Friday, October 31, 2008

Perkembangan Mutakhir Senjata Terakhir Cetus Ketidaktentuan..

Senario terkini ketika mana ini Gerakan , MCA dan akan menyusul pula MIC , akan menyerang secara terbuka terhadap UMNO yang berkaitan ketuanan Melayu dan Islam. Ianya adalah suatu senjata yang mengharapkan agar Pakatan Rakyat terikut-ikut rentak terkini , seterusnya tindakan mudah akan diambil. Rakyat perlu meneliti isu mutakhir ini amat menghairankan melihat isu-isu ketuanan Melayu selalu diungkit secara terbuka. Apakah kita merasakan ianya suatu kebetulan ataupun kemungkinan adanya suatu perancangan hebat buat menyelamatkan BeEnd. Pakatan Rakyat perlulah memikirkan suatu bentuk pemerintahan yang sesuai tatkala ini andai mahu memerintah Malaysia. Situasi panik , kelam-kabut , huru hara boleh tercetus bila-bila masa andai perancangan Pakatan Rakyat tidak kena masa dan kesesuaiannya menurut cita rasa rakyat.
Kaum Melayu yang mendominasi rakyat Malaysia perlu dijaga hati dan perasaan agar tidak terluka tatkala pembahagiaan kerusi dan jawatan perlulah adil untuk semua kaum. Corak pemerintahan Be End sebelum ini tidaklah boleh dibuang terus kerana bentuk, corak kabinet yang dibuat itu telah lama sebati dan menusuk ke dalam hati sanubari rakyat khususnya kaum Melayu.
Rakyat memang mahukan perubahan , cumanya penerimaan semua rakyat perlu diambil kira, tambahan musuh sentiasa mencari peluang dan racun untuk meracuni pemikiran seterusnya keadaan huru hara boleh berlaku...Maka hati-hatilah..Pakatan Rakyat..

Abdul Razak Baginda Lepas , 2 Lagi Diarah Bela Diri..Altantuya...

Kes pembunuhan Altantuya yang hangat diperkatakan sehingga ramai begitu saksi daripada polis sendiri yang sangat ramai akhirnya membuahkan suatu hasil Abdul Razak Baginda Tak Bersalah.
Tiada kuasa saya untuk membicarakan siapa yang bersalah , hakim telahpun memutuskannya cuma inilah kes yang mana tertuduh dan saksinya terdiri kalangan anggota polis yang bekerja dengan kerajaan.Bagi pihak keluarga mangsa pembunuhan , amatlah malang apabila mengetahui bahawasanya anaknya mati terbunuh tanpa sesiapa yang boleh dipertanggungjawabkan.
2 lagi tertuduh masih belum diketahui buat masa ini. Apakah kesannya terhadap pelabur asing berikutan kes sebegini buat masa panjang? Itu bukanlah sesuatu yang cepat boleh dijangkakan.
Tahniah dan syabas pihak polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah sehingga dapat membawa tertuduh ke muka pengadilan. Sesuatu kes itu apabila hendak dibawa ke mahkamah memerlukan bukti yang cukup kukuh dan adil buat mangsa dan juga tertuduh. Dalam hal ini polis telah melakukan suatu tugasan yang amat baik. Pengadilan pula berdasarkan bukti dan penyampaian peguam-peguam dalam terhadap sesuatu kes. Hakim bertindak berdasarkan maklumat diterima sera hujah yang dipersembahkan. Itulah keadilan , yang lainnya berserah kepada Allah. Buat masa ini Mahkamah Shah Alam membebaskan Abdul Razak Baginda terhadap kes ini. Persoalannya siapa yang membunuh Altantuya? Ianya menjadi suat sejarah hitam buat keluarga beliau.

Monday, October 27, 2008

Penurunan Harga Minyak Oleh Kerajaan , Lebih Baik Daripada Tiada..

