , propaganda kerajaan , ugutan dan segala macam serangan pemikiran sepertimana rakyat Kelantan yang sudah teruji sejak dulu...

Friday, August 15, 2008

Rakyat Perak Kempunan Dengar Khutbah Jumaat TGNA , TGHH...apa boleh buat...?

Gambar dari bharian online
TV3 melaporkan Raja Nazrin memberi perkenan TGNA dan TGHH menyampaikan khutbah Jumaat...sehari kemudian dilapor juga Raja Nazrin tidak memberi perkenan baginda untuk perkara tersebut. Maka kempunanlah seluruh rakyat Perak untuk mendengar khutbah Jumaat atas alasan mimbar tidak boleh terlibat dengan politik kepartian. Begitulah ceritanya.
Islam adalah agama menyeluruh segala sistem aspek kehidupan ...itulah cerita ilmu yang dipelajari turun temurun. Tiada satu bab pun Islam itu tertinggal bahkan jika ingin membuang hadas kecil sekalipun ada adab-adabnya. Syumulnya Islam begitulah.
Allah ada berfirman ...
"Pada hari ini aku sempurnakan bagi kamu semua agama kamu ....." rujuklah kitab Al Quran yang selalunya kita letak tinggi-tinggi sehinggakan tak sempat nak membacanya. apatah lagi mengamalkannya.
Selamat bermuktamar rakan-rakan , semoga segala perbahasan itu mematangkan dan memajukan ummah sekelian. Gembira juga bertemu rakan lama , Saudara Sofi begitu juga Saudara Wa walaupun sekadar sejam sudah cukup mengimbau kenangan lama di kampus .....memikirkan mereka rasa terharu juga komitednya sesetengah kalangan sahabat walhal yang lain sekadar jeling jelingan secara jauh , sokongan pula bermusim , mereka masih komited seperti dulu-dulu..terasa kerdilnya diri...Syabas sahabat-sahabatku yang masih gagah dan berani seperti dulu..merekalah pejuang agama dan bangsa yang sebenarnya....

Thursday, August 14, 2008

Zulkifli Nordin akan Dikenakan Tindakan oleh Pakatan Rakyat Atas Perjuangannya..?

Pakatan Rakyat tidak boleh terburu-buru dalam tindakan yang bakal mengeruhkan keadaan. Tindakan YB Zulkifli Nordin mempertahankan tindakan demo beliau adalah prinsip seorang Muslim yang tidak mahu adanya kekeliruan yang akan berlaku ketika forum itu nanti. Adakah forum itu memberikan maklumat jelas tepat dan sebenar mengenai Islam..itulah yang diragui..?
Tindakan YB Zulkifli Nordin adalah menjadi tanggungjawab beliau sebagai seorang Muslim. Adakah panelis forum tersebut memahami Islam itu dengan sebenarnya..jika tidak pasti kekaburan dan kesilapan yang akan dihidangkan kepada masyarakat.
Pakatan Rakyat perlu menumpukan usaha perpaduan di kalangan anggota sesama mereka , bagi saya hal seperti ini perlu diperhalusi dengan semua komponen Pakatan Rakyat , bukan semata-mata dari DAP ataupun individu yang kononya memperjuangkan hak asasi.
Tindakan YB Zul dan rakan-rakan adalah contoh mereka yang ikhlas berjuang tanpa mengira kedudukan mereka.

Tuesday, August 12, 2008

Cadangan UITM 'Dibuka Untuk Semua' Perlu Kaji...

