Wednesday, December 31, 2008

Sambutan Tahun Baru Wajar Dibatalkan...

Malam ini pasti sambutan Tahun Baru masihi diadakan secara bear-besaran di seluruh dunia. Malaysia Islam Hadhari juga tidak ketinggalan. Apalah salahnya andai kita negara Islam Hadhari menukar sambutan menjadi Majlis Bacaan Yaasin ataupun bacaan tahlil buat pejuang Palestin yang syahid. Kalaulah pemimpin kita merasakan keperitan dan keseksaan yang dihadapi pejuang dan rakyat Palestin , kita wajar membatalkan acara sambutan tahun baru. Biarlah sambutan yang kita buat sekurang-kurangnya dapat menolong saudara dan sahabat kita di sana. Hantarlah kepada mereka iringan doa dan bacaan Al Quran , mudah-mudahan mereka tabah menghadapi semua itu. Jika kita ingin mengharapkan tindakan yang lebih daripada itu , masakan boleh kita lakukan. Mereka yang pergi berjuang dahulu ketika pencerobohan Afghanistan pun kita cop mereka pengganas dan disumbat ke penjara. Itulah layanan yang kita berikan buat mereka yang ingin syahid suatu ketika dahulu. Pemimpin kita wajar muhasabah diri apa yang aku boleh lakukan untuk rakyat Palestin sekarang ini.Sekadar melihat dan bercakap agar rundingan dapat berjalan baik? Yahudi Israel ini telahpun digambarkan sifat mereka oleh Pencipta kita , namun kita berlagak pandai mengetahui lebih dariNya..tiada jalan lain buat Israel jihad perang diwajibkan untuk umat Islam...

Tuesday, December 30, 2008

Yahudi Laknatullah Membunuh Ratusan Umat Islam..

Yahudi sehingga hari ini telah membunuh hampir 350 orang Islam syahid tanpa mengenal siapa mereka samada orang awam ataupun pejuang Hamas. Yahudi Israel ini sudah diceritakan dalam Al Quran golongan yang sama sekali tidak akan bertolak ansur ataupun berlaku adil terhadap umat Islam selama-lamanya. Namun kelemahan umat Islam yang tidak bersatu dalam hal ini menyebabkan mereka dengan mudah melanyak Hamas dan umat Islam . Seluruh negara umat Islam tidak mampu untuk bertarung senjata terhadap Israel atas alasan yang pelbagai. Ada sesetengahnya kononnya atas dasar perjanjian berat sebelah yang diciptakan oleh musuh Islam.Tiada undang-undang yang boleh dikenakan buat Israel oleh undang-undang antarabangsa tetapi jika negara umat Islam pelbagai alasan dicipta untuk negara asing menceroboh. Jihad suatu cabang Islam telahpun dikesampingkan oleh pemimpin negara umat Islam yang berkuasa kini. Ilmu Jihad tidak lagi dibicarakan dan tidak boleh dibicarakan oleh pemerintah yang kononnya lebih Islam. Andai ianya dibicarakan maka penjaralah hukumannya buat pendakwah-pendakwah Islam.Islam menjadi agama yang umatnya dibunuh dan dipijak sewenangnya. Israel atupun Yahudi ini bukanlah jenis manusia yang menghormati undang-undang , bagi mereka selain bangsa Yahudi semuanya haiwan belaka. Maka jihad peperangan adalah jalan buat umat Islam terhadap Israel. Negara sempadan Palestin perlulah dibuka seluasnya buat umat Islam yang ingin berjihad melawan Yahudi laknatullah.

Tuesday, December 23, 2008

Media Putarkan Isu Hudud Cover Isu Lain...

