Saturday, February 28, 2009

Pemuda UMNO Kepung Karpal Singh di Perkarangan Parlimen..

Tindakan memalukan pemuda UMNO akhir-akhir ini perlu ditangani serius oleh kerajaan jangan nanti imej negara menjadi buruk . Walaupun Karpal menuduh secara keras 'celaka pemud UMNO' namun untuk penyelesaian kemelut itu wajar dikaji. Tindakan semberono ahli pemuda UMNO ini pasti didalangi oleh Ahli Parlimen. Masakan mereka itu boleh melepasi kawasan parlimen semudah itu andai tiadanya 'wild card' untuk masuk ke lobi Parlimen.
Jika dahulu kumpulan BERSIH yang cuba menghantar berbagai memorandum dihalang oleh pihak polis , namun kelibat polis dan pengawal keselamatan tiada dalam insiden itu amatlah memalukan andai mereka juga terlibat membiarkan perkara tersebut berlaku.

PEMUDA UMNO MESTI BERTANGGUNGJAWAB DAN MENERIMA HUKUMAN KERANA MENCEMAR DEWAN RAKYAT..

Ketiadaan tindakan menunjukkan kerajaan Malaysia ' cakap tak serupa bikin'

Tol Naik Lagi..Usah Terkejut Berok..

Kerajaan telahpun mengumumkan kenaikan tol, dan manfaatnya untuk pemegang konsesi tetap berlipat ganda walaupun kerajaan tidak membenarkan sementara kenaikan tol-tol tersebut.Andai kenaikannya tidak diserapkan kepada rakyat namun kerajaan menggunakan wang kerajaan untuk bayaran pampasan yang menggunakan wang rakyat juga.Orang kata pi mai tang tu...
Resolusi yang perlu diambil ialah kerajaan wajib telus ketika membuat sebarang perjanjian yang melibatkan kepentingan rakyat. Wang rakyat tidak boleh lagi dileburkan untuk mengkayakan para pemegang konsesi lagi. Rakyat mengharamkan penggunaan wang rakyat secara tidak betul. Segala bentuk perjanjian konsesi perlu dibentangkan kepada rakyat untuk dinilai samada berlaku penyelewengan atau tidak. Badan audit bebas perlu dilantik untuk tujuan itu dan mereka mestilah betul-betul profesional.
Inilah dasar penswastaan kerajaan yang gagal menyebabkan kesan padahnya dikenakan kepada seluruh warga rakyat...

Friday, February 27, 2009

Sesiapa Buat Laporan Palsu Akan DiDakwa...ujar Najib Razak

Kenyataan hipokrit pemimpin negara yang melaungkan kepimpinan terpimpin , masyarakat Melayu Glokal..
SPRM , Polis , Peguam Negara masih lagi tidak melihat kenyataan Najib yang serupa petatah "cakap tak serupa bikin"..mengenai laporan palsu akan di dakwa mereka yang membuat laporan polis merujuk 2 Adun Pakatan Rakyat yang membuat laporan polis cuba dirasuah berjuta-juta.
Apakah polis dan peguam negara tidak pernah mendengar pengakuan Bala secara bersumpah menyatakan keterlibatan Najib dengan kes Altantuya...setelah itu satu agi pengakuan bersumpah yang menyanggah kenyataan tersebut...
BUKANKAH ITU LAPORAN BERSUMPAH PALSU..MAKA KENAKAN TINDAKAN KE ATAS BALA...
Inilah pemimpin umat Islam akhir zaman yang tiada ilmu agama , meminggirkan agama dari kehidupan..

Thursday, February 26, 2009

Berita Gempar SPRM Menderhaka....


Inilah berita yang menggemparkan negara ketika berlakunya krisis perlembagaan. YM Sultan Selangor telahpun mengatakan penggunaan kereta sendiri oleh YAB Menteri Besar Khalid Ibrahim ok tiada masalah begitu juga lembu-lembu yang disedekahkan kepada penduduk Bandar Tun Razak juga OK maka usahlah gusar tentangnya kerana ianya daging halal. Maka dengan ini SPRM...dibawah Dato ...diisytiharkan...

PENDERHAKA...PENDERHAKA...PENDERHAKAA...

Marilah beramai-ramai rakyat membuat laporan polis terhadap beliau agar beliau diusir negara untuk selamanya...