Ura-ura agar UITM dibuka cadangan Tan Sri Khalid , MB Selangor perlulah dikaji dengan teliti dan cermat.Andai atas nama keadilan semuanya hendak dibuka kepada semua kaum maka pemahamannya adalah suatu kesilapan besar. Adilnya Islam itu terletak pada pelbagai sudut. Kalaulah seseorang itu beristeri dua , seorang kurus dan seorang gemuk , masakan adil jika membuat pakaian kedua-duanya menerima ukuran meter yang sama untuk membuat sepasang baju , bagi yang gemuk ia memerlukan 4.5 meter dan bagi yang kurus pula 3 meter sahaja.
Terbukanya UITM tatkala kaum Melayu masih lagi ketinggalan akan menyebabkan berlakunya perbezaan ketara antara kaum. Sebagai contoh kita lihat perniagaan besar kaum Cina , selalunya kaum lain sukar bersaing disebabkan mereka telah lama menguasai bidang tersebut , dengan rangkaiannya yang dapat menyaingi harga seterusnya menguasai pasaran. Lama kelamaan ekuiti orang Melayu akan ketinggalan jua walaupun ramai yang berniaga sekadar lepas di leher sahaja.
Nak katakan orang Melayu tolong Melayu sukar juga ketika mana barangan yang dijual jika harganya tinggi siapapun tak mahu membelinya. Persaingan sektor peruncitan amatlah mencabar dimana persaingan harga begitu hebat tetapi kerajaan cuma membiarkan perkara ini berlaku sahaja tanpa berbuat apa-apa ataupun mereka juga tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikannya. Dunia peruncitan memang amat mencabar buat peniaga kecil yang berhadapan dengan kewujudan hypermarket dan pelbagai jenis cara perniagaan yang kadangkala menyebabkan terpinggirnya peniaga kecil.
Relevannya isu ini kerana pimpinan Pakatan Rakyat merasakan bahawa orang Melayu sudah kuat berdasarkan statistik yang berniaga walhal pendapatan mereka yakni peniaga Melayu tak seberapa dibandingkan peniaga bukan Melayu.

Monday, August 11, 2008

Forum 'Memeluk Islam ' Dihentikan..

Syabas rakan-rakan yang sanggup berdepan dengan kesusahan dan rintangan sama-sama menuntut agar Majlis Peguam menghentikan forum yang hanya akan mengelirukan bukan Islam andai ingin memeluk Islam. Perkara ini sepatutnya dibincangkan dengan pertubuhan Islam , majlis agama ataupun JAKIM bukannya menganjurkan forum secara terbuka. Majlis Peguam badan profesional sepatutnya lebih arif mengenai hal ehwal agama Islam maka kami tanpa mengira fahaman politik kepartian menyokong kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri , Datuk Zahid Hamidi agar Majlis Peguam berhati-hati dalam tindakan , apa-apahal berkaitan rujuklah jabatan kerajaan dahulu. Kita mengharapkan agar Majlis Peguam perlu tahu bahawa masyarakat Melayu Islam tidak mahu campurtangan Majlis Peguam dalam hal ehwal agama Islam. Perkara berkaitan Islam hanya orang-orang Islam sahaja yang boleh membincangkannya.

Friday, August 8, 2008

Pengendalian SPR Perlu Telus Demi Maruah Negara..

Pilihanraya kecil Permatang Pauh pasti akan dilihat perjalanannya seluruh negara bahkan seluruh dunia. Maka SPR dalam proses refoemasi agar badan ini bersih daripada kekotoran perlu menunjukkan ia betul-betul serius menangani masalah berbangkit sebelum ini.
Daftar pemilih mestilah bersih dengan hanya orang-orang yang berdaftar hidup sahaja dibenarkan mengundi. Dengan peralatan yang canggih sebenarnya SPR boleh membuat daftar ini betul-betul bersih dengan membuat jaringan dengan Pejabat Pendaftaran Negara serta pengubalan undang-undang yang membenarkan pemansuhan orang-orang mati dengan serta merta.
SPR perlu memantau agar tiada berlaku penyelewengan kad pengenalan , peras ugut pengundi ,
pengundian berkali-kali dan sebagainya. Ketika ini wajarlah digunakan dakwat celup khas yang diimport berjuta wang rakyat. Kalau tidak digunakan bila lagi? Ataupun SPR sengaja membazir wang rakyat tersebut..?Pembaziran sebegini rupa bukan penyelewengan? Rakyat setiap hari berhadapan masalah hidup akibat kenaikan kos sarahidup akibat kenaikan harga minyak tetapi kerajaan tiada pula berjimat cermat. Salahkah rakyat menyedarkan kerajaan agar berbelanja berhemah , bukankah negara kita Islam Hadhari mengamalkan Islam dalam kehidupan? Islam mengajar kita agar tidak boros , membazir , pembaziran itu amalan syaitan..

