Tuesday, March 31, 2009

Insiden Di Mesjid Simpang...Pemimpin UMNO Perlu Muhasabah Diri..

Kejadian Zambry mengherdik memarahi Ir Nizar ketika di Mesjid Simpang tempohari , ianya adalah perbuatan tak cerdik bagi mereka yang berkelulusan tinggi. Andai mahu dikatakan perlulah dengan sopan dan berhemah , tapi tidak biasalah orang yang mempunyai kuasa sering lupa ketika mereka berkuasa.
Pimpinan UMNO yang baru ini hendaklah terbuka dalam menangani sesuatu hal. Setiap tindakan perlulah diperhalusi dengan sebaiknya , baik dan buruknya tindakan aku nanti.Namun selalunya dalam keadaan terdesak atau tertekan realiti dalaman dan keperibadiaan yang tinggi sahajalah dapat mengawal segalanya.
Cuba kita renung ketika UMNO merampas kuasa , tatkala MB Perak Nizar dan ahli yang berhormat lain dihalang menghadiri sidang tergempar...suatu masa dulu itu..lihatlah keperibadiaan tinggi YB-YB serta MB Perak yang sah begitu sabar menghadapi kerenah pihak polis dan Pekida yang membuat provokasi dan melemparkan kata-kata kesat..bayangkan Zambry berada di tempat Nizar ketika itu...sedangkan dalam mesjid pun tak boleh bersabar...

MAKA RAKYAT TERUTAMA DI BUKIT GANTANG...PILIHLAH MB NIZAR SEBAGAI WAKIL ANDA...

Monday, March 30, 2009

Penamaan Calon Bukit Gantang..Menakutkan Be End..

Penamaan calon Bukit Gantang memaparkan sikap pejuang PAS dan juga UMNO yang sangat jelas. PAS tanpa imbuhan dan upah boleh mengumpul penyokong sekitar 20,000 sementara UMNO yang baru sahaja mendapat darah baru muda cuma dapat menarik kira-kira 3,000 penyokong.Ini suatu perbezaan ketara , UMNO mempunyai pendukung yang terdiri daripada jentera kerajaan seperti KEMAS , jabatan-jabatan kerajaan manakala PAS hanyalah semata-mata pejuang ikhlas ingin melihat keadilan sejagat di bumi Perak ini.
Perjuangan UMNO bukanlah suatu perjuangan yang mempunyai ruh yang tinggi , perjuangannya sekadar untuk mendapatkan kedudukan keduniaan , mendapatkan pangkat , mendapatkan kurniaan material , mendapat habuan kehidupan mewah dan sebagainya.
Buat pengundi Bukit Gantang ..undilah PAS agar dengan kemenangan itu mungkin UMNO akan berubah lagi dengan semangat yang lebih merakyat , tindakan mereka merakyat , untuk menjadikan UMNO lebih baik lagi.
UNDILAH PAS...
UNDILAH PAS...
UNDILAH PAS...

Saturday, March 28, 2009

Bila Ini Berlaku..Petanda Be End Akan Terkubur...




Gambar ini dipetik daripada albanjari...
Apa yang boleh disimpulkan bila ini berlaku maka Be End akan menuju kehancuran. Orang Cina dan India sudah tahu bahawa PAS bukanlah makhluk asing yang ektremis seperti digambarkan media nasional..PAS FOR ALL..
Cina dan India tahu bahawa jika calonnya PAS , calon itu berpegang kepada prinsip ketuhanan yang tinggi..maka UMNO akan menangis lagi di Bukit Gantang...

Friday, March 27, 2009

Boikot Surat Khabar Nasional

Be End telah memulakan perang saraf terhadap Pakatan Rakyat dengan mengharamkan Harakah Dan Keadilan , maka marilah sama-sama kita...

BOIKOT UTUSAN...
BOIKOT BERITA HARIAN..
BOIKOT NST..
BOIKOT STAR..


BACA ONLINE PUN DAH CUKUP KALAU NAK BACA...

