Saturday, May 30, 2009

PKFZ ...Berbilion Nilai Wang Rakyat Lesap....

Kes PKFZ ini perlu diselesaikan dan sesiapa yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman. SPRM yang berbaju baru jangan tak nampak BILION...BILION....BILION....ini bukan duit kecik tau...ini bukan kes macam Nik Aziz cakap ada orang tawar dia rasuah...ini bukan kes lembu-lembu di Selangor yang dikatakan rasuah untuk rakyat...

CEPAT...CEPAT...SPRM PERGI SERBU ITU SEMUA PEJABAT...KASI TANGKAP SEMUA AHLI LEMBAGA PENGARAH PKFZ PENIPU WANG RAKYAT....

BILION....BILION...BILION...

BUKAN SEKOR LEMBU....BUKAN PROJEK KUARI PULAU PINANG...


JANGAN NANTI SPRM DIGELAR....

SURUHANJAYA PELINDUNG RAKYAT MAKAN............... RASUAH...RASUAH...RASUAH....

Thursday, May 28, 2009

Penduduk Penanti Perlu Tunjukkan Protes Kepada Be End...

Beberapa hari lagi rakyat khususnya di Penanti akan mengundi calon pilihan yang akan bekerja untuk mereka. Segala masalah akan diajukan terus kepada YB tersebut untuk dibawa ke atas untuk di ambil tindakan. Rakyat di Penanti seharusnya memberikan suatu petunjuk jelas kepada Ameno bahawa mereka adalah rakyat kelas pertama, yakni rakyat yang tahu memilih calon yang terbaik dikalangan terbaik.
Calon Bebas sebenarnya masih terlalu jauh untuk mengungguli pertempuran hebat antara jagoh-jagoh politik kepartian. Kes calon bebas menang adalah terpencil melainkan tokoh-tokoh tersebut adalah tokoh nasional dan antarabangsa. Kalau setakat tokoh tempatan ianya kurang memberi kesan terhadap calon kepartian. Tiadanya Be End tidaklah dianggap mudah buat PR kerana , Be End bukanlah parti semudah itu menyerah kalah tanpa adanya percaturan politik yang perlu dirongakai oleh pemikir-pemikir politik. PR perlu lebih berhati-hati dalam banyak hal. Lihat sahajalah ketika PRU 2004 tempoh hari dimana kerakusan dan keegoan pimpinan mengeluarkan kenyataan menyebabkan Be End menyapu hampir bersih parlimen. Ianya perlu difikirkan bagaimana media nasional masih lagi berperanan membuat kacau dan bilau otak-otak para pemilih.
Pimpinan PR mestilah sentiasa menjaga kesopanan dan ketatasusilaan tambahan ketika berhadapan dengan media , ketika memberikan ceramah..ianya boleh dieksploitasi oleh media musuh...PR perlu memikirkan kemenangan total ketika PRU13 nanti yang lebih memberikan kesan kepada rakyat keseluruhannya. PR mesti melihat strategi Najib dan rakan-rakan mereka menghadapi pilihanraya kecil ini..tak semudah itu Najib menyerah kalah...
Apapun diharapkan rakyat Penanti memberikan kemenangan kepada calon PKR Dr Mansor dengan kemenangan bergaya...

Saturday, May 23, 2009

Manik Urai ..Semakin Takut Semakin Datang ..PRK..

