Wednesday, September 24, 2008

Rayuan Akhir Ramadhan!

Saya menjadi sedikit sebak sebaik menerima sms daripada harakahdaily yang berbunyi,
" Rayuan Akhir Ramadhan! Insan Lain bergembira , mangsa dan keluarga ISA derita..
Hulurkan sumbangan dan bantuan di..
harakahdailydotcom
AKAUN : 564070000336 Maybank

Apabila mengenangkan insan-insan ini tatkala kita berbuka dan ber hari raya dengan gembira akan menusuk kesedihan pada hati kta ...mengapa mereka diperlakukan seperti ini ..tuduhan tanpa dibuktikan atas alasan keselamatan negara amatlah memalukan. Negara mempunyai angkatan tentera yang hebat , polis yang hebat maka sesiapa yang bersalah perlulah diadili mahkamah terbuka agar keadilan dapat dicapai. Janganlah sewenangnya kita menggunakan alasan remeh dan menggunakan kuasa tanpa betul-betul mengkajinya. Andai ia berlaku kepada diri sendiri macammana? Tatkala berkuasa , gunakanlah kuasa itu untuk merubah kearah kebaikan bukan menggunakannya demi politik sempit. Saya merayu rakan-rakan agar sama-sam muhasabah diri tentang nikmat yang kita perolehi maka bersedekahlah untuk insan yang memerlukan ini.

Monday, September 22, 2008

Tindakan Polis Halang Majlis Ceramah Al Qubra Di Butterworth Dikesali

Polis yang menjaga ketenteraman awam sewajarnya memberi laluan majlis tersebut. Ianya adalah majlis ilmu. Tindakan polis yang hanya membatalkan kebenaran agak lewat menyukarkan keadaan pihak penganjur. Apakah polis kita di Malaysia ini tidak diberikan ilmu pengetahuan Islam yang sebenarnya? Polis sewajarnya menghalusi tindakan mereka agar pekerjaan mereka itu membawa kepada rahmah dalam erti kata sebenar.

Wednesday, September 17, 2008

Maklumat Terbaru Pak Lah Menteri Pertahanan

Pak Lah bertukar memegang portfolio pertahanan manakala Najib pula Menteri Kewangan , satu percaturan baru untuk mengekang kemaraan Anwar. Najib dikira gagal sekiranya tidak dapat berbuat sesuatu untuk menstabilkan ekonomi negara. Pak Lah pula memegang portfolio pertahanan memberikan bonus kepada beliau untuk mengawal keadaan yang meruncing buat Be End. Kuasa Menteri Pertahanan ini penting untuk memberikan sedikit ketakutan buat Anwar dan rakan-rakan. Kalau itu fikiran Pak Lah , ianya bukan menggentarkan Anwar malah beliau akan lebih bersemangat untuk mengambilalih pucuk pimpinan. Pertukaran portfolio ketika ini dilihat lebih merupakan tekanan psikologi kerajaan kepada rakyat dengan amaran kerajaan akan menggunakan kekerasan andai kamu mahu perubahan pimpinan. Pakatan Rakyat perlu berhati-hati agar tindakan tidak menunjukkan kegopohan ketika situasi mencabar ini. Pakatan Rakyat perlu berbincang bersama-sama berkunjung Perdana Menteri situasi mencabar ini agar ditangani dengan baik dan teratur , jangan nanti yang dikendong bertaburan , yang dikejar bertaburan. Pak Lah seharusnya bermunajat dan berserah kepada Allah , minta petunjukNya dan buatlah tindakan yang terbaik buat negara.