Penurunan demi penurunan harga adalah lebih baik dari tiada, sekurang-kurangnya ianya dapat membendung inflasi agar tidak terus naik. Ekonomi dunia semakin merosot dan kesannya pasti akan terasa di sini, cepat atau lambat yang membezakannya. Langkah kerajaan amatlah baik dan kita mengharapkan agar tindakan sebegini perlu dilakukan sebaiknya sebelum masalah bertambah parah. Sebarang kenaikan harga minyak dunia kemudian nanti janganlah pulak kerajaan panik terus menaikkan harga minyak pasaran Malaysia sebagaimana berlaku sebelum ini. Jadikanlah ianya sebagai pengajaran penting agar kerajaan akan dihormati dan disegani dalam tindakan. Sebarang tindakan janganlah nanti adanya suatu kepentingan mengkayakan kroni dan sahabat.Tindakan kerajaan mestilah berteraskan untuk kepentingan rakyat dan juga kepentingan negara. Rakyat tidak boleh dipinggirkan dalam sesuatu tindakan kerajaan. Kerajaan perlu berfikir untuk menambahkan kesejahteraan rakyat , bukan menyusahkan rakyat. Kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak tempohari sudah mula dirasai oelh rakyat. Kenaikan harga barang tidak dapat dikawal lagi. Kaedah penurunan harga minyak juga perlu telus agar rakyat tidak tertipu istilah subsidi walhal harga pasaran dunia sebenarnya sudah jauh menurun. Rakyat perlu mendapatkan harga minyak selaras dengan minyak dunia.

Saturday, October 25, 2008

Soal Politik Bukan Hal Dengki Atau Benci Tak Tentu Pasal

Politik membawa kepada suatu pegubalan dasar kerajaan dan pengawalan sosio ekonomi yang akan diterjemahkan kepada rakyat. Rakyat akan mendapat manfaat apabila kerajaan yang memerintah berhemah , berjimat perbelanjaan tidak boros dan membuat projek yang melebihi daripada kos sebenar. Apabila kerajaan telus dan terbuka maka berbondong-bondonglah pelabur luar yang akan datang seterusnya rakyat diperlukan untuk bekerja dengan mereka. Kitaran ekonomi ini akan berputar-putar yang merancakkan pertumbuhan ekonomi. Maka politik yang sihat boleh membawa rakyat agar menikmati persekitaran , prasarana yang lebih baik dan tersusun serta selamat. Maka perjuangan politik seperti inilah yang akan memakmurkan negara.
Wujudnya blog-blog bebas dan mengecam kerajaan bukanlah bertujuan untuk atas rasa dengki dan khianat mereka mendapat habuan keduniaan. Islam membenarkan penguasaan ekonomi berlandaskan adab dan sopan susila. Perjuangan blog bebas ini hanyalah pertanyaan dan luahan kepada kerajaan mengenai polisi dan ketidakcekapan pegurusan yang boleh mengakibatkan negara runtuh. Kami memberi penerangan dan kritikan berdasarkan pengalaman seharian dan maklumat sahih yang diterima yang ada disekeliling kita. Kita menghormati pemimpin yang betul berjuang untuk rakyat tanpa memikirkan habuan keduniaan semata-mata. Apa yang dikesalkan media dan berita selalunya tidak memberi peluang yang adil buat mereka yang tidak sealiran dengan pemerintah.Jika kerajaan memberi ruang dan kebebasan yang terkawal maka ianya akan merancakkan pertumbuhan pemikiran rakyat. Namun kebiasaannya seringkali pemimpin mengaut keuntungan dari dasar yang diperkenalkan. Dasar mengkayakan kroni dan shabat dari sesuatu projek sudah menjadi amalan pemerintah. Itulah yang menyebabkan rakyat muak dan jelak terhadap pemerintah sebegini. Rakyat bersusah payah mencari wang untuk sesuap nasi , namun pemerintah dengan mudah membazirkan wang jutaan ringgit atas kesilapan yang tidak patut..rujuk Insenarator Broga..rujuk jambatan bengkok..rujuk Marina Harbour Kedah..
Apakah rakyat yang pertikaikan semua itu mengadakan cerita bohong. Kami bercerita agar kerajaan menjadi lebih baik dan telus terhadap apa jua rancangan mereka adalah semata-mata untuk memajukan negara dan rakyat..