Selepas PRU12 ..banyak kali kedengaran pilihanraya kecil yang berlaku..setakat ini Be End cuma menang di Batang Ai...lain semuanya kalah di Permatang Pauh , Kuala Trengganu Bukit Gantang , Bukit Selambau. Fenomena pilihanraya kecil dimenangi pembangkang langsung tidak kedengaran sejak sekian lama namun ianya berubah dangan mendadak selepas PRU12..Mengapkah ianya boleh berlaku?
Apakah dengan sedikit perubahan maka Be End boleh menawan kembali hati rakyat yang sekian lama terguris akibat segala kerenah dan tindakan mereka yang ratanya membelakangi sekian banyak rakyat.
Unsur ugut dan disuruh patuh mendengar tanpa memberi apa-apa alasan seperti kes Altantuya sebenarnya membawa padah buat Be End. Sepatutnya perkara itu diselesaikan secara betul maka sampai bilapun ianya menyusahkan Be End.
Manik Urai baru sahaja kehilangan YBnya maka sedikit masa lagi pilihanraya akan berlangsung, Be End wajar mengosongkan tempat itu kerana apabila adanya perlawanan maka wang rakyat banyak digunakan untuk perkara itu, paling kurang 5-6 juta , maka ada baiknya wang itu diberi kepada rakyat miskin agar boleh berniaga sendiri..diberikan modal untuk berniaga keci-kecilan. Cara itu Be End akan diingati sebagai pembela rakyat walaupun nyawanya hampir ke penghujung. Paling kurang ianya akan dikenang rakyat sebagai amal jariah buat bekalan ke alam barzah...

Wednesday, May 20, 2009

Krisis Di Perak..Penanti Be End Tak Bertanding..Betul Ke?..Macam Tak Percaya?

Be End semudah itu boleh menarik diri dari bertanding di Penanti..semacam tak percaya, cuma kita tunggulah nanti ketika penamaan calon. Pandangan saya tak semudah itu Be End akan menyerah kalah..mungkin strategi lain digunakan..calon mungkin dikemukakan pada minit-minit terakhir.....
Khir Toyo digantung menghadiri DUN akibat sikapnya yang tidak memberi kerjasama menghadiri siasatan Selcat untuk menyiasat salahguna dana kerajaan sewaktu pemerintahan beliau....inilah Khir Toyo yang penuh kontroversi boleh lagi dilantik sebagai ketua Pemikir Selangor ..itulah mentaliti pimpinan UMNO yang ketandusan pemimpin yang berkaliber...
Rakyat negara ini telah sedikit celik dalam memahami demokrasi yang dilaungkan sejak sekian lama. Yang Berhormat dilantik rakyat adalah payung menjaga hasil mahsul negara dan memberikan nilaian terbaik buat negara..bukan lagi rakyat menutup mata , memekak telinga membiarkan hasil negara dirompak rakus oleh segelintir pemimpin atas alasan pembangunan , atas alasan kemajuan. Segala projek yang membazir perlu dinilai semula secara menyeluruh samada berkepentingan untuk seluruh rakyat atau majoriti rakyat atau sekadar projek untuk mengkayakan individu tertentu sahaja..
Harapan rakyat Perak pula agar Sultan lebih mendengar pandangan rakyat keseluruhan agar Baginda Sultan menjadi payung buat semua rakyat Perak dengan memberi kebebasan dan ruang bagi rakyat memilih yang terbaik buat rakyat..krisis Perak yang dibawa ke mahkamah pasti berlarutan masa yang lama , maka jalan terbaik bubarkan DUN, dan rakyat memilih pasukan yang terbaik sahaja memimpin Perak ke arah kesejahteraan..

Monday, May 18, 2009

Ape UMNO nak buat sekarang?

Melihat krisis perlembagaan Perak yang sudah menghampiri 4 bulan maka pastinya akan berlarutan lagi. Bila UMNO telah silap membuat percaturan buat mula kalinya pada ketika melenyapkan 3 ekor Adun lompat , maka berterusanlah kesilapan demi kesilapan yang dibuat. Olahan yang diatur kini sudah nampak kepincangan jelas dan semakin jelas. Umno tidak lagi malu untuk membuat sidang tergempar haram yang akan dicanang oleh seluruh media kononnya halal...
Itulah jalan terbaik buat mereka setakat ini..banyak kajian menunjukkan jika dibubarkan DUN , Be End akan kehilangan lebih banyak kerusi..dijangka Pakatan Rakyat dapat 2/3 kerusi..maka dengan itu pastilah mereka akan mencari pelbagai alasan mengelak dibubarkan DUN. Mereka akan menjatuhkan Nizar melalui undi tak percaya dalam sidang DUN tergempar dan haram itu...yang haram akan menjadi halal kerana Sureheboh pun yang haram boleh jadi halal inikan Sidang DUN..pastilah Tok Mufti mereka menghalalkannya....