Wednesday, February 25, 2009

Sultan Selangor Biarkan Keputusan Dibuat Oleh MB Khalid Ibrahim

Sultan Selangor hari ini diberitakan memberi tanggungjawab kepada MB Selangor hal berkaitan Elizabeth Wong.Inilah yang dinamakan Sultan payung rakyat tidak memihak mana-mana pihak. Mungkin Sultan Selangor lebih bijak membaca kerenah politik semasa dan juaga isu-isu rakyat terkini. Syabas Sultan Selangor.
Maka MB Selangor pada saya perlulah membuat keputusan segera untuk menggantikan jawatan Exco kepada orang yang berhak namun jawatan Eli sebagai ADUN tak perlulah dikosongkan sekurang-kurangnya tak dapatlah SPR membazirkan wang rakyat dengan peruntukan yang kadangkala melampaui hadnya ..lebih banyak peruntukan yang kosnya tidak tinggi tetapi melambung tinggi. Masihkah anda semua ingat ketika Dato Amrin Buang membangkitkan hal audit negara sehinggakan suatu benda yang murah diletakkan harga berkali-kali tinggi daripada kos sebenar...RASUAH WUJUD...
Pada saya Eli cuma perlu mengosongkan jawatan Exco namun untuk ADUN biarkan. Tumpuan kita sekarang bongkarkan penyalahgunaan Khir Toyo ketika memerintah Selangor dahulu.
Khir Toyo bukanlah insan layak bercakap tentang ketelusan , integriti , rasuah dan lain-lain lagi. Berpuluh-puluh laporan polis dan rasuah oleh Lutfi didiamkan oleh Suruhanjaya Badan Pelindung Rasuah (SPRM )...

Tuesday, February 24, 2009

Kerajaan Tak Sah Sudah Membuat Perubahan Baru..

Kerajaan pimpinan Zambrey sudah melakukan rombakan cara pentadbiran dimana jika dahulu premis dewan orang ramai , padang awam , stadium diberikan kepada semua pihak yang memerlukan namun pihak DS Nizar sudah dinafikan menggunakan kemudahan awam milik rakyat dan kerajaan. Apakah kerajaan dan rakyat itu suatu entiti yang terpisah? Rakyatlah tapak asas pembentukan sebuah kerajaan yang berdemokrasi. Kerajaan yang terpilih itu bertanggungjawab membawa lebih banyak kemakmuran dan keselesaan kepada rakyat bukan menyusahkan rakyat.
Pendekatan yang serupa cara kaedah lama menidakkan hak rakyat itulah senjata yang menjadikan Be End ditinggalkan oleh rakyat. Keterbukaan dalam tindakan sememangnya adalah sukar namun keterbukaan Kerajaan memberi ruang kepada rakyat disamping memperbaiki masalah-masalah dalaman parti adalah suatu point menambahbaik parti.
Pemerintahan secara kuku besi sekukuh manapun pasti akan terongkai suatu hari nanti maka pendekatan berpolitik juga perlulah mengalami perubahan.
Perkara sekecil ini andai berlaku kepada Be End ( tidak dibenarkan menggunakan dewan orangramai) pasti menjadi isu perdana buat tv , media nasional.Perkara sebegini jika masih lagi tidak diperbetulkan maka selama itulah berkokaknya pemimpin UMNO inginkan perubahan dan sebagainya hanyalah tinggal slogan dan retorik bagi generasi pelapis.
UMNO perlukan perubahan yang betul-betul berubah , pembangkang perlu dihormati sebagai manusia yang bermaruah barulah kita akan dihormati. Janganlah kita menggunakan kekerasan dan kekuasaan menangani pelbagai masalah..kelak nanti parti Be End seluruhnya musnah.Kerakusan Be End menggomoi Perak si gadis sunti ini bakal menjahanamkan mereka bagai 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'.

Monday, February 23, 2009

SPRM Pun Ada Problem..






Perlantikan orang Nombor wahid SPRM selalunya terdiri kalangan yang ada juga 'masalah'.Berita terbaru dikatakan anak orang nombor wahid SPRM cap lembu ini tertangkap ketika masuk Australia , membawa laptop dipenuhi siaran lucah porno kanak-kanak.Berita itu sudah lama dan banyak pautan blogger terkenal telahpun menyiarkannya.
Apa kata kita cadangkan kepada YDP Agong sera Pak Menteri Pak Lah menggesa dicadangkan Dato Nik Aziz Nik Mat menjadi orang kuat ACA. Bayangan saya ketika itu rasuah menjadi semakin mengecut dan negara dapat menyelamatkan ratusan juta akibat ketelusan Dato Nik Aziz menangani rasuah.
Mengapa SPRM ni begitu senang merendahkan pemikiran rakyat seluruhnya mengenai agenda mereka dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat? Pihak yang takut Pakatan Rakyat berkuasa adalah pihak-pihak yang menentang rasuah dan kezaliman sebenarnya.
Pihak -pihak lain janganlah cuba untuk memutarbelitkan undang-undang yang telah termaktub. Bagi undang-undang biarlah Majlis Peguam laksanakan melalui mahkamah , bagi pihak polis jalankan tugas dengan baik dan beramanah mengikut perlembagaan.Jangan nanti apabila semuanya cacamarba rakyat pula yang memerintah sendiri.

Friday, February 20, 2009

SPRM Baju Saja Tukar Tapi Masih Macam Dulu...

Keadaan situasi Speaker Perak Siva hendak disiasat , Nik Aziz beritahu ada orang cuba beri rasuah pada beliau disiasat , DS Anwar ketika menyuruh penyiasatan kes liwat disiasat, kes lembu korban Selangor pun disiasat ,walhal

Osman Jailu , Jamaluddin disimpan disorok hilang mendapat tawaran habuan TIDAK SIASAT
Peguam Negara...Polis Negara..pinda laporan TIDAK SIASAT...