Friday, October 24, 2008

2 Agensi Kerajaan Negeri Perak Bayar Zakat 5.5 juta..

Berita terbaru daripada Al Hussyen , 2 agensi kerajaan Perak sahaja dapat membayar zakat 5.5 juta. Apa yang dapat kita simpulkan sebelum inipun zakat tu ada cuma kiraannya tak betul maka sikitlah zakatnya. Bila Nizar jadi MBnya maka automatik Pengerusi LAP dan satu lagi agensi pertaniantu menjadi hak MB , maka atas kapasiti itu beliau bertanggungjawab atas urusan yang wajib seperti zakat perniagaan. Maka itulah hikmahnya bila MB itu orang yang mementingkan agama bukan pentingkan perut sendiri dan kroni.
Buat rakyat sekurang-kurangnya wang zakat itu dapat membantu 8 asnaf yang layak menerima zakat...

Catatan Buat Komen Sahabat anakmelayu31

Sebenarnya bukannya takut nak letakkan komen saudara , cuma tak de masa nak melayan kerenah saudara.
Saudara kata yang Kerajaan Pakatan Rakyat lantik JKK baru tu faktanya salah , kerajaan Pakatan Rakyat memberi peluang semua rakyat memilih JKK baru melalui undi , semua penduduk dipanggil , diberitahu suatu tarikh dan pengundian dilakukan , berlaku ada yang puak UMNO ada puak PAS ada juga Keadilan maka undilah mereka setelah pengundian maka siapa yang menang dilantik sebualt suara. Mungkin saudara yang beri komen jenis tak campur orang kot..tak tau..jadi memang kena pusinglah dengan puak-puak putar belit.
UMNO ketika dapat memerintah tidak menggunakan peluang sebaiknya untuk menabur bukti kepada rakyat , bila hampir pupus barulah hendak menjadi formula ajaib bagaimana nak membantu orang-orang Melayu. Saudara tahu , pemimpin UMNO ketika gah berkuasa sibuk hal kroni dan juga mencari habuan keduniaan , hal rakyat dibiarkan kepada agensi-agensi kerajaan , tahulah bagaimana mereka bekerja? Tugas saya cuma nak membuka mata saudara yang masih lagi bermimpi dengan propaganda lama UMNO. Cuba saudara lihat Pakatan Rakyat Perak , semua rakyat dilayan dengan baik , sekolah Cina , India , Melayu , Agama Rakyat semuanya dibela. Saudara kena bacalah Harakah ataupun Siasah , bagi cair sikit otak yang dah lama beku tu..
Wassallam

Tuesday, October 21, 2008

Cadangan Tan Sri Zaki Azmi Telah DiJangka..

Cadangan Pak Lah agar Tan Sri Zaki Azmi dilantik Peguam Negara memang sudah dijangka. Perlantikan itu nanti paling kurang dapat menjaga kepentingan politik pemerintah berasaskan Tan Sri Zaki Azmi pernah memegang jawatan peguam UMNO. Apakah perlantikan itu nanti menandakan sudah berlaku perubahan sistem kehakiman di Malaysia ini? Sukar untuk digambarkan bagaimana adanya kes pembunuhan di negara ini selalunya penjenayah lepas dan mangsa yang mati tidak ada pembunuhnya.

Monday, October 20, 2008

Calon Ketua Pemuda , Siapa Paling Bersih?