Anwar Mahu Jumpa PM , Peralihan Kuasa Cara Aman

Anwar dengan nada serius mengulangi bahawa beliau mempunyai cukup ahli MP untuk menubuhkan kerajaan. Melihat sidang akhbar semalam melalui internet Anwar begitu bersungguh-sungguh dan yakin proses peralihan kuasa ini akan berlaku. Sebenarnya kita tidak perlu hairan kerana Anwar memang sudah melalui banyak perkara pahit dan manis , mempunyai pelbagai jaringan dalam dan luar negeri memang mampu membuat sesuatu kebaikan buat negara.
Beliau pernah memimpin gerakan Islam ABIM suatu ketika dulu , pernah ditahan ISA dahulu dan sekarang , mengetuai rakyat ketika demonstasi Baling , pernah duduk empuk di kerusi TPM , menjadi menteri pelbagai bidang semuanya menjadikannya seorang politikus yang memahami masalah rakyat , memberi peluang semua pihak mengecapi nikmat pembangunan secara betul dan telus.DSAI bukanlah memberi harapan kosong buat Malaysia. Beliau akan membuat apa yang beliau katakan dahulu. Andai beliau lari daripada tanggungjawab tersebut kita semua kan menolak beliau. Tiada keraguan hal tersebut. Tugas utama beliau tatkala andai memerintah jika diizin Allah beliau boleh menurunkan harga minyak dan juga mengawal inflasi yang semakin naik.
Anwar mensyaratkan antaranya tiadanya tangkapan ISA , adalah syarat yang penting tak pernah berlaku peralihan kuasa sebegini di Malaysia ini. Maka syarat-syarat yang ditimbulkan merupakan jaminan agar proses pertukaran pucuk pimpinan berlaku aman dan tenteram. Polis dan ATM sesekali diingatkan agar betul-betul profesional dalam tindakan kerana sebarang kesilapan akan memundurkan Malaysia 20 tahun ke belakang.

Tuesday, September 16, 2008

Zaid Wajar Letak Jawatan

Keputusan dibuat Zaid amat tepat memandangkan beliau bukanlah sejenis manusia yang suka mengikut protokol. Apabila dirasakan tidak kena pada beliau akan terus diajukan tak kira ianya ketika ataupun waktu yang tepat. Andai beliau juga dalam senarai menteri Pakatan Rakyat pasti sekiranya tidak berkenan di hati pasti beliau luahkan. Cuma bagaimana cara beliau luahkan sahaja yang pasti berbeza. Adalah menjadi adat mana-mana organisasi ataupun pertubuhan tak semuanya dipersetujui oleh orang bawahan.
Perletakan jawatan itu menggegarkan sedikit kabinet Pak Lah yang kini goyah. Kita akan menunggu perkembangan terkini daripada DSAI berkenaan peralihan kuasa nanti.

Monday, September 15, 2008

Harga Minyak Dunia Paras Bawah USD 100

Harga minyak telahpun kelihatan stabil dan dijangka turun lagi. Kerajaan yang mempunyai ramai pakar-pakar ekonomi global sepatutnya memikirkan dengan kadar segera masalah inflasi yang kelihatan sedang naik akibat kenaikan harga runcit yang diumumkan kerajaan dahulu. Sepatutnya kerajaan lebih bijak menghidu keadaan ekonomi global perlu bertindak dengan keadaan tenang.
Keputusan terburu-buru kenaikan harga minyak runcit di Malaysia menyebabkan kecutan dan suasana panik rakyat serta peningkatan inflasi yang memburukkan keadaan.
Mana perginya pemikir-pemikir ekonomi kerajaan yang bertindak menasihati PM dalam keadaan ekonomi meruncing? Apakah jawatan mereka dalam kerajaan dan badan pemikir itu sekadar jawatan tanpa melaksanakan tugas dan amanah untuk rakyat? Lebih baik bubarkan , jimat wang rakyat..