KEADAAN SEBEGINI SEBENARNYA MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PAKATAN RAKYAT..INGATLAH KETIKA RASULULLAH DI FITNAH , DI KEJI , DIHINA LEBIH TERUK DARIPADA KITA..SETELAH MENGHADAPINYA..INSYAALLAH KEJAYAAN BAKAL DIKECAPI...
BAGAIMANA PERJANJIAN HUDAIBIAH YANG AMAT TIDAK ADIL BUAT RASULNYA..NAMUN BERKAT KESABARAN..INSYAALLAH KEJAYAAN AKAN DI TEMPA...

Pilihanraya Suatu Pembaziran?

Adakah pilihanraya yang nak diadakan seluruh negeri Perak boleh dikategorikan membazir?
Persoalan ini amat menarik ketika ekonomi global menunjukkan kesan yang amat perit ketika ini akibat kemelesetan. Ramai pekerja syarikat gergasi seperti Toyota , Honda , Nissan , syarikat industri elektronik diberhentikan dengan alasan penurunan import barangan ke negara-negara tertentu.
Persoalan samada pilihanraya ini suatu pembaziran hendaklah dinilai samada pertukaran kerajaan dapat memberi kesan yang lebih positif buat rakyat? Dari segi politik pilihanraya kecil misalnya memberi impak kepada kerajaan memerintah agar lebih berhemah dalam tindakan menggunakan wang kerajaan. Misalnya setelah kekalahan 5 negeri ditambah Wilayah Persekutuan Be End tidak lagi menaikkan harga minyak sewenangnya namun ianya juga akibat penurunan secara global harga minyak dunia. Kita juga boleh menilai pemerintahan Pakatan Rakyat Perak ketika ini lebih menjurus agihan ekonomi yang lebih adil dan menyeluruh , semua rakyat dapat merasai keberkatannya. Walaupun dalam keadaan disekat peruntukan dari pusat namun kerancakan tetap ada.Perbelanjaan berhemah Pakatan Rakyat dalam mengurus ekonomi ini dapat mengurangkan pembaziran jangka panjang. Setiap projek besar akan dipantau , kos bawah meja juga diperhalusi , setiap projek dinilai samada memberi manfaat bagi rakyat keseluruhan ataupun sekadar untuk membuat projek. Terdahulu banyak projek dilaksanakan hanya bertujuan menyalurkan projek untuk individu tertentu tanpa mengira samada projek itu berbaloi ataupun berfungsi untuk kegunaan rakyat. Maka pembaziran wang rakyat berlaku. Pada pandangan saya , Pakatan Rakyat Perak telus dan terbuka menangani isu rakyat seterusnya bersungguh-sungguh membantu rakyat marhean namun disebabkan individu tertentu yang cuba mengalihkan isu berkaitan diri sendir membuat suatu cerita baru yang akan berpanjangan yang merugikan kesemua pihak. Sebenarnya harga minyak dunia sudah menurun sekitar USD 38 , namun tida perancangan kerajaan dalam mengawal harga barangan runcit amatlah dikesali. Kesan pergolakan politik Perak , kes Altantuya menjauhkan pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara yang tidak ada ketentuannya.Bagi saya pilihanraya di Perak seluruhnya kan membawa kepada kestabilan politik seterusnya kestabilan ekonomi turut akan dirasai.

Thursday, February 19, 2009

Kemelut Perak Berpanjangan..bukan susah Nak Pendekkan...BUBAR DUN

Kemelut Perak saban hari menjemukan dan menjengkelkan. Akibat kerasukan tamak haloba pemimpin yang menyaksikan kemelut ini berpanjangan.Masing-masing dengan hujah masing-masing. Jalan terbaik ketika ini BUBARKAN DUN..
Itulah padahnya apabila merampas anak dara sunti tanpa mendapat persetujuan wali..kahwin lari..mungkin Mat Taib pendekar melayu di Selangor lebih memahami istilah ini.Kemelut Perak ini haruslah disandarkan kesalahannya keatas bahu Najib dan rakan-rakan...
Rakyat bosan , muak , jijik , benci demokrasi menjadi sebegini rupa. Para pelompat juga takut hadir di khalayak..mungkin ketakutan rakyat berbuat sesuatu yang gila setelah mereka menjadi gila-gila. Wang yang banyak pun tidak dapat menggantikan kebebasan untuk minum kopi di cafe , berjalan-jalan ke dalam kampung dan taman , beramah mesra dengan penduduk dll.Samapi bila anda mengurungkan diri..

Tuesday, February 17, 2009

Elizabeth Wong Letak Jawatan...

