Tuesday, August 12, 2008

Cadangan UITM 'Dibuka Untuk Semua' Perlu Kaji...

Ura-ura agar UITM dibuka cadangan Tan Sri Khalid , MB Selangor perlulah dikaji dengan teliti dan cermat.Andai atas nama keadilan semuanya hendak dibuka kepada semua kaum maka pemahamannya adalah suatu kesilapan besar. Adilnya Islam itu terletak pada pelbagai sudut. Kalaulah seseorang itu beristeri dua , seorang kurus dan seorang gemuk , masakan adil jika membuat pakaian kedua-duanya menerima ukuran meter yang sama untuk membuat sepasang baju , bagi yang gemuk ia memerlukan 4.5 meter dan bagi yang kurus pula 3 meter sahaja.
Terbukanya UITM tatkala kaum Melayu masih lagi ketinggalan akan menyebabkan berlakunya perbezaan ketara antara kaum. Sebagai contoh kita lihat perniagaan besar kaum Cina , selalunya kaum lain sukar bersaing disebabkan mereka telah lama menguasai bidang tersebut , dengan rangkaiannya yang dapat menyaingi harga seterusnya menguasai pasaran. Lama kelamaan ekuiti orang Melayu akan ketinggalan jua walaupun ramai yang berniaga sekadar lepas di leher sahaja.
Nak katakan orang Melayu tolong Melayu sukar juga ketika mana barangan yang dijual jika harganya tinggi siapapun tak mahu membelinya. Persaingan sektor peruncitan amatlah mencabar dimana persaingan harga begitu hebat tetapi kerajaan cuma membiarkan perkara ini berlaku sahaja tanpa berbuat apa-apa ataupun mereka juga tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikannya. Dunia peruncitan memang amat mencabar buat peniaga kecil yang berhadapan dengan kewujudan hypermarket dan pelbagai jenis cara perniagaan yang kadangkala menyebabkan terpinggirnya peniaga kecil.
Relevannya isu ini kerana pimpinan Pakatan Rakyat merasakan bahawa orang Melayu sudah kuat berdasarkan statistik yang berniaga walhal pendapatan mereka yakni peniaga Melayu tak seberapa dibandingkan peniaga bukan Melayu.

0 comments:

National Geographic POD

Brain Tuner

Wic Wac Woe