Saturday, January 24, 2009

Kuala Trengganu Patut Kalah Pun..

Memang UMNO perlu menerima hakikat bahawa mereka kalah di Trengganu walaupun pelbagai kaedah dilakukan sehinggakan Wan Farid begitu bersemangat menjadi calon meninggalkan jawatan Senator. Itulah harga yang terpaksa diterima oleh Wan Farid. Beliau tidak berdosa cuma , banyak perkara yang menyebabkan kaum Melayu rasa terpinggir daripada pemerhatian kerajaan terhadap mereka...

1. Isu pengajaran Matematik , Sains dalam bahasa Inggeris adalah dosa paling besar UMNO terhadap perjuangan orang Melayu sendiri. Setelah melakukan pelbagai percubaan hasilnya amat mengejutkan. Lebih ramai lagi murid-murid Melayu yang tak memahami Sains dan Matematik terutamanya pelajar luar bandar.

2. Suatu ketika dulu ketika Tun Mahathir menarik bantuan kepada SAR , memang yang terasa adalah orang-orang Melayu. Apalah dosanya kita hendak menghukum pelajar yang berminat aliran agama dengan menghentikan bantuan. Itulah politik Melayu cara UMNO. Diskriminasi orang UMNO terhadap sesama mereka juga berlaku cantas mencantas tak kira apa sebabnya.
Apatah lagi kalu mereka orang PAS , lagilah teruk..

3.Kebanyakan YB..YB yang dilantik oleh BN , ramai yang tak mesra rakyat..jangan cakap Wan Farid sahaja..belambak lagi yang bakal jadi YB BN ni yang tak mesra rakyat. Mereka asyik sibuk dengan projek mana ada masa nak ziarah orang sakit ke...orang mati ke...kenduri kendara lagilah kecuali kenduri Pak Lah...harijadi Pak Lah...harijadi cucu Pak Lah...Hari masuk Kelas cucu Pak Lah..itu ramailah pengampu-pengampu ni yang pergi mencium bontot pemimpin. Rakyat ada masalah pergilah settle sendiri...jadi janganlah orang-orang UMNO pengampu ni marah rakyat tak sokong BN. Kalau nak jadi YB pun buatlah rutin kerja jumpa rakyat , buat jadual , jadi mudah rakyat jenguk.Jadi yang YB BN menang lagi tu kira masih boleh tahanlah...campur sikit jentera kerajaan campur pengundi hantu..menanglah dema..

Buat calon akan datang , kalau nak juga jadi YB...cermin diri dulu...
rasa tak layak janganlah nak cuba-cuba nanti kalah..

Wednesday, January 21, 2009

Kes Serban vs Kes Turban..

Mahkamah di Kota Bharu memerintahkan pelajar di denda ataupun penjara 2 hari atas kesalahan memakai serban di jalanraya ketika menunggang motosikal.
Persoalannya bagaimana pula bagi kaum Sikh yang banyak kelihatan memakai turban ketika di jalanraya? Tiada undang-undang dikenakan ke atas mereka?
Mungkin kita perlu menukar nama Malaysia al Turbani..kerana golongan ini kebal dek undang-undang..lagipun rasa hormat kita ke atas kaum Sikh yang mempunyai ramai peguam membolehkan perlakuan mereka itu..penguatkuasapun takut nanti kalau bawa kes pelajar berturban ramai pula peguam pembela Sikh yang membela..
Kalau pelajar Islam ..mana ada peguam berserban ketika bertugas..cuma berserban ketika balik haji ataupun luar bertugas..Fikir-fikirlah...
Terlalu banyak perkara yang 'double standard' terhadap umat Islam kini termasuklah di negara Malaysia tercinta ini...

Tuesday, January 20, 2009

Gencatan Senjata Israel Hanyalah Tipu Helah..?