Eli , Exco Selangor letak jawatan exco seterusnya letak jawatan sebagai ADUN Bukit Lanjan..Maka ada lagi satu PRK untuk Selangor pula. Perletakan jawatan Eli walaupun nampak agak terburu-buru namun keputusan itu dilihat mencerminkan komitmen teguh Pakatan Rakyat yang tidak berkompromi dengan skandal seks apatah lagi perkara mengaibkan serta memalukan sudah menjadi isu besar..sekurang-kurangnya Be End tiada modal untuk diketengahkan kepada umum..
Maka bersiaplah Be End untuk sekali lagi rakyat tunjukkan bahawa gelombang tsunami PRU12 masih lagi hangat dan segar..Rakyat sekarang sudah boleh menilai mana pemimpin yang bekerja untuk rakyat atau sekadar duduk kerusi empuk rakus menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri , keluarga , rakan taulan atau memang benar untuk menyelesaikan masalah tertunggak rakyat yang sekian lama dibiarkan untuk umpan pilihanraya....
Pakatan Rakyat perlu menilai calon yang boleh bekerja dan berstatus tempatan..tidak perlu berstatus nasional kerana ianya kawasan DUN..

Monday, February 16, 2009

Situasi Perak OK ke? Rakyat ?

Situasi Perak tak lah seteruk GAZA , namun bahangnya masih terasa. Sana-sini menyumpah..nyumpah ..ada sekatan jalanraya..pagi mungkin dibuka..lewat tengahari jalan sudah jemm..
Bilanya semua ini akan berakhir..rakyat bosan..ADUN lompat pun tak kelihatan majlis santapan...semuanya gara-gara takut...malu...dan macam-macam penyakit rohani...
Cube lihat...MB Nizar dan barisan exconya semuanya hadir seperti tiada apa-apa yang berlaku...wah hebat jiwa mereka...kalau aku pun tak pasti lagi...
Pada aku Nizar dan exco pergi kerana membawa mesej rakyat seluruh Perak yang masih mengangap beliau sebagai MB sah...
Bedoalah kita agar semuanya cepat berakhir...rakyat Perak mahukan pilihanraya..biar rakyat tentukan jangan berselindung di sebalik ketuanan Raja-raja...

Saturday, February 14, 2009

Tempoh Lama Sebelum Penamaan Calon...Ada Plot Baru...

Masa yang diberikan oleh SPR untuk PRK Bukit Gantang , penamaannya 29 Mac dan pengundian 7 April adalah strategi licik UMNO yang mempengaruhi tindakan SPR. SPR jelas bukan berfungsi untuk rakyat secara bebas namun lebih untuk bertuankan UMNO dan Be End. Masa yang lama ini dapatlah merangka tindakan memasukkan nama-nama di Jabatan-jabatan tertentu..Sebulan setengah adalah masa yang amat panjang yang boleh digembleng sepenuhnya oleh agensi-agensi terbabit...Cumanya rakyat masih bersabar melihat tindak tanduk mereka yang bukan berpaksikan demokrasi sebenar...kalu rakyat tak sabar..tak tahulah...

Friday, February 13, 2009

MB Haram Bazir Wang Rakyat...

Baru saja dapat merompak secara haram mereka sudahpun memulakan polisi membazir..
Kerajaan negeri haram telah melantik 3 penasihat mewakili kaum maknanya apa guna mereka berada di jawatan masing-masing sebagai exco melainkan bertujuan menghabiskan wang kantung rakyat kepada 3 penasihat haram..
Setiap penasihat haram dianggarkan perbelanjaan tahunan sebanyak RM240,000 setahun maka 3 penasihat haram jumlahnya RM720,000..
Langkah ini dikira membelakangkan hasrat mereka untuk berbelanja berhemah dalam keadaan ekonomi global meruncing...
Be End bukan pejuang rakyat melainkan pejuang kroni dan perut...

Thursday, February 12, 2009

UMNO Telah Lama Takut Untuk Bertarung Secara Anak Jantan..

UMNO dan Be End memang sudah lama takut untuk menghadapi pilihanraya yang adil kerana banyak kesilapan , tindakan serta idea mereka merugikan rakyat marhean. UMNO dan Be End lebih banyak memperjuangkan kepentingan segelintir golongan kaya yang mempunyai hubungan dengan pimpinan besar UMNO dan Be End.
UMNO dan Be End tidak lagi mewakili umat Melayu dan umat bukan Melayu , Cina , India yang berada dalam kelompok pertengahan dan bawahan. Rakyat marhaen sekarang lebih menyukai Pakatan Rakyat yang membawa polisi yang menjurus kepada keadilan sosial dan keadilan ekonomi derta keadilan politik kepada seluruh ummat.
Lihat saja pemilihan Ketua Kampung yang dibuat secara undian menyeluruh melibatkan semua penduduk kampung.Bukankah ini yang dinamakan keadilan berpolitik secara lebih adil dan terbuka.
Keadilan agihan ekonomi dilihat seperti pemberian tanah-tanah kampung baru begitu juga kampung tersusun yang sebelum ini sering menjadi suatu senjata politik pemerintah untuk tujuan ugut agar condong kepada pemerintah. Bukankah wujudnya keadilan agihan pemberian tanah yang dibuat oleh MB Perak.
Be End dan UMNO yang cuba berselindung disebalik raja-raja yang dijadikan tunggangan mereka dengan pemberian kontrak-kontrak besar dilihat lebih menjadikan institusi raja alat mainan mereka. Tatkala tidak bersetuju dengan Sultan , UMNO Trengganu mencemar institusi raja, tatkala tidak bersetuju dengan Sultan Perlis , YB Shahidan turun naik ke KL berjumpa Pak Lah ....bukankah itu semua penderhakaan kepada raja.
Sedarlah Be End dan UMNO , sesungguhnya tiba saat kematian ianya pasti menyakitkan. Sedarlah diri bahawa banyak sungguh kerosakan yang dilakukan oleh batang tubuh anda UMNO dan Be End terhadap rakyat marhean ini.
Kau Be End dan UMNO hanya gah di media perdana , sokongan jentera kerajaan SPR , Polis DLL walhal di hati rakyat marhaen kau adalah politikus perut dan nafsu yang tak habis-habis. Kau tak pernah bermuhasabah dan tidak sama sekali berubah...
Rakyat wajar menolak Be End dan UMNO ketika PRU13 nanti....