Penggunaan ISA Hanya Untuk Kes Terlampau

Cadangan Menteri Kehakiman , Datuk Zaid Ibrahim mengenai penggunaan ISA hanya untuk terroris dan juga ancaman pengganas komunis adalah cadangan yang lebih baik dan lebih sesuai ketika ini.
Pandangan beliau mengenai ISA bolehlah dikatakan pandangan ahli politik yang betul-betul memikirkan reformasi kehakiman. Beliau mengotakan apa yang beliau akan lakukan ketika mula memegang jawatan tersebut.
Penahanan wartawan dan juga ahli politik sewenangnya menunjukkan ketidakcekapan kerajaan mengukur tahap keselamatan negara. Alasan penahanan iaitu tujuan keselamatan negara adalah suatu alasan kurang sesuai tatkala rakyat Malaysia rata-rata hidup aman tenteram. Suasana ribut yang cuba dijana oleh pihak kerajaan adalah manifestasi kebijaksanaan pimpinan kerajaan di dalam membuat keputusan. Kerajaan perlu menggunakan akta tertentu untuk mendakwa pemimpin ataupun mana-mana pihak yang melanggar perlembagaan bukannya ISA. Andai undang-undang tidak mencakupi kes tersebut wujudkan undang-undang baru dan bentanglah di parlimen sepertimana baru-baru ini undang-undang DNA diluluskan. Apa yang nak diperkatakan ialah perlunya sesuatu jenayah itu diselesai secara undang-undang mahkamah bukannya tahan tanpa bicara.
Kalaulah keselamatan negara diambang kekalutan kerahkan saja ribuan polis ke seluruh negara bukannya mengeluarkan ingatan , membuat propaganda keributan , propaganda keselamatan negara terancam . Kenyataan yang negetif terhadap negara sendiri oleh pemimpin kerajaan mengakibatkan ketakutan pelabur asing datang ke sini.

Thursday, September 11, 2008

Kenyataan Demi Kenyataan Halang 916

Banyak sekali kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah yang sesekali tidak menerima kenyataan sekiranya berlaku perpindahan MP Be End menyeberang ke dalam Pakatan Rakyat. Jeneral ATM iaitu Tan Sri Abdul Aziz Zainal juga memberi amaran andai berlakunya pertelingkahan antara kaum. Dalam kes ini Polis dan ATM perlu profesional mencari sasaran pemain utama yang cuba menyemarakkan bibit permusuhan antara kaum. Pakatan Rakyat , PAS , PKR dan juga DAP tidak sesekali membiarkan perkara ini dimainkan oleh ahli-ahli mereka. Pakatan Rakyat sudah mempunyai pelbagai pengalaman pahit dan manis menghadapi kerenah Be End yang sering memutarbelitkan cerita dan drama yang menyebabkan selama itulah 51 tahun mereka tidak dapat memerintah Malaysia. Be End seharusnya menyedari bahawa politik perkauman tidak lagi diterima pakai oleh rakyat yang rata-ratanya mempunyai pendidikan tahap tinggi. Rakyat sedar bahawa segala kenikmatan dan hasil negara perlulah dikongsi secara adil dan saksama untuk semua. Pakatan Rakyat walaupun tak sampai 6 bulan memerintah telahpun membuat perkara-perkara yang baik untuk rakyat..
Kerajaan Perak telahpun memberi bantuan Sekolah Agama Rakyat
Kerajaan Pulau Pinang memberi bantuan Sekolah Agama Rakyat
Elaun tenaga pengajar Sekolah Agama Rakyat dinaikkan
Kesemuanya itu tidak dinikmati dibawah Be End maka rakyat tahu dibawah Pakatan Rakyat lebih banyak kemudahan dan nikmat yang bakal diperolehi rakyat berbanding Be End. Pengurusan negara secara telus , bersih rasuah bakal menjadikan negara Malaysia lebih berdaya saing antarabangsa.Tiada bangsa yang dipinggirkan baik Melayu, Cina ataupun India. Moga peralihan kuasa ini tidak dikotori oleh manusia yang dengki dan khianat sanggup memporakperandakan negara demi kepentingan mereka sendiri. Harapan kita agar Polis dan ATM menjalankan tugas secara profesioanal dan telus kerana tugas anda semua akan ditanyai di akhirat kelak bukannya habis di dunia ini sahaja.