Umat Islam diingatkan agar tidak melupakan sejarah terdahulu bagaimana para Nabi sendiri dibunuh oleh puak Yahudi walaupun pesuruh Allah itu adalah kalangan mereka sendiri. Maka gencatan senjata sementara ini bukanlah waktu untuk berpesta merai kemenangan sebaliknya memperkukuhkan barisan hadapan jihad untuk menghadapi musuh. Kebencian Yahudi terhadap umat Islam takkan luntur sehinggalah hari kiamat..itulah janjiNya.
Teruskanlah peranan masing-masing sekadar kemampuan masing-masing. Andai dapat memboikot suatu barangan boikotlah ..jika tidak kurangkanlah pembelian produk tersebut. Yahudi telah lama membuat perancangan yang rapi tersusun meliputi semua aspek kehidupan. Mereka yakni Yahudi mengambil kesemua ilmu Islam untuk diamalkan namun mereka menyekutui Allah.
Mereka hebat dalam perniagaan , media , politik , sosial segala-galanya mereka telah lama bertapak. Umat Islam masih terkial-kial dalam pencarian.
Saya merasakan Israel ini akan membuat kacau dan bilau bila-bila masa lagi.

Monday, January 19, 2009

Post Morterm Kekalahan BN..

Berikut antara faktor kekalahan BN..

1. Kebanyakan rakyat pengundi muda lebih terbuka dan rasional .

2. Internet salah satu senjata yang ampuh menggempur propaganda media utama.

3. Media utama negara masih berpengaruh mempengaruhi pengundi.

4. Faktor calon memberi beberapa peratus tambahan .

5. Penggunaan polis yang berleluasa memualkan pengundi..maka siapa yang hantar polis mendapat kekurangan sokongan.

6. Daftar pemilih yang tidak bersih memberi imbangan sokongan kepada BN namun..tidak mencukupi menentang arus perubahan rakyat..

7. Politik perkauman , pembangunan tergesa-gesa , imbuhan segera , projek tangkap muat , merupakan saguhati yang tidak ikhlas buat rakyat..maka ianya perlu dielakkan ketika kempen..

BUAT PAS TAHNIAH TERUSKAN PERJUANGAN..

Saturday, January 17, 2009

Selamat mengundi KT..Undilah PAS




Selamat mengundi buat semua yang layak mengundi. Bagi mereka yang status sebagai pengundi hantu ataupun mengundi bagi pihak..janganlah merosakkan sistem demokrasi negara ini...
Laporan daripada banjar online...
Petugas-petugas perlu memantau siapa perempuan ini masih hidup ataupun mayat hidup..

Aminah Binti Mohd
No IC: 0459902 atau 091029-11-5378
Lahir tahun 1909
Berusia 100 tahun maka mestilah berkerusi roda..
rujuk banjaronline..

PILIHLAH CALUN PAS

Thursday, January 15, 2009

Kuala Trengganu..Rakyat Perlu Bijak...

Hari pengundian semakin hampir.Debaran menanti pelbagai pihak siapa yang akan menang. Walaupun BN mempunyai kelebihan dari segi daftar pengundi , jentera kerajaan Pusat , pengundi Pos dan sebagainya , mereka BN tidak boleh menolak kuasa rakyat yang inginkan keadilan , ketelusan dan bersih. Pertarungan agak sengit walaupun dari segi luarannya nampak PAS lebih menonjol ketika sambutan ceramah umum mahupun kelompok. BN mempunyai pengalaman besar dalam soal provokasi ketika hari pengundian , terkenal dengan daftar pemilih yang mempunyai banyak keraguan , sokongan pihak berkuasa ketika hari pengundian. PAS boleh menang itupun majoriti sekadar 1000 ataupun 1200 undi.
SPR sebenarnya masih lagi berada dilandasan yang tidak betul berikutan daftar pemilih yang boleh diragui, kewujudan pengundi-pengundi luar yang tidak dikenali , maka SPR wajib menguruskan pilihanraya dengan menggunakan DAKWAT CELUP JARI.
Melalui kaedah ini , peratus penipuan akan berkurangan 50 peratus.
Nasihat saya buat pengundi di Kuala Trengganu:
Pilihlah PAS , Pakatan Rakyat kerana:

1. Kemenangan Pakatan Rakyat mengurangkan ego BN..
2.Kemenangan Pakatan Rakyat PAS tidak lagi menjamin Anwar sebagai PM..
3.Harga Minyak boleh diturunkan melalui mesej yang diberi oleh rakyat..
4.Kemenangan Pakatan Rakyat Akan Membawa Perubahan Yang Lebih Baik Buat Rakyat..
5.Segala tindak tanduk kerajaan baik BN ataupun Pakatan Rakyat Akan Dinilai..
6.Segala pembaziran kerajaan Dapat Dikurangkan..
7.Calun PAS memang berwibawa..bekerja untuk rakyat..

