Friday, February 20, 2009

Pilihanraya Suatu Pembaziran?

Adakah pilihanraya yang nak diadakan seluruh negeri Perak boleh dikategorikan membazir?
Persoalan ini amat menarik ketika ekonomi global menunjukkan kesan yang amat perit ketika ini akibat kemelesetan. Ramai pekerja syarikat gergasi seperti Toyota , Honda , Nissan , syarikat industri elektronik diberhentikan dengan alasan penurunan import barangan ke negara-negara tertentu.
Persoalan samada pilihanraya ini suatu pembaziran hendaklah dinilai samada pertukaran kerajaan dapat memberi kesan yang lebih positif buat rakyat? Dari segi politik pilihanraya kecil misalnya memberi impak kepada kerajaan memerintah agar lebih berhemah dalam tindakan menggunakan wang kerajaan. Misalnya setelah kekalahan 5 negeri ditambah Wilayah Persekutuan Be End tidak lagi menaikkan harga minyak sewenangnya namun ianya juga akibat penurunan secara global harga minyak dunia. Kita juga boleh menilai pemerintahan Pakatan Rakyat Perak ketika ini lebih menjurus agihan ekonomi yang lebih adil dan menyeluruh , semua rakyat dapat merasai keberkatannya. Walaupun dalam keadaan disekat peruntukan dari pusat namun kerancakan tetap ada.Perbelanjaan berhemah Pakatan Rakyat dalam mengurus ekonomi ini dapat mengurangkan pembaziran jangka panjang. Setiap projek besar akan dipantau , kos bawah meja juga diperhalusi , setiap projek dinilai samada memberi manfaat bagi rakyat keseluruhan ataupun sekadar untuk membuat projek. Terdahulu banyak projek dilaksanakan hanya bertujuan menyalurkan projek untuk individu tertentu tanpa mengira samada projek itu berbaloi ataupun berfungsi untuk kegunaan rakyat. Maka pembaziran wang rakyat berlaku. Pada pandangan saya , Pakatan Rakyat Perak telus dan terbuka menangani isu rakyat seterusnya bersungguh-sungguh membantu rakyat marhean namun disebabkan individu tertentu yang cuba mengalihkan isu berkaitan diri sendir membuat suatu cerita baru yang akan berpanjangan yang merugikan kesemua pihak. Sebenarnya harga minyak dunia sudah menurun sekitar USD 38 , namun tida perancangan kerajaan dalam mengawal harga barangan runcit amatlah dikesali. Kesan pergolakan politik Perak , kes Altantuya menjauhkan pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara yang tidak ada ketentuannya.Bagi saya pilihanraya di Perak seluruhnya kan membawa kepada kestabilan politik seterusnya kestabilan ekonomi turut akan dirasai.

No comments:

There was an error in this gadget