Saturday, April 4, 2009

Najib Sah Perdana Menteri Ke 6 Malaysia..

Sah Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6. Ucapan sulung beliau dengan tindakan melepaskan 13 tahanan ISA , pengkajian penggunaaan ISA dan juga membebaskan Suara Keadilan serta Harakah disifatkan tindakan yang tepat dan betul sementara waktu ini.
Lama juga memikirkan apakah strategi Najib untuk mengekang kemaraan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan .Tindakan pemikir-pemikir buat Najib membuat pengumuman tersebut mengendurkan sedikit amarah rakyat terhadap Be End buat seketika waktu. Andai kata ketelusan sikap dan tindakan Najib berterusan terhadap semua perkara kemungkinan kembalinya rakyat kepada Be End boleh berlaku.Persoalannya bolehkah Najib membuat semua perkara itu disukai oleh rakyat?
Kemungkinan besar strategi Najib ini adalah sementara waktu sahaja untuk melihat adakah serangan psikologi ini dapat mengambil sedikit hati pengundi di PRK 2 bukit dan satu batang. Be End yang sudah lama berkuasa dan mengamalkan konsep kapitalisme , penswastaan mana mungkin boleh membuat sesuatu yang boleh menjaga kepentingan rakyat melebihi daripada kroni dan sahabat perniagaan sejak dahulu lagi. Kita lihat apakah perubahan bakal dilakukan Najib terhadap lain-lain dasar samada menyebelahi rakyat ataupun tokey-tokey besar....

1 comment:

Baginda Reformasi said...

to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca

linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

National Geographic POD