Saturday, May 23, 2009

Manik Urai ..Semakin Takut Semakin Datang ..PRK..

Selepas PRU12 ..banyak kali kedengaran pilihanraya kecil yang berlaku..setakat ini Be End cuma menang di Batang Ai...lain semuanya kalah di Permatang Pauh , Kuala Trengganu Bukit Gantang , Bukit Selambau. Fenomena pilihanraya kecil dimenangi pembangkang langsung tidak kedengaran sejak sekian lama namun ianya berubah dangan mendadak selepas PRU12..Mengapkah ianya boleh berlaku?
Apakah dengan sedikit perubahan maka Be End boleh menawan kembali hati rakyat yang sekian lama terguris akibat segala kerenah dan tindakan mereka yang ratanya membelakangi sekian banyak rakyat.
Unsur ugut dan disuruh patuh mendengar tanpa memberi apa-apa alasan seperti kes Altantuya sebenarnya membawa padah buat Be End. Sepatutnya perkara itu diselesaikan secara betul maka sampai bilapun ianya menyusahkan Be End.
Manik Urai baru sahaja kehilangan YBnya maka sedikit masa lagi pilihanraya akan berlangsung, Be End wajar mengosongkan tempat itu kerana apabila adanya perlawanan maka wang rakyat banyak digunakan untuk perkara itu, paling kurang 5-6 juta , maka ada baiknya wang itu diberi kepada rakyat miskin agar boleh berniaga sendiri..diberikan modal untuk berniaga keci-kecilan. Cara itu Be End akan diingati sebagai pembela rakyat walaupun nyawanya hampir ke penghujung. Paling kurang ianya akan dikenang rakyat sebagai amal jariah buat bekalan ke alam barzah...

1 comment:

Baginda Reformasi said...

salam.... Be End tak bertanding pun takpe eh... pas nih gune duit masuk makamah rayuan...

National Geographic POD