Thursday, August 7, 2008

Dakwaan Keatas DSAI Propaganda Jahat Be End

Tatkala ini DSAI telahpun bebas diikat jamin dengan bon RM 20,000.00 sementara menunggu September ini untuk tarikh perbicaraan ini. Pada hemat Be End dengan dakwaan ini rakyat akan sangsi dan curiga mengenai akhlak DSAI . Dakwaan ini memang salah satu cara untuk mengurangkan pengaruh DSAI walaupun pada dasarnya pendakwaan itu kekurangan bukti.Be End menyangkakan dengan dakwaan sebegini prestasi DSAI akan menurun amatlah cetek. Be End memang sudah memikirkan cara helah yang lain namun ianya tidak mungkin berhasil , ini sahajalah cara yang dikira terbaik. Berita terbaru ada diterima kemungkinan satu lagi calon selain UMNO akan berentap di sini dengan harapan berlaku pemecahan undi. Taktik ini berhasil apabila kawasan Parlimen Kuala Trengganu , Mat Sabu berjaya dikalahkan dengan bilangan undi yang tipis pada PRU 12 tempohari.
Rakyat perlu jelas bahawa Be End bukanlah semudah itu menjadi lunak , baik , mesra rakyat, mahu bermuzakarah , bermuqabalah andai kata PRU12 lalu mereka menang selesa. Segala pembaikan kosmetik yang dibuatoleh kerajaan seperti badan kehakiman , BPR , kajian penurunan harga minyak , kesemuanya itu tidak akan dinikmati oleh rakyat andai Pakatan Rakyat tiada. Rakyat harus bersyukur ke hadrat Ilahi agar nikmat yang ada ini dikekalkan .
Rakyat perlu menghantar amaran kepada Be End dengan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan penuh gaya dan majoriti yang besar sebagai tanda bakal PM yang ke enam.....

Wednesday, August 6, 2008

Anwar Didakwa Kes Liwat...

Tatkala berita ini ditulis DSAI akan didakwa kes liwat si pembancuh kopi , Saiful Bukhari Azlan.
Tindakan kerajaan ketika ini tidak lain cuba mengabui mata pengundi yang kurang maklumat atau 50/50 terhadap DSAI. Bagi penyokong tegar ianya tiada memberi apa-apa kesan. Nanti bolehlah pihak pelobi Be End , menyerang menggunakan isu liwat ini. Strategi ini perlu untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap DSAI . Orang kampung bila dengar sahaja pergi mahkamah kebiasaannya mereka merasakan orang tertuduh itu mungkin ada kesalahannya , itulah pandangan mereka. Tambahan pula bilangan pengundi Melayu di Permatang Pauh sekitar 62 %. Adanya pertuduhan maka sekurang-kurangnya pengundi Melayu akan lebih terpengaruh.
Sokongan pengundi Cina dan India bagi Permatang Pauh lebih memihak kepada DSAI .Bagi pengundi Melayu , mereka lebih terdedah kepada pembohongan media , propaganda media , maklumat tepat dan betul seringkali tidak sampai kepada mereka. Spr telahpun membuat keputusan hari penamaan calon 16 Ogos dan hari pengundian 26 Ogos.
Ketika ini yang penting buat penyokong DSAI agar tidak terbawa-bawa provokasi tak kira samada ketika penamaan calon ataupun hari pengundian.

Harga Minyak Dunia US Dolar 118..