Tuesday, September 9, 2008

Apa Agenda Gerakan Negeri Pulau Pinang Vs UMNO Negeri?

Rakyat harus berhati-hati terhadap sentimen pertekingkahan yang wujud antara Toh Ksu Soon dan Ahmad , Ketua UMNO Bukit Bendera. Masihkah anda mengingati suatu ketika dulu Operasi Lalang yang mana mulanya api perkauman dimainkan oleh pihak pemerintah , namun akhirnya ramai pemimpin pembangkang yang ditahan penjara. Tidak dinafikan ketika itu pimpinan UMNO juga ditangkap namun ianya hanyalah untuk memberi gambaran tindakan itu menyeluruh dan adil.
Pertikaian UMNO / Gerakan ini nampaknya dimainkan media bersungguh-sungguh dengan harapan mewujudkan suasana tidak selesa rakyat amatlah dikesali. Media sepatutnya mengambil pendekatan yang paling enak agar api permusuhan tidak merebak ke seluruh negara. Andai berlaku perkara tidak diingini maka medialah yang perlu bertanggungjawab akibat tindakan mereka ini.
Perkara ini sengaja ditimbulkan ketika ura-ura agedan lompat ahli parlimen semakin hampir menunjukkan ketakutan kerajaan memerintah. Pertukaran kuasa secara lompat mungkin kurang enak namun , apakah demokrasi itu enak? ianya merujuk tulisan Mustafa Ali yang mengatakan lompat tidak demokratik. Keberbezaan pendapat adalah lumrah dalam mana-mana organisasi bahkan ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W. dulupun ianya berlaku dimana dalam peperangan Khandaq , pandangan Salman Al Farisi agar dibina parit mengelilingi Madinah diterima setelah syura diadakan.
Rakyat harus waspada unsur-unsur pertelingkahan sesama sendiri yang cuba dicetuskan oleh kedua-dua pihak ini...

Friday, September 5, 2008

BNBBC adakan Lawatan Sambil Belajar 7-19 September?

Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berhak membuat lawatan ke , apa ke ketika itu memang perlu tambahan ianya waktu genting buat Be End. Doa dan rintihan rakyat agar Be End digantikan dengan suatu Pakatan yang lebih bertanggungjawab , lebih peka untuk rakyat , lebih mesra rakyat lebih terbuka , bukan pemerintahan kuku besi semakin hampir.
Kemungkinan besar ahli parlimen ini akan diberikan suatu 'brain storming' agar' corner baring' agar tetap setia bersama Be End. Mungkin akan adanya habuan-habuan buat mereka andai mereka tetap setia dengan Be End. Teringat ketika sekolah dahulu program sebegini seakan-akan BTN yang bertujuan meneutralkan mana-mana pelajar yang condong pembangkang. Ianya memang wujud, maka tidak dinafikan perkara sama berlaku jua buat ahli yang berhormat Be End.
Namun harus diingati kuasa dan kudrat semuanya ditentukan oleh Allah , berusahalah kamu semua dengan bersungguh-sungguh kemudian bertawakkallah. Maka kita tunggulah apa ketentuan yang akan Allah tunjukkan pada kita semua.

Harga Minyak Menurun Ke Paras USD107 ..