Wednesday, February 11, 2009

Krisis Di Perak...Berapa Lama Nak Guna Polis FRU DLL..

Rakyat Perak keseluruhannya bosan situasi yang berlaku sekarang. Jalan pintas menenangkan keadaan lakukan pilihanraya. Ketika dunia semakin moden , rakyat semakin cerdik dan bijak menilai segala tohmahan propaganda murahan media nasional. Tiadanya imbangan maklumat menyebabkan rakyat keseluruhannya lebih benci dan jijik menonton sajiandemi sajian yang direka cipta khasnya untuk menghalalkan tindakan pihak berkuasa.
MB yang baru pasti akan menjalankan tugas beliau pada pandangan beliau. Bagaimana MB baru itu nak menjalankan tanggungjawab andai rakyat hanya mengiktiraf Dato Nizar sebagai MB mereka yang sah?
Adakah MB Haram ini akan datang bersama dengan trak FRU ataupun polis yang ramai untuk sesuatu majlis..?Itulah yang akan difikirkan...Bagaimana? Sampai bila...? Rata-ratanya rakyat bosan polis dicampuri urusan politik ini..?

KEKOSONGAN PARLIMEN BUKIT GANTANG ..ADALAH MEDAN TERBAIK BUAT RAKYAT UNTUK MELUAHKAN ISI HATI MEREKA YANG BOSAN DENGAN BE END..

Tuesday, February 10, 2009

Kerajaan Takut Guna ISA...

Pak Lah diberitakan oleh Berita Harian tidak akan menggunakan ISA terhadap Nizar..sememangnya ramai SB dan polis risikan telah mengetahui sentimen rakyat Perak keseluruhannya.
Kalangan 10 orang yang ditanyai mengenai pergolakan di Perak..7 memihak kepada pembubaran DUN..2 orang keliru dan 1 orang ikut perintah Sultan...
Sekiranya Pak Lah gopoh mengambil ISA terhadap Nizar ketika ini..seluruh Malaysia akan bergolak..sejarah akan tercipta..gelombang terbesar pasti akan tercetus..Be End akan mengakhiri hayat dengan penuh tragis..

Monday, February 9, 2009

Hikayat Abdullah...





Petikan daripada Hikayat Abdullah...

Bahagian Penutup...mukasurat 382..

"Setelah tamat bahagian pertama hikayatku itu, aku duduk memikir beberapa lamanya. Dalam usiaku ini , banyak perkara ajaib yang tidak pernah didengar dan dilihat oleh nenek moyangku telah aku saksikan. Sebab segala perkara itu menimbulkan fikiran dalam hatiku, terutama berkenaan kehidupan orang Melayu.Aku lihat hal ehwal mereka , seperti tabiat, kelakuan dan adat, sejak aku kecil sehinggalah umur aku sekarang, mereka bukan semakin pandai, tetapi semakin bodoh.
Setelah aku selidiki , aku dapati ada beberapa sebab. Sebab utama yang mendatangkan kecelakaan ialah kerana kezaliman dan aniaya raja-rajanya terhadap segala rakyatnya, sehingga hati rakyatnya gersang umpama tanah yang tidak berbaja.
Tidak boleh tumbuh sebarang pengajaran, ilmu ataupun kepandaian di dalamnya.Hidupnya seperti pohon kayu di hutan.Ke mana ditiup angin ,disanalah ia rebah. Dia selalu diperintah oleh bangsa lain.Orang Melayu itu seperti ikan kecil yang menjadi makanan ikan yang besar.
Sebab aku mengatakan raja-raja itu zalim dan aniaya kerana mereka sentiasa menghina rakyatnya, seolah-olah rakyatnya seperti binatang. Apabila rakyatnya bertemu rajanya, mereka duduk di tanah, baik becak ataupun kotor.
Apabila raja-raja mahukan anak-anak perempuan mereka ataupun harta benda mereka, diambilnya sahaja tanpa ada perasaan takut kepada Allah.
Perintah atau hukuman ke atas rakyatnya hanya mengikut hawa nafsu, iaitu orang dikasihi diringankan, dan orang yang dibencinya diberatkan hukumannya.
Bagaimana jahat ataupun aniaya anaknya ataupun keluarganya kepada rakyat, dibiarkan dan disembunyikan.Raja-raja menyimpan beratus-ratus hamba.Merekalah yang membinasakan segala rakyatnya , dan membunuh manusia seperti membunuh seekor semut.
Raja-raja hanya mencari keselamatan untuk dirinya shaja , bukan untuk rakyatnya."


