Wednesday, March 11, 2009

Mungkinkah Najib Sekadar Presiden UMNO sahaja...

Perkembangan politik tanahair begitu rancak menjelang peralihan kuasa Presiden UMNO yang akan diduduki oleh Najib. Peralihan kuasa Presiden memang akan berlaku namun untuk mengatakan Pak Lah meninggalkan jawatan Perdana Menteri suatu hal yang lain. Perjanjian pelan peralihan kuasa hanya menyentuh peralihan kuasa Presiden UMNO bukan jawatan Perdana Menteri yang melibatkan perkenan YDP Agong. Perlantikan Senator Abdullah sebagai Penasihat Agama untuk Perdana Menteri , perlantikan Afendi Norwawi sebagai Senator mengukuhkan kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Mungkin Pak Lah akan mencari satu alasan dan sebab munasabah untuk beliau dalam mempertahankan jawatan Perdana Menteri. Ketika ini Pak Lah memang sedang berfikir sebaiknya dalam meneliti kewarasan beliau menjaga amanah rakyat sebagai Perdana Menteri. Ketelitian dan pengamatan teliti amat penting dalam memastikan rakyat ditinggalkan dalam keadaan baik dan aman menurut lunas undang-undang .Pak Lah mempunyai hati nurani yang lebih lembut dan berhikmah jika dibandingkan Najib yang mengepalai insiden rampas kuasa Perak cara yang amat tidak bertanggungjawab..Mungkin dahulu dirasakan Najib sesuai untuk jawatan Perdana Menteri namun perkembangan mutakhir kes Altantuya , insiden Perak menonjolkan sikap Najib sebenar yang bakal memporakperandakan rakyat.Berbaloikah Pak Lah meninggalkan tugas penting memacu negara kepada insan yang bernama Najib sekiranya negara kucar kacir? Pak Lah juga akan lebih dipersoalkan kerana membuat keputusan terburu-buru. Setiap hari pasti perkara baru yang mendebarkan seluruh rakyat Malaysia dalam keadaan ekonomi meruncing , namun kita terpaksa menerimanya..

No comments:

There was an error in this gadget