Cuba saudara fikirkan antara Mukriz , Khairy dan Khir Toyo , mana yang dikira paling bersih buat perwakilan Pemuda UMNO untuk dijulang sebagai Ketua Pemuda. Mukriz anak Tun , acuan pemikiran bapanya memang dilihat pada awalnya nampak bersemangat dan kental dalam isu-isu terkini. Orangnya tegap muda dan sihat , sedikit serius , nampak lebih terbuka tapi tak tahulah bila dah dapat jawatan adakah isu rakyat akan dibawa ke atas ? Kelihatannya antara ketiga-tiga , Mukrizlah paling menonjol kelantangannya , namun kelantangannya di era Pak Lah , ketika bapa beliau menjadi Presiden UMNO tidak ada isu pada beliau. Mungkin beliau merasakan tiada apa-apa kerosakan atau kecacatan yang dibuat oleh Tun.
Khairy pula menantu Pak Lah , maka bijaklah pula beliau mencari lubang-lubang bisnis untuk menampung agenda beliau untuk ke puncak , maka tiada pula istilah rasuah..
Khir Toyo ..ketika MB Selangor dulu banyak projek diluluskan..banyak juga kes rasuah dilapor oleh Lutfi ke atas beliau..maka antara ketiga-tiga mereka siapakah paling layak menjadi Ketua Pemuda?

Laporan Zainol Fadzli Mengenai Rasuah Misbahul Munir..

Zainol Padzi selaku Ketua Pemuda UMNO Perak seharusnya melihat realiti sebenar. Saudara Misbah cuba memohon agar segala tugas dan tanggungjawab perlu diberi pada JKK baru , yang lama tu dah basi ataupun kata orang dah expired , itupun UMNO katakan rasuah walhal bagaimana pula Pak Lah boleh berikan jawatan Presiden terus kepada Najib padahal ianya perlu diputus oleh perwakilan. UMNO memang mempunyai sikap yang sentiasa mencari kesalahan orang-orang lain ataupun musuh politik mereka padahal merekalah yang banyak melakukan kerosakan di Malaysia ini. Ketika pemberian tanah oleh Kerajaan Perak kepada sekolah Cina maka gegak gempita cerita dalam media haprak nasional membuat fitnah agar kerajaan Perak menjadi busuk pada rakyat , tetapi sebenarnya Kerajaan Perak beri tanah kepada semua sekolah tak kira Melayu , Cina ataupun India. Maka itulah sikap mereka selama ini sentiasa mencari keburukan kerajaan Pakatan Rakyat walaupun kerajaan sebenarnya dilandasan yang terbaik buat rakyat.
Pimpinan UMNO , setelah dapat memenangi hati rakyat pasti akan leka dan lena dengan hiburan , kontrak , komisen dan sebagainya . Tanggungjawab ataupun sesuatu isu yang diperjuang selalunya ada tersirat imbuhan dan kebendaan buat mereka..

Thursday, October 16, 2008

Bernard Dompok Hina Islam

Tan Sri Bernard Dompok yang mengeluarkan kenyataan agar bolehnya keluar masuk Islam merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam. PM , wajar mengambil langkah memecat beliau kerana perkara yang bukan di bidang pengetahuan beliau , Bernard Dompok boleh memberi pandangan yang amat salah. Islam bukanlah agama yang boleh dipermainkan sebegitu rupa. Andai sudak memasukinya dalamilah Islam itu , jika anda keluar ada akan diberi nasihat dahulu , jika masih berdegil Kerajaan Islam boleh memenjarakan seumur hidup ataupun bunuh.

Tuesday, October 14, 2008

Perihal MP BN Keluar Dewan Ketika Anwar Berucap

Inilah sifat orang-orang degil , bila tak tahu orang nak bagi tahu depa chow , baru nak dengar cakap dan ucapan Anwar dah kecut perut , depa tahu semua MP BN tu banyak yang perjuangkan perut , tu yang ramai pi kantin , makan-makan.
Perangai orang BN ni dari dulu dah tau , bila berhujah takut kalah , bila diberi topik , lari tajuk jadi kita tak payahlah heran dengan semuanya ini.
Syabas dan tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar teruskan perjuangan menuntut keadilan dan kesaksamaan buat rakyat seluruhnya. Buat ahli parlimen BN , tou all semuanya patut dengar ucapan Anwar walaupun pahit , moga dengan ingatan itu kamu semua akan menjadi manusia yang lebih bermanafaat buat rakyat Malaysia.

Saturday, October 11, 2008

Gelaran Datuk buat Shah Rukh Khan ..Apa Sumbangannye?