Saturday, May 16, 2009

Nazri Aziz Merepek...

Nazrio Aziz , boleh berkata andai berlaku pilihanraya maka akan wujud polarisasi kaum..

APA DEY MAU TEMBERANG BUDAK KECIK BOLEH LA...INI RAKYAT SEKARANG PALING KOMAN PUN SPM DAH BEB...

Ameno dan geng bila cakap sama Melayu..kita marah Cina..Cina sudah angkat kita punya duit..

jumpa Cina kita cakap woi itu Melayu makan duit cina..income tax semua mayak tinggi..kita kasi Melayu..

jumpa India kita cakap hoi kita bangsa paling lemah dey..itu Cina sama Melayu kasi makan saja...

SEMUA ITULAH PROPAGANDA YANG SELAMA INI MENYEBABKAN MELAYU, CIN , INDIA MEMANDANG SINIS ANTARA SATU SAMA LAIN..

KINI TIBA PAKATAN RAKYAT...
SEMUA YANG MISKIN TAK KIRA MELAYU , CINA , INDIA KITA BELA...
YANG LEMAH DIBANTU...
YANG GAGAH MENOLONG YANG LEMAH...
SIAPA YANG LAYAK DIALAH YANG DAPAT..
NAMUN KETUANAN PEMIMPIN YANG MEMIMPIN MASIH MELAYU...
TAK KE CANTIK...

NAZRI NI MEMANG SELALU PAKAI JAWAPAN MAIN KELUOR JE..TAK FIQIOO..DAH BANYAK KALI...

Thursday, May 14, 2009

1Malaysia ...Retorik Pemerintah..Propaganda Kosong..

Slogan 1Malaysia kini tinggal slogan seperti juga Islam Hadhari ketika zaman Pak Lah.Zaman Najib lebih busuk dan kotor , tak mustahil beliau adalah PM terakhir dari kaum Ameno. Zambry memfailkan kes penangguhan keputusan sekitar jam 11 pagi , terus Mahkamah Rayuan bersidang dan memberi keputusan menghalang keputusan Mahkamah Tinggi pada jam sekitar 3 petang...
Nizar memfailkan permohonan menghalang keputusan tersebut namun ia akan didengari 18 mei ini. Rentetan dua kejadian ini membuktikan betapa 1Malysia hanyalah retorik semata-mata. Keterbukaan kononya mahkamah jua hanyalah propaganda kosong. Betullah ada hadis menyatakan 2 daripada 3 orang hakim...masuk neraka...masyaAllah...
Kesemua agensi kerajaan dalam negara ini perlu dibersihkan seluruhnya daripada anasir-anasir yang membuat pekerjaan menurut kata tokeynya bukan mengikut peraturan yang termaktub..lihat SPRM..lihat Polis..semuanya tidak profesional..tindakan membabi buta..harapan cuma biarlah Pakatan Rakyat memerintah seluruh Malaysia..barulah ketelusan dan keadilan dicapai...

Tuesday, May 12, 2009

Mahkamah Rayuan Membenarkan Tangguh Keputusan Mahkamah Tinggi..Sehingga Tarikh Tertentu..

Baru sebentar tadi Mahkamah Rayuan membenarkan Zambry memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. Begitu cepat , pagi baru dipohon sebentar petang terus mereka membuat keputusan yang amat busuk buat rakyat Perak.
Andai Zambry dan exco haram ada telo dan berani biarkanlah Raja Muda Nazrin bubarkan DUN...
Be End pengecut....
Be End pengecut....
Be End pengecut.....

Terkenang Pagi Jumaat..Dato SUK Menengking Nizar...Kini Dunia Sudah Berubah...

