Saturday, March 14, 2009

UMNO Sudah Berubah?

UMNO akan mengalami perubahan pucuk pimpinan dimana Najib Tun Razak akan menggantikan Pak Lah sebagai Presiden UMNO menjelang April ini.Jawatan nombor dua juga dipertandingkan oleh 3 tokoh besar UMNO , Muhyidin , Ali Rustam dan Mohamad Taib.Apakah mungkin selepas itu UMNO akan membawa suatu perubahan yang ketara dan akan diterima oleh masyarakat seluruhnya , maknanya seluruh rakyat akan menerima perubahan itu? Persoalan yang timbul apakah yang boleh UMNO berubah?
Dasar UMNO tetap tidak berubah mengamalkan dasar kebangsaan Melayu, walhal PAS adalah suatu wadah politik yang bertunjangkan Islam , Melayu dan bangsa adalah faktor kedua.
Mungkin UMNO boleh berubah dengan gaya dan lagak yang lebih lunak dan sopan terhadap semua rakyat? Bolehkah pimpinan UMNO seluruhnya mesra rakyat , hadir majlis kenduri kendara rakyat , memberi ceramah agama dan motivasi serta menunjukkan contoh akhlak sebagai pimpinan umat Melayu Islam yang bertunjangkan agama Islam?
Rata-rata pimpinan UMNO lebih menyukai program berbentuk hiburan dan maksiat..maka bagaimana rakyat Malaysia yang jiwanya lebih keagamaan dan bersih boleh menyokong UMNO?
Rakyat Malaysia , muda mudi walaupun sesetengahnya mat rempit atau minah rempit , naluri mereka menjiwai dan menyukai sifat fitrah yang sukakan kedamaian, kesopanan ,bersih amanah yang tiada lagi dalam pimpinan UMNO.
Pimpinan UMNO sentiasa bersaing sesama sendiri secara tidak sihat walaupun hanya di peringkat cawangan , itulah realitinya.
Kita tidak pernah mendengar pimpinan PAS berebut sakan terhadap sesuatu jawatan baik diperingkat mana se4kalipun..Sebenarnya banyak lagi perlu UMNO fikirkan untuk masa depan parti itu...tapi saya pun sibuk ..
Itulah persoalan yang perlu UMNO kaji demi survival mereka di dalam politik Malaysia ketika ini.

1 comment:

azman said...

saya rasa UMNO selesa dengan cara itu. Dan mereka telah berjaya mewujudkan puak-puak mereka yang sealiran dengan citarasa, gaya hidup tersebut. Jadi, susah untuk mereka sedar akan kesilapan, kerana sepanjang masa mereka berada dalam lingkungan mereka sahaja, saling sokong menyokong sesama sendiri.

There was an error in this gadget