Shah Rukh Khan bergelar Datuk atas sumbangannye..

1.Membuatkan semua rakyat Melaka khususnye rakyat Malaysia amnye mengenali apa itu Bollywood kilang memproses makhluk asing yang menggoda anak muda berpesta hiburan liar.

2.Beliau membuatkan ramai perempuan Melayu tergoda tergila Mat Bangla yang 'romantik' sehinggakan ada juga kes perempuan Melayu didera di Bangladesh setelah berkahwin.

3.Memberi impak hasil ekonomi kepada Malaysia dengan meningkatnye import filem Hindustan.
Hasil ini memberikan tompok hitam buat rakyat Malaysia sukakan maksiat dan lagha.

4.Ramainye mat bangla yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja akhirnye memberi kesan sosial ramai anak-anak tak berbapa samada hubungan dengan Melayu ataupun Indonesia..akhirnye Malaysia akan menjadi negara pengeluar bayi tak berbapa..beribu..

5.Apabila masalah sosial meningkat maka banyaklah peruntukan kerajaan perlukan buat menanganinye maka banyaklah program yang perlu dibuat serta kempen-kempen yang melibatkan jutaan ringgit. Maka dengan projek ini hidup la seorang dua tiga mamat kroni yang tak payah kerja , jual projek buat perancangan kempen ..dengan itu baru mereka boleh hidup dengan wang rakyat....

Mungkin ramai lagi artis yang perlu diberi pelbagai gelaran, inilah otak bijak kerajaan hadhari Malaysia, otak Bollywood..

Sandiwara Demokrasi UMNO

Cerita mengenai keghairahan ramai pemimpin UMNO nak bertanding adalah sesuatu di luar dugaan. Saya menjangkakan akan berlaku tarik diri untuk jawatan-jawatan tertinggi dan juga kedua tertinggi. Kesediaan pemimpin untuk bertanding adalah suatu taktik buat santapan rakyat untuk mengabui mata rakyat yang akan melihat sesuatu perkara baru yang melanda UMNO.
UMNO bukanlah berjuang untuk rakyat , mereka hanya berjuang untuk kepentingan sendiri dan puak serta sahabat sahaja. Lihatlah ketika harga minyak dunia sudah menurun sekitar US80 kerajaan buat-buat lupa tidak pula mahu menurunkan harga minyak pasaran negara , manakala media negara pula langsung tidak menyentuh harga minyak. Maklumat yang rakyat perlu tahu disimpan dan disorok , itulah negaraku. Apakah maklumat itu boleh menyebabkan rusuhan , mungkin buat Hamid Albar ye..
Apa yang diramalkan nanti Najib sudah pasti bertanding jawatan Presiden manakala Razaleigh mungkin pencalonan tak cukup kaota.Bagi Timbalan Presiden , Muhyidin mungkin ditentang seorang sahaja ataupun tiada langsung pencabarnya , yang ada sekarang mungkin menarik diri di saat akhir. Cuma yang pastinye yang ramai menawar diri untuk Naib Presiden, itulah sandiwara UMNO yang mempunyai kepakaran politik memperbodohkan rakyat.

Friday, October 10, 2008

Percaturan Politik UMNO Menenggelamkan Isu Pertukaran Kuasa Pakatan Rakyat

Isu politik UMNO mendominasi media seluruh negara ketika ini seolah-olah perubahan benar-benar akan terjadi buat UMNO. Rakyat seolah-olah dipukau kononnya perubahan ini akan membawa rahmat dan kelegaan ketika ekonomi negara dan dunia sedikit goncang. Pakatan Rakyat sewajarnya tidak boleh membiarkan agenda UMNO dan rakan-rakan mengalihkan perhatian rakyat. Pakatan Rakyat perlu terus melajukan momentum untuk mengambilalih kepimpinan negara. UMNO hanya membuat sedikit perubahan kosmetik seolah-olah mereka sudah berubah , namun hakikatnya mereka adalah acuan yang sama , otak yang sama , fikrah dan realiti kehidupan mereka . Sedikit perubahan yang berlaku seketika ini pasti akan hilang andai Pakatan Rakyat terlepas kembali negeri-negeri yang dapat di tawan ketika ini.
Buat masa ini rakyat seolah-olah cuba dilupakan skandal Altantuya , skandal kapal selam , skandal pembaziran yang dibuat oleh pimpinan negara. Media nasional berjaya melarikan fikiran rakyat seketika dengan pertandingan dalam UMNO , kononnya UMNO sebuah pertubuhan politik yang terbuka. Semua ini hanyalah ilusi politik yang dimainkan oleh UMNO agar rakyat lupa masalah sebenar negara. Ayuh Pakatan Rakyat kuatkan semula momentum untuk meruntuhkan kerajaan Be End...