Hari ini harga minyak dunia telah turun mencecah USD 118 , dimana suatu ketika ada mencecah USD140 ...namun kerajaan tidak pula boleh menurunkan harga?
Ketika kenaikannya dahulu satu hari sahaja diperlukan terus pengumuman besoknya harga minyak pasaran Malaysia RM 2.70 tetapi bila turun kerajaan memerlukan berpuluh kali mesyuarat untuk mengkajinya..inilah barisan kabinet perut sendiri...bila kepentingan rakyat maka ianya harus diperhalusi agar takut nanti negara jadi muflis..itulah propaganda jahat Be End yang semakin hampir ajalnya.
Kerajaan memerintah di era globasasi kini perlu sedar tanggungjawab mereka terhadap rakyat agar sukar kerana mereka lebih bermaklumat , jaringan pengetahuan amat tinggi maka jika sesuatu penyelewengan seperti MMR2 berlaku maka ianya perlukan jawapan yang betul dan tepat.Kerajaan hari ini berdepan dengan ledakan maklumat yang mencurah-curah yang menakibatkan kerajaan perlu lebih telus dan betul dalam segala tindakan mereka.

Tuesday, August 5, 2008

Andaian Pakatan Rakyat Memerintah..Bagaimana Kabinet Bayangan Anwar..?

Desus menyatakan MB Selangor ada membuat bayangan kabinet ada dilaporkan oleh Sinar Harian
namun dinafikan oleh Khalid Ibrahim. Pada hemat saya kabinet bayangan Pakatan Rakyat mahu tidak mahu rakyat terpaksa tahu atau ambil tahu bagaimana rupanya kabinet tersebut. Umum mengetahui bahawa Malaysia negara berbilang kaum namun secara tradisinya ianya sebuah negara yang didominasi kaum Melayu. Maka atas dasar itu kaum Melayu mestilah mendapat kuota yang tinggi dalam agihan bayangan kabinet. Pakatan Rakyat perlu meneliti dan bermesyuarah secara jujur dan ikhlas , menilai sejarah ketuanan Melayu Islam tanah air ini iaitu Tanah Melayu. Bangsa Melayu tiada negara ' ibunya' sepertimana kaum lain adanya negara Cina , rata-ratanya semua pimpinan berketurunan Cina , negara India juga begitu maka untuk bangsa Melayu tiadalah negara ' ibunya ' melainkan Malaysia. Sesiapa yang bakal menjadi PM Malaysia harus mengira asal usul sejarah ketuanan Melayu. Maka kabinet Malaysia seharusnya menggambarkan suatu negara dominasi Melayu. Kita tidak mahu menjadinya Malaysia seperti mana Singapura asalnya dahulu dominasi 75 % Melayu , akhirnya menjadi seperti Negara Cina..pemimpin Melayu hanyalah seorang dua dalam kabinet itupun dalan hal ehwal agama Islam dan istiadat. Malaysi mana mungkin menjadi seperti Singapura..maka harus waspada jua..sokongan untuk PR memang diberi..polisi pentadbirannya pro rakyat namun barisan kabinetnya perlu menggambarkan negara asal Tanah Melayu....ketuanan Melayu..

Monday, August 4, 2008

Ezam Bersungguh-sungguh Melawan Anwar..Apa salah Anwar..?

Ketika ini terbaca laporan wawancara Ezam dengan klpos lebih menjurus ketidakpercayaan Ezam terhadap Anwar. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Tulang belakang yang menggerakkan reformasi , tonggak agenda pembebasan DSAI , bekas setiausaha beliau tiba-tiba berubah angin bersungguh-sungguh menentang Anwar. Anwar pula hanya membiarkan bekas anak buah beliau mencerca perjuangan Anwar kononnya sudah lari perjuangan asalnya. Apakah Ezam merajuk hati ketika Anwar sudah bebas , Anwar melayani semua pihak , mungkin Anwar terlupa mengucapkan terimakasih kepada Ezam yang berkorban selama dua tahun dalam penjara. Yang menghairankan saya Ezam begitu bersungguh mengatakan kes liwat ini seperti ada benarnya. Memang benarlah seperti kata Johan Jaafar , kalau suatu perkara tak betul digembur-gembur akhirnya orang terasa ada betulnya..propaganda...tapi ketika itu beliau merujuk kepada barisan Pakatan Rakyat. Apa yang kita lihat sepanjang 4 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat , kesemuanya membawa manfaat kepada rakyat. Kalaulah Ezam berada bersama rakyat maka beliau patut sokong apa yang dilakukan Pakatan Rakyat..air diberi percuma untuk rakyat miskin (Perak)..air juga diberi percuma 20 meter padu untuk Selangor ,
Tutuplah kes Ezam ni , memang ramai kalangan rakan dulu berdegar-degar ketika kampus..setelah keluar tah kemana..? ramai memang ramai..dugaan di luar ini terlalu banyak ..tak larat untuk menanggungnya..
Apapun semoga DSAI dibenarkan bertanding di Permatang Pauh , harapan kita agar SPR tidak membenarkan pengundi hantu berkeliaran , pengundi berkali-kali perlu juga dipantau dan tak lupa pemberian wang dan rasuah perlu juga dipantau...