Petikan Hikayat Abdulah...Munsyi Abdullah...

Sokongan Untuk MB Perak Yang Sah..35,000 Rakyat Hadir











Begilah keadaan terkawalnya rakyat Perak walaupun banyak sekatan jalanraya oleh pihak polis menuju rumah MB Perak , namun rakyat tetap pergi.inilah amarah rakyat Perak memberi signal kepada semua pihak terutama media haprak TV1, TV2 , TV3 dan lain-lain bahawa kami memberi sokongan kepada MB Perak Sah , Hj Nizar Jamaludin dalam segala tindakan berdasarkan undang-undang tubuh Negeri Perak.
Media nasional mengalihkan isu kononnya kami penderhaka...
SEBENARNYA NAJIB MENGGUNAKAN ISTANA...

Sunday, February 8, 2009

Be End Menggunakan Istana..

Percaturan politik Najib amat berbahaya kepada seluruh rakyat keseluruhannya. Politik adu domba menyebabkan kelihatan rakyat menderhaka kepada Sultan , walhal siapa sebenarnya penderhaka kepada Sultan. Ketika mana Sultan dibogelkan oleh Tun Dr Mahathir , rakyat keseluruhannya memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada istana.
Penglibatan pihak istana yang melanggari hukum undang-undang yang didokongi menyebabkan ianya akan dipersoalkan oleh rakyat seluruhnya khasnya orang Melayu terhadap institusi ini.
Andai betul kita inginkan hukum Islam seluruhnya maka khalifah yang dilantik tak semestinya keturunan raja. Raja Adil Raja Dijunjung Raja Zalim Raja Disanggah...
Sedangkan Rasullullah sendiri andai anakku Fatimah mencuri nescaya ku potong tangannya...apatah lagi manusia biasa seperti kita..
Rakyat Perak sekarang memendam rasa marah bak kata Berita Minggu hari ini..tetapi amarah kepada mereka yang merampas kerajaan dengan menggunakan pihak istana. Najib memang pandai mengeksploitasi sesuatu yang dikuasainya..lihat bagaimana polis Sirul dan Azilah boleh membunuh Altantuya...walhal kenalpun tidak...jumpa sekali dua pun tidak..makan sekalipun tidak...tiba-tiba boleh bunuh Altantuya..rakyat perlu menilai siapa pemimpin yang perlu menerajuainegara ini kalau tidak beginilah huru-hara ciptaan mereka yang gopoh dan biadap.
Besok saya akan menulis perihal sikap raja dalam Hikayat Abdullah...sejarah banyak menceritakan sejak dulu lagi ...sikap orang Melayu hingga kini...

SalamReformasi Ipoh

PERHIMPUNAN RAKYAT AMAN
KEDIAMAN MB PERAK YG SAH
DATO' SERI HAJI NIZAR JAMALUDDIN
8 FEBUARI 2009
9.00 MALAM

SEMUA RAKYAT DI JEMPUT HADIR

Saturday, February 7, 2009

Be End , Pakatan Rakyat , Polis, SPR , Rakyat Sedang Melihat..Menilai..

Rakyat keseluruhan akan melihat cara bagaimana Be End menawarkan jalan penyelesaian kemelut Perak ini. Kesilapannya akan membawa padah yang lebih besar. Rakyat tidak selamanya bodoh menerima apa jua media nasional memberitahu propaganda murahan hanya berdasarkan titah Sultan. Apakah kita belajar sejarah bagaimana Sultan Melaka mengarahkan Bendahara menghukum Hang Tuah akibat fitnah..rentetannya Melaka kucar kacir musnah jatuh tak bangun terus terjajah dibawah Portugis , Belanda , British .
Rakyat jua rata-ratanya mempunyai pendidikan dan mempunyai pelbagai akses maklumat terkini..yang memberikan alternatif terbaik mengatasi masalah Perak. Kesilapan keputusan Pusat dalam menangani isu ini membawa petaka lebih besar penerimaan masyarakat dunia , baik politik mahupun ekonomi. Keadaan ekonomi global yang buruk menerukkan keadaan yang menimpa Malaysia.Hamid Albar menjangkakan tindakan lebih keras akan dilakukan keatas kerajaan sah Pakatan Rakyat memberi signal krisis perlembagaan negara menghampiri zon bahaya. Kegopohan tindakan pihak berkuasa mengatasi masalah ini akan membawa petaka yang lebih besar ke atas imej negara keseluruhannya. Pak Lah seharusnya memikirkan secara betul dan wajar untuk mengatasi masalah ini.
Andai kita menurut kaedah perlembagaan pilihanraya semula diadakan imej Be End mungkin lebih baik sedikit sebelum karam..tetapi dengan cara kekerasan dan penggunaan polis secara brutal ,Be End pasti terkubur dilanda tsunami lebih besar menenggelamkan keseluruhan Be End PRU13 nanti.