Wednesday, October 8, 2008

Hal Kebajikan Masyarakat

Al Kisah seketika cuti hariraya pergilah teman mengunjungi sanak saudara seketika , maka adalah saudara yang mengalami masalah yang memerlukan pembelaan. Antaranya seorang saudara perempuan yang lama mengalami skizofrenia yang bertahun-tahun namun tiada seorang pun dapat memberi bantuan atau idea untuk mengatsai masalah tersebut. Maka saya pun pergilah ke pejabat kebajikan masyarakat untuk mengambil borang agar beliau didaftarkan OKU itupun atas nasihat saudara lain yang bekerja di Pejabat Kebajikan Masyarakat , bahawa A layak untuk didaftarkan OKU kerana dia tidak berkeupayaan. Maka apabila berkunjung saya ke pejabat maka ketika memohon borang banyaklah halnya , banyaklah perkara dipersoalkan maka saya pun bertegas mahu beri ataupun tidak saya cuma nak menolong sahaja. Akhirnya mereka memberikan satu borang untuk mendapatkan pengesahan doktor. Ketika berjumpa doktor , doktor memberitahu bahawa skizofrenia masih belum dikategorikan OKU. Maka hancurlah harapan ibu tadi mengenangkan nasib anaknya yang tiada lagi tempat bergantungan andai beliau tiada nanti.
Apa yang nak saya tahu adakah kerajaan menganggap pesakit skizofrenia ini individu yang boleh menguruskan diri sendiri. Mengapa kerajaan sehingga kini membiarkan beribu-ribu pesakit skizofrenia tanpa pembelaan yang sewajarnya? Apakah ahli-ahli politik tahu erti kata pesakit skizofrenia ini? Mereka tidak boleh memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain , salah fahaman , tidak boleh bekerja , mudah menjadi kacau , runsing dan pertengkaran kerap kali boleh berlaku antara keluarga. Kerajaan yang betul memahami masalah rakyat wajar melihat perkara ini supaya disegerakan penyelesaiannya . Perbetullah peraturan agar pesakit skizofrenia adalah penyakit ketidakupayaan mengurus diri mental boleh didaftar sebagai OKU.

Monday, October 6, 2008

Zahid Hamidi Tawar Untuk Timbalan Presiden UMNO

Zahid Hamidi , telahpun menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO sekaligus jawatan Timbalan Perdana Menteri. Zahid Hamidi sebenarnya berada di suatu kedudukan yang amat selesa ketika ini , ia disenangi semua pihak baik PM , TPM sehinggalah ke akar umbi. Zahid suatu ketika dulu orang kuat Anwar kini merasakan beliau layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dijangka mempunyai sokongan akar umbi. Berlatarbelakangkan pengetahuan agama menjadikan suatu kelebihan buat Zahid , mempunyai sokongan pelbagai pihak , tiada skandal yang boleh mengaibkan melayakkan beliau untuk terus ke hadapan.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

Selamat Hari Raya buat semua pengunjung laman , teman sebenonya sibuk sedikit sebelum raya ni jadi tak sempat langsung nak tulis apa pun. Saya memohon maaf dan ampun salah silap kepada semua muslimin muslimat yang hidup dan mati. Maaf jua kerana tidak aktif seminggu dua ini akibat ghairah berhariraya.

National Geographic POD