Tuesday, March 3, 2009

Hari Ini Sejarah Tercipta..DUN Perak Bersidang Di Bawah Pokok..

Hari ini pasti tidak dapat dilupakan oleh seluruh warga rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak , dimana persidangan DUN tergempar terpaksa dilakukan dibawah pokok sekitar 100 meter daripada tempat bangunan SUK yang sepatutnya bersidang.Polis menggunakan alasan yang dikeluarkan oleh Setiausaha DUN iaitu DUN bersidang tanpa perkenan Sultan Perak. Abdullah Untong telah pun dipecat oleh Speaker atas alasan mengeluarkan notis serta menyanggah keputusan Speaker. Krisis perlembagaan ini berlarutan ekoran tindakan pihak SPR yang mendahului kuasa Speaker yang telahpun mengarahkan pengosongan kerusi DUN Behrang , Bercham dan juga Changkat Jering.SPR sepatutnya menerima surat perletakan jawatan tanpa mempersoalkan sah ataupun tidak kerana ianya dibawah bidang kuasa mahkamah.Apa yang pasti pihak istana sudah terseret sama ekoran Sultan bertindak melucutkan jawatan YAB Menteri Besar Perak yang sah. Mengikut perlembagaan tubuh negeri Perak hanya 3 cara sahaja MB Perak boleh dilucutkan jawatan, antaranya pembubaran DUN , undi tidak percaya dan perletakan jawatan secara sukarela.Penggunaan segala agensi pihak istana , Suruhanjaya Pilihanraya , Polis dalam merencana krisis perlembagaan ini amatlah dikesali. Pengasingan kuasa tidak lagi berlaku dalam kes Perak. Pembunuhan demokrasi ini amatlah malang di era globasisai dimana semua maklumat dapat dicapai seluruh negara bahkan dunia. Dunia menyaksikan suatu episod hitam krisis perlembagaan berlaku di Perak. Memalukan dan memualkan bagi rakyat Perak keseluruhannya. Amarah rakyat Perak tetap terbendung dek kematangan berpolitik mereka , namun sejauh mana ianya dapat bertahan. Rakyat Perak mengharapkan agar Sultan boleh bertindak adil dan saksama BUBARKANLAH DUN untuk melihat sejauh mana kekuatan pihak yang terlibat.

No comments:

There was an error in this gadget