PILIHLAH CALUN PAS

Tuesday, January 13, 2009

Hugo Chavez Dianggap Wira Di Negara Arab

Tatkala pemimpin Islam sekadar boleh bersidang mengusulkan agar PBB membuat tekanan kepada Israel , Hugo Chavez pula lebih praktikal mengusir Duta Amerika pulang. Rupanya kesan ini disanjungi oleh rakyat Arab keseluruhannya atas keberanian Hugo walaupun beliau belum lagi berwajah Islam namun , tindakannya lebih Islam daripada pemimpin Islam dunia ini. Mana ada pemimpin negara Islam seberani Presiden ini , dengan seribu alasan hanya mampu menyuruh agar bersolat hajat sahaja. Sepatutnya pemimpin negara Islam membuat sesuatu yang berpadanan dengan jawatan mereka sebagai pemimpin yang memimpin , rupanya mereka ini hanya boleh memimpin perut dan nafsu. Darah umat Islam yang mengalir bagaikan tiada apa-apa , kematian ratusan umat Islam sedikitpun tiada perasaan belas, hari-hari kita enak menikmati makanan yang sedap , minuman enak tanpa rasa kasihan kepada insan saudara seagama di Palestin, bahkan dalam soal boikotpun , kita berbelah bahagi. Ada persatuan pengguna Islampun cuma memboikot dua tiga produk..walhal beratus produk daripada Amerika Israel , sekurang-kurangnya biarlah kempen besar ...ini tidak kempen sikit alamat gagallah...

Saturday, January 10, 2009

Israel Musuh Utama...Itu Yang Paling Utama..

Israel mengganas tak kira siapa sahaja, setakat ini sudah 700 ke atas angka korban yang dicetus kaum paling degil dan angkuh di dunia ini. Amerika seperti biasa negara yang mengambil berat keganasan , tidak berbuat apa-apa ketika anak emasnya melakukan keroskan besar di dunia ini. Amerika adalah negara hipokrit yang kononnya mengamalkan demokrasi namun itulah hakikatnya. Negara umat Islam dengan pimpinan Islamnya haruslah celik mata perkara di atas. Pergantungan kita terhadap Amerika membawa natijah sebegini teruk sehingga kita tak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat sahaja. oooo i seeee....
Ketika ini perlu digembleng tak kira kerajaan apa BN , Pakatan Rakyat ataupun Tak Berparti perlulah memboikot barangan yang keuntungannya memberi untung kepada Amerika dan Israel...jelas kita lihat bagaimana Sukarelawan Palang Merah pun dibunuh oleh tentera Israel..semua negara kaya umat Islam hanya berbincang...berbincang...berbincang...hinggalah ribuan umat Islam disembelih...
Jihad Tentera perlu digerakkan tak kira siapa golongan mujahideen ini perlulah kita sokong untuk mereka. Jihad Fi Sabilillah Perang Darah adalah jalan terakhir untuk menghadapai Israel laknatullah...

Wednesday, January 7, 2009

Boikot Barangan Israel Dan Amerika..

Boikot barangan Israel dan Amerika merupakan suatu tindakan yang amat wajar dan bertepatan ketika ini. Israel Yahudi terus mengganas tanpa mempedulikan kecaman antarabangsa. Bangsa Yahudi laknatullah ini sememangnya tidak akan patuh apa jua perjanjian ataupun bai'ah..antara manusia. Sejarah telahpun menjelaskan bagaimana mereka yakni Yahudi membunuh ribuan nabi sendiri yang memberi cahaya kepada mereka. Kesimpulannya mereka adalah bangsa yang tidak akan tunduk dengan sebarang peraturan maka kita semua wajib bertindak untuk menghalang keegoan Yahudi.
Permulaan ini hendaklah kita boikot barangan mereka dan juga Amerika. Sememangnya terlalu banyak pergantungan semua negara dengan Amerika namun ..apakah kita rela melihat anak-anak kita di Paletin dibunuh sewenang-wenangnya oleh Zionis laknatullah. Bersusah-susahlah kita sedikit..bukannya mati kalu tak makan KFC , Mc Donald , Pizza Hut..dll
Buat permulaan kita mulakan dahulu ...

BOIKOT KFC

BOIKOT Mc DONALD

BOIKOT PIZZA HUT

Ingatlah anak-anak kita di Palestin yang dibunuh hari-hari.
There was an error in this gadget