Wednesday, April 8, 2009

Politik Baru Muncul?

Kekalahan Bukit Gantang Be End dijangkakan , namun kelihatannya pengundi setia Be End masih tidak berubah walaupun penerangan , ceramah , dialog diadakan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat harus memikirkan kaedah paling sesuai dan ampuh untuk menembusi pemikiran pengundi agar kemenangan selesa dan bergaya dapat dicapai untuk pilihanraya ke 13 nanti. Tiada masa untuk berehat dan meraikan kemenangan.
Kekuatan Be End yang terletak kepada manipulasi media , pengundi hantu , pengundi mati penipuan lain-lain perlu diperhalusi oleh Pakatan Rakyat.
Lihat sahaja pemilihan UMNO peringkat bahagian dan cawangan yang dapatlah digambarkan teknik dan kaedah penipuan yang banayak dilakukan. Tiada perlulah saya perincikan kerana ianya memerlukan bukti kukuh , namun apabila muncul berita yang mengesahkan bilangan kertas undi tidak sama dengan pengundi ataupun bilangan undi melebihi pengundi maka , itulah penipuan yang licik dilakukan mereka ketika pemilihan sesama sendiri.
Kemenangan PAS di Bukit Gantang didorong oleh kesilapan pimpinan UMNO menangani masalah Perak , kegopohan Zahid dan Najib untuk merebut Perak , kemarahan rakyat apabila kerajaan Pakatan Rakyat dirampas secara tidak beretika sama sekali. Namun andai peristiwa Perak ini tidak berlaku , banyak kemungkinan boleh berlaku..
Mungkin Be End boleh mendapat semula Bukit Gantang namun mereka perlulah meletakkan calun yang terbaik boleh diterima oleh rakyat , bukan calon yang disukai pimpinan atasan , atau orang aku , namun calon mestilah popular di kalangan rakyat setempat.
Oleh itu Pakatan Rakyat perlu lebih proaktif dan mengembleng pemikiran strategi baru untuk memastikan gelombang kemarahan rakyat berterusan sehinggalah tertumbangnya Be End ketika PRU 13 nanti.

No comments:

There was an error in this gadget