Saturday, April 11, 2009

Al Quran ...Hak Sesiapa Pun Untuk Membacanya ...

Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. agar dijadikan pedoman dan petunjuk hidup. Nabi pula diturunkan agar memberi kerahmatan untuk seluruh alam ,semuanya jin , manusia , haiwan , tumbuh-tumbuhan dan lain-lain lagi.
Layakkah kita menyekat orang bukan Islam mendekati Al Quran ..takkira untuk bab apa sahaja..kalu mereka suka baca bab suci..mereka bacalah..suka bab jihad bacalah..suka bab politik bacalah..suka bab sejarah terdahulu bacalah..bukankah ayat pertama Allah turunkan....Iqra...Bacalah..proses pertama untuk mendapat hidayah...dengan ilmu yang dibaca...
Saya tak memahami pihak berkuasa agama yang mempertikaikan penggunaan ayat Al Quran oleh bukan Islam...bukankah itu dakwah namanya..cuma yang perlu dibetulkan sebutannya..takkanlah dah masuk Islam baru kita nak mengajarnya...Janganlah kita umat Islam menjadi umat yang dengki atau hasad tatkala orang bukan Islam cuba memahami sedikit sebanyak isi Al Quran..
Layakkah kita menghalang manusia lain ciptaan Allah untuk membaca ayat-ayat Penciptanya..MasyaAllah ...politik kita sudah jauh dan sudah busuk..kita membuat suatu keputusan yang berdasarkan nafsu amarah dan perut serta pangkat...disebabkan dunia kita membuat keputusan afar orang Islam lebih membenci Islam...apa salahnya kalau PAS berjaya mendekatkan orang bukan Islam , bahkan orang Islam sendiri pun tak tahu baca Al Quran..ia adalah usaha yang murni perlu diusahakan oleh parti politik yang lain...
Hidup ini memangnya berpolitik dan permainan..takkan ustaz dan ulama tak baca ayat Quran semua yang saya petik ni ada dalam Al Quran....
akhir kalam buat penguasa , mufti buatlah sesuatu kaedah dakwah agar orang bukan Islam lebih mendekati Islam...jangan mencerca apa yang telah diusahakan oleh PAS..PAS boleh dicerca..cuma biarlah hujah yang betul dan bernas....

3 comments:

Zainal A. Kasim said...

Saya keliru,

Saya diajar sekiranya kita dalam hadas besar (kalau peremupuan keluar hadi dan belum sempat mandi wajib), kita tidak boleh baca al-quran.

Kenapa pula individu itu yang jelas tak pernah mandi wajib seumur hidup boleh pulak baca Al-Quran?

Saya keliru. Tolong berikan penjelasan sedikit.

Baginda Reformasi said...

salam penulis dan pembaca..
sebenarnye sume orang tahu tapi mereka sendiri cube tak nak amik tahu... betul?

nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

Tuk Ketuo said...

Assalamualaikum salam sejahtera

Sebenarnya isu orang bukan Islam membaca ayat Al Quran bukanlah satu isu besar.

Yang menjadikannya isu besar ialah bila kepentingan politik melebihi usaha menyebarkan agama Islam itu sendiri.

Orang yang bising bising tu pun belum tentu istiqamah terhadap kitab Allah ni tapi sibuk menghalang jika ada mahkluk Allah yang mula mahu mengenal dan belajar mengenainya.

There was an error in this gadget