Media nasioanal terkenal sudah agenda mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu yang jelas memburukkan kerajaan Barisan Nasional. Soal hudud yang dikemukakan Husam dalam debat menjadi agenda terbaru mereka mengalihkan perhatian rakyat. Ada isu lain seperti , Minyak setakat hari ini telahpun jatuh ke paras bawahUS40 sepatutnya menjadi suatu paparan berita yang penting buat media. Dalam keadaan harga sebegini rakyat Malaysia sepatutnya menikmati harga minyak sekitar RM1.50 namun bukan itu harga yang didapati. Rakyat Malaysialah yang memberi subsidi sekitar 30 sen dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Isu hudud yang digemburkan pihak media nasional merupakan pendedahan tidak ikhlasnya mereka dalam sesuatu isu. Umum mengetahui bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan syariat Islam namun UMNO seolah-olah cuba mempermainkan isu hudud untuk memecahbelah saf kesepakatan Pakatan Rakyat. Pimpinan PAS perlu berhati-hati kerana Pakatan Rakyat baru sahaja ditubuhkan maka segala dasar yang hendak diikuti perlupersetujuan semua pihak .
Apakah benar UMNO hendak perjuangkan Islam? Kita lihatlah tindak -tanduk pimpinan mereka , nilailah sendiri..?
PAS sehingga kini konsisten memperjuangkan Islam cuma dalam situasi politik tanahair yang 'sebegini' rupa maka ada perkara perlu didahulukan. Rakyat perlu jelas lihat apa perubahan yang didapati setelah Pakatan Rakyat memerintah? Lihat apa perubahan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap isu pembaziran , penyalahgunaan kuasa , hak rakyat miskin tanpa mengira ideologi politik , isu perkauman ..lihat dengan teliti dari sanubari secara ikhlas dan tulus.
Maka paparan media nasional perlu dilihat secara lebih berhati-hati tujuan dan matlamat penyiarannya serta maklumatnya perlulah dihalusi secara jelas...

Monday, December 15, 2008

Sebut Pasal Projek..Siapa Yang Dapat?

Selepas Pakatan Rakyat menang , janganlah kome rakyat biasa ingat semue orang PAS , PKR kaye sebab dapat permit balak , permit lori , permit pasio , permit kuari dan segala-gala permit. Bila Pakatan Rakyat memerintah yang jage di Pejabat Tanah Dan Galian tu (banyak bersangkut pasal permit la) , yang jaga Jabatan Hutan (permit balak) , semuenya kakitangan dahulu yang dah biaso buat kerja gitu-gitu. Ramai orang Pakatan Rakyat ni kerja sendiri ke semuenya banyak usahawan tulen , contoh sahabat saye tu adalah sebiji kedai disewanya , bukak kedai sehinggalah cuti merdeka ke, cuti maulud ke , cuti hari Sabtu apatah lagi ,hari-hari bukak, sebab nak cari wang.
Kisah sebenarnya bila Pakatan Rakyat menang , yang dapat banyak permit semuenya orang-orang yang same pemainnya ketika BN memerintah dahulu. Jadi bila depa kata kerajaan Pakatan Rakyat bagi kat Cine tu salahla.. oarang yang same juga dok pulun yoep...
Orang PAS ni dah biasa susah cari makan sendiri...cumenya yang untung rakyat miskin dapat bantuan , maka harmonilah sikit negeri kiteni...bayar ayor murah sikit ...yang perlu bantuan dapat..rakyat dijenguk...masalah...
Kalau orang UMNO perintah habis semuenya disapu..kiat tengok je Ketua Kampung ..pilih ikut undi ...dulu mana ade...yoep...memang cara ni bahaya buat MB PAS sebab bukan semue Ketua Kampung mau dengor cakap , apatah lagi kalu diatu AJK UMNO ...tapi PAS ni hatinye bersih...sangka baik..cuma harapan saya untuk setahun nanti ...kalau ade salah laku Ketua Kampung tak kira partimana bubuh je ...PECAT.....JE...

Saturday, December 13, 2008

Media Haprak Perbesar Isu Kecil..Isu Besar Ditutup...

Media nasional TV3 suka memperbesarkan isu pembelian kereta untuk kerajaan Perak yang jumlahnya sekitar 2 juta..tapi bagaimana pula ceritanya hal kos penyelenggaraan yang dibuat untuk kediaman Perdana Menteri , kediaman Tim Perdana Menteri , kediaman Menteri-menteri..
banyak lagi yang perlu didedahkan yang melibatkan pembaziran yang berlaku.
Ketika jambatan bengkok dibatalkan pun ratusan juta pampasan diberi atas alasan ianya dibatalkan.Memang kenyang seratus keturunan untuk menelannya.Janganlah media haprak memperbodohkan rakyat. Rakyat negara kini rata-ratanya mempunyai pelajaran.