Terkenang suatu pagi Jumaat tatkala Nizar dan Exconya ketika ditengking oleh Dato SUK..kini Nizar mengotakan janji kembali ..Najib pula gila meroyan menyuruh rakyat Perak bertenang..cis..dia punya pasal dia kata lain pula..semuanya ni angkara kerja beliau...buat tak tahu..se Malaya sudah tahu..
Tak de sorang rakyat Perak nak pi berdemo untuk Zambry tu..ngabih boreh je..dia jadi MB Hareem pun bukan pi round satu Perak ..duduk bertelur dalam sangkar...rakyat ni terpinga-pinga..
Tapi aku respek kat Nizar tu walaupun kalau ikutkan memang Pakatan majoriti tolak 3 bebas tu dah digantung + plak Zambry dan exco hareemnye yang digantung memang dah sah majoriti...tapi Nizar nak juga bubar DUN...kira pegang janji..
so kita kan bekerja untuk memukul Be End habis-habisan..tentang kawasan tu jangan gaduh pulak...ikut macam PRU 12 lah...PAS pun jangan tamak...ini amanah rakyat...

Monday, May 11, 2009

Nizar MB Sah..Zambry Onne..? MB Hareem...

SAH MB Perak adalah Dato' Seri Nizar Jamaluddin..maka Zambry dan rakan-rakan adalah hareem..pi balik Pangkor..semua tindakan hangpa adalah HAREMM...
Rakyat mahukan agar Nizar cadang kepada Sultan bubarkan DUN Perak..dan kita akan pukul mereka habis-habisan...
Dato SUK kita taruk kat zoo Taiping bagi dia jadi Pengarah Zoo..sesuai dengan karektornya..
TAKBIR...ALAHUAKBAR
TAKBIR..ALLAHUAKBAR
TAKBIR..ALLAHUAKBAR...

Saturday, May 9, 2009

Sultan Perak Perlu Menyiasat Kronologi Peristiwa Tercemarnya DUN...

Kronologi peristiwa tercemarnya Sidang DUN dengan adegan...menarik Speaker secara keras..adegan tidak mengikut arahan Speaker..adegan pembesar suara Speaker disabotaj..kesemuanya itu perlulah diselidiki dan diperhalusi dengan baik andai mahu menjadi Sultan Yang Berada Di Hati Rakyat...
Persoalannya adakah sidang itu sah dengan perbuatan keatas Speaker sebegini rupa?
Bukankah Speaker itu tarafnya hampir serupa dengan MB? Ia juga perlu dilucutkan dengan terbubarnya DUN?
Mana pergi konsep pengasingan kuasa? Adakah polis boleh campurtangan ke atas penggubal undang-undang? Apabila kita melihat peristiwa sebenar di dalam dewan Sidang DUN kelihatan seperti budak-budak yang berebut hendak menjadi Sultan..adegan rampas merampas..adegan kekerasan..tiada lagi sopan santun bermesyuarat..boleh ibaratkan seperti tong taik..
Dewan itu umpama tempat mereka yang gila kuasa , hendak menguasai hasil mahsul di dalam negeri , seperti pasport untuk meromapak hasil negeri yang begitu banyak. Agenda rakyat...diketepikan..
Be End yang terserlah rakus mengungguli salah laku pemberian projek..salahlaku kiraan projek..salahlaku projek terbengkalai..salah laku dalam menilai harga projek..penggunaan kuasa berebutkan projek balak..tender dan seumpamanya , rasanya berbaloi juga jika dapat memerintah tak kira bagaimana nak mendapatkannya?
Pakatan Rakyat lebih telus , projek yang dibuat lebih pentingnya untuk rakyat , banyak untuk rakyat miskin , jalanraya dan sebagainya.
Be End lebih mementingkan projek gergasi yang menawarkan peluang besar individu tertentu untuk mendapat hasil rasuah , komisen , rundingcara , dan sebagainya.
Begitulah juga pemberian tanah oleh Pakatn Rakyat melata untuk semua yang layak dan telah lama menetap di kampung tersusun dan kampung baru..namun telah dieksploitasi oleh Be End sehingga ramai yang termakan cakap bohong...
Be End lebih memberikan tanah dalam keadaan besar dan luas untuk individu tertentu , atau syarikat tertentu yang berhibungkait rakan dan kroni..malah pemberiannya melebihi kesemua tanah yang diberi kepada rakyat biasa.
Sultan Perak , manusia biasa tak terlepas salah dan silap boleh memperbaiki keadaan meruncing ini dari terus buntu dan kacau..asyik-asyik ke mahkamah saja..rakyat sudah bosan ..kalau ketika Nizar dulu ada jugak kita lihat program untuk rakyat..namun sekarang tiada kelihatan langsung Zambry...
Sembah patik mohon Tuanku bubar DUN..biar rakyat tentukan pemerintah negeri ini...kuasa rakyat...