Bagaimana Penyelesaian Kemelut Perak?

Dato Seri Nizar hanya turun jika:
1. Undi Tak Percaya dalam sidang DUN
2. Bubar DUN
3.Meletak jawatan secara sukarela..
Harus diingat:
Arahan Speaker DUN tidak boleh dipertikai oleh mana-mana mahkamah...Prof Abdul Aziz Bari..

MAKA PENYELESAIAN MUDAH....

BUBAR DUN...ATAU BE END TAKUT KOT...
CUME BERANI GUNA POLIS...ISA..DLL




















Gambar Detik Kuala Kangsar Gate...Kekejaman Be End...

Friday, February 6, 2009

Cubaan ...Kalah Satu Negeri...Pakatan Rakyat Rampas Negara

Mungkin kita merancang namun Allah jualah perancang yang terbaik...Mana tahu hari ini Perak dihina sebegini rupa maka suatu hari nanti senjata serupa inilah yang akan menjatuhkan Kerajaan Be End nanti. Ingat perkar ini boleh berlaku maka tunggulah saat dan ketikanya..masa itu kosongkanlah jawatan-jawatan memanda memanda menteri yang banyak itu..kerana semuanya hanya mementingkan projek yang menebalkan kantung mereka secara sah ataupun halus...

Be End Merampas Kuasa Tubuh Kerajaan Haram

Sejarah hitam menodai perlembagaan telahpun berlaku di Perak. Negeri Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat setelah mendapat mandat selepas pilihanraya ke 12 Mac 2008 lalu.Ianya cuma seketika .Peristiwa Adun Bota dengan rela hati secara sukarela ke dalam kem PKR dituruti pula kehilangan 2 Adun Pakatan Rakyat PKR "diculik" yang lesap tanpa berita seterusnya mengistiharkan sebagai calon Bebas. Kemudian Adun DAP pula mengistiharkan calon Bebas. Lengkaplah perancangan Be End untuk merampas mandat rakyat Perak secara kotor dan keji. Media nasional menggambarkan suasana kegembiraan rakyat yang ditemuramah apabila Pakatan Rakyat runtuh adalah propaganda kosong semata-mata. Orang yang ditemuramah dikenalpasti adalah AJK Bahagian UMNO yang ratanya berkumpul di Hotel Casuarina. Media nasional , serentak dengan agensi lain seperti MBI , Polis mengekang kebangkitan rakyat untuk menunjukkan sokongan padu rakyat kepada Pakatan Rakyat. Polis mengadakan banyak sekatan jalanraya , jalan ditutup , permit MBI dibatalkan untuk ceramah mengesahkan perancangan jahat Be End .
Bagaimana rakyat ingin menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat andai kekangan banyak dilakukan. Gambaran media nasional terutamanya TV1 amatlah dikesali. Kami rakyat Perak tidak membenarkan sama sekali maklumat yang diselewengkan.
Apalah yang nak dihebohkan perbelanjaan 2 juta untuk Toyota Camry jika dibandingkan ratusan juta wang rakyat dilesapkan atas nama projek rakyat. Pelbagai projek rakyat ketika Be End memerintah seringkali melampaui jangkaan sebenar perbelanjaan..?Rompakan wang rakyat ini atas nama pembangunan .
Apalah nak dimarahkan Mesir yang menutup pintu sempadan walhal kita di sini menidakkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman di Stadium Negeri. Kita kadangkala lebih melihat keluar menilai kekejaman Yahudi keatas umat Islam , namun baguskah kita apabila kes seperti kematian Kugan hendak diperap sahaja tanpa kajian dan siasatan menyeluruh..Adilkah kita?
Islam mengajar umatnya agar berpegang prinsip keadilan..Adilkah kita hanya keran 4 orang manusia yang sudah dibeli maka runtuhlah satu institusi yang didokongi oleh rakyat.
Pilihanraya semula adalah jalan terbaik mengatasi kemelut ini? Walaupun pilihanraya dilihat masih lagi melakukan banyak penipuan namun itulah jalan terbaik mengatsi kemelut di Perak ini..
RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA...
RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA..
RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA..

Thursday, February 5, 2009

Himpunan Rakyat Sokongan Untuk Kerajaan Pakatan Rakyat...

MUNAJAT PERDANA
MEMPERTAHAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK
PERAK DARUL RIDZUAN


5 FEBUARI 2009
HARI KHAMIS
JAM 7.00 MALAM - 11.00 MALAM
BERTEMPAT
STADIUM PERAK

BERSAMA DATO' NIK AZIZ NIK MAT

ACARA: Soalat Maghrib , Bacaan Yaasin , Solat Isyak , Solat Hajat
Ceramah Tetamu: Menteri Besar Pakatan Rakyat Dan Pimpinan

SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR

4 Adun Berpaling Tadah Sokong Be End


Apa habuan buat mereka? Wang? Pangkat? Politik Memualkan...

Senario politik Perak bergolak dengan berpaling tadahnya 2 Adun PKR dan Seorang Adun DAP termasuk seorang "trojan " moden di abad ini menyebabkan simple majoriti dapat dicapai oelh Be End. Peristiwa ini amat penting bersejarah buat pejuang-pejuang yang sebenar buat rakyat. Buat PAS dugaan besar ini adalah ujian mempersiapkan ketahanan mental dan fizikal untuk masa mendatang. Siapa sangka Adun Bota yang berpeluk cium dengan DSAI hanyalah kahwin kontrak semalam dua malam..tah dah merasa ke belum belumlah dapat diketahui. Permainan licik pimpinan UMNO ini perlulah dijadikan pedoman andai adanya pemimpin UMNO menggunakan ayat Allah berbicara politik maka perlulah diperhalusi. Kelibat ADUN Bota Nasharuddin memang diluar jangkaun pemimpin Pakatan Rakyat. Semua perlakuan politik ini akan dinilai rakyat kelak andai pilihanraya akan datang. Pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menjalankan tugas dengan baik bersabar dengan dugaan ini. Kalah hari ini tak bermakna kalah selamanya..lagipun sebelum ini kita pernah kalah lebih banyak kali. Cuma apa yang dikesalkan permainan licik 4 pemimpin berok ini memalukan , menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya secara kotor dan jijik. Halallah buat kita untuk meludah dan mengkeji pemimpin seperti ini...

Tuesday, February 3, 2009

SPR Memutuskan 2 Exco masih ADUN Sah..

SPR sebentar tadi mengumumkan bahawa terdapat keraguansurat perletakan jawatan dua ADUN tersebut ..maka pilihanraya kecil tidak dapat diadakan. Kedua-dua ADUN masih kekal sebagai ADUN PKR. Andainya benar 2 ADUN ini memang tidak mahu bersama Pakatan mengapa mereka masih lagi berdolak dalih? Kesemuanya gara-gara habuan wang dan pangkat. Sebagai ADUN mereka sepatutnya boleh dihubungi oleh rakyat untuk mengenegahkan masalah rakyat..ini tidak menyembunyikan diri dan mengaku masih lagi wakil rakyat..
Memang UMNO kalau melompat tanpa jawatan ADUN sesiapa pun tak mengharapkan kedua mereka.
Persoalannya adakah mereka masih ingin mendokongi jawatan Exco kalau nak dihubungi pun sukar?
MB mesti tegas menggantikan keduanya dengan orang lain..biar sahaja jadi ADUN sebab mereka tiada kelayakan untuk Exco..yang akan merugikan rakyat tambahan tiada apa projek untuk rakyat diketengahkan...

Monday, February 2, 2009

2 Exco Perak Nak Bebas..?

Dua exco Perak menolak meletakkan jawatan , namun mungkin bertindak sebagai Adun Bebas..sebabnya masih sayangkan jawatan ADUN tu..lagipun kalau diadakan pilihanraya kecil ...BN masih lagi mengingati mimpi ngeri Kuala Trengganu dan juga Permatang Pauh.
Apa yang perlu difikirkan samada surat akujanji perletakan jawatan Adun sekiranya melompat parti yang dibuat oleh Pakatan Rakyat boleh digunapakai ataupun tidak dalam undang-undang.
BN Perak walaupun tertekan namun mereka sebagai pasukan underdog pasti mencuba sesuatu untuk mendapatkan kuasa. Ianya tidak merugikan mereka tambahan mempunyai kewangan yang kukuh. Pakatan Rakyat PKR perlulah mencari calun yang lebih taat dan setia tidak berbelah bahagi dalam menghadapi pilihanraya ataucari sahaja calun PAS yang lebih komited dan taat setia. Dalam situasi begini PKR seharusnya bertimbangrasa dengan PAS dalam memilih siapa yang lebih layak untuk diletakkan sebagai calon.
Pakatan Rakyat Perak juga perlu berthati-hati mengenai kemasukan wakil UMNO kedalam Pakatan Rakyat kerana adalah amat mustahil bagi mereka yang lama berjuang berpuluh tahun tiba-tiba berarah angin tanpa perubahan sikap dan siasah? Andai mereka ini yakni ADUN UMNO berubah sikap dan siasah terhadap Pakatan Rakyat maka ada logiknya mereka sudah bertaubat nasuha. Masalahnya bagaimana kita hendak mengetahui niat sebanar mereka?
Berita penghijrahan 2 exco ini sebenarnya menelanjangkan niat sebenar mereka dalam politik. Kedua-dua exco ini mungkin akan digugur pertuduhan rasuah tersebut yang melegakan mereka namun dalam politik Pakatan Rakyat mereka itu hampeih...

National Geographic POD