Tuesday, April 28, 2009

Selsema Babi..Ujian Allah Keatas Umatnya?

Selsema babi telahpun diisytiharkan menyerang Mexico..dan ianya dikuatiri menjadi ancaman seluruh dunia. Begitulah bila Allah benarkan maka jadilah..fikirlah kita akan kesilapan yang banyak sekali kita buat , berkali-kali kita buat dengan andaian usia masih lagi panjang..namun kita sememangnya tidak tahu bila ajal akan tiba?
Kesempatan yang ada marilah kita muhasabah diri yang banyak melakukan maksiat terhadap Allah..saat ke saat, minit ke minit , jam ke jam , hari ke hari , bulan ke bulan seterusnya..maka bertaubatlah...sebelum terlambat...

Keputusan Kabinet Ikut Syariat Islam?

Keputusan Kabinet Najib yang memutuskan anak pasangan yang memeluk Islam hendaklah mengikut agama asal ibubapanya amatlah malang buat negara yang sentiasa prihatin maslah Islam seantero dunia. Cerita masalah Palestin , kita terlibat , cerita masalah Bosnia , kita turut serta, namun bila masalah di negara sendiri..kita kaku dan kelu.
Bukankah anak tanggungan adalah dibawah tanggungjawab ibubapa , lainlah sudah berumur 18 tahun ke atas bolehlah memikirkan haluan masing-masing. Apakah kabinet Najib ini ada merujuk Mufti dan Menteri Agama terdahulu? Kalau tidak apa gunanya menteri agama di sisi Najib? Sekadar duduk di kerusi empuk..dan berkata ha aku sekarang berkuasa keatas agama Islam di negara ini? Apa pelajaran yang diterima oleh menteri agama dan juga tok-tok Mufti yang berbelas orang ramainya itu?
Kalau Najib lainla , beliau berpendidikan barat..namun bagi menteri agama seperti Jamil Khir macammana? Bagi mufti-mufti yang berbelas negeri dalam Malaysia ni belajaq agama Islam dan mengamalkan ke atau nak jawatan mufti kemudian diam? Setahu saya diam itu memang baik bagi yang ingin kekal jawatan ...selemah-lemah iman...?

Friday, April 24, 2009

Jom Heboh Sudah Halal Di Perak...?

Jom Heboh akan dilaksanakan besok di Lumut..itulah maklumat terkini TV3...Mufti Perak Harussani Zakaria ..tak tahu ke? atau buat tak tahu?...Sebenarnya nak jadi seorang muslim dan bergelar Mufti mestilah berani berkata yang benar walaupun pahit...namun tanda akhir zaman ini sudah ketara majoriti yang takut berbicara perkara benar kepada pemerintah..gua dulu pun ada masuk sekolah aliran agama..tapi itu le sebab tahu bahananya nanti kalau tak berkata benar...itu yang pi aliran lain..kureng sikit..namun kita tetap cuba menegur apa yang patut...kalau diharamkan Jom Hebuh pun orang Cina dan India tak bising...yang lebih bising orang Melayu....

Wednesday, April 22, 2009

Kereta Camry Kerajaan Perak Akan Dilelong...


Kereta masih baru...baru diguna 2 ataupun 3 bulan namun ...ketika kegawatan ekonomi mahu dilelong pula...itulah mentaliti pimpinan Be End...ada can belasah duit rakyat kow...kow...lepas tu beli yang baru plak...tak caya ...kita tengok adengan drama Zambry Onne...dan rakan -rakan..
Kalau Pakatan Rakyat nak buat sesuatu ke..pasti heboh seMalaya..bila Be End buat semua baik beb...propaganda taik kucing....
Demokrasi memang memberi kelebihan kepada pemerintah sebegini..memusing sesuatu isu..yang dimainkan adalah rakyat yang kurang maklumat...jika kita lihat statistik semua kawasan yang dimenangi Be End adalah kawasan kow..kow...maklumat tak sampai melainkan Berita Hairan..Utusan Meloya..NST...TV3..TV1...TV2..dll...

Monday, April 20, 2009

Cadangan Najib ..Be End Tak Bertanding di Penanti...Strategi Politik..

Mana mungkin perkara seperti ini boleh berlaku..kononnya mengelak pembaziran wang negara..Sepatutnya wang hanya diguna oleh SPR dan juga polis secara ala kadar namun banyak wang digunakan oleh Be End menerusi agensi kerajaan lain termasuk semua menteri yang datang berkempen.Dana kementerian diguna sewenangnya menerusi kenderaaannya , elaun kakitangan , KEMAS yang meningkatkan kos lagi. Cuba anda renungkan Pakatan Rakyat berkempen menggunakan dana sendiri , duit penat lelah bekerja bukan duit kerajaan. Memang benarlah jutaan ringgit digunakan belum lagi imbuhan wang untuk diagihkan ke kawasan-kawasan tertentu...
Saya merasakan kenyataan Najib itu tidak benar dan ianya merupakan suatu strategi politik baru Najib agar rakyat bersimpati terhadap beliau . Rakyat mampu dan akan menjadi lebih bijak lagi memikirkan gelagat ahli politik Malaysia..mana ahli politik b oleh kerja ataupun ahli politik temberang...

Friday, April 17, 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan..

Mahkamah Persekutuan telahpun memutuskan bahawa penggantungan Zamry dan rakan-rakan oleh Speaker adalah tidak sah. Hakim Mahkamah Persekutan telahpun membuat keputusan. Maka setelah ini mana-mana Speaker boleh dicabar oleh mahkamah. Gabind Singh Deo , Poh Po Kuan , semuanya yang diharamkan oleh Speker Dewan Rakyat boleh memohon supaya keputusan itu dicabar semula. Setelah ini lengkaplah slogan Tun Mahathir suatu ketika dulu...."Malaysia Boleh"....

Wednesday, April 15, 2009

Pemuda Johor Mahu Jambatan Bengkok..

Pemuda Johor meminta agar Jambatan Bengkok dikaji semula pembatalannya. Kesan kemasukan Tun semula memang nampak ketara kini. Walaupun Tun menafikan campurtangan namun kelihatan muncul semula dasar dan pandangan beliau. Mukriz dilantik sebagai Timbalan Menteri yang mengawal selia AP kereta , tempat para ahli korporat segera ataupun tulen untuk menjadi bilionarre segera. Jambatan bengkok yang dibatal menyebabkan duit rakyat kerugian ratusan juta sekitar 250 juta , kini berapa banyak pula kos yang akan kononnya merancakkan ekonomi. Pengaruh Tun Mahathir kian jelas dan nampak...

Saturday, April 11, 2009

Al Quran ...Hak Sesiapa Pun Untuk Membacanya ...

Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. agar dijadikan pedoman dan petunjuk hidup. Nabi pula diturunkan agar memberi kerahmatan untuk seluruh alam ,semuanya jin , manusia , haiwan , tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.
Layakkah kita menyekat orang bukan Islam mendekati Al Quran ..takkira untuk bab apa sahaja..kalu mereka suka baca bab suci..mereka bacalah..suka bab jihad bacalah..suka bab politik bacalah..suka bab sejarah terdahulu bacalah..bukankah ayat pertama Allah turunkan....Iqra...Bacalah..proses pertama untuk mendapat hidayah...dengan ilmu yang dibaca...
Saya tak memahami pihak berkuasa agama yang mempertikaikan penggunaan ayat Al Quran oleh bukan Islam...bukankah itu dakwah namanya..cuma yang perlu dibetulkan sebutannya..takkanlah dah masuk Islam baru kita nak mengajarnya...Janganlah kita umat Islam menjadi umat yang dengki atau hasad tatkala orang bukan Islam cuba memahami sedikit sebanyak isi Al Quran..
Layakkah kita menghalang manusia lain ciptaan Allah untuk membaca ayat-ayat Penciptanya..MasyaAllah ...politik kita sudah jauh dan sudah busuk..kita membuat suatu keputusan yang berdasarkan nafsu amarah dan perut serta pangkat...disebabkan dunia kita membuat keputusan afar orang Islam lebih membenci Islam...apa salahnya kalau PAS berjaya mendekatkan orang bukan Islam , bahkan orang Islam sendiri pun tak tahu baca Al Quran..ia adalah usaha yang murni perlu diusahakan oleh parti politik yang lain...
Hidup ini memangnya berpolitik dan permainan..takkan ustaz dan ulama tak baca ayat Quran semua yang saya petik ni ada dalam Al Quran....
akhir kalam buat penguasa , mufti buatlah sesuatu kaedah dakwah agar orang bukan Islam lebih mendekati Islam...jangan mencerca apa yang telah diusahakan oleh PAS..PAS boleh dicerca..cuma biarlah hujah yang betul dan bernas....

Thursday, April 9, 2009

Kes Air Selangor..Bukti Kerajaan ..... Zalimi Rakyat..

Kerajaan Selanor Pakatan Rakyat terpaksa membayar 38 juta sebulan kepada pemegang konsesi untuk menampung kenaikan tarif perjanjian terdahulu kerajaan Be End dengan mereka..
patutle Ketua Eksekutif dibayar berjuta untuk setahun..keringat rakyat bawahan diperah untuk golongan aristokrat , golongan usahawan , golongan teknokrat yang bijak mengambil peluang dasar penswastaan kerajaan Be End.Inilah dasar mengkayakan segolongan kroni yang dicipta idea oleh Tun Mahathir.
idea kapitalis ini menyebabkan rakyat terpaksa membayar mahal untuk air anugerah Ilahi....Allah belum lagi memberikan sesuatu agar mereka-mereka yang degil ditimpa bencana...dasar penswastaan ini hanya memberikan segelintir pihak kaya..namun kaya itu tidak akan Allah kekalkan..
Syabas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor masih cuba memberikan air yang murah..cume terkilan kita mengapa kerajaan Pusat yang berjanji dengan pemegang konsesi ini..kita pula yang menanggungnye..taik mereka kita kena basuh....

2 Ahli UTK Kerajaan Dihukum Gantung Sampai Mati..


daripada pahangdaily..
Certa baik klik sini
Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati..oleh Hakim ...macamana dua orang UTK ni boleh bunuh Altantuya...ape salahnye sampai nak bunuh tu...akhirnya mereka berdua bersalah kerana membunuh..kenai idak...pernah makan sekali idak..yam cha sekali idak...
akhirnya kena hukum juga..
Bilakah hukuman akan dijalankan...? Muka mereka berdua ni pun tak pernah tengok...
Itulah sistem kite...
Patutle Arumugam mantan Adun Selambau yang katanya diugut bunuh cabut pi Mumbai..sorok diri 2 bulan di sana..ye takut juga dikerjakan oleh orang-orang sebegini...pasal politik..pasal duit..semue manusia jadi gile...

Wednesday, April 8, 2009

Media Pengampu Kata Seri ..

Baru sahaja Najib memberi nasihat kepada media agar menjadi lebih terbuka mewarnai aspirasi rakyat, bukan mewarnai aspirasi pemimpin kerajaan sahaja , namun berita nasional menggambarkan seri bagi Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai amatlah meloyakan. Tidak hairan ramai blogger menggelar mereka Utusan Meloya ataupun Berita Hairan.
Kedudukan Pakatan Rakyat - Be End , 2-1 digambarkan seri ...inilah matematik mudah yang diajar oleh Be End pada rakyat..cuba membutakan mata rakyat..kalau beginilah rupanya saya pasti takkan ada lagi manusia yang waras membeli akhbar serupa ini...Bodeknya terlalu parah...mungkin editornya ingin mendapatkan sesuatu daripada pihak kerajaan tidak menceritakan perkara sebenar....
Teruslah berkelakuan sebegitu media nasional ....agar lebih cepat Be End ditalkinkan...

Politik Baru Muncul?

Kekalahan Bukit Gantang Be End dijangkakan , namun kelihatannya pengundi setia Be End masih tidak berubah walaupun penerangan , ceramah , dialog diadakan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat harus memikirkan kaedah paling sesuai dan ampuh untuk menembusi pemikiran pengundi agar kemenangan selesa dan bergaya dapat dicapai untuk pilihanraya ke 13 nanti. Tiada masa untuk berehat dan meraikan kemenangan.
Kekuatan Be End yang terletak kepada manipulasi media , pengundi hantu , pengundi mati penipuan lain-lain perlu diperhalusi oleh Pakatan Rakyat.
Lihat sahaja pemilihan UMNO peringkat bahagian dan cawangan yang dapatlah digambarkan teknik dan kaedah penipuan yang banayak dilakukan. Tiada perlulah saya perincikan kerana ianya memerlukan bukti kukuh , namun apabila muncul berita yang mengesahkan bilangan kertas undi tidak sama dengan pengundi ataupun bilangan undi melebihi pengundi maka , itulah penipuan yang licik dilakukan mereka ketika pemilihan sesama sendiri.
Kemenangan PAS di Bukit Gantang didorong oleh kesilapan pimpinan UMNO menangani masalah Perak , kegopohan Zahid dan Najib untuk merebut Perak , kemarahan rakyat apabila kerajaan Pakatan Rakyat dirampas secara tidak beretika sama sekali. Namun andai peristiwa Perak ini tidak berlaku , banyak kemungkinan boleh berlaku..
Mungkin Be End boleh mendapat semula Bukit Gantang namun mereka perlulah meletakkan calun yang terbaik boleh diterima oleh rakyat , bukan calon yang disukai pimpinan atasan , atau orang aku , namun calon mestilah popular di kalangan rakyat setempat.
Oleh itu Pakatan Rakyat perlu lebih proaktif dan mengembleng pemikiran strategi baru untuk memastikan gelombang kemarahan rakyat berterusan sehinggalah tertumbangnya Be End ketika PRU 13 nanti.

Tuesday, April 7, 2009

Mengapa Anda Undi Pakatan Rakyat ?

Masih ada masa buat anda rakyat di Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai untuk mengundi Pakatan Rakyat..
Bandingkan saudara...

Khir Toyo ketika menjadi MB Selangor , menggunakan Balkis untuk kepentingan diri , jam ribuan ringgit boleh dihadiahkan , baju jaket ribuan ringgit juga diberikan , tiket dan perbelanjaan melawat anak juga diberikan ..patutle bila diungkit oleh Selcat Selangor melenting dia..
Khalid Ibrahim pula dituduh rasuah atas menggunakan kenderaan sendiri , dituduh rasuah bila mensedekahkan lembu-lembu buat rakyat..tapi SPRM boleh tak nampak perlakuan Khir Toyo walaupun telah diberi keterangan..bayangkan jutaan wang rakyat telah disalahgunakan...

Kerajaan pakatan rakyat beri tanah untuk semua rakyat ..diungkit kononnya menjual negara kepada bangsa asing..asingkah mereka..yang telah menduduki negara ini puluhan tahun , memajukan bersama negara ini..memberikan cukai pendapatan yang sama untuk memajukan negara..salahkah Paktan Rakyat memberi geran tanah yang sudah lama dipendam...walhal ketika Be End perintah..tanah diberi kepada syarikat kroni Cina untuk memajukan Pangkor (diberi individu , bukan sekelian rakyat miskin ) , diberi juga kroni Genting Highland..kepada Goh Chok Tong..tidak pula dijadikan isu kita menjual tanah kepada Cina...ape ni Be End...

Kerajaan Perak beli camry bising satu negara...pemimpin Be End Sabah beli volvo no hal..tak pe..ramai pemimpin Be End ...tak payah cakap...peringkat cawangan kampung pun ramai pakai Mercedes Benz....tak de bising pun..dan ramai yang dapat duit tu pun...dengan cara mencari tanah kosong...kemudian..taruk nama anak...then jual kat Cina juga...ramai dah tahu...mereka ni menjual negara sebenarnye...

SEMOGA PAKATAN RAKYAT MENANG 2 BUKIT 1 BATANG...

Monday, April 6, 2009

UNDILAH PAS...UNDILAH PAS..

SEKELIAN RAKYAT BUKIT GANTANG , BUKIT SELAMBAU, BATANG AI...
UNDILAH CALUN SELAIN BE END..
UNDILAH PAS..
UNDILAH PKR..
UNDILAH PAS..
UNDILAH PAS..

Saturday, April 4, 2009

Najib Sah Perdana Menteri Ke 6 Malaysia..

Sah Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6. Ucapan sulung beliau dengan tindakan melepaskan 13 tahanan ISA , pengkajian penggunaaan ISA dan juga membebaskan Suara Keadilan serta Harakah disifatkan tindakan yang tepat dan betul sementara waktu ini.
Lama juga memikirkan apakah strategi Najib untuk mengekang kemaraan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan .Tindakan pemikir-pemikir buat Najib membuat pengumuman tersebut mengendurkan sedikit amarah rakyat terhadap Be End buat seketika waktu. Andai kata ketelusan sikap dan tindakan Najib berterusan terhadap semua perkara kemungkinan kembalinya rakyat kepada Be End boleh berlaku.Persoalannya bolehkah Najib membuat semua perkara itu disukai oleh rakyat?
Kemungkinan besar strategi Najib ini adalah sementara waktu sahaja untuk melihat adakah serangan psikologi ini dapat mengambil sedikit hati pengundi di PRK 2 bukit dan satu batang. Be End yang sudah lama berkuasa dan mengamalkan konsep kapitalisme , penswastaan mana mungkin boleh membuat sesuatu yang boleh menjaga kepentingan rakyat melebihi daripada kroni dan sahabat perniagaan sejak dahulu lagi. Kita lihat apakah perubahan bakal dilakukan Najib terhadap lain-lain dasar samada menyebelahi rakyat ataupun tokey-tokey besar....

National Geographic POD