Friday, May 8, 2009

Doktrin Demokrasi Pengasingan Kuasa Musnah di Perak...


Speaker sah , Sivakumar ditarik sehinanya..yg berkenaan perlu dihukum..menghina DUN

Hee, Pembelot menyembur sesuatu kepada Adun Aulong...


Sivakumar , speaker sah ditarik keluar dengan kejam...


Kelihatan Sivakumar ditarik keluar dengan kasar dan ganas...

Lihatlah seluruh rakyat Malaysia , bagaimana Be End dan kuncu-kuncu mereka mempermainkan doktrin yang telah sedia ada , dengan ganas dan rakus menjadikan keadaan haru biru. Jelaslah inilah kebodohan dan kebebalan mereka yang rakus ingin berkuasa tanpa merujuk perlembagaan. Doktrin pengasingan kuasa yang telahpun diamalkan oleh negara ini telah dicabuli dengan dahsyat semalam. Tiada lagi kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi yang semakin teruk di negara ini. Ramai pemimpin sedar atau tidak bahawa sesungguhnya berlakunya tragedi demi tragedi seperti ini akan membawa
ketidaktentuan ekonomi , kemerosotan pelaburan asing dan sebagainya. Penggunaan polis secara membabi buta , tidak mengendahkan saranan Speaker , semuanya itu membawa kepada imej buruk negara. Bagaimana mungkin kita dapat mengawal maklumat yang pasti akan sampai kepada media asing , bagaimana negara kita , negara yang diwar-warkan negara Islam contoh menunjukkan teladan dan contoh kepada yang lain. Kegopohan dan kebodohan Be End sudah nampak kehilangan idea dan taktik berpolitik matang menandakan kehancuran akan tiba tidak lama lagi...

Thursday, May 7, 2009

Sidang DUN Perak ..Hak Rakyat Dinafikan..









salahuddin ayub ditangkap..

abang misai berani pun ditangkap...

pejuang rakyat ditangkap...



Gambar Speaker Haram...

Be End merampas kuasa cara kanibal...kekerasan tak pernah berlaku di mana-mana negeri...


ADUN Be End yang diarah keluar berdegil..Speker berkuasa penuh dalam dewan..dewan dialah Ketua keluarga...ha..ha..ha..terkencinglah Be End kalini....
diambil dari idhamlim...




foto dari idhamlim dan albanjari tanpa izin..
Sidang DUN Perak sedang bersidang , namun rakyat Perak tidaa lagi hak dalam sebuah negara demokrasi. Bayangkan untuk berjalan menghampiri SUK Perak pun mestilah menjauhi kira-kira 500 meter. Malah banyak laluan yang ditutup menyukarkan rakyat untuk bergerak selesa. Inilah ketakutan puak-puak Be End terhadap keupayaan Pakatan Rakyat yang lebih adil , saksama dan telus .Persekitaran yang diwujudkan dengan gabungan polis dan kekerasan ini akan membawa petaka kepada Be End keseluruhannya pada masa PRU13 nanti. Rakyat akan berdendam terhadap perilaku mereka yang terlibat maka tidak mustahil Pakatan akan mendapat majoriti lebih suatu masa nanti.Rakyat Perak perlu sedar untuk mendapatkan kerajaan yang baik mereka perlu solid menyokong Pakatan Rakyat.
Hari ini dalam sejarak demokrasi dirogol dengan rakusnya oleh Be End....
There was an error in this gadget