Harga minyak dunia menurun ke paras terendah USD107 hari ini , Pak Lah telah memberi gambaran harga minyak pasaran runcit Malaysia dijangka turun 0.15 sen andai kekal penurunan minyak dunia dibawah USD109. Dalam blog ini ada ditunjukkan harga minyak pasaran dunia yang sah lagi soheh bukan tiruan. Pak Lah dengan gembira senyum memberikan kenyatan tersebut malam tadi di siaran TV3. Apa yang dirunsingkan rakyat samada penurunan demi penurunan harga ini yang dapat memeri kesan baik pada ekonomi ataupun peningkatan harga minyak secara berdikit-dikit. Masalah kerajaan yang paling ketara apabila ingin melaksanakan sesuatu tindakan pada perlaksanaannya tidaklah secara teratur dan tertib. Tindakan terburu-buru ini yakni meningkatkan harga minyak tinggi kemudian menurun semula menyebabkan harga barangan yang telahpun naik tidak dapat turun lagi. Harapan kita janganlah kerajaan membuat sesuatu sepertimana kerugian yang ditanggung akibat pembatalan insenarator Broga , pembatalan jambatan bengkok .Apakah kerajaan ingat ratusan juta pampasan itu amat sedikit nilainya buat rakyat? Apakah kerajaan tidak memikirkan andai diberi geran mudah untuk peniaga kecil seperti penjual burger , penjual goreng pisang , penjual kecil di pasar maka sekurang-kurangnya rakyat dapat menampung perbelanjaan harian atas peningkatan inflasi sekarang. Kerajaan tidak boleh berfikir sepertimana zaman lampau , rakyat kini cerdik dan sentiasa mendapat maklumat terkini seluruh dunia, sepert harga minyak dunia hanya melalui internet banyak yang diperolehi. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berfikir untuk menaik taraf hidup rakyat , menambahkan pendapatan buat rakyat , mengurangkan masalah sosial rakyat , menaiktaraf kesihatan rakyat , menambahbaik sistem pengangkutan buat rakyat , untuk keselesaan rakyat. Jangan kita menjadi kerajaan yang mengaut keuntungan projek ke atas rakyat, jangan membuat sesuatu peraturan menambahkan kos hidup rakyat melainkan ianya penting , jangan bazirkan wang rakyat atas nama mencari dana diluar negara dengan membawa sahabat dan keluarga bersama , jimat-jimatlah sedikit kerana putaran kemelesetan ekonomi sudah hampir.
Kerajaan perlu tahu dulu ketika ekonomi merudum 87/88 kemudian 97/97 maka pusingannya sekarang 2008/2009 sudah hampir, maka bersiap sedialah menghadapai putaran ekonomi yang pasti melanda. Bukanklah kita boleh mendapat manfaat tatkala Nabi Yusuf menjadi pembesar kerajaan beliau sentiasa memikirkan tahun-tahun musibah/ kesusahan.

Thursday, September 4, 2008

Lompat Ke Pakatan ..Tidak Demokratik?

Pak Lah memberi amaran yang beliau tidak akan akur keputusan andai ahli parlimen Be End melompat ke dalam Pakatan Rakyat. Bercerita mengenai demokratik sebenarnya UMNO sendiri telah mengamalkan suatu kaedah seperti ini lompat ataupun istilah lain dibeli dalam menjatuhkan kerajaan Kelantan terdahulu. Perkara ini boleh dirujuk sejarah dahulu. Ketakutan Pak Lah terhadap kemampuan Anwar terserlah melalui ugutan ketika ucapan bajet tempohari. Walaupun begitu andai adegan lompat ini memberi impak yang baik buat rakyat , apa salahnya?
Keyakinan DSAI mengenai adegan lompat ini amat tinggi , ada berbaki 12 hari lagi buat ahli parlimen negara membuat suatu sejarah yang tak pernah terfikir di fikiran rakyat sebelum ini.
Sebelum PRU 12 dahulupun rakyat tidak menjangkakan tsunami politik berlaku, namun ianya terjadi. Maka peristiwa 16 September nanti kemungkinan terjadi adalah ada ianya tertakluk Kuasa Yang Maha Esa , sebagai manusia kita cuba kearahnya , Dialah yang menentukannya...

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menyambut Ramadan

Buat semua pengunjung , diucapkan Selamat Menyambut Ramadan semoga bertambahlah keimanan kita melalui amalan-amalan solat Tarawih , dengan harapan setelah sebulan berpuasa kita menjadi lebih bersih .

National Geographic POD