Thursday, May 28, 2009

Penduduk Penanti Perlu Tunjukkan Protes Kepada Be End...

Beberapa hari lagi rakyat khususnya di Penanti akan mengundi calon pilihan yang akan bekerja untuk mereka. Segala masalah akan diajukan terus kepada YB tersebut untuk dibawa ke atas untuk di ambil tindakan. Rakyat di Penanti seharusnya memberikan suatu petunjuk jelas kepada Ameno bahawa mereka adalah rakyat kelas pertama, yakni rakyat yang tahu memilih calon yang terbaik dikalangan terbaik.
Calon Bebas sebenarnya masih terlalu jauh untuk mengungguli pertempuran hebat antara jagoh-jagoh politik kepartian. Kes calon bebas menang adalah terpencil melainkan tokoh-tokoh tersebut adalah tokoh nasional dan antarabangsa. Kalau setakat tokoh tempatan ianya kurang memberi kesan terhadap calon kepartian. Tiadanya Be End tidaklah dianggap mudah buat PR kerana , Be End bukanlah parti semudah itu menyerah kalah tanpa adanya percaturan politik yang perlu dirongakai oleh pemikir-pemikir politik. PR perlu lebih berhati-hati dalam banyak hal. Lihat sahajalah ketika PRU 2004 tempoh hari dimana kerakusan dan keegoan pimpinan mengeluarkan kenyataan menyebabkan Be End menyapu hampir bersih parlimen. Ianya perlu difikirkan bagaimana media nasional masih lagi berperanan membuat kacau dan bilau otak-otak para pemilih.
Pimpinan PR mestilah sentiasa menjaga kesopanan dan ketatasusilaan tambahan ketika berhadapan dengan media , ketika memberikan ceramah..ianya boleh dieksploitasi oleh media musuh...PR perlu memikirkan kemenangan total ketika PRU13 nanti yang lebih memberikan kesan kepada rakyat keseluruhannya. PR mesti melihat strategi Najib dan rakan-rakan mereka menghadapi pilihanraya kecil ini..tak semudah itu Najib menyerah kalah...
Apapun diharapkan rakyat Penanti memberikan kemenangan kepada calon PKR Dr Mansor dengan kemenangan bergaya...

4 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saudara DSAI tidak pernah hargai pengorbanan perjuangan Kak Min Sekeluarga selama bertahun tahun . Memang dasar Saudara DSAI suka menepikan orang2 yang beperlajaran tak tinggi. wal hal orang2 yang tak beperlajaran tinggi macam Kak Min Sekeluarga lah yang memperjuangkan Parti Keadilan Rakyat walaupun Saudara DSAI merengkuk dalam penjara . Wang ringgit,kudrat, masa , dan LLN yang selama ini di korbankan oleh orang2 semacam Kak Min Sekeluarga untuk memperjuangkan parti Saudara DSAI walaupun Saudara DSAI masih didalam penjara tanpa mengeluh pengorbanan demi masa depan Parti Saudara DSAI .
Tapi apabila Saudara DSAI keluar penjara ramai lah ahli profesional dan graduan graduan pengampu pengampu berduyun duyun tunjuk muka memberi sokongan kepada Saudara DSAI ,walhal semasa Saudara DSAI masih dalam penjara ,ahli profesional dan graduan graduan pengampu batang hidung pun tak nampak . Golongan yang beperlajaran rendah macam Kak Min lah kuat memperjuangkan PKR dengan ihklas tanpa bayaran pun . Tapi hati mana tak terguris bila golongan macam Kak Min Diketepikan oleh Saudara DSAI . Malah golongan ahli profesonial dan graduan ini memperkecilkan dan menghina perjuangan orang seangkatan Kak Min yang selama ini memperjuangkan Parti Saudara DSAI dengan berkhemah . Contoh yang ditunjukkan oleh Kak Min perihal dua ekor lembu yang berpelajaran tinggi ahli PKR Tertinggi jawatannya yang cuba memperlekehkan malah merendahkan martabat keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka ini ( tawaran jawatan dan duit ) . Cuba kita fikir patut ke? dua ekor lembu ini buat lawak bodoh kat sekeruti Airport dengan berjenaka isi kandungan beg baggasi mereka ada "BOM" . So YB Saifudin jangan lah nak mempertahankan dua ekor lembu ini yang terang terang menghina keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka e2. Saya rasa Kak Min nak tunjuk perihal keburukkan ahli ahli profesional dan graduan graduan PKR ini ( yang selalu menghina dan memperlekehkan perjuangan orang orang seangkatan Kak Min yang beperlajaran tak tinggi tapi masih ada maruah diri ) kepada Saudara DSAI yang selama ini ditipu oleh orang2 sekelilingi Saudara DSAI . Saudara DSAI jangan lah lupa perjuangan orang2 macam Kak Min ini. So saya menyeru kepada pengundi pengundi PRK Penanti undilah calon BEBAS supaya kita dapat menghukum Parti Saudara DSAI yang terlalu hina penjuangan orang2 macam Kak Min . Kalau tidak orang2 profesional dan graduan2 PKR akan menencingkan perjuangan orang2 yang beperlajaran rendah yang masih setia memperjuangkan Parti Saudara DSAI . walaupun Parti keadilan Rakyat kalah pun di Penanti tidak akan tumbang Pakatan Rakyat . Saya cuma memohon pengundi pengundi Penanti ajar sikit golongan2 profesional dan graduan2 ini yang suka menghina dan memperlekehkan dengan lawak bodoh mereka ini. Lawan Tetap Lawan . Syabas Kak Min berani kerana kebenaran supaya Saudara DSAI tidak lupa golongan macam Kak Min ini/ Hidup Kak Min.

Anonymous said...

KAMU MEMPERJUANGKAN BENDA YANG DANGKAL. BERGADUH SESAMA MUSLIM. TAKSUB KEPADA PARTI DENGAN TIDAK GUNA OTAK.
SEDARLAH SAUDARA.
SIAPA ITU PAS = DAP = PKR = HINDRAF.

SAUDARA SEAGAMA KAMU DIBUNUH, KAMU MASIH JADI TALIBARUT. APA KEPERCAYAAN KAMU?
KENAPA TIDAK BERSATU?
DENGAN BANG LAIN KAMU BOLEH BERPELUKAN?
KENAPA?
JAWAB KAMU KEPADA KETURUNAN KAMU, DAN SELEPAS MENINGGAL, JAWABLAH KAMU KEPADA TUHANMU.
INGAT, GUNAKAN AKAL YANG TELAH TUHAN BERIKAN.
JANGAN TAKSUB....

Anonymous said...

Zahid Yusof buka blog lain pulak daaaah ni.

Anonymous said...

Hai...New forex system...check it out...Forex Viper

National Geographic POD