Wednesday, May 20, 2009

Krisis Di Perak..Penanti Be End Tak Bertanding..Betul Ke?..Macam Tak Percaya?

Be End semudah itu boleh menarik diri dari bertanding di Penanti..semacam tak percaya, cuma kita tunggulah nanti ketika penamaan calon. Pandangan saya tak semudah itu Be End akan menyerah kalah..mungkin strategi lain digunakan..calon mungkin dikemukakan pada minit-minit terakhir.....
Khir Toyo digantung menghadiri DUN akibat sikapnya yang tidak memberi kerjasama menghadiri siasatan Selcat untuk menyiasat salahguna dana kerajaan sewaktu pemerintahan beliau....inilah Khir Toyo yang penuh kontroversi boleh lagi dilantik sebagai ketua Pemikir Selangor ..itulah mentaliti pimpinan UMNO yang ketandusan pemimpin yang berkaliber...
Rakyat negara ini telah sedikit celik dalam memahami demokrasi yang dilaungkan sejak sekian lama. Yang Berhormat dilantik rakyat adalah payung menjaga hasil mahsul negara dan memberikan nilaian terbaik buat negara..bukan lagi rakyat menutup mata , memekak telinga membiarkan hasil negara dirompak rakus oleh segelintir pemimpin atas alasan pembangunan , atas alasan kemajuan. Segala projek yang membazir perlu dinilai semula secara menyeluruh samada berkepentingan untuk seluruh rakyat atau majoriti rakyat atau sekadar projek untuk mengkayakan individu tertentu sahaja..
Harapan rakyat Perak pula agar Sultan lebih mendengar pandangan rakyat keseluruhan agar Baginda Sultan menjadi payung buat semua rakyat Perak dengan memberi kebebasan dan ruang bagi rakyat memilih yang terbaik buat rakyat..krisis Perak yang dibawa ke mahkamah pasti berlarutan masa yang lama , maka jalan terbaik bubarkan DUN, dan rakyat memilih pasukan yang terbaik sahaja memimpin Perak ke arah kesejahteraan..

1 comment:

Baginda Reformasi said...

tulue elek ke kawan...? hahaha

1990-1995 (GERAKAN MENJADI TUNJANG UMNO)
Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. KM PULAU PINANG siapa ye? (selanjutnya link dibawah)

http://bagindareformasi.blogspot.com/

There was an error in this gadget