Tarif Air Mungkin Naik 37% di Selangor & WP

Kerajaan Pusat Malaysia ni memang pandai membuli kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.Bermacam alasan perjanjian boleh dibatalkan untuk menaikkan tarif buat rakyat.Itu adalah hukuman kepada mereka kerana menyokong kebenaran. Zaman Nabi dulu pun pernah dipulau sehinggakan para sahabat dan Nabi sendiri terpaksa memakan kulit kayu , kulit binatang dan sebagainya.
Kerajaan Malaysia mempunyai kepimpinan paling cerdik bila perjanjian dengan Singapura sehingga kini tak boleh dibatalkan lagi. Saya ingat inilah kerajaan paling bahlul dalam dunia bila jual murah pada rakyat asing , cekik darah untuk rakyat sendiri. Perjanjian dengan Singapura tak leh pulak dibatalkan..pelik dan bodohla menteri kita ni.
Tapi ada hikmahnya nanti..biar Kerajaan Allah turunkan tenteranya mengajar negara ini..air ini kurniaan Allah janganlah pula diambil keuntungan yang melampau-lampau.Bukit Antarabangsa , Allah berikan lebihan air..tapi Allah boleh menterbalikkan semuanya nanti..kering kontang ketika itu..penjual air pasti untung..

Wednesday, December 10, 2008

Kuala Trengganu..Dewan Pemuda Mula Bongkak...

Dewan Pemuda (saya tak pasti yang mana satu) mula membuat usul agar calon ahli Parlimen Kuala Trengganu mempunyai kelulusan PhD atau setaraf .Mereka juga lebih mahukan calon tempatan. Pemilihan calon perlu tepat agar ianya seiring dan setanding dengan calon BN nanti.
Ahli Parlimen yang dikenali peringkat nasional boleh juga diambil calon luar namun , dia juga mestilah boleh didekati masyarakat setempat. Ura-ura Dato' Nik Aziz mahukan Mat Sabu , manakala dewan pemuda mahukan calon PhD perlulah dibincang secara syura , mana yang terbaik buat rakyat. Keputusan selepas mesyuarat itulah nanti yang perlu diterima pakai oleh semua pihak. Mana-mana usul perlulah diperhalusi dari semua segi dan berdasarkan situasi semasa.
Kesilapan pemilihan calon bakal menguburkan impian PAS menambah kerusi...

Pembangunan Cerun Bukit..Iktibar Perlu Istiqamah..

Kerajaan Malaysia mengarahkan pembangunan cerun bukit dihentikan serta merta. Arahan ini kelihatan agak janggal walhal pembangunan cerun bukit berupaya menjana jutaan ringgit buat pemaju dan juga para-para pelulus projek tersebut. Inilah sandiwara yang amat menjengkelkan dalam budaya pentadbiran negara ini. Sikap menuding jari biasa dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. A akan menuduh B meluluskan projek , walhal ianya telah lama diluluskan , kemudian si A akan menuduh si B tidak prihatin walhal penduduk lebih mengetahuinya.
Mereka-mereka yang meluluskan projek cerun bukit yakni Kerajaan Pusatke..Kerajaan Negeri ke.. ( yang dulu...Hj...) , para pemaju , kontraktor , jurutera , peguam , jawatankuasa Alam Sekitar dan lain-lain yang terlibat perlu muhasabah diri..dan menyesali tindakan yang terdahulu ..akibat merosakkan alam sekitar maka alam sekitar akan membuat keputusannya sendiri yang pasti ramai terkena bahananya....integritilah faktor terpenting dalam suatu kejadian yang berlaku ini.
Rakyat perlu berfikir untuk semua keadaan..semua tempat situasinya sama sahaja..

Wednesday, December 3, 2008

Zaid Ibrahim DiPecat..

Zaid Ibrahim , mantan Menteri Kehakiman kini sah dipecat oleh UMNO disebabkan tindakan beliau akhir ini yang menyongsang parti. Bagaimana pula ahli-ahli UMNO yang beribu-ribu lagi yang pergi ke Majlis anjuran pembangkang? Tiada pula diambil tindakan ..jika diambil alamatlah tak de ahlilah UMNO ni. Percanggahan pendapat biasa berlaku , namun kes Zaid ini yang masih setia dengan UMNO tetapi selalu sangat hadir ke Majlis pembangkang merunsingkan pimpinan UMNO. Maka pecat adalah jalan terbaik untuk UMNO menyelesaikan masalah ini.

National Geographic POD