Friday, August 1, 2008

PUSRAWI Boleh DiDenda RM 300,000.00..

Kenyataan berupa suatu ugutan oleh Dr Abdul Latif terhadap PUSRAWI atas sebab tiada beretika andai berlaku kecuaian yang mengakibatkan berlakunya penyebaran laporan perubatan Sinful tiadalah memeranjatkan.Beliau juga menyatakan kemungkinan denda RM 300,000.00 boleh dikenakan akibat kecuaian andai berlaku kecuaian.
Mereka sepatutnya berfikir mengapa seringkali berlakunya situasi seperti ini di kalangan rakyat Malaysia mutakhir ini? Gejala tiada percayakan badan kesihatan nasional yang boleh menjatuhkan reputasi negara kita. Ianya suatu perkara yang amat memalukan buat negara. Sekiranya tiada berlaku penyelewengan maklumat ataupun sejarah penyelewengan sebelum ini saya beranggapan peristiwa ini pasti tidak berlaku. Apabila sesuatu penyelewengan DNA seperti kes Anwar tahun 1998 dahulu menyebabkan Kementerian Kesihatan sudah kelihatan berbuat suatu perkara yang amat bodoh. DNA yang diberi oleh DSAI boleh hilang dan tiada dalam simpanan. Ini amat membahayakan serta merosakkan maruah negara. Banyak benda boleh berlaku andai penyelewengan seperti ini berlaku ianya akan membawa kerosakan yang lain. Maka jika ada insan yang simpati pada DSAI maka beliau membocorkan laporan perubatan , ianya bukanlah kesalahan kepada PUSRAWI..Kementerian Kesihatan perlu membawa pakar forensik mencari angkara siapa..?
Gunakanlah teknologi canggih untuk mengesan angkara siapa..? Tunggulah suatu hari nanti dimana ketika itu mereka akan ditanyai tanggungjawab mereka samada mereka membuat perkara betul pandangan Allah ataupun perkara betul hanya untuk manusia.

DSWA Letak Jawatan DSAI Bertanding di Permatang Pauh

Memang mengharukan tatkala DSWA meletakkan jawatan , membolehkan suami beliau
DSAI bertanding kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pengorbanan beliau amatlah besar dalam perjuangan PKR suatu ketika hanya mempunyai 1 kerusi parlimen tahun 2004 dahulu. Kini PKR diterima semua rakyat pelbagai kaum bergandingan PAS dan juga DAP.
Ayuh rakan-rakan , tunggu semboyan SPR nanti kita gempur Permatang Pauh habis-habisan.Be End tidak boleh diberi peluang langsung. Rakyat semua kaum baik parti apa pun , UMNO , MIC , MCA, PAS , PKR, DAP dan seluruh rakyat terutamanya rakyat Permatang Pauh perlu menunjukkan undi mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat perlu memberi signal kepada kerajaan bahawa kita semua tidak suka , benci melihat cara politik fitnah sekarang yang digemburkan oleh Be End sendiri. Kita lihat ketika Khairy menggempur Kelantan tempohari..sungguh memalukan dan keji menganggap Tok Guru Nik Aziz tak relevan lagi.Doa kita agar DSAI dilindungi Allah dari fitnah Be End ini yang akan tersungkur ke bumi tak lama lagi.Kutipan dana untuk kempen perlu digerakkan segera....
Rakyat bersamamu DSAI.....
There was an error in this gadget