Thursday, March 26, 2009

UMNO Mahu Berubah..Perubahan Struktur Berubah..lain-lain?

Sayap UMNO , Wanita , Pemuda dan Puteri telahpun mendapat kepimpinan baru. Wanita didominasi Shahrizat Abdul Jalil seperti diramalkan , Puteri Rosnah , Pemuda pula KJ.
KJ pada mulanya mendapat pencalonan tipis , namun menewaskan Khir Toyo dan Mukriz dengan kemenangan cukup makan. Apakah perubahan pimpinan 3 sayap UMNO ini dapat memberikan gambaran bahawa UMNO telah berubah corak jiwa mereka berhadapan dengan rakyat Malaysia. Itulah persoalan yang paling utama dalam sistem demokrasi yang mengamalkan pilihanraya? Mungkin Shahrizat , Rosnah dan KJ akan melakukan perubahan , melakukan brain storming terhadap kepimpinan menyeluruh keatas seluruh pimpinan atasan dan juga peringkat akar umbi.Mereka akan merombak masalah yang sering terjadi diperingkat akar umbi.Persoalannya bolehkah mereka ini yang sudah sebati dengan gaya hidup korporat , bisnis , sosial boleh berubah sekelip mata jangka masa pendek hinggakan rakyat Malaysia terpaku dan terpukau ...ohh UMNO sudah berubah...
Pada hemat saya orang-orang UMNO sudah biasa dan melekat dengan segala masalah yang ada dan gerak gaya mereka akan canggung dengan perubahan yang cuba dibuat..contohnya Najib cuba menggunakan istilah-istilah Arab walhal beliau tiada langsung pergaulan dengan rangkaian sahabat-sahabat Arab Islam ..bunyinya pun menyebabkan kita tergelak..jadi dipendekkan cerita kalau kita sudah terbiasa maka tiadalah ganjilnya..yang ganjil jika cuba berbahasa tetapi hanya untuk penyedap ucapan sahaja..itulah bunyinya...

Mengapa Anda Pengundi Bukit Gantang Patut Undi PAS..



Pengundi Bukit Gantang yang komposisi kaumnya menyerupai komposisi sebenar rakyat Malaysia keseluruhannya Melayu sekitar 67% , Cina dan India 33 % perlu memberi mesej kehendak rakyat Malaysia seluruhnya. Tugas ini amat berat buat pengundi Bukit Gantang.
Krisis perlembagaan yang berlaku di Perak baru-baru ini yang merelakan perbuatan merampas kerajaan negeri bukan berdasarkan tatacara undang-undang tubuh kerajaan negeri adalah suatu hal yang perlu difikirkan oleh pengundi Bukit Gantang. Bukit Gantang diibaratkan kayu ukur penerimaan rakyat Perak terhadap Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak.Kalahnya PAS menggambarkan kekeliruan masih menyelubungi rakyat Perak terhadap isu perlembagaan ini. Rakyat Perak boleh dipermainkan oleh media nasional yang melobi propaganda-propaganda mengelirukan pemikiran rakyat.
PAS perlu diberi peluang dan kesempatan menjadi peneraju negara masa akan datang.Pengundi Bukit Gantang perlu memberi mesej jelas bahawa mereka sudah matang pemikirannya, tidak mudah diperkotak-katik oleh media pengampu ,bijak dan bijaksana.
Undilah PAS...untuk masyarakat Malaysia yang lebih adil dan berwibawa...

Tuesday, March 24, 2009

KDN Tunjuk Kuasa , Syed Hamid Mengidam Jawatan Naib Presiden..

KDN menjelang perhimpunan UMNO tampak agresif seagresif Menterinya Hamid Albar mempertaruhkan tindakannya menonjolkan diri antara kalangan Naib Presiden yang lain.Itulah politik UMNO , mengorbankan hak rakyat mendapat berita dan maklumat , cara kaedah lama yang memualkan.
Antara calon yang tampak agresif seperti Zahid Hamidi , telahpun memberi saham terbesar kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak maka Syed Hamid juga tidak mahu ketinggalan dalam senarai ranking teratas. Andai kata Syed Hamid dan Zahid memenangi kerusi Naib Presiden maka dapatlah dirumuskan bahawa rata-rata itulah kehendak perwakilan UMNO keseluruhannya. Jika begitu yang berlaku hakikat sebenar tiada transformasi perubahan minda ahli UMNO tetap kekal bersama sikap perkauman sempit dan tiada keterbukaan minda....

Akhbar Keadilan Dan Harakah Digantung Serta Merta..

KDN telahpun menggantung Harakah dan Keadilan yang dilihat amat berwibawa dan diminati oleh rakyat. Jualan akhbar nasional milik kerajaan sudah menjunam akibat penyiaran berita yang tidak tepat , isu yang basi , bukan isu utama . Penggantungan Harakah dan Keadilan dari segi jangka pendeknya semacam menguntungkan kerajaan namun , jangka masa panjang ianya menjadi senjata pemusnah ampuh untuk memadamkan BN. Mungkin BN merasakan dengan kaedah ini boleh mengendurkan amarah rakyat terhadap Be End , isu-isu panas untuk pilihanraya kecil 2 bukit mungkin kurang sampai maklumat ke akar umbi. Tindakan itu sedikit mempengaruhi namun dengan majlis ceramah Pakatan Rakyat boleh merungkai masalah ini dengan sebaik mungkin. Pengedaran risalah lain perlu dilakukan dengan pantas dan cepat agar rakyat mengetahui isu terkini dan dapat menjawap isu lawan dengan sebaiknya.
Be End perlu menilai diri mengapa mereka bukan pilihan rakyat? Perubahan yang sering dilontarkan , restorisasi Meiji seperti kata Muhammad Taib perlu telus , bukan berbelit-belit. Kekangan media Harakah dan Keadilan adalah gara-gara tuntutan parti Be End yang sudah tiada idea untuk memperbaiki diri secata lebih berhemah dan bersopan.Tindakan Be End dalam memulih diri perlu menyeluruh , melibatkan tindakan kerajaan juga pemimpin mereka secara peribadi. Be End dan kerajaan tidak dapat dipisahkan...

Dato Nizar Pilihan Tepat...

Dato Seri Nizar Jamaluddin diisytiharkan calon PAS Bukit Gantang malam tadi oleh Presiden PAS , TG Haji Hadi Awang. Pada mulanya saya meramalkan ketiga-tiga antara Nizar , Mat Sabu ataupun Ustaz Idris Ahmad. Pilihan pertama Mat Sabu, diikuti Ustaz Ahmad dan Nizar pilihan ketiga. Namun sangkaan meleset dan Nizar dicalonkan. Walaupun Nizar pilihan ketiga namun tidak sukar diramalkan memang beliau calon popular kini untuk PAS bertarung dengan UMNO yang mempunyai strategi wang , kuasa , polis, media dan juga lain -lain agensi kerajaan.
Nizar mempunyai kekuatan berdasarkan kepetahan berucap , kemampuan bekerja , mesra rakyat , mudah didekati , pengetahuan kepelbagaian bahasa , warak , boleh hidup majlis keagamaan , pengetahuan beragama yang baik , hubungan antara kaum baik . Apabila melihat personaliti memang sukar buat calon UMNO untuk menandingi kewibawaan Nizar, cuma dikuatiri Be End menggunakan propaganda murahan , isu perkauman dan ugutan , maka undi majoriti yang diterima sukar digambarkan lagi.Penerimaan masyarakat Cina dan India Bukit Gantang ini diramalkan bolehlah mencapai 70 peratus Cina dan 80 peratus India. Pengundi Melayu pula lebih suka menyembunyikan pilihan dan diramalkan 65 peratus condong kepada Nizar berdasarkan maklumat yang sampai kepada rakyat. Andai segala isu Perak dapat disampaikan mesejnya kepada pengundi harapan untuk PAS berkibar di Bukit Gantang cerah. Majoriti undi belum dapat dianggarkan lagi namun peristiwa sehari dua sebelum pengundian bakal menentukan segalanya...

Saturday, March 21, 2009

Kempen Yang Tidak Bermoral...


Penyebaran risalah seperti ini melangkaui batas-batas tata susila ketimuran apatah lagi menyanggahi prinsip Islam itu sendiri. Memberikan gambaran sebegini rupa adalah sesuatu yang amat malang bagi rakyat Malaysia. Terkenang suatu ketika ketika gabungan Semangat 46 dan PAS sekitar tahun 90 an dahulu..pihak UMNO menyebarkan risalah menunjukkan Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang mempunyai lambang salib.
Risalah terbaru yang diedar segelintir haiwan bertopengkan iblis itu perlulah disiasat ke akar umbi oleh pihak polis agar ketenteraman awam dapat dikekalkan. Membiarkan perkara sebegini berlaku akan menyebabkan boleh berlakunya huru hara dalam masyarakat. Mungkin ada pihak yang ingin mengambil kesempatan mengadu domba sesama umat Islam , atau ianya taktik kotor politik tertentu. Polis perlu profesional dan tegas menjalankan siasatan tambahan sudah dikenali polis Malaysia yang cekap lagi canggih sehinggakan maklumat mengenai pengganas suatu ketika dulu ditangani dengan pantas , maka situasi di Bukit Gantang ini amatlah senang dan mudah untuk mencari penyebar , pencetak risalah yang boleh menggugat keselamatan negara...ambil daripada beberapa blog terkenal...
Untuk menuduh PAS adalah sesuatu yang bodoh , kerana PAS bukanlah organisasi yang mempunyai wang yang banyak untuk kempen bodoh seperti ini..lagipun orang-orang PAS menyumbang wang mereka untuk PAS adalah wang untuk kempen bersih dan penerangan yang ada ganjarannya..setiap sen yang dibelanjakan oleh PAS amat bernilai kerana wang yang dapat adalah wang yang keluar dari titik peluh sendiri bukan wang projek menindas rakyat....
Sedikit tip untuk polis menggerakkan siasatan..
Pihak polis perlu menyiasat bentuk setting yang biasa dibuat itu...kepunyaaan siapa..
perlu ditangkap insan yang mengedarnya di masjid...perlu dilihat bentuk hurup...syarikat mana yang biasa membuatnya...warna-warna pilihan...menghantar SB ke kilang-kilang percetakan...berbual di kedai kopi...jika polis betul-betul berminat untuk menstabilkan keamanan negara ini....

Thursday, March 19, 2009

SPRM Tak Buat Kerja...

Ali Rustam telah didapati bersalah politik wang dalam UMNO namun , tiada tindakan oleh SPRM terhadap Ali , ini merupakan sikap pilih kasih yang diamalkan oleh agensi kerajaan yang berkata berlakunya perubahan..jadi apa yang berubah? Mungkin yang berubah itu logo..baju..pakaian..prosedur..dan banyak yang berubah cuma tindakan masih serupa..itulah SPRM..
Bagaimana Tan Sri Isa Samad suatu ketika sekitar 2003 dahulu yang meletakkan jawatan Menteri ketika didapati bersalah terbabit politik wang..?
Sedangkan Khalid Ibrahim yang bersedekah lembu pun boleh diugut digertak oleh SPRM yang mendahului jabatan Peguam Negara menuduh Tan Sri Khalid menyeleweng..inin menunjukkan SPRM cuba menakut-nakutkan Pakatan Rakyat dan juga pihak yang menentang , walaupun mereka berpegang prinsip kebenaran.
Temelang SPRM makin membusuk sehingga sukar rakyat melihatnya sudah berubah..tiada pilihan buat rakyat untuk membersihkan SPRM melainkan bahasa undi sahaja..

Saturday, March 14, 2009

UMNO Sudah Berubah?

UMNO akan mengalami perubahan pucuk pimpinan dimana Najib Tun Razak akan menggantikan Pak Lah sebagai Presiden UMNO menjelang April ini.Jawatan nombor dua juga dipertandingkan oleh 3 tokoh besar UMNO , Muhyidin , Ali Rustam dan Mohamad Taib.Apakah mungkin selepas itu UMNO akan membawa suatu perubahan yang ketara dan akan diterima oleh masyarakat seluruhnya , maknanya seluruh rakyat akan menerima perubahan itu? Persoalan yang timbul apakah yang boleh UMNO berubah?
Dasar UMNO tetap tidak berubah mengamalkan dasar kebangsaan Melayu, walhal PAS adalah suatu wadah politik yang bertunjangkan Islam , Melayu dan bangsa adalah faktor kedua.
Mungkin UMNO boleh berubah dengan gaya dan lagak yang lebih lunak dan sopan terhadap semua rakyat? Bolehkah pimpinan UMNO seluruhnya mesra rakyat , hadir majlis kenduri kendara rakyat , memberi ceramah agama dan motivasi serta menunjukkan contoh akhlak sebagai pimpinan umat Melayu Islam yang bertunjangkan agama Islam?
Rata-rata pimpinan UMNO lebih menyukai program berbentuk hiburan dan maksiat..maka bagaimana rakyat Malaysia yang jiwanya lebih keagamaan dan bersih boleh menyokong UMNO?
Rakyat Malaysia , muda mudi walaupun sesetengahnya mat rempit atau minah rempit , naluri mereka menjiwai dan menyukai sifat fitrah yang sukakan kedamaian, kesopanan ,bersih amanah yang tiada lagi dalam pimpinan UMNO.
Pimpinan UMNO sentiasa bersaing sesama sendiri secara tidak sihat walaupun hanya di peringkat cawangan , itulah realitinya.
Kita tidak pernah mendengar pimpinan PAS berebut sakan terhadap sesuatu jawatan baik diperingkat mana se4kalipun..Sebenarnya banyak lagi perlu UMNO fikirkan untuk masa depan parti itu...tapi saya pun sibuk ..
Itulah persoalan yang perlu UMNO kaji demi survival mereka di dalam politik Malaysia ketika ini.

Thursday, March 12, 2009

Cerita Ketua Pemuda UMNO Bahagian..

Ada seorang kawan menghubungi untuk sesuatu hal lain. Akhirnya terkeluarlah cerita politik ..saya kalau boleh nak elakkan tapi mulut ni kalau berjumpa orang politik maka soalan politiklah yang akan keluar..
Saya bertanya " Mengapa tak bubarkan DUN sahaja ? " Mereka menjawab " Dah Sultan lantik Zambry.."..jadi Nizar automatik kena letak jawatan..semudah itu jawapan mereka..
Saya saja mencungkil.." Bukanke Nizar hanya boleh turun 3 cara , letak jawatan sukarela , DUN bubar , Dun undi tak percaya..".
Jawab kawan Ketua Pemuda .." Inilah yang depa dok bagitau..inilah yang mereka cakap ..pembangkang ni.." Aku diam aje nak tengok sejauh mana hebatnya dia..
Ketua Pemuda cakap.." Kalau aku MB..dah aku halau Nizar tu dari rumah cepat-cepat..kereta aku rampas..ini tidak dibiorkan aje..nampak macam kita salah.." Aku cuma ngangguk aje..
Aku cungkil lagi.."Katanye kita ni kuat Melayunye..ngape..PPSMI yang kita buat..banyak anak orang kampong teraniaya..apa kata kita kuatkan BI dengan cara lebih hebat tapi BM tetap nombor satu..macam dulu.."..
Ketua Pemuda dan kawannya..diam aje..
Kawannya mencelah.." Kamu ni cakap macam pembangkang ..tak boleh ni.." ..
Aku pun ada hal lain nak ambil anak tuisyen jadi aku beredar dulu..

SEMEMANGNYA AKU DAH JADI PEMBANGKANG..TAPI DEPA MASIH KEKALKAN NAMA AKU..
NAK BUAT MACAMMANA..MESYUARAT DAH BERTAHUN AKU TAK GI..YURAN TAH SIAPA YANG BAYOR..AKU PUN TAK TAHU..TAPI PAS MEMANG SUKARELA AKU BAYOR YURANNYE...

SPRM Membuat Wayang Sempena PRK 2 Bukit..

Rakyat seluruhnya dinasihat oleh ahlifikir janganlah melihat sandiwara oleh SPRM ini sesuatu yang baru atau perubahan telah berlaku. Semua ini adalah taktik propaganda jahat mereka mengalihkan isu pertarungan hak rakyat dengan pemerintah yang menyeleweng dalam 2 PRK dua bukit, Gantang dan Selambau.
Sedangkan kes yang besar siap dengan dokumen dan resit yang diberikan Ezam pun terperap inikan penyiasatan tiada resit..semuanya tiada..
Hasilnya nanti...
MEREKA SUDAH DISIASAT...TIADA BUKTI....

SPRM Tak Nampak Perbuatan Toyo l

Walaupun DUN Selangor telah bersidang dan mempertikaikan kesahihan dan penyelewengan urusan pemberian jam ratusan ribu kepada Khir Toyo , begitu juga pembelian apartmen di Mekah namun SPRM seperti diduga tiada tindakan susulan dibuat.Perkara sebegini apabila berlaku menyebabkan pelabur-pelabur asing menjauhkan diri ke negeri tersebut tambahan pula krisis ekonomi yang melanda dunia turut memberi impak negetif kepada pelaburan.
Sememangnya untuk mendapatkan resit dan bukti-bukti nyata agak sukar memandangkan perbuatan itu didokongi segelintir pihak yang turut mendapat labanya, seperti mana filem P Ramlee...1 untuk kau 2 untuk aku...orang kata komisen.
Pastinya menanggung akibatnya adalah rakyat. Negara maju , hasil negara banyak namun rakyat tidak mendapat manfaat langsung daripada itu hasil buah tangan pemimpin rakus menggunakan kuasa untuk mengenyangkan perut kroni dan sahabat. Kadangkala apabila wang kerajaan digunakan , pembelian sesuatu barang atau tender melangkaui harga pasaran berkali-kali ganda seperti laporan audit dahulu..bayangkan sebatang pen berharga 1.50 boleh menjadi sehingga 10 ringgit...sebatang..Kalau dahulu kala toyol yang mencuri wang orang memang tak boleh hendak ditangkap..namun berfikirlah secara logik..penyiasatan haruslah kepada aset..pemimpin dan isteri dan keluarga terdekat..pasti mereka toyo l- toyo l itu tertangkap jua...

Wednesday, March 11, 2009

Mungkinkah Najib Sekadar Presiden UMNO sahaja...

Perkembangan politik tanahair begitu rancak menjelang peralihan kuasa Presiden UMNO yang akan diduduki oleh Najib. Peralihan kuasa Presiden memang akan berlaku namun untuk mengatakan Pak Lah meninggalkan jawatan Perdana Menteri suatu hal yang lain. Perjanjian pelan peralihan kuasa hanya menyentuh peralihan kuasa Presiden UMNO bukan jawatan Perdana Menteri yang melibatkan perkenan YDP Agong. Perlantikan Senator Abdullah sebagai Penasihat Agama untuk Perdana Menteri , perlantikan Afendi Norwawi sebagai Senator mengukuhkan kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Mungkin Pak Lah akan mencari satu alasan dan sebab munasabah untuk beliau dalam mempertahankan jawatan Perdana Menteri. Ketika ini Pak Lah memang sedang berfikir sebaiknya dalam meneliti kewarasan beliau menjaga amanah rakyat sebagai Perdana Menteri. Ketelitian dan pengamatan teliti amat penting dalam memastikan rakyat ditinggalkan dalam keadaan baik dan aman menurut lunas undang-undang .Pak Lah mempunyai hati nurani yang lebih lembut dan berhikmah jika dibandingkan Najib yang mengepalai insiden rampas kuasa Perak cara yang amat tidak bertanggungjawab..Mungkin dahulu dirasakan Najib sesuai untuk jawatan Perdana Menteri namun perkembangan mutakhir kes Altantuya , insiden Perak menonjolkan sikap Najib sebenar yang bakal memporakperandakan rakyat.Berbaloikah Pak Lah meninggalkan tugas penting memacu negara kepada insan yang bernama Najib sekiranya negara kucar kacir? Pak Lah juga akan lebih dipersoalkan kerana membuat keputusan terburu-buru. Setiap hari pasti perkara baru yang mendebarkan seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan ekonomi meruncing , namun kita terpaksa menerimanya..

Tuesday, March 10, 2009

Himpunan 100 Ribu Bantah PPSMI Berjaya..

Pada 7 March 2009 , himpunan 100 ribu telahpun diadakan sempena menentang PPSMI. Aku terlepas lagi disebabkan adanya kenduri keluarga terdekat di kawasan Tengku Razaleigh.
Terasa juga hampa dan kecewa tak dapat bersama rakan-rakan lama seperjuangan yang sentiasa ada ketika diperlukan.Syabas dan tahniah buat penganjur yang dapat mengendali upacara tersebut dengan baik tanpa apa-apa korban. Harapan kita agar polis dapat bekerja untuk menjaga keamanan dan keselesaan rakyat , bukan memprovokasi rakyat dengan menghemburkan gas pemedih mata sehingga ke kawasan masjid.Kiranya berlaku jua penghamburan gas pemedih mata ke masjid ini merupakan suatu tindakan yang merugikan pihak polis itu sendiri. Apakah anda semua yakni polis ingin mendapat kemurkaan Ilahi dengan mengganggu para jamaah yang berlindung di dalam masjid ?
Apakah kalian tidak membaca sejarah peperangan di zaman Rasullullah yang memberi ingatan dikecualikan tindakan untuk kanak-kanak ,orang tua dan wanita kerana apa daya mereka membuat kekecohan , para kaffir Quraisy yang berlindung ditempat-tempat ibadat..
ketika berlakunya perang masuk ke Mekah..

Saturday, March 7, 2009

Ayuh Ke Istana Negara....


AYUH BERAMAI-RAMAI MEMBERI SOKONGAN...KE ISTANA NEGARA 2.00 PETANG 7 MAC 2009

Thursday, March 5, 2009

Kes Kugan Suspek Curi Kereta Mewah...










Kugan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dipetik kata Ketua Polis Selangor.Itu cerita sebelum hari ini. Hari ini lain pula ceritanya..Post mortem kedua menunjukkan Kugan meninggal akibat kegagalan buah pinggang dan adanya toksik dalam darah..
Kes sebegini tanpa tindakan cekap dan pantas pihak keluarga Kugan pasti kes ini akan lenyap bersama tubuh mendiang Kugan..
Semalam Tim Polis Negara terus mengatakan akan ambil tindakan terhadap polis yang terlibat..macammana ni..
Polis harus akur tak kira bangsa apa pun kita hendaklah mengikut undang-undang..bukan buat undang-undang sendiri...
Persoalannya..

MENGAPA ADANYA KES SEBEGINI DI MALAYSIA..?POLIS BERTINDAK SENDIRI CUBA MENUTUP KES YANG MELIBATKAN SALAHGUNA KUASA..
SEPATUTNYA POLIS PELINDUNG MASYARAKAT..NAMUN BEGINI JADINYA..

POLIS PERLULAH DITARBIYAH DENGAN CARA ISLAM..
RAKYAT KELIRU DENGAN POLIS YANG DIKATAKAN NEUTRAL ..?
YA MUNGKIN MEREKA INGAT HARI INI PENDAM ..TAKKAN TAHU SELAMANYA..TUNGGULAH SAATNYA HARI PEMBALASAN KAMU SEMUA AKAN TERIMA SEGALANYA...

Wednesday, March 4, 2009

Demokrasi Terkubur..YM Sultan Mohon Ampun Segera Selesaikan...






diambil daripada albanjari
Demokrasi telahpun terkubur di Perak. Apabila wakil rakyat Pakatan Rakyat yang mewakili suara 53 % rakyat Perak dinafikan untuk masuk ke bangunan SUK Negeri untuk sidang tergempar amatlah memalukan. Polis yang sepatutnya tunduk dan akur ke bawah Speaker DUN telah melampaui batas menghalang agar sidang DUN berlaku dengan sebaiknya. Polis juga membiarkan orang-orang yang dikenali PEKIDA membuat provokasi terhadap rakyat penyokong Pakatan Rakyat amatlah dikesali. Perlakuan kasar dan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang ini yang tiada diambil tindakan menunjukkan bahawa polis mempunyai pertalian hubungan dengan samseng-samseng Melayu yang kononnya memperjuangkan Islam dalam ikrar mereka. Golongan inilah jua mencemar Islam dengan membuat provokasi terhadap rakyat yang lain. Polis perlu mengambil tindakan terhadap mereka ini agar kesucian imej negara Islam Hadhari tidak terjejas.
YM Sultan Perak mohon patik agar prihatin masalah rakyat yang melihat kecelaruan politik ini agar dibubarkan DUN supaya rakyat memilih jalan penyelesaian terbaik.
Peluang kedua ini jangan harus dipandang sepi..ia bakal mengubah segala kekalutan dan keributan Perak selama ini. Lainnya berserahlah kepada Allah...Satu dunia telahpun mengetahui bagaimana keadaannya di Perak ini...klik di sini

Tuesday, March 3, 2009

Hari Ini Sejarah Tercipta..DUN Perak Bersidang Di Bawah Pokok..

Hari ini pasti tidak dapat dilupakan oleh seluruh warga rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak , dimana persidangan DUN tergempar terpaksa dilakukan dibawah pokok sekitar 100 meter daripada tempat bangunan SUK yang sepatutnya bersidang.Polis menggunakan alasan yang dikeluarkan oleh Setiausaha DUN iaitu DUN bersidang tanpa perkenan Sultan Perak. Abdullah Untong telah pun dipecat oleh Speaker atas alasan mengeluarkan notis serta menyanggah keputusan Speaker. Krisis perlembagaan ini berlarutan ekoran tindakan pihak SPR yang mendahului kuasa Speaker yang telahpun mengarahkan pengosongan kerusi DUN Behrang , Bercham dan juga Changkat Jering.SPR sepatutnya menerima surat perletakan jawatan tanpa mempersoalkan sah ataupun tidak kerana ianya dibawah bidang kuasa mahkamah.Apa yang pasti pihak istana sudah terseret sama ekoran Sultan bertindak melucutkan jawatan YAB Menteri Besar Perak yang sah. Mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak hanya 3 cara sahaja MB Perak boleh dilucutkan jawatan, antaranya pembubaran DUN , undi tidak percaya dan perletakan jawatan secara sukarela.Penggunaan segala agensi pihak istana , Suruhanjaya Pilihanraya , Polis dalam merencana krisis perlembagaan ini amatlah dikesali. Pengasingan kuasa tidak lagi berlaku dalam kes Perak. Pembunuhan demokrasi ini amatlah malang di era globasisai dimana semua maklumat dapat dicapai seluruh negara bahkan dunia. Dunia menyaksikan suatu episod hitam krisis perlembagaan berlaku di Perak. Memalukan dan memualkan bagi rakyat Perak keseluruhannya. Amarah rakyat Perak tetap terbendung dek kematangan berpolitik mereka , namun sejauh mana ianya dapat bertahan. Rakyat Perak mengharapkan agar Sultan boleh bertindak adil dan saksama BUBARKANLAH DUN untuk melihat sejauh mana kekuatan pihak yang terlibat.

National Geographic POD