Tuesday, April 28, 2009

Keputusan Kabinet Ikut Syariat Islam?

Keputusan Kabinet Najib yang memutuskan anak pasangan yang memeluk Islam hendaklah mengikut agama asal ibubapanya amatlah malang buat negara yang sentiasa prihatin maslah Islam seantero dunia. Cerita masalah Palestin , kita terlibat , cerita masalah Bosnia , kita turut serta, namun bila masalah di negara sendiri..kita kaku dan kelu.
Bukankah anak tanggungan adalah dibawah tanggungjawab ibubapa , lainlah sudah berumur 18 tahun ke atas bolehlah memikirkan haluan masing-masing. Apakah kabinet Najib ini ada merujuk Mufti dan Menteri Agama terdahulu? Kalau tidak apa gunanya menteri agama di sisi Najib? Sekadar duduk di kerusi empuk..dan berkata ha aku sekarang berkuasa keatas agama Islam di negara ini? Apa pelajaran yang diterima oleh menteri agama dan juga tok-tok Mufti yang berbelas orang ramainya itu?
Kalau Najib lainla , beliau berpendidikan barat..namun bagi menteri agama seperti Jamil Khir macammana? Bagi mufti-mufti yang berbelas negeri dalam Malaysia ni belajaq agama Islam dan mengamalkan ke atau nak jawatan mufti kemudian diam? Setahu saya diam itu memang baik bagi yang ingin kekal jawatan ...selemah-lemah iman...?

No comments:

National Geographic POD