Friday, February 6, 2009

Be End Merampas Kuasa Tubuh Kerajaan Haram

Sejarah hitam menodai perlembagaan telahpun berlaku di Perak. Negeri Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat setelah mendapat mandat selepas pilihanraya ke 12 Mac 2008 lalu.Ianya cuma seketika .Peristiwa Adun Bota dengan rela hati secara sukarela ke dalam kem PKR dituruti pula kehilangan 2 Adun Pakatan Rakyat PKR "diculik" yang lesap tanpa berita seterusnya mengistiharkan sebagai calon Bebas. Kemudian Adun DAP pula mengistiharkan calon Bebas. Lengkaplah perancangan Be End untuk merampas mandat rakyat Perak secara kotor dan keji. Media nasional menggambarkan suasana kegembiraan rakyat yang ditemuramah apabila Pakatan Rakyat runtuh adalah propaganda kosong semata-mata. Orang yang ditemuramah dikenalpasti adalah AJK Bahagian UMNO yang ratanya berkumpul di Hotel Casuarina. Media nasional , serentak dengan agensi lain seperti MBI , Polis mengekang kebangkitan rakyat untuk menunjukkan sokongan padu rakyat kepada Pakatan Rakyat. Polis mengadakan banyak sekatan jalanraya , jalan ditutup , permit MBI dibatalkan untuk ceramah mengesahkan perancangan jahat Be End .
Bagaimana rakyat ingin menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat andai kekangan banyak dilakukan. Gambaran media nasional terutamanya TV1 amatlah dikesali. Kami rakyat Perak tidak membenarkan sama sekali maklumat yang diselewengkan.
Apalah yang nak dihebohkan perbelanjaan 2 juta untuk Toyota Camry jika dibandingkan ratusan juta wang rakyat dilesapkan atas nama projek rakyat. Pelbagai projek rakyat ketika Be End memerintah seringkali melampaui jangkaan sebenar perbelanjaan..?Rompakan wang rakyat ini atas nama pembangunan .
Apalah nak dimarahkan Mesir yang menutup pintu sempadan walhal kita di sini menidakkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman di Stadium Negeri. Kita kadangkala lebih melihat keluar menilai kekejaman Yahudi keatas umat Islam , namun baguskah kita apabila kes seperti kematian Kugan hendak diperap sahaja tanpa kajian dan siasatan menyeluruh..Adilkah kita?
Islam mengajar umatnya agar berpegang prinsip keadilan..Adilkah kita hanya keran 4 orang manusia yang sudah dibeli maka runtuhlah satu institusi yang didokongi oleh rakyat.
Pilihanraya semula adalah jalan terbaik mengatasi kemelut ini? Walaupun pilihanraya dilihat masih lagi melakukan banyak penipuan namun itulah jalan terbaik mengatsi kemelut di Perak ini..
RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA...
RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA..
RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA..

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum saudara,kenape la dgn suadara nie?berfikiran satu haluan saja,cuba bukak sket pikiran tu...KALAU DULU BN KALAH TERUK,ORG2 PR CAKAP ORG2 BN TIDAK TERIMA KETENTUAN ALLAH S.W.T,TETAPI SEKARANG TERBALIK,JIKA ALLAH TIDAK IZINKAN SESUATU PERKARA ITU BERLAKU,MEMANG PERKARA ITU X AKAN BERLAKU WALAUPUN KITA BERUSAHA SEBANYAK MANA PUN.SULTAN JUGAK YANG MEMBERI PERKENAN TUK NIZAR TU JADI MB,JADI BELIAU JUGAK YANG BERHAK MELUCUTKAN JAWATAN NIZAR SEBAGAI MB.SULTAN TU BEKAS HAKIM DAN FASIH UNDANG2,RAMAI PEGUAM YANG KATA KES TU BOLE BAWA KE MAKAMAH TAPI KEBARANGKALIAN UNTK MENANG AMATLAH TIPIS SBB MEMANG APA YG TUAKU BUAT SAH DARI SEGI PERLEMBAGAAN.KALAU ORG BN MASUK PR,X PA..KALAU PR MASUK BN X BOLE KA..?TU HIPOKRIT NAMANYA..YANG DTG PERHIMPUNAN TU BUKAN RAKYAT PERAK TAPI RAKYAT PR...RAKYAT PERAK BUKAN SUKA PUN DGN PR,LEBIHKAN ORG CINA DARI BANGSA SENDIRI,YANG BUAT DEMOTRASI SUMA MELAYU..CINA,INDIA BUAT APA...??GELAK DUK TGK BANGSA KITA HANCUR...SAYA BUKAN NAK MENYEBELAH MANA2 PIHAK TAPI ITULAH HAKIKATNYA...PR MEMBUNUH BANGSA MELAYU DAN ISLAM,PAS DUK ADA DALAM PR PUN MCM X DAK FUNCTION..SELALU MENGHALAL KAN CARA...ITU LAH SEBABNYA KALAU AGAMA DI POLITIKKAN..SAUDARA MST IGT ASAL USUL NEGARA KITA,INI TANAH MELAYU..SAYA TAK SANGKA ADA JUGAK BANGSA MELAYU YG KHINAT BANGSA SENDIRI..DALAM POLITIK KITA KENA BANYAK BERFIKIR,LUASKAN PEMIKIRAN,JANGAN MENCARI KESILAPAN PIHAK LAIN,CARI JUGA KESALAHAN KITA SENDIRI.

ASSALAMUALAIKUM...